
Semalam secara rasminya aku meletakkan 'crown' sebagai PA kepada Hajah kepada Kak Kathy. She just came back from Rome. Selama 9 bulan menanggung tugas sebagai PA Hajah memang satu pengalaman yang luar biasa kerana Hajah sebagai Ketua Cawangan yang handle Skim Perkhidmatan. So, semua masalah penambahbaikkan skim, kelonggaran syarat lantikan, kemasukan etc..etc memang dilambakkan kat sini. Memang syok duduk sini sebab semua semua cerita panas dalam perkhidmatan awam memang kitaorang akan dapat tahu dulu. Nak-nak pulak Hajah yang akan sentiasa meng'update' all the news kat aku. Rasa mcm penting sangat Cawangan ni. So, as a PA memang kena alert sentiasa dengan isu-isu semasa, hari-hari kena baca 4 newspapers kalau-kalau ada orang complain pasal skim mereka. Sekarang tengah hot pasal isu gaji guru yang dipertikaikan selepas kenaikan hampir 45% kepada semua kakitangan awam. I'm not allowed to discuss it here.. Tapi bab tutup mulut ni memang sat kerja yang mencabar. Kena marah sebab terlalu berahsia! (Bosan tau)
Hajah.. I'm gonna miss all the 'hard time', bebelan, ngomelan, gosipan..cakap-cakapmu itu..Nak ke lagi dia ajak aku pergi lunch, 'berbelanja' di Tomei dan nak ke dia lagi 'bermurah hati' memberikan aku cenderahati setelah dia balik outstation? Hu..hu..
p/s Tadi pergi lunch kat Pizza Hut, Alamanda ngan office mate. At the same time, sempat jugak aku menyambar barang yang aku nak2 sangat. Mascara! Secara tak sengaja terbeli 'barangan Revlon'.. Ops! Melayang RM62..
No comments:
Post a Comment