Monday, June 25, 2007

I'm Still in the Office!

Tersangatlah penat.. Seharian suntuk mengadap PC membuat carta untuk mesyuarat esok.. Ramai jugak yang tolong stay untuk siapkan paper unit-unit lain. Pagi tadi ada bacaan tahlil.. Imam yang mengetuai bacaan, lunak sungguh suara dia.. Boleh tergoda gittew.. Ramai sangat officer baru kat tempat ni. Tak berapa kenal sangat..
Sekarang ni dah nearly pukul 9pm.. tapi masih ramai lagi officer bersekali ngan anak buah siapkan paper. Tu yang aku suka kerja kat sini. Semua orang bagi full commitment kalau ada mesyuarat penting..

Cuma nak kongsi sikit artikel untuk renungan bersama.. Lately ni banyak artikel berunsur keinsafan untuk korang sumer.. Jangan bosan ek..

1. Jangan sengaja lewatkan solat, Allah tak suka.. kalau tertidur lain cerita.

2. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (aku setuju sgt yang ni.. tapi bila weekends.. mcm balas dendam tidur sampai hampir waktu lunch..

3. Jangan makan tanpa baca Bismillah dan doa makan, nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

3. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan, takut-takut kita mati dalam perjalan. (Nak gi kerja jer terus niat untuk beribadah ok)

4. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa (Takut lah yang ni.. )

5. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

6. Jangan mengumpat sesama rakan taulan, nanti rosak persahabatan dan kita hilang bahagia.

7. Jangan lupa bergantung kepada Allah dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula. (Aku akan ingat pesan ni sungguh-sungguh).

8. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

9. Jangan banyak ketawa, nanti mati jiwa.

10. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

11. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.. (Ya, Allah...)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalan dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."


Syifa will be 1 year old next two weeks.. Kejap jer dah setahun..

No comments: