Hari ni EL sebab dah 3 malam jadi Zombie jaga Sufia yang tak sihat. Batuk dan selsema. Aku tak pandai untuk datang office dan tidur di surau. Baik tidur di rumah. Lagi best kan. Ingat nak ambil MC tapi tak kan nak ckp doktor nak MC sbb ngantuk? Nak tipu MC takuts.. Dah cuba letak colgate kat mata..Ahaha..baru nak letak dah rasa bahang pedasnya.. Mcm mana nak letak air tembakau? Ahahaha
Boss tak suka aku EL. Dah pernah nasihatkan aku supaya jgn ambil EL. Laaa..mcm mana tuh. Maybe sbb anak dia dah besar or dia mmg tak ambil port sangat kalau anak demam? Anywayss.. Aku seboleh2 tamau EL. Macam tak tough gittuew.. Sepatutnya gagahkan diri untuk datang office jugak? Erk..betul ker?
Dr. Muhaya pernah ckp, kalau kita ikhlas jaga anak, anak kita akan jarang sakit. Dan kita tak akan mengeluh penat jaga anak. Makan dalam betul nasihat dia. Tapi bila fikir2 betul kan. Kalau kita ikhlas buat kerja kerana Allah mesti Allah tolong kita..
Ok, aku nak cerita pasal Sufia. Pengalaman dapat tahu aku pregnant sgt drama okeh. Sbb bos MITI mmg dah pesan.. Datang posting jangan pregnant. Saya tak mau pekerja yang tak efisien. Hambekk.. So, bila dapat tahu aku pregnant. Cuak, takut semua ada. Mengenangkan perangai azab dia mmg aku takut sangat time tuh. Kenapa yer kalau orang pregnant kita akan pandang serong? Selama ini aku still kerja mcm biasa. Takde pun sekejap2 ambil MC. Kerja mcm biasa sampailah hari akhir due. Alhamdulillah mmg tak pernah melepek.. Pening2 mual2 tu biasa tapi still under control. Aku pernah tengok officer pregnant yang tidur bawah meja sbb melepek. Tapi masa tu boss aku Mr. Kekeh. Sangat prihatin. Dia tak kacau. Aku salute dia. Nasib masing2 lah kan. So, bila nak cakap dgn boss aku pregnant, aku email sbb nak dapatkan kelulusan perubatan since di US memang mahal kos perubatan. Dia takde ucap tahniah ker tanya khabar ker dia jawab " Duit kita cukup ker untuk bayar awak". Disscuss!!
Gentleman tak?
Belum lagi wife dia call untuk mengesahkan betul ker aku pregnant. Kak Lily yang nak pregnat selama ni tak dapat, awak yang pregnant..Tak aci.. best lah kan cuti tapi dapat EPSH dan gaji Malaysia. Nanti Elene ambil cuti tiga bulan ker? KL bagi ker? So, siapa yang boss skg nih? Dalam hati..laki kau tak power nak salahkan orang lain pulak.. Tapi aku senyap jer... Aku tahan suara sedih. Aku cakap..Saya dah pregnant..bukan takde suami. Suruh Encik Isham cuba lagi yer. Aku letak telefon. Sebak.. Call Kak Irus..mengadu nasib.. Dah lega..gi toilet cuci mata. My LRS-Maria yang sabarkan aku. So, kalau orang Wisma tak bising pun wife HSB spent 60K USD untuk wife bersalin or kanser kenapalah aku pulak jadi isu. Orang lain semua happy sbb aku pregnant. Siap ada baby shower.. Pak Haji Suhaimi siap bagi aku kurma setiap hari untuk baby dalam tummy.. So, aku orang pertama di Embassy yang ada kad insurans. Sbb boss aku suruh berjimat dan berkira. Aku pandang positif. So, aku boleh pilih kat mana aku nak checkup. Since dah ada insurans kerja lebih senang sebenarnya. Orang treat kita more responsible. Sbb dia tau kita officially covered.
Seperti biasa, aku tak check jantina. Hopefully dapat boy.. Semua orang ckp perut aku mcm pregnant baby boy. Tapi aku mmg tak percaya. Instinct aku ckp baby girl lagi nih. Ahahah.. Sepatutnya due 1 April tapi aku nak jugak Doctor Kara Jefferies yang sambut baby, aku paksarela induce on March 27. Rupa-rupanya sakit bersalin induce lagi sakit.. Rasa macam ditarik2 urat di peha kanan. Memang sakit. Doktor dah banyak kali suggest untuk ambil Epidural. Tapi bila baca cons ambil Epidural tak berani. Bila dah 5 jam tahan sakit..aku decide ambil Epidural. Pakar bius datang pukul 1pm.. Aku duduk dan badang dibongkok seboleh2.. Habislah aurat aku tapi aku kira darurat dah.. Lepas ubat epidural masuk terus rasa tak sakit.. Walau tengah contraction rasa relaks jer.. Rugi tak ambil Epidural dulu2..Haks.. Then aku rasa baby dah nak keluar.. 2 kali push.. Another baby girl keluar.. Honestly rasa sad tapi bila tengok lesung pipit dia.. Alahai..comelnya.. Aku tahu Allah tahu apa yang terbaik untuk aku :)
Cari nama..cari nama..Nurse dan Doktor asik panggil Baby Girl Elene.. So, Epul decide - Nur Danish Sufia.. Terus Nurse isi untuk application birth cert dan SSN number. Danish? Mcm tak best.. Aku nak Nur Zara Sufia.. tapi sampai Sufia 1 tahun tak jugak aku tukar2..
Ok.. I'm happy with 4 girls. Bila tengok boys yang melenting2 meragam di mall atau office mcm cuak nak dapat boys. Bila tengok boys memanjat sana sini aku ckp dgn Epul.. errr.. I'm happy with 4 girls.. Tapi mcm best kalau ada boy sbb dia akan jadi bodyguard aku esok2.. Kan?

4 comments:
sadis betul boss ko tu. hati batu. satu badan batu kot. Eh.
They just made me stronger..
camtu sekali bos elene eh.. seram jugak dgr pengalaman org2 yg posting ni instead of pengalaman yg best2.. takper la tu semua pengalaman kan.. tp elene mmg seorang yg kuat.. seronok dah ada 4 girls.. kak izan jugak yg sorang.. the one n only girls.. huhu..
Yup.. yang pahit sikit jer kak sbb dah cover dengan shopping dan jenjalan :)
Post a Comment