Tuesday, December 1, 2009

Stress out tahap chipan..

I need a break.. Nak chouti2 US lahhhhhhhhhhhhh... Adee, kau tunggu aku kat simpang,

Saturday, November 21, 2009

A walk to remember 2

Sometimes, people can be so *itc*y.. Kau ingat, kau sorang jer ada perasaan.. Aku tak biasa gaduh ngan orang, dan aku tak suka kena bebel. Tapi bila aku datang untuk berdamai dan kau buat lagak *uck*ng *ss.. Aku dah tak respek kau.. Sampai bila2..

Friday, November 20, 2009

A walk to remember 1

Under Perwakilan activity, we're going to the White House tomorrow (Friday).. Yeay.. But taking pictures is not allowed :( Be prepared mentally and emotionally.. Haha.. Harap Abang Obama ada esok..

Thursday, November 19, 2009

Syifa tak nak jadi macam ayah!

Budak banyak songeh..

Dah hampir 2 minggu susu Syifa habis. Masa memula datang, aku tak bawak banyak sbb takut kena rampas. So, hari tu dah minta satu officer yang akan ke sini bawakan. Aku kirim melalui contena dia. Sebelum susu Syifa habis aku dah minta tolong dgn satu fwder tu untuk hantarkan tapi sampai sudah takde pun.. So, bila susu syifa betul2 habis, epul start training bagi fresh milk.. selang seli dengan milo.. Tapi aku tak suka bagi milo sbb its not good for your kid's lung.. Mendapan dia tu yang akan buat anak2 continuously batuk..
Nak tak nak aku terpaksa minta Fairy Godmother Vitagen belikan.. So, semalam dia minum fresh milk lagi but still she's craving the her original milk.. Ini dialognyer..
Ibu: Syifa minum susu ayah yer.. Nanti susu syifa sampai, kita minum banyak2 ok..
Syifa: Lambatnyer sampai.. Auntie Vitagen tu bagi lambat ker..
Ibu: Putrajaya (dia tau putrajaya jer) tu jauh.. Aunty tu naik kereta.. Lambat sampai..
Syifa: Kenapa tak naik flight..
Ibu: Duit dia dah habis sebab beli susu Syifa sebab tu dia naik kereta jer..
Syifa: Mmmm ok.. Syifa asyik minum susu ayah.. Nanti jadi macam ayah..
Ibu: Ok lah.. nanti syifa jadi tinggi dan kuat macam ayah..
Syifa: Tak nak jadi macam ayah tuh..
Ibu: Kenapa tak nak jadi tinggi..
Syifa: Nanti syifa ada misai macam ayah.. Syifa kan girl..
Ibu: (I dont have words.. Aku cuma ketawa nak mampus.. Epul pun gelak guling)..
Ibu: Nanti kita call Aunty Vitagen okeh.. Syifa minum susu ayah jer dulu..
Syifa: Asyikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk minum susu ayah..
Dia terus naik atas.. merajuk.. Aku ngan Epul saling berpandangan.. Where she get the idea minum susu ayah tumbuh misai?
Syifa..syifa..

Wednesday, November 18, 2009

4am

Bisinglah anjing Lucy kat sebelah ni. Sakit perut ker hapa? Now its 3.52 am. Aku x boleh tidur balik. Kena pakai cantik2 esok untuk motivasi diri sendiri pergi ofis. Bencilah. Kat Embassy ni x der lelaki hensem yang boleh boost yr energy. Lucy ni tidur mati ker? Benci tau..

The sign of...

Setelah 10 tahun kerja dlm kerajaan kenapa lately aku akan terbangun waktu malam dan terfikir pasal kerja. What should I do first thing in the morning. Ini baru jd PA. Belum jadi Minister Counselor! Giller lahhh...

CERTOT

I just had a long 'talk' with my old friend. He used to know me well.. Borak punya panjang, cerita pasal boyfriend lama. Orang ni kawin dengan orang ni, orang tu kawin dengan orang itu. your ex sekarang dah kawin for the 2nd time.. Tak sangka si polan kawin dengan si polan.. sampailah keluar cerita my dear Epul.. So, i try to share all the details dari saat berkenalan sampailah sekarang dah 6 tahun jodoh aku. Tetiba my dear friend tanya soalan ini. Elene, I know what type of person you are, why u married him? Aku termenung panjang... I dont have the answers.. I really dont.. Aku tau me and Epul have a lots of differences. Dia tak suka teater, art, camping, bookstore, good song, good artist, main hujan, romantic movies, poems, cerita tamil, nasi dagang, kuih bom and others. Selalu jawapan aku ialah: Kerana Epul boleh bertahan dengan perangai aku. But after 6 years aku terfikir balik.. kenapa aku kawin dengan Epul? Aku mulalah buat drama pendek ngan Epul..Aku tanyalah.. Yang, why u married me? Dia pun mulalah jawab merapek2.. Aku still tak puas hati.. Aku text dia.. Yang, I really want to know why u married me.. Then dia text balik: Coz I love you.. Aku terdiam..

p/s Love doesnt make the world go round, love is what makes the ride worthwhile..

Sekian, cerita merapek dari aku..

Thursday, November 12, 2009

Demotivated!

Dah 3 kali upload gambar ni.. tetap senget.. malas aku nak baiki. Sgt demotivated nih.. :-(

Picture says a thousand words..

Need to explain more? This is so not like me. Tanya kak Izan :-)

Fail untuk rujukan!
Mess..mess..mess.. Kalah meja Presiden MIC..

Teruk kan! I need Frappe..

Tuesday, November 10, 2009

Titik

Sangat busy. Tak sempat nak taip entri. so, aku letak . jer lah.

Thursday, November 5, 2009

Why?

Minggu ini aku sangat malassssssssssssss buat kerja. Buku vot dah 2 hari aku tak sentuh. Ulang alik, ulang alik ke Finance Dept just to collect check dan post. Claim boss pun aku biarkan. Kenapa yer? Inikah penangan cerita melayu? atau sebab aku belum jumpa boot idaman atau aku memikirkan duit gaji yang makin suttt.. Hahahahaha...


p/s Kak Salwa.. apa khabar?

Update your collection

For those in love, sometimes there are song that related to you. Everyone have their own love song. Just heard this today from my cousin's blog. Yup, he's in love. Aying: Cepatlah kawin! A lovely song from the beginning till the end.

For Jai, Adee, Zella and for all my married friends.. Lets spice up our love life. Dengarkan lagu yang sedap ini!. I dont even know who is Gyta. Nantilah google.. Dengar kat imeem di sini

Dygta feat Ira
Cintamu
Cintamu yang ku rasa
Walau tak terucap
Semakin dalam
Cintamu telah terukir
Dibatas cintaku
Selamanya

Tak pernah ku mencoba
Lepaskan cintamu walau sesaat
Sejujurnya diriku
Terlalu sayang padamu
Ku ingin selalu dalam
Cintamu..
Dan tiada
Yang kan memisahkan
Selamanya..
Cintamu
Yang terlintas
Terbias matamu
Selama ini
Adakah di hatimu
Terbesit satu harapan untukku
Untuk berjanji selamanya
Kau selalu milikku
Satu cinta tak pernah ku mencoba
Lepaskan cintamu walau sesaat
Sejujurnya diriku terlalu sayang padamu
Ku ingin slalu dalam cintamu

Lately ni feeling jiwang. Lepas tengok Syurga Cinta, Afgan dan Nur Kasih. Yes, I'm in love.. (Ini semua kerana kamu yang mabuk asmara!!)

Monday, November 2, 2009

New Addiction!


Semenjak ada anak aku jarang menghadap tv. Maybe sbb dulu tv ada satu jer. So, kebanyakan masa di conquere oleh Neesa+Syifa and Epul. Lately ni mcm rindu nak dengar suara azan, dengar berita TV3, tengok iklan Malaysia dan dengar lagu melayu. Haha.. last week I managed to watch Syurga Cinta just to get feel for Adee n Zella. Orang dilamun C.I.N.T.A. Hak..hak.. Last weekend, aku bersanggupan mendaftar join TV3 just to watch Nur Kasih. Hmm.. aku suka. Baru tengok sampai Episod 4 dah 2 kali mengalir air mata. CEMBENG!! Harap2 aku ada masa untuk tengok cerita ni sampai habis. Boss dah masuk office. Demm! Erkk.. Luruskan niat ye Elene..



p/s Gaji bulan ni lambat masuk ek.. Kena tarik duit tabung Disneyland lah nampaknyer.. Hahaha..

Wednesday, October 28, 2009

I'm so into you!


Sorry Epul.. No offence! I'm so into Afgan lately.. Haha.. His voice make me calm.. Macam cinta pertama kepada Anuar Zain. Hampir seminggu cari CD Anuar Zain aku di dalam kotak. Mana pergi? Nak minta dia dowload semua lagu Afgan dalam my iphone rasa kejam sangat tak? Terima Kasih Cinta was superb. Dah lama tak dengar lagu melayu :-(


p/s Lagipun aku bendera merah skg :P

Syurga Cinta untuk Adee

Adee,

Aku dah tengok Syurga Cinta. Dah lama aku tak puasa khatan. Hahaha..

Tuesday, October 27, 2009

My First Fall

Semalam ke Great Fall di Falls Church untuk berpiknik. Jam 8.30 dah bertolak dari rumah dan hanya mengambil masa 20 minit untuk sampai. Orang kata musim Fall sangat cantik. Mula2 rasa biasa jer tapi kalau lalu yang kiri kanannya penuh dengan pokok2 memang sangat amazing. Love to see all the colours.. So, here are the picture from the picnic.
Into: Kalau gambar daun warna merah lagi cun kan.



Syifa with Tinie wife to the 1st Sec. She's so nice and lawa too..


Hati ibu sangat seram waktu Neesa panjat tebing tuh. Aku tau aku bukan gayat tapi aku takut Neesa terjatuh.. Suasana sangat sejuk. Neesa terpaksa pinjam baju budak lain untuk cover kesejukan. Aku sibuk buat laksam. Epul yang siapkan budak. Aku pun ingat tak sejuk sangat. Sampai sini.. Huuuuuuuuuuuuuuu... So the sejukkkkk..

On the way to Great Falls park. Cantik kan. My fav is orange and yellow dan ada daun hijau siket2.. Warna merah pun cantik. Semualah cantik..

Nasreen yang terlebih lompat (the one at behind). Syifa mcm blur.. Hahaha

Umairah yang kesejukan sampai diberi pinjam jaket untuk tahan sejuk. Baby Q tak tahan dengan cuaca di sini. Pipi cepat merah dan kering. Sometimes bila garu akan berdarah. Exzema orang kata.

Me and Umairah. Pakai baju selapis memang sangat tidak sesuai. Tapi control sejuk. Orang lain pakai baju berlapis2. Nampak sangat Amatur!!

Lagi gambar ngeri. Belakang tu terus tebing!! Aku dah separuh meroyan tengok selamba jer orang letak budak2 kat tepi tuh.

Tengok muka aku. Sangat tidak fokus kepada kamera sbb takut anak2 terjatuh..

Tak ramai yang join maybe sbb dah biasa ngan tempat ni. Anyway.. it is a nice way to know people better.
The End

Monday, October 26, 2009

Ikhlas

Tetiba aku teringat drama Indon mengenai ilmu ikhlas. Lately ni aku selalu termenung segala pengalaman yang aku lalui sepanjang hampir 4 bulan aku di sini. Sometimes, aku rasa dugaan tu terlalu berat. Sometimes aku rasa aku menyesal datang sini. Semalam aku mengadu nasib ngan Umi. Aku membebel sambil air mata bercucuran. Umi hanya suruh sabar. Bila nak tidur.. Tetiba aku terfikir sendiri. Ikhlaskah aku dengan segala pengorbanan yang aku buat. Ikhlaskah aku dengan segala decision yang aku ambil. Kalau aku ikhlas tak akan ada yang berbangkit. Kalau aku ikhlas, tak kan ada yang tak puas hati. Dan kalau Epul ikhlas ikut aku ke sini, dia tak akan rasa pengorbanan dia untuk tinggalkan kerjaya sangat merugikan. Dan pagi ni aku dapat nafas baru. KALAU KITA BETUL-BETUL IKHLAS, HATI KITA AKAN TENANG. Dugaan tetap akan datang, Allah akan tengok sama ada kita makin dekat atau jauh dengan Dia.

Motif entri keagaaman? Agama itu satu panduan. Itu yang aku belajar tadi. Oh yer. Pasal kenduri tahlil hari tuh aku tak update gambar kan. Memang aku tak ambil gambar pun. Aku minta tolong dengan Taufik staff telekom tolong ambilkan. Hehe.. aku suruh ambil gambar, dia buat slide. Walau tak banyak gambar, korang boleh lah tengok serba sedikit keadaan rumah aku yang tak seberapa. Aku macam nak panggil Luke untuk datang hias rumah aku. Boleh kan Luke darling.. Hahaha..

Klik sini

Tuesday, October 20, 2009

Nasihat.

Sangat busy! Nak sangat ada cable yang boleh transfer apa yang ada dalam otak. :-)
Sometimes bila rasa terlalu lalai, aku dengar kuliah kat youtube. Aku sangat suka dengar kuliah dari Ustadz Aa Gym. He's Indonesian.

Ada satu quote untuk semua. "Luruskan Niat" Sehebat apapun amalan, niat salah tidak akan diterima Allah.. Maka, Sebelum berbuat sesuatu luruskan niat. Aku ambil quote yang ini untuk panduan semua. Untuk aku khususnya.

Ingin bernikah, luruskan niat
Untuk apa saya bernikah?Ya Allah, dengan mudahan dengan bernikah, saya boleh menguatkan ibadah saya, dengan bernikah, saya mendapat pendamping yang membahu mendekatkan aku kepada mu.. Mudah2 dengan bernikah, mudah2 hidup hambamu ini lebih barakah..

Lebih kurang mcm tu lah. Dia cakap laju. So, everyone.. luruskan niat okeh..

Niat aku sekarang, siapkan kerja. Heh.

Thursday, October 8, 2009

:-)

At last! This is what so many fans yearn to see. I'm happy for those who are falling in love NOW!!!

Tuesday, October 6, 2009

Gambar curi!

Aku memang tiada gambar family raya tahun ni. Memula sebab terkochoh2 nak ke Embassy pagi raya. Aku terlewat bangun dan terus siapkan sarapan pagi. Sarapan Mee Hoon Goreng. Kuah nasi impit x sempat buat. Rindunya kalau pagi raya di Beserah. Dari hujung meja sampai meja kat dapur, penuh dengan makanan. Aku try to cool demi anak2. Dalam hati Allah jer tau sayunyer. Tanpa dengar takbir raya. Aku pun bukak lah radio era malam raya tuh, tapi tak lama sangat since malam tu ada takbir raya di rumah Afdah. Bila dengar takbir, sayuuuuuuuuuu.. tapi masih buat ceria sbb tengok orang lain releks jer kan. Hahaha.. Sejujurnya, aku tak banyak ambil gambar raya sbb terpaksa dukung baby. Orang lain snap sana sini. That's why aku curi kat FB orang kot2 ada terselit gambar aku anak beranak. Hahaha..

Neesa n Syifa with their new toys. Syifa ngan kamera dan Neesa dengan handphone. Beli kat Yard Sale. 10 cent each. :-)

Khutbah raya dibacakan oleh Haji Musa. PA di JPM. Merangkap chef Embassy. Selalu orang mintak dia masakkan kalau ada kenduri kendara. Haji Musa ni serba serbi boleh. Tak lama lagi nak pencen. Ni 4th posting dia.

Gambar yang ditunggu2 oleh Adee. Yes, he's our new Ambasaddor. Kebetulan time ni KSN pun datang visit. So, jadi tetamu kehormatlah. Again, gambar ni bukan aku yang ambik. Thanks Taufik.

Tatau peristiwa time ni. Aku ambik jer. Haha.. Haji Musa check kuku jemaah sebelum solat Hari Raya kot?

Anak PM. The one in Maroon Baju Melayu. He studied in George Washington Univ. Ada lagi seorang. His daughter. Tapi aku tak perasan yang mana satu. Aku sibuk dukung baby kehulu hilir nak cari tempat tenteram. Umairah tak suka bising :-(

Gambar staf Embassy ngan isteri2. Tengok semua tayang beg! Aku kat sebelah Nasreen tau tapi dalam gambar ni aku tak terselit :-(

Balik dari Embassy, banyak rumah terbuka. Ni kat rumah 1st boss aku. Rendang dia tak boleh lawan rendang mak aku! Aku mcm tak lalu sangat makan jamuan tak kira di Embassy atau di rumah orang. Ntahlah.. takde yang menarik perhatian. Aku jamah sikit2 jer.

Ni lah satu2 gambar hari raya yang aku ada. Tu pun pegang Umairah! Sebelah aku ialah PA MOA. Azah. Baik orangnyer. Yang kepala botak kat belakang tu ialah Najib. Ex student kat sini skg bermastautin mencari rezeki sbg LRS. Aku mcm kagum dengan mereka2 yang gamble mencari rezeki sejauh ni. Alasan yang diaorang bagi ialah Education kat sini superb.
Ni antara orang lama di US. Dia ikut suami dia yang bekerja sebagai professor. She used to work. Sekarang part time ajar BM di Univ. suami dia. Kak Yam nama diberi. Jadi tumpuan sbb dia rajin layan budak pakai inai.

Saturday, October 3, 2009

:-)

Aku gembira bila kamu, kamu dan kamu sedang gembira. Aku doakan kegembiraan itu berpanjangan. Aku harap Allah dengar doa seorang kawan. ;-)

Thursday, September 17, 2009

Entri Gedik

Yeay.. aku berjaya masak nasik tomato untuk 30 orang makan. A good training untuk buat makan2 lepas ni. Kau tau lah, bila orang jenguk, kata dia masak mcam ni, dan bila orang lain jenguk kata di masak macam tu pulak. Aku masak jer cara aku. Nasib baik my second boss walaupun group lain menolong sedaya upaya projek aku. Bayangkan pukul 5.30 baru nak setat masak, baru nak cari periuk kat pantry Perwakilan. Kelam kabut siket lah kan. But I managed to cook it and make everyone impressed for my 1st attempt masak nasik tomato. Datin Seri pun tanya siapa masak. Kira hebat lah kan masak dalam masa 40minit jer sebab pukul 6.30 dah start meeting sebelum berbuka. Adee, Kak Sawaa, Luke memang terror masak. Zella, iron chef sagil akan kata masak ni enteng kan.. Hahaha. Kak Izan pun dah expert. Tapi takpe, wait for the new Elene after I came back 3 years from now. I want to be a cook! Hahaha.. See betapa gediknyer ai bila nasik ai menjadi. Ni baru beberapa picture sbb tak bawak camera. Tunggu orang lain punya gambar. :-)

Antara menu berbuka hari tu. Kak Saimun masak mee soto. Sedap sangat. Tapi kalau ada orang masak ayam masak merah lagi marvelous kan.


Walau tak merah macam tomato, rasa sedap tau (puji dengan hidung kembang setaman) Hahaha.

Presenting the cook! Me and Nasreen (Second Secretary (Economics). Dia pun havoc, so boleh la geng ngan dia ni. Orang lain pun masak jugak tapi takde lah bergambar depan makanan diaorang kan! Hahaha.. pedulik lah..

Me and Kak Tim. The Iron Chef merangkap tukang jenguk to make sure nasik ni menjadi. Thanks Kak Tim!

Monday, September 14, 2009

Erk!


Kak Saimun: Kumpulan B kena masak esok untuk sambut Datin Seri bla..bla..bla.. Elene kena masak nasi tomato untuk 30 orang makan.


Elene: Err.. Nasi tomato? Okeh. Saya masak esok.



Pergh konfident: Dalam hati (Nasi putih boleh? Umi.. tolong anakmu!!!!)


Resepi.net

MyResepi.net


p/s Kak Saimun akan menjadi karakter tambahan untuk entri2 akan datang. She's so nice! PA Otai Wisma Putra kan Dee.



Saturday, September 12, 2009

Isteri yang baik?

Orang kata kalau nak tambat hati suami, kena jaga makan minumnya. Ikhlas aku cakap, masa bujang aku tak pandai masak. Aku pernah buat bubur kacang letak pewarna hijau untuk impress epul. Aku pernah 8 kali belek resepi masak cilipadi ikan tenggiri. Aku memang fail bila bab masak lauk. Aku pernah masa kecik letak kicap dan tambah air panas bila abang aku suruh masak kicap ikan. Tapi sekarang, setelah 6 tahun kawin, aku belajar masak yang berat2. Dulu aku sangat jeles bila Effa main campak2 jer masak kari. Masa aku berjiran dengan dia kat Cheras, aku selalu order dia bila nak makan something. Bila aku kawin, aku belajar ngan Epul masak. Masakan pertama aku ialah sup sayur. Aku nangis bila tengok dia makan. (Eh, aku dah citer eh).. Aku nak citer yang hari tu aku masak rendang. Dan aku rasa best. Mesti Cik Maimun lompat bintang aku pandai masak rendang. Rendang epul ngan aku tak sama. Kalau aku punya, mesti ada daun kunyit dan kerisik banyak. Epul punya letak pucuk ubi dan minyak masak (ganti kerisik), so aku cuba masak stail Cik Maimon dan bila Epul cakap best, berbunga siket.

Aku letak santan 2 kotak jer, dah lemak.. tapi kalau ikutkan arwah Wan aku, mau lagi banyak santan diletak. Huhu.. alangkan bestnyer kalau ada daun kunyit..

Ini rendang sebelum mengering. Daging lembu kat sini keras lah. Memang tak sesuai buat sup atau goreng. Rasa mcm daging kerbau. Tapi tak sedap sangat. So, raya nanti nak buat rendang ayam jer lah. Aku masak dalam periuk jer since non stick. Lagipun, aku takde kuali yang macam kawah tuh..

Hari tu teringin nak makan lobster. Epul beli dua ekor 10 dollar. Orang kata rebus jer, aku cubalah. Maybe aku tak pandai.. the taste is erkhh.. Eh, orang buang tak kepala dia sbb 'otak' dia bila dah masak hanyir lah. Maybe lepas ni aku na buat masak lomak cili api. Tunggu ingatan aku pada lobster yang aku masak ilang dulu.. Haha..
p/s Ambik kau.. sekali upload entri..Haha.. Kak Saimon ialah PA kepada Ambassador, dia lambat balik hari nih. Huhu, kena lah tunggu kan.

IFTAR bersama JJ

Ramai yang tanya gambar terbaru aku. Honestly, aku takde gambar. Cuma ini sahaja ihsan kawan di Facebook. Picture taken from last week punya Iftar di Resident. Masa ni our new Ambassador baru sampai. Yes, Mr Loba2 Jejeh.. Wife dia (Tudung krim dan baju hitam) sangat humble. So, this is new me in kebaya okeh.. Hahaha.. Beside the red one is my Second Secretary (Economics) Pn. Nasreen.

Gigih tak aku posting 2 hari nih.. (It means aku muak buat kerja!) Haha..

Entri untuk Adee

Adee, aku diberitahu oleh kak Saimun (lagi) yang dia selalu makan taufu fah kat sini. Aku tanya mcm mana? Dia kata, dia beli tauhu silky dan letak dalam microwave sekejap dan letak gula merah. Rasa? Hampir sama.. (Tapi still aku nak cakap: sedap lagi makcik Bangi 1.20sen yang buat). Kira terubatlah rindu aku pada taufu fah. Kat sini ada pelbagai taufu, ada yang semi hard, silken, soft.. Semua boleh di dapati di kedai Vietnam dan Piliphines (Ha, dari Vietnam!) Cari cepat!
Sori lupa ambil gambar lepas masuk oven, tak menyempat-nyempat nak makan. Neesa n Syifa loves it!

Friday, September 11, 2009

Sama kan!

Umairah 5 month old

Syifa 11 month (kot) old!


Gambar bersuka ria di bilik air!

Kesian Baby Q, hari tu kena jap 4 sekaligus sbb vaccination kat sini tak sama. Alhamdulillah tak demam. Nurse tu terus bagi Tylenol. Memang power ubat tu Zell. FYI, ubat kat sini sangat mahal sebab diaorang senang jer kena saman kalau ubat tu ada side effect yang tak baik kepada public. Kat sini saman menyaman memang boleh cari makan punya. Tapi at the same time, terfikir jugak betapa kuatnyer drug kat sini. p/s Kiyut tak bathrobe tuh. Walau tak praktikal sangat untuk baby, tapi aku sukaaaaaaaaaaaaaa...


Three princess in a bubble bath. Neesa memang anak yang boleh diharap untuk menjaga adik. Kengkadang dia dukung adik turun naik tangga. Seriau aku.

Syifa: Biasalah, tengok jer. Alasan: Syifa kecik lagi. Syifa pendek lagi. Mengada tau.


Bila ibu nak bubble bath pulak nih? :-(

Projek Karipap 2009

Tahun ni karipap aku cantik tak macam tahun lepas. Pertama sebab beli acuan, so, tak yah kelim dah kan since kelim aku tak sehalus mcm ipar aku. Kelim dia sangat teliti dan halus sampai sayang nak makan. Kedua kulit dia rangup! Agaknya bila dah merantau ni kan, jadi rajin masak since kuih 'tunjuk' susah nak jumpa. Resepi kulit dia: Planta 3 sudu besar, panaskan sampai gelegak, letak dalam adunan tepung gandun, letak air sikit, letak garam siket. Agaknya petua Cik Maimon menjadi kali ni. Lompat bintang sekali!

Mulus kan karipap ni. Ni kalau jual kena letak harga tinggi sebab inti banyak.

Inti daging cincang, serbuk kari daging, kentang (1/2 jam Epul dadukan kentang!) letak daun sup dan udang kering.


Ni hasilnya. Kalau pandai kawal api lagi cantik kot. Kak Sawa, Luke, Adee, projek karipap dah menjadi ker? (Eksyen aku) compared to karipap tahun lepas, ada improvement kan. Klik sini