Wednesday, June 6, 2007

Cepat La Baik, Si Manjaku Sayang...

Ibu... jangan tinggal Syifa!! Syifa demam!!..hu..hu..

Hari ni kepala masih lagi sengal akibat berjaga selama 2 malam.. Balik dari kerja Isnin lalu tengok Neesa dan Syifa melepek jer.. Maid kata diaorang demam dan muntah-muntah.. Aku siap soal Kak Milah.. kenapa tak call saya.. Dia siap boleh jawab.. Alah.. demam aja.. bukan pengsan.. (sabar jer lah aku).. Aku rasa ni mesti berjangkit dengan Daniel kat JB.. Semua orang kat JB demam masa balik minggu lalu..

So, malam tu Syifa asyik merengek nak menyusu.. Kepala panas sangat.. Neesa ayah dia dah masukkan ubat kat.. Syifa kecik lagi.. so not advisable ambik dos tu.. Aku cuma jeram kepala Syifa ngan ais.. Sepanjang malam dia tak tidur dan for sure aku ngan Amat pun tak tidur.. Kejap2 cek kepala diaorang.. Tak sempat nak sambar daun bunga raya, just ambik air asam jer.. Kejap2 diaorang muntah2.. sah! panas dalam.. Kesian aku tengok.. The next day aku bawak ke klinik.. 39 celcius!!.. Aku mintak MC untuk aku sekali sebab memang ting-tong sangat kepala nih.. Tapi duduk rumah tak boleh rest jugak sebab menjaga 4 pesakit! Amat dan Kak Milah tersayang pun demam sama.. Kak Milah berselubung jer dari pagi.. Aku plak yang jaga makan minum dia..Amat demam mungkin sebab tak cukup tidur..

Petang Nisa dah nampak ok.. Syifa pun dah nampak ok.. Aku rasa lega!! mungkin lepas makan 5 jenis ubat.. dia dah kebah kot.. Kak Milah jer yang masih berselubung!!

Pukul 8 jer Syifa panas balik dan asyik merengek nak menyusu ngan aku jer.. Kesian sebab tank aku dah tak berapa nak penuh. Aku cuba ambil hormon kat klinik tadi untuk menambahkan susu badan. Doktor kata ubat tu menjadi depends on orang yang ambik..Walaupun akak bukan artis.. akak cuba lah jugak.. mana tau menjadi.. Ubat tu sebenarnya ubat tahan muntah. Aku pun tak sura apasal dia boleh banyakkan susu badan. Mungkin dia attack hormon yang sama kot. Until today.. takde beza lagi.. Tengah malam dua-dua panas balik.. paksa jugak makan ubat.. Hari ni aku pergi ofis.. Amat standby kat rumah.. Lagipun dia masih tak sihat..

Lunch ni nak balik jenguk diaorang.. Harap2 dah ok sebab minggu ni kena balik Beserah.. adik aku yang still lagi belajar kat UKM tu nak bertunang!!




2 comments:

Anonymous said...

Lene..

Siannya kau. A good mother is a good nurse and a good mother also is a good care-taker of her beloved maid (namely Kak Milah...) lari... Tabah!

Aiyoh.. KAKAK nak tunang dengan USTAZ ittew kah.. Jiwang! Cakap tahiah kat dia.. minta Kakak (and Ustaz) doakan Kak Adee plek lepas nieh..

Anonymous said...

Tu lah tuh.. Aku tak tau sama ada aku ngan Amat kena pakai jubah atau tak masa diaorang tunang esok.. (jahat betul statement).. Aku ada kereta hari nih.. Jom!!