Monday, June 25, 2007

I'm Still in the Office!

Tersangatlah penat.. Seharian suntuk mengadap PC membuat carta untuk mesyuarat esok.. Ramai jugak yang tolong stay untuk siapkan paper unit-unit lain. Pagi tadi ada bacaan tahlil.. Imam yang mengetuai bacaan, lunak sungguh suara dia.. Boleh tergoda gittew.. Ramai sangat officer baru kat tempat ni. Tak berapa kenal sangat..
Sekarang ni dah nearly pukul 9pm.. tapi masih ramai lagi officer bersekali ngan anak buah siapkan paper. Tu yang aku suka kerja kat sini. Semua orang bagi full commitment kalau ada mesyuarat penting..

Cuma nak kongsi sikit artikel untuk renungan bersama.. Lately ni banyak artikel berunsur keinsafan untuk korang sumer.. Jangan bosan ek..

1. Jangan sengaja lewatkan solat, Allah tak suka.. kalau tertidur lain cerita.

2. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (aku setuju sgt yang ni.. tapi bila weekends.. mcm balas dendam tidur sampai hampir waktu lunch..

3. Jangan makan tanpa baca Bismillah dan doa makan, nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

3. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan, takut-takut kita mati dalam perjalan. (Nak gi kerja jer terus niat untuk beribadah ok)

4. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa (Takut lah yang ni.. )

5. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

6. Jangan mengumpat sesama rakan taulan, nanti rosak persahabatan dan kita hilang bahagia.

7. Jangan lupa bergantung kepada Allah dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula. (Aku akan ingat pesan ni sungguh-sungguh).

8. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

9. Jangan banyak ketawa, nanti mati jiwa.

10. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

11. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.. (Ya, Allah...)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalan dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."


Syifa will be 1 year old next two weeks.. Kejap jer dah setahun..

Saturday, June 23, 2007

Muhasabbah diri..



ADA kalanya seseorang memiliki pasangan hidup berparas menarik tetapi cakapnya pedas lagi menyinggung.

Ada pasangannya rupawan, bahasanya sedap didengar tetapi
sangat boros.

Ada pula pasangannya indah dan jimat tetapi malas beribadah.

Kerencaman dalam mencari jodoh ini pernah diibaratkan dalam satu hadis:
"Manusia itu seperti unta. Antara 100 ekor unta, sangat sulit kamu menemukan seekor yang sangat baik tunggangannya."
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Komen : Nobody is perfect.. Allah jadikan manusia itu pelbagai dan saling memerlukan antara satu sama lain dan secara tidak langsung, saling melengkapi.

Pasangan ideal memang sukar diperolehi dalam zaman penuh dugaan. Ada gadis yang mengeluh kerana sudah penat mencari calon suami yang berkelayakan, gagah dan lawa, tenang dan lembut serta kuat beribadah. (Saper ek?) Ada teruna mengeluh sukar mencari calon isteri yang cantik, senang dipandang, sabar, jimat, suka beribadah dan pandai mengambil hati ibunya.

Nasihat Rasulullah saw berkenaan kekurangan yang ada pada pasangan kita:
'Hendaknya seorang Mukmin tidak meninggalkan seorang Mukminah. Kalau dia membenci suatu perangai pada diri isterinya, dia pasti menyenangi perangai yang lain.' Pesan Rasulullah sejajar dengan firman Allah: 'Kemudian apabila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.
(An-Nisaa:19)
Komen : Ini ingatan yang aku harus pegang. Suami isteri saling melengkapi dan perlu belajar menerima kekurangan yang ada pada pasangan. Bersabarlah dan belajarlah..

Sebagai pasangan (baik suami mahupun isteri), janganlah kita membiarkan begitu saja beberapa aib atau kekurangan pasangan kita. Alasan bahawa sikap sudah begitu sejak mula- tidak boleh dipakai sama sekali. Sikap manusia boleh diubah selagi ia sanggup merubahnya. Suami hendaklah berdakwah kepada isteri dan begitu juga sebaliknya.'Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.
(Surah An-Nahl: 125).
Komen: Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Segala kesulitan merupakan ujian kepada hambanya bagi meningkatkan tahap keimanannya kepada Penciptanya. Adakah dugaan itu akan mendekatkan atau menjauhkan lagi diri kita kepadaNya.

Dakwah paling asas adalah dengan pasangan kita sebagaimana Rasulullah saw menyampaikan kisah baginda menerima wahyu kepada isterinya, Khadijah. Ia diikuti dengan anak-anak dan orang-orang terdekat. Oleh itu, suami/isteri perlu menggilap cara merubah sikap pasangan dengan cara paling elok menunjukkan contoh dan hujah. Kekasaran atau pukul bantai tidak boleh dibuat untuk memaksa seseorang berubah. Selain ikhlas dalam menasihati, penting pula ikhlas dalam menerima nasihat. Ketika kita dinasihati, hendaknya kitakendalikan serta lunakkan hati kita untuk ikhlas menerimanya.
Komen : Di akhirat, lelaki akan diseret ke neraka kerana 4 perempuan. Ibunya, isterinya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Oleh itu, tanggungjawab sebagai seorang lelaki amat berat. Ia memerlukan ketakwaan, kekuatan dan keimanan yang tinggi dalam menasihati wanita disekelilingnya.

Nabi Muhammad bersabda~Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.
Komen : Untuk menjadi JUJUR bukan senang. Selalu kita mengharapkan 'balasan' apabila membuat sesuatu. Harap orang akan membuat benda yang sama kat kita. Kalau boleh nak semua orang tahu kebaikannya. Sekali lagi aku ingatkan pada diri sendiri bahawa pandangan Allah yang paling penting.. bukan pandangan manusia..


p/s Thank to M for the great article..

Friday, June 22, 2007

Sentimental la pulak..

SM Salim
Tak Seindah Wajah
(Lakunan Hidup)

Kusangka aur di pinggir bibir
Kiranya tebu di pinggir bibir
Kusangka jujur pancaran batin
Rupanya palsu penghias zahir

Ku kira hati jiwa nurani
Suci seindah wajah terbayang
Kukira puji seikhlas budi
Ku lupa lidah tidak bertulang

Di manis gula semut binasa
Kail berduri bersalut umpan
Di manis kata insan terlena
Kerana budi hamba terkorban

Inikah dia lakunan hidup
Di pentas dunia insan berpura
Tipu dan daya pencapai maksud
Budi dan harta merangkum noda

Suka sangat lagu ni. Aku sebenarnya minat lagu-lagu lama.. Certain-certainlah.. Tengok bait kata dan melodi dia.. Lagu dulu-dulu penuh puitis. Penyanyi sekarang banyak yang lagunya hampeh.. Tapi M.Nasir tetap dihati.. Lagu dia selalunya 'luar biasa'.. Lagu ni mengingatkan aku pada satu peristiwa.. Walaupun tak berkait sangat dengan insiden sebenar.. tapi at that time aku rasa hiba.. Tetiba lagu ni keluar kat radio.. Mcm SM Salim bagi nasihat kat aku la pulak rasanya.. Aku hayati setiap word by word.. Nak-nak rangkap akhir..Aku jadi sayu jer.. (Bak kata Adee aku ni selalu sangat 'dramatik') tapi at certain time.. aku boleh jadi emotional, sentimental.. contohnya bila hujan renyai-renyai waktu petang... aku boleh jadi sayu.. jadi rindu pada waktu-waktu dulu.. rindu pada orang yang dah tiada.. sampai boleh mengalir air mata.. Ambik kau.. petang jumaat di aku jadi emo la pulak..

Aku tak sure pada kengkawan aku yang duduk nun jauh di mata.. Macam M, Luke, cousin2 aku..mcm mana rasanya rindu pada Malaysia.. Mesti ada sesuatu yang buatkan mereka rindu nak balik... Tapi Adee kata M dah tak rindu kat tv Malaysia sebab semua boleh nengok kat U Tube.. Hanya aku yang tak boleh access kat site tuh.. JP* banned. So, that is story of the day.. Pada kengkawan yang sudi carikan lagu tu untuk aku, aku dahulukan dengan ucapan terima kasih daun keladi.. Budimu ku bawa ke "Resepi Rahsia".. hi..hi

Wednesday, June 20, 2007

Resume oh Resume


Akhirnya Internet kat JP* dah ok selepas hampir seminggu diserang virus. Rasa macam patah sayap bila internet tak boleh guna.. Kerja jadi susah. Semalam balik pukul 9 sebab kena siapkan kerja sebelum meeting pagi ni. Semuanya gara-gara printer color yang satu itu tidak boleh diaccess oleh komputer lain. Nak-nak bila printer to stand alone.. lagi haru.

Lately ni busy siapkan a perfect resume.. Thanks to my dear friend who helped me out to find a guidance to make one.. Tapi semalam Amat still lagi kata my resume not good enough.. Rasa sedih sebab dia ketawakan resume aku.. Part experience tuh.. I know that I'm not good enough.. Tapi ada satu dua experience yang aku kira aku bangga dapat mencapainya.. Tapi Amat kata mana ada orang letak tu sumer.. Example.. jadi class rep.. for me, not everyone can do it.. not everyone want to be class rep but I took that opportunity to get close to my lecturer. Know what he/she expect from the student. At least I can discuss my subject informally.. Be a class rep means u have to help your lecturer if there's anything regarding class project. Help to find and distribute all the notes and example of exam question to class.. Kalau takde orang mintak.. lecturer tak akan bagi.. Arrangekan projek untuk kelas.. etc..etc.. Lepas tu my experience as a PA.. Dia kata kena project lagi sebab kalau setakat arrangekan meeting, transport tu, semua orang boleh buat.. hu..hu..(tak pandai..tak pandai..)

So, today i will start with the new one.. hope this one is more convincing..Rasanya buat resume in English lagi mudah berbanding BM.. Maybe aku tak pandai those 'kata kerja' perfectly.. Saper tau nak buat surat sokongan...(dalam BM).

Thursday, June 14, 2007

Soalan Maut! Dub..Dab.. Dub .. Dab


Hari ni merupakan kali ketiga aku period dalam tempoh sebulan. Aku pun tak tau apasal.. Pada firasat aku, mungkin sebab dah tak datang period 7 bulan lepas since give bith kat Syifa.. period tu kira 'balas dendam' lah. Tadi masa meluruskan kaki kat Surau ada sorang kakak tu tanya.. kenapa Lene? sakit pinggang kak.. period lagi.. Kau mengandung tak? Orang kata Bunting Pelanduk? Macam kena petir aku rasa soalan tuh. Last month aku cek gunakan pregnancy test sah CLEAR..

Aku takut! Aku tak nak mengandung lagi.. Aku tak ready.. Me and Amat take full precaution. Aku rasa penat sangat menjaga dua orang anak yang masih dikategorikan sebagai baby.. Tak sabar nak balik hari ni.. Nak singgah pharmacy nak beli pregnancy test! Harap ada satu line jer!! Kalau dua??

Tuesday, June 12, 2007

Ku Serahkan..


Semalam secara rasminya aku meletakkan 'crown' sebagai PA kepada Hajah kepada Kak Kathy. She just came back from Rome. Selama 9 bulan menanggung tugas sebagai PA Hajah memang satu pengalaman yang luar biasa kerana Hajah sebagai Ketua Cawangan yang handle Skim Perkhidmatan. So, semua masalah penambahbaikkan skim, kelonggaran syarat lantikan, kemasukan etc..etc memang dilambakkan kat sini. Memang syok duduk sini sebab semua semua cerita panas dalam perkhidmatan awam memang kitaorang akan dapat tahu dulu. Nak-nak pulak Hajah yang akan sentiasa meng'update' all the news kat aku. Rasa mcm penting sangat Cawangan ni. So, as a PA memang kena alert sentiasa dengan isu-isu semasa, hari-hari kena baca 4 newspapers kalau-kalau ada orang complain pasal skim mereka. Sekarang tengah hot pasal isu gaji guru yang dipertikaikan selepas kenaikan hampir 45% kepada semua kakitangan awam. I'm not allowed to discuss it here.. Tapi bab tutup mulut ni memang sat kerja yang mencabar. Kena marah sebab terlalu berahsia! (Bosan tau)

Hajah.. I'm gonna miss all the 'hard time', bebelan, ngomelan, gosipan..cakap-cakapmu itu..Nak ke lagi dia ajak aku pergi lunch, 'berbelanja' di Tomei dan nak ke dia lagi 'bermurah hati' memberikan aku cenderahati setelah dia balik outstation? Hu..hu..


p/s Tadi pergi lunch kat Pizza Hut, Alamanda ngan office mate. At the same time, sempat jugak aku menyambar barang yang aku nak2 sangat. Mascara! Secara tak sengaja terbeli 'barangan Revlon'.. Ops! Melayang RM62..

Monday, June 11, 2007

Something To Ponder..

Something to PONDER...and its time to start action...


WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI : Kamu!!!
WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti).

Kamu, tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah.

Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!". LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.

"Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI : Apa khabar?
WANITA : Baik... kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI : Belum.
WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut.
Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan.

Kamu tahu nombor telepon saya kan? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal..."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah
seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat....

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata kata yang kamu ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??

Wednesday, June 6, 2007

Cepat La Baik, Si Manjaku Sayang...

Ibu... jangan tinggal Syifa!! Syifa demam!!..hu..hu..

Hari ni kepala masih lagi sengal akibat berjaga selama 2 malam.. Balik dari kerja Isnin lalu tengok Neesa dan Syifa melepek jer.. Maid kata diaorang demam dan muntah-muntah.. Aku siap soal Kak Milah.. kenapa tak call saya.. Dia siap boleh jawab.. Alah.. demam aja.. bukan pengsan.. (sabar jer lah aku).. Aku rasa ni mesti berjangkit dengan Daniel kat JB.. Semua orang kat JB demam masa balik minggu lalu..

So, malam tu Syifa asyik merengek nak menyusu.. Kepala panas sangat.. Neesa ayah dia dah masukkan ubat kat.. Syifa kecik lagi.. so not advisable ambik dos tu.. Aku cuma jeram kepala Syifa ngan ais.. Sepanjang malam dia tak tidur dan for sure aku ngan Amat pun tak tidur.. Kejap2 cek kepala diaorang.. Tak sempat nak sambar daun bunga raya, just ambik air asam jer.. Kejap2 diaorang muntah2.. sah! panas dalam.. Kesian aku tengok.. The next day aku bawak ke klinik.. 39 celcius!!.. Aku mintak MC untuk aku sekali sebab memang ting-tong sangat kepala nih.. Tapi duduk rumah tak boleh rest jugak sebab menjaga 4 pesakit! Amat dan Kak Milah tersayang pun demam sama.. Kak Milah berselubung jer dari pagi.. Aku plak yang jaga makan minum dia..Amat demam mungkin sebab tak cukup tidur..

Petang Nisa dah nampak ok.. Syifa pun dah nampak ok.. Aku rasa lega!! mungkin lepas makan 5 jenis ubat.. dia dah kebah kot.. Kak Milah jer yang masih berselubung!!

Pukul 8 jer Syifa panas balik dan asyik merengek nak menyusu ngan aku jer.. Kesian sebab tank aku dah tak berapa nak penuh. Aku cuba ambil hormon kat klinik tadi untuk menambahkan susu badan. Doktor kata ubat tu menjadi depends on orang yang ambik..Walaupun akak bukan artis.. akak cuba lah jugak.. mana tau menjadi.. Ubat tu sebenarnya ubat tahan muntah. Aku pun tak sura apasal dia boleh banyakkan susu badan. Mungkin dia attack hormon yang sama kot. Until today.. takde beza lagi.. Tengah malam dua-dua panas balik.. paksa jugak makan ubat.. Hari ni aku pergi ofis.. Amat standby kat rumah.. Lagipun dia masih tak sihat..

Lunch ni nak balik jenguk diaorang.. Harap2 dah ok sebab minggu ni kena balik Beserah.. adik aku yang still lagi belajar kat UKM tu nak bertunang!!




Monday, June 4, 2007

Its time

Sejak dua menjak ni suka baca tips cara solekan mata.. Mata aku kan sepet.. So, baru belajar mcm mana nak guna pembayang mata, shading yang betul, buat lining mata supaya nampak real, mascara.. Dulu main bubuh jer.. Bosan sangat rasa hari ni sebab Hajah pot pet takde.. Dia bercuti ke S'pore..Pinjam magazine Rapi orang sebelah.. Ada tips pasal maskara.. Mungkin berguna kepada si dia yang gairah mencari masara baru!!

1. Tempoh hayat mascara hanya 3 bulan sajerk!! Kalau tarikh akhir sama dengan tarikh terakhir anda renew driving licence.. sudah masanya anda mengempiskan sedikit inti purse anda! (aku punya rasanya berusia setahun lebih kot.. selagi boleh pakai.. pakai..

2. Berus yang berbulu pendek dan halus sangat praktikal sebab dia boleh sampai ke penghujung bulu mata yang paling pendek dan sesuai untuk membesarkan mata-mata sepet..

3. Gunakan kapas muka untuk membersihkan sisa-sisa solekan mata. Jangan guna tisu kerana strukturnya terlalu kasar..

4. Peranan mascara adalah untuk menjadikan bulu mata tidak kering dan kelihatan lebih hitam sekaligus membesarkan mata anda yang sepet itu!!..

Oleh kerana aku ni berbulu mata pendek, aku ikut petua orang supaya menggunting hujung bulu mata siket supaya ia akan bertambah panjang.. Aku pernah try apply kat both of my daughters.. Menjadik!! Bila time aku.. tak panjang2 pun..
p/s Dee.. sebenarny artikel ni lebih panjang dan menarik tapi aku ada kerja tadi.. ni jer yang sempat aku update..

Karaoke 50 Jam Tanpa Henti

Kementerian Pelancongan Malaysia menganjurkan Majlis Citrarasa 2007 mulai 8 Jun ini di Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur.
Berbagai aktiviti diaturkan termasuk persembahan kesenian, pertunjukan bunga api dan persembahan artis popular. Menganggarkan lebih 100,000 orang akan mengunjungi majlis itu, pihak penganjur turut menyediakan gerai-gerai jualan makanan.

Menurut Ketua Unit Acara Kementerian Pelancongan Malaysia, Datin Zaiton Mohd. Ali, “Kami juga merancangkan aktiviti berkaraoke selama 50 jam sepanjang tiga hari tanpa henti. Ia akan bermula pada 8 Jun pukul 3 petang dan berakhir pada 10 Jun.
“Kalau program ini berjaya dilaksanakan, ia akan dicatatkan dalam Malaysia Book of Records sebagai program karaoke terlama,” kata Zaiton.

Untuk itu, katanya pihak penganjur mengalu-alukan penyertaan orang ramai. Mereka yang berminat menjayakan program tersebut boleh hubungi Romli Bidin di talian 017-3101288.

Selain itu, pertandingan karaoke yang menjanjikan hadiah lumayan juga diadakan pada majlis yang sama. Untuk menyertainya, khalayak boleh hubungi Inet di talian 019-2484545.

Sementara itu, bagi pengunjung yang ingin menyaksikan penampilan artis popular, satu persembahan nyanyian akan diadakan pada 9 Jun pukul 8 malam di tempat yang sama.
Gandingan penyanyi-penyanyi lama dan baru pada malam itu dijangka akan dapat mencipta kenangan indah kepada pengunjung Majlis Citrarasa 2007.
Kumpulan Ruffedge misalnya akan mempersembahkan lagu-lagu popularnya seperti Lemas, Da Bomb, Bila Rindu dan Secebis Kepercayaan. Sementara Sasi The Don dengan lagunya Hey General, Anbe, Giving Thanks To Jah dan Suatu Impian, Aspalela Abdullah (Pengodaan, Ibunda Tercinta, Joget Memujuk dan Bunga Hati), Amylea AF3 (Joget Sayang, Andai, If I Ain’t Got You dan Ku Berserah).

Selain itu Farhan AF3 juga akan diundang menyampaikan lagu Still got The Blues, Route 66, Aku Saja Yang Tahu dan Dia, Kelvin Lau (Shanghai Beach, Sonata Musim Salju, Kau Ilhamku dan Pencinta Wanita), J.Sham (Suratku Untukmu, Resam Dunia, Ku Akan Pulang dan Di Pinggir Kali) dan L.Ramlee (Ayahku Kahwin Lagi, Dara Pujaan, Siapa Bilang Aku Tak Sayang dan Joget Baju Kurung).
Persembahan artis pada malam itu akan diacarakan oleh pelakon kacak, Fahrin Ahmad.




Aku rasa omputeh tak heran nak berkaraoke sampai 100 jam sekalipun.. persembahan kesenian ok tapi berkaraoke? rasa mcm dah lapuk jer.. Kepada peminat Fahrin.. mesti akan pergikan..