Tak Seindah Wajah
(Lakunan Hidup)
Kusangka aur di pinggir bibir
Kiranya tebu di pinggir bibir
Kusangka jujur pancaran batin
Rupanya palsu penghias zahir
Ku kira hati jiwa nurani
Suci seindah wajah terbayang
Kukira puji seikhlas budi
Ku lupa lidah tidak bertulang
Di manis gula semut binasa
Kail berduri bersalut umpan
Di manis kata insan terlena
Kerana budi hamba terkorban
Inikah dia lakunan hidup
Di pentas dunia insan berpura
Tipu dan daya pencapai maksud
Budi dan harta merangkum noda
Suka sangat lagu ni. Aku sebenarnya minat lagu-lagu lama.. Certain-certainlah.. Tengok bait kata dan melodi dia.. Lagu dulu-dulu penuh puitis. Penyanyi sekarang banyak yang lagunya hampeh.. Tapi M.Nasir tetap dihati.. Lagu dia selalunya 'luar biasa'.. Lagu ni mengingatkan aku pada satu peristiwa.. Walaupun tak berkait sangat dengan insiden sebenar.. tapi at that time aku rasa hiba.. Tetiba lagu ni keluar kat radio.. Mcm SM Salim bagi nasihat kat aku la pulak rasanya.. Aku hayati setiap word by word.. Nak-nak rangkap akhir..Aku jadi sayu jer.. (Bak kata Adee aku ni selalu sangat 'dramatik') tapi at certain time.. aku boleh jadi emotional, sentimental.. contohnya bila hujan renyai-renyai waktu petang... aku boleh jadi sayu.. jadi rindu pada waktu-waktu dulu.. rindu pada orang yang dah tiada.. sampai boleh mengalir air mata.. Ambik kau.. petang jumaat di aku jadi emo la pulak..
Aku tak sure pada kengkawan aku yang duduk nun jauh di mata.. Macam M, Luke, cousin2 aku..mcm mana rasanya rindu pada Malaysia.. Mesti ada sesuatu yang buatkan mereka rindu nak balik... Tapi Adee kata M dah tak rindu kat tv Malaysia sebab semua boleh nengok kat U Tube.. Hanya aku yang tak boleh access kat site tuh.. JP* banned. So, that is story of the day.. Pada kengkawan yang sudi carikan lagu tu untuk aku, aku dahulukan dengan ucapan terima kasih daun keladi.. Budimu ku bawa ke "Resepi Rahsia".. hi..hi
2 comments:
memandai jerk wok adee kata aku tak rindu kat tv mesia...rindu jugak tau...sebab kat youtube dorang selalu potong time iklan...AKU NAK TENGOK IKLAN MESIA!!!!
Hehehe.. M.. kau patut tengok satu iklan kamera Olympus.. lawak.. tatau ada kat Youtube atau tak.. Aku ada citer kat Luke pasal iklan tuh.. dia tak sabar nak tengok.. He he he..
p/s. Iklan tu ada kena mengena dengan Datuk K dan Siti Nurhaliza..
Post a Comment