Dah banyak kali cubaan untuk ambil insurans anak tapi asik tertangguh sebab tak yakin dengan hukum. Ada yang kata haram sbb ada unsur gharar dan riba. Ada yang kata harus. Makin baca makin confius. Bila rujuk fatwa pun tak jelas. Sayang..sepatutnya majlis fatwa boleh jadi rujukan tapi ini lebih kepada advisory. Baru tahu fatwa negeri lebih berkuasa dari fatwa kebangsaan sbb fatwa negeri boleh diwartakan jadi undang-undang. Ya Allah, jauhilah aku dari unsur-unsur riba. Kalau boleh nak bagi anak dengan rezeki yang menepati syariat. In sha Allah..
So, lepas jumpa consultant En. Zulkarnain dari Prudential BSN Takaful dah jelas bab takaful nih. Dulu ada satu mamat kat office ni asik provoke suruh ambil insurans dengan dia sampai aku naik muak. Tapi dengan En. Zul ni dia calm dan convincing! Mmg lah kerja govt ada hospital govt tapi bila fikir pengalaman dengan hospital govt, aku tamau ambil risiko tentang kesihatan anak2. Kalau tak guna untuk rawatan, duit tu boleh saving masa depan anak2 :) Prudential BSN ni lebih kepada konsep saling membantu. In sha Allah ini jalah yang betul.
Hari ni rasa mcm zombie sbb tak tidur jaga Sufia yang demam. Berulang demam kali nih. Aku tertidur sambil memangku anak. Agak2nya macam ni lah Umi jaga aku dulu yek. Sbb tu jangan derhaka dengan ibu!!
PRU dah tinggal seminggu. Tak sabar nak balik Beserah nak makan ketupat palas!
Tuesday, April 30, 2013
Wednesday, April 24, 2013
Apabila PRU menjelang
Korang dah decide nak undi siapa? Undi ini menentukan masa depan negara dan keluarga kita :) Undi dengan bijak.
Thursday, April 11, 2013
Exam..exam
Baru 3 hari lepas dapat tahu kena exam untuk pegawai hari Sabtu nih. Urghhh.. Harap boleh jawab dengan jayanya. Epul dah jadi cikgu tution Math last 2 days.. Harap dia sabar dengan student extra power mcm aku.
Korang masih ingat subject sejarah masa form 3?Zaman Parameswara..Neolitik, Zaman Besi semua.. Haihh..
Ok..kurangkan keluhan, lebihkan bacaan!!
Korang masih ingat subject sejarah masa form 3?Zaman Parameswara..Neolitik, Zaman Besi semua.. Haihh..
Ok..kurangkan keluhan, lebihkan bacaan!!
Thursday, April 4, 2013
Entri perasan
Aku jarang ambil gambar sendiri. Sbb rasa tak lawa. Tapi aku suka gambar nih. Sila muntah sekarang :p
Tuesday, April 2, 2013
Nur Danish Sufia
Hari ni EL sebab dah 3 malam jadi Zombie jaga Sufia yang tak sihat. Batuk dan selsema. Aku tak pandai untuk datang office dan tidur di surau. Baik tidur di rumah. Lagi best kan. Ingat nak ambil MC tapi tak kan nak ckp doktor nak MC sbb ngantuk? Nak tipu MC takuts.. Dah cuba letak colgate kat mata..Ahaha..baru nak letak dah rasa bahang pedasnya.. Mcm mana nak letak air tembakau? Ahahaha
Boss tak suka aku EL. Dah pernah nasihatkan aku supaya jgn ambil EL. Laaa..mcm mana tuh. Maybe sbb anak dia dah besar or dia mmg tak ambil port sangat kalau anak demam? Anywayss.. Aku seboleh2 tamau EL. Macam tak tough gittuew.. Sepatutnya gagahkan diri untuk datang office jugak? Erk..betul ker?
Dr. Muhaya pernah ckp, kalau kita ikhlas jaga anak, anak kita akan jarang sakit. Dan kita tak akan mengeluh penat jaga anak. Makan dalam betul nasihat dia. Tapi bila fikir2 betul kan. Kalau kita ikhlas buat kerja kerana Allah mesti Allah tolong kita..
Ok, aku nak cerita pasal Sufia. Pengalaman dapat tahu aku pregnant sgt drama okeh. Sbb bos MITI mmg dah pesan.. Datang posting jangan pregnant. Saya tak mau pekerja yang tak efisien. Hambekk.. So, bila dapat tahu aku pregnant. Cuak, takut semua ada. Mengenangkan perangai azab dia mmg aku takut sangat time tuh. Kenapa yer kalau orang pregnant kita akan pandang serong? Selama ini aku still kerja mcm biasa. Takde pun sekejap2 ambil MC. Kerja mcm biasa sampailah hari akhir due. Alhamdulillah mmg tak pernah melepek.. Pening2 mual2 tu biasa tapi still under control. Aku pernah tengok officer pregnant yang tidur bawah meja sbb melepek. Tapi masa tu boss aku Mr. Kekeh. Sangat prihatin. Dia tak kacau. Aku salute dia. Nasib masing2 lah kan. So, bila nak cakap dgn boss aku pregnant, aku email sbb nak dapatkan kelulusan perubatan since di US memang mahal kos perubatan. Dia takde ucap tahniah ker tanya khabar ker dia jawab " Duit kita cukup ker untuk bayar awak". Disscuss!!
Gentleman tak?
Belum lagi wife dia call untuk mengesahkan betul ker aku pregnant. Kak Lily yang nak pregnat selama ni tak dapat, awak yang pregnant..Tak aci.. best lah kan cuti tapi dapat EPSH dan gaji Malaysia. Nanti Elene ambil cuti tiga bulan ker? KL bagi ker? So, siapa yang boss skg nih? Dalam hati..laki kau tak power nak salahkan orang lain pulak.. Tapi aku senyap jer... Aku tahan suara sedih. Aku cakap..Saya dah pregnant..bukan takde suami. Suruh Encik Isham cuba lagi yer. Aku letak telefon. Sebak.. Call Kak Irus..mengadu nasib.. Dah lega..gi toilet cuci mata. My LRS-Maria yang sabarkan aku. So, kalau orang Wisma tak bising pun wife HSB spent 60K USD untuk wife bersalin or kanser kenapalah aku pulak jadi isu. Orang lain semua happy sbb aku pregnant. Siap ada baby shower.. Pak Haji Suhaimi siap bagi aku kurma setiap hari untuk baby dalam tummy.. So, aku orang pertama di Embassy yang ada kad insurans. Sbb boss aku suruh berjimat dan berkira. Aku pandang positif. So, aku boleh pilih kat mana aku nak checkup. Since dah ada insurans kerja lebih senang sebenarnya. Orang treat kita more responsible. Sbb dia tau kita officially covered.
Seperti biasa, aku tak check jantina. Hopefully dapat boy.. Semua orang ckp perut aku mcm pregnant baby boy. Tapi aku mmg tak percaya. Instinct aku ckp baby girl lagi nih. Ahahah.. Sepatutnya due 1 April tapi aku nak jugak Doctor Kara Jefferies yang sambut baby, aku paksarela induce on March 27. Rupa-rupanya sakit bersalin induce lagi sakit.. Rasa macam ditarik2 urat di peha kanan. Memang sakit. Doktor dah banyak kali suggest untuk ambil Epidural. Tapi bila baca cons ambil Epidural tak berani. Bila dah 5 jam tahan sakit..aku decide ambil Epidural. Pakar bius datang pukul 1pm.. Aku duduk dan badang dibongkok seboleh2.. Habislah aurat aku tapi aku kira darurat dah.. Lepas ubat epidural masuk terus rasa tak sakit.. Walau tengah contraction rasa relaks jer.. Rugi tak ambil Epidural dulu2..Haks.. Then aku rasa baby dah nak keluar.. 2 kali push.. Another baby girl keluar.. Honestly rasa sad tapi bila tengok lesung pipit dia.. Alahai..comelnya.. Aku tahu Allah tahu apa yang terbaik untuk aku :)
Cari nama..cari nama..Nurse dan Doktor asik panggil Baby Girl Elene.. So, Epul decide - Nur Danish Sufia.. Terus Nurse isi untuk application birth cert dan SSN number. Danish? Mcm tak best.. Aku nak Nur Zara Sufia.. tapi sampai Sufia 1 tahun tak jugak aku tukar2..
Ok.. I'm happy with 4 girls. Bila tengok boys yang melenting2 meragam di mall atau office mcm cuak nak dapat boys. Bila tengok boys memanjat sana sini aku ckp dgn Epul.. errr.. I'm happy with 4 girls.. Tapi mcm best kalau ada boy sbb dia akan jadi bodyguard aku esok2.. Kan?
Monday, April 1, 2013
Pizza Project
Hari tu macam dah boring makan nasik. So, Epul plan nak buat pizza. Dia macam anggek siket bila suruh ikut resepi dia since dia pernah kerja kat Pizza Hut lepas SPM dulu. Aku nak jugak ikut resepi kak saimun yang nampak mudah. So, bila dia pergi Halal Co dan H-Mart untuk dapatkan bahan, aku dah uli siap2 doh. Aku masukkan telur dan tambah Self Raising Flour. Dah la letak dried yiest. Suka hati aku jer sbb takut tak jadi. So bila epul balik dia dah tengok 3 ban aku siapkan. Dia tanya aku mcm mana aku buat. Aku jawablah.. Dia kata mana ada orang buat macam tuh. Aku kata ni resepi cepat dimasak. Hahaha.. The pizza turn to be good but he still complained about how fluffy the based was. Dia kata is supposed to be crispy aku punya lembut. Haha.. Aku punya Pizza Hut punya style dia punya Dominos atau Papa John kat sini. Hahaha..
Assalamualaikum!!
Ehem.. Cari mood..cari mood..Ahahaha.. Finally dapat retrieve password blog kesayangan ini. Dah banyak attempt jugak untuk buat blog baru tapi.. lupa password jugak..Ngok tak? Entri kali ni nak citer pasal cuti sakit. Honestly bila orang office ckp dia cuti sakit korang fikir apa?
Fist time..kesian..hopefully cepat sembuh.. Kalau kali ke 29? Kat sini ada satu officer selalu cuti sakit. Hidup dia penuh misteri. Ada orang kata dia pernah kawin. Tapi tak pernah tunjuk isteri. Ada yang kata dia Duda..Anywayss.. Dia selalu sakit. Sekejap operate..sekejap accident, kejap tonsil, kejap demam panas.. Bila dapat email notification cuti sakit, perkataan pertama orang akan cakap..cuti sakit lagi? Dalam hati aku pun ckp mcm tuh..Kesian, asik cuti sakit. Ok..kenapa selalu sakit? Stress dengan kerja mungkin boleh jadi punca. Dah takde mood nak kerja. Sbb aku pun kadang2 mcm tuh..Takde mood nak datang kerja. So bila sakit mcm best ada alasan ngelat untuk tidak datang kerja.
Korang pernah terfikir tak? Pagi-pagi time nak pergi kerja kita akan cakap mcm nih.. "Bestnya nak gi kerja, I really love my job"Best..best.. Honestly.. aku rasa so-so jer dgn kerja aku skg..Nasib boss baik dan kerja tak hectic sangat. Itu sahaja.. Takde orang hensem untuk cuci mata kat floor nih.. Takde orang yang buat lawak mcm kat office lama. Semua mcm serius jer..Semua mcm stress dengan kerja memasing. Aku pulak. senyum bila baca blog orang atau tengok etsy.. Kalau lah aku ada pilihan untuk kerja apa yang aku suka buat..aku pilih baking and craft.. Itu pun kalau orang sanggup beli kuih aku dengan harga 20 ringgit sepotong! ahahaha..baru cepat kaya kan.. Craft pulak aku suka buat toys untuk anak2.. Mcm sekarang..teringin nak buat felt craft.. Comels giller okeh.. Etsy sgt inspiring. Suka tengok orang kreatif. Boleh click sini so korang faham apa aku bebelkan :p Ok..itu sahaja. Aku hanya invite orang2 yang rapat dengan aku untuk baca blog ini. Macam korang! Tepuk tangan sekarang!!
Note kecik: Apa blog korang? Nak baca balik!!
Subscribe to:
Posts (Atom)

