Monday, January 14, 2008

Ha..ha..

For those yang kata anak aku takde muka aku.. this will change your mind.. Kah..kah.. Aku jadi giller buat benda ni seharian.. Since minggu lepas aku kerja 7 hari seminggu, bos aku kasi aku rehat.. tapi still lagi kena datang office..

MyHeritage: Family trees - Genealogy - Celebrities - Collage - Morph

U Should Try This!!

Friends, I found this is so exciting.. I'm not sure who is the celebrity.. Lets try and share.. manalah tau kalau ada di antara kita yang jadi muka Kimora or Rita Dominic or even Anuar Zain.. I found Amat is similar like to P.Ramlee.. no wonder why he's so into P.Ramlee's movie.. Naik muak aku.. Nanti aku uploadkan gambar dia.. Ngeh!

Lots of love..

%1

Monday, January 7, 2008

Is it?


; ) [smirk]

Guna banyak pewangi tanda murung
(Courtesy from Berita Harian)

LONDON: Penyelidik yang menjalankan kajian mengenai pewangi memberi amaran kepada wanita yang meminati pewangi kerana penggunaan terlalu banyak bahan itu adalah antara tanda mereka sedang mengalami kemurungan. Penyelidik berkenaan mendapati wanita yang memakai pewangi berbau kuat adalah mereka yang secara klinikal, sedang menghadapi kemurungan berikutan semakin tidak sensitif terhadap bau, kata akhbar The Daily Telegraph, kelmarin. “Penemuan saintifik kami juga mendapati wanita yang murung juga menghadapi masalah kurang daya bau dan cuba mengatasinya dengan menggunakan lebih banyak pewangi,” kata ketua penyelidik itu Profesor Yehuda Shoenfeld.

Beliau berkata, sesetengah penyakit menyebabkan tubuh menyerang sistem olfaktori dan mengakibatkan ia gagal mengesan bau. “Keadaan ini bermakna kekurangan deria bau mungkin menjadi isyarat kepada penyakit lain yang lebih serius,” katanya. Shoenfeld berkata, kemurungan mungkin berpunca daripada masalah biologi berbanding psikologi.

“Kami juga percaya kemurungan mempunyai sebab biologi dan mungkin juga tindak balas sistem imunisasi terhadap tubuh,” katanya. - Agensi

So, is it true? Aku suka bau wangi.. mcm rasa confident.. mcm rasa best.. i'm not sure its related with distraught..Any comment?