
Friday, March 28, 2008
Tuesday, March 25, 2008
Hiks..
Sorry, gambar tak ikut sequence.. aku main upload jer..
Gambar yang dipaksa.. Adee suruh jugak aku posing.. Aku penat tahap melampau sebenarnya.. demam campur ngantuk.. Eh..muka aku kecik sikit dari kau la.. Teknik fotografi eh?
Kek kau marvellous Pa.. Aku macam nak tapau.. tapi sebab naik ERL.. takut terlingkup.. Pa.. lepat pa..I lepat you nanti..
Penyanyi Payung Ku.. (aku dengar dengan jelas part corus jer)..
Si perempuan yang makan banyak... (sedap kan..)
Sorry gambar gegar.. tapi aku tetap nak snap gambar kau.. Snap gambar sambil batuk..Akhirnya.. dapat jugak berjumpa dengan secretary melampau Sabtu hari tu. Actually, memang aku tak larat, tak tau apasal demam kali ni teruk pulak. Aku dah lama tak demam.. Aku susah demam.. Ni dah masuk 2 minggu flu.. Kepala pun berat.. Nampak bintang di mana-mana. Tapi aku takut kena marah dan perasaan nak jumpa dengan kawan2 lama lagi kuat.. Nak-nak jumpa Adik (Dik.. kau tak berubah langsung.. sumpah).. Uyun si Baju Merah, Aktivis melampau dan adiknya.. (Zell.. you rowk).. Kak As si sekreteri sulit 'somebody', Kak Sal gigih..hiks.. (sempat ke Adee menuntut ilmu dari kau kak?) Kak Zuzu yang akan bertunang bulan depan.. Effa pengusaha cupcakes.. (Effa.. kau hutang lepat dengan aku!) dan yang duduk sebelah aku yang makan sate banyak tuh..(Sate dia memang best.. tak boleh lupa yang Adik terus masukkan dalam mulut sate panas tuh.. kau ada ilmu kebal ke dik).. The food was good. Berbaloi la RM30 kan.. ada dim sum, laksa johor, cendol, abc, taufu fah, indian food, etc..etc.. nyum..nyum..
Sesi karaoke ditaja 0leh penyanyi tetap red box.. si Aktivis.. (Aku yang demam2 pun layan jugak lagu Rahimah Rahim.. kah..kah.. teringat bila semua nyanyi lagu wajib.. I'll survive.. part corus jer yang kitaorang lancar.. lagu Rihanna pun macam tu jugak.. Apa2 lah.. anyway, we had fun that day.. Tak jadi memborong di Jalan Tar sebab hujan lebat (mesti sebab kitaorang nak nyanyi.. terus hujan Rahmat turun).. Thanks to Amat sebab jaga anak-anak.. but most of all.. thanks to you my dearest friend for brightening up my day.. Hope to see you all again..
Entry expired..
No souvenirs from Senegal or even Paris.. aku tak rasa apa (ada la rasa siket.. but what do you expect from Senegal?) .. first thing aku tanya.. MAS kasi apa.. Dia terus keluarkan benda ni.. aku suka..aku suka.. Losyen Aigner tu wangi sangat.. Mandian L'Occitane pun best.. hak..hak..
Tuesday, March 18, 2008
Budak Darjah 1
Hak..hak.. dapat email ni buat aku tergelak. Time 1985 takde buku ni tapi aku pernah baca buku abang aku.. Ilmu Kesihatan.. bagus.. watak-watak utama macam Ismail, Ani, Lili dan etc memang sinonim dengan buku Ilmu Kesihatan. Agaknya subjek Ilmu Kesihatan diganti dengan Pendidikan Jasmani kot.
Kulit buku depan.. Kementerian Pelajaran Malaysia patu ambik iktibar untuk keluarkan buku macam since anak-anak sekarang dah terlalu advance dalah menguruskan diri memasing..
Kalau Ismail dah besar, mesti dia bangga dia telah dijadikan model untuk buku. Mana agaknya Ismail sekarang? Dr Ismail UiTM kah? Ngeh..
Terselit nasihat sekali dalam buku ni.. macam pantun pun ada..
Kalau buku di dijadikan panduan di sekolah, mesti kurang kes-kes penculikan budak. Bagus Ani ni.. For sure ni bukan kawan ex-ITM aku.. Mahani.. ;) Pendek jugak uniform budak dulu-dulu ye..Seksi gitu..
Sekarang ni ada lagi ker kawan nak tolong picitkan kepala kalau kita pening.. Semuanya busy kan.. Carilah kawan yang baik kan..
Bertuahlah mak bapak si Manaf.. bersopan santun.. Eh.. cikgu tak pakai talipinggang cikgu.. Cikgu lupa ya..p/s Aku yang tengah pening(katan) tunggu keputusan Pembentukan Kabinet Baru.. dari 22 kementerian jadi 18 jer.. Siaplah kitaorang bawak tilam dan bantal..
Monday, March 17, 2008
Makan-makan time..
Hari ni ada jamuan perpisahan for officers yang naik pangkat. Seorang ke MAMPU dan sorang ke Pejabat Latihan Jordan. So, seperti biasa kitaorang akan buat 'port luck'. This time aku kena bawak buah jer.. selamat, lagipun dah lama dapur aku tak berasap dengan makanan berat.. Al maklumlah kan..
Sekarang tengah sibuk compile semua carta yang telah disusunsemula last year. Last Friday, K*N minta jumlah perjawatan bagi negeri-negeri yang bermenteri baru. Haru beb..
Puan pegawai ni kata ni masakan paprik.. Aku iyakan aja.. Maybe Norkiah baru aku terlebih flash..
Yang ni aku bawak.. buah simple aja.. tapi presentation mesti bagus kan.. Sebenarnya anggur tu berselang seli tapi dah tukang bawak tadi terlanggar pintu.. berterabur design..

Limau mekar di tasik madu.. Buah ni si Neesa yang pilih. Tak sangka pulak manis. Pagi-pagi Ahad dah menyusup ke Alamanda.. Sempat lagi breakfast di McD..
Sambal udang.. Honestly aku tak suka kalau sambal udang tak dikupas kulitnya. Sure lauk ni aku malas nak sentuh.. Aku malas nak kopek udang.. nak2 udang yang kecik..
Ikan masin.. Penggorengnya kata "Harap-harap lauk ni tak dijadikan hiasan je.. al maklumlah..lauk-lauk lain vogue"..
Puan pembuat paprik merangkap bos aku merangkap geng jalan-jalan merangkap rakan mengumpat aku.. dan dia jugak yang selalu buat aku fenin dengan kerja yang tak penah surut.. Bakal KSN perempuan pertama.
Katanya Pajeri Nenas.. tapi nenasnya tenggelam sebab terlebih kuah.. Yang ni aku suka..
Tempat pertama jatuh kepada kerabu daging.. Pergh.. sedap gila.. Rasa cara buatnya sama macam kerabu lain, bawang merah, lada api, daun ketumbar dan asam limau cuma ditambah sos ikan. Maklumlah si pembuat berdarah Thai..
Selamat Menjamu Selera buat aku.. Dah lama tak jumpa lauk.. Hari ni diet terbatal.. Aku lapar dan demam masih belum kebah.. Aku nak makan.. (banyak!)
Cakap-Cakap Politik
Aku sebenarnya antara orang yang suka mengikuti perkembangan politik tanah air.. tapi honestly tak selesa untuk berdiskusi tentangnya. Tapi lately ni, banyak sangat info pasal isu-isu politik yang meloyakan tekak. Bagi aku satu jer.. kalau ingat tanggungjawab yang diberikan oleh rakyat satu amanah, memang aman dunia. Dan kepada pemerintah yang mengalami 'kejatuhan' kalau dia benar-benar di tempat yang betul, penyokong harus menyokongnya. Kepada Pak Tua, semua orang tahu anda masih berkalieber dan aura masih kuat tapi awaslah bicara itu.. Effectnya kepada negara sendiri juga ya.. Satu dunia tahu tau.. Notty lah mcm ni..p/s 1: aku masih suka hati sebab Bab Bil menang.. suka dia sebut Naaaaabbil!! Amat is coming back on Thursday.. ada la tempat nak mengadu nasib ni..hu...hu.. Latest news, reunion dibatalkan.. hampeh jugak.. aku beriya2 sangat untuk pergi.. Tu lah orang cakap.. buat benda jangan beriya sangat.. Masin jugan mulut orang itu ye..
p/s 2: Memandangkan banyak negeri yang jatuh ke tangan pembangkan, ramai orang susah hati kerana kerusi sudah panas.. Lain kali jadi macam kakak aku.. jadi puteri umno bermati-matian tapi undi? rahsia.. Kepada pakcik itu, jangan susah hati.. rezeki ada di mana-mana dan jangan lupa memberi rezeki LAGI!.. Biarlah kerusi jadi panas, jangat poket panas sudeh.. Bulan 5 dah dekat nih.. Loccitaine ada sale ni..
Tuesday, March 4, 2008
My Dearest [Syifa Version]
Hari ni penat sungguh kerana mengumpul semula semua carta dan ringkasan perjawatan bagi semua agensi yang telah disusun semula bagi tahun lepas.. Masak aku!!
This is my favourite@precious picture of all. Bukan senang nak dapat gambar Syifa senyum. Sepet sungguh.. Maybe terkenan ngan minah Beijing! Ramai orang kata Syifa was Amat Jr... Ye ke?
Aku memang suka ambik gambar anak tidur[atas cadar baru] Lately, aku dah teraddicted beli cadar kat Aussino since outletnya baru di bukak di Alamanda! ;0)
Subscribe to:
Posts (Atom)







