Ni artikel yang aku janji nak kongsi dengan Adee.. Aku kemas rumah, banyak majalah Eh yang lama-lama.. Belek-belek, ada aritkel menarik (bagi aku).. Sedetik di hati, cemas jugak.. Tapi setiap wanita kena terima hakikat tentang 'payungnya'.. Aku just copy from the artikel..

Mahu ke mana adik yang manis,
Jalan sendiri tidak berkawan,
Ditengah rintiknya hujan gerimis,
Habis basah kuyup aduh kasihan,
Aku mahu pergi ke rumah paman,
Yang tidak jauh dari kampungku,
Tiada kusangka hari kan hujan,
Habis basah kuyup seluruh tubuh,
Apakah adik mahu abang tolong,
Mari bersama, kita berpayung....
Pernah dengar lagu lama ini? Penyanyi saya dahlupa tetapi saya masing ingat senikata lagu ini kerana suatu ketika dulu adik saya amat gemar menyanyikan lagu ini ketika mandi.. Dan disinilah bermulanya segala cerita tengah kisah perempuan, lelaki dan sekaki payung. Apa kaitan antara ketiga-tiga perkara ini? Ianya bermula di sebuah kedai makan, di pinggir kota..
Setelah selesai menjamu selera, si gadis kelihatan buntu sewaktu kakinya melangkah keluar dari kedai tadi. Rupanya hujan lebat sedang berpesta menginjak bumi, sedangkan si gadi stadi tidak mempunyai payung. Aduh.. runsing hati si gadis memandangkan hari akan beransur gelap tidak lama lagi.
Sedang benaknya ligat mencari alternatif untuk meredahi hujan, tiba-tiba muncul sang jejaka menghulurkan bantuang. Katanya.. " I tak ade kereta, tapi I rasa U perlukan ini" ujarnya sambil mengujukan sekaki payung pada si gadis tadi.. Sekuntum senyuman yang hanya dilemparkan pada si gadis tadi. Sambil membalas senyuman, dengan hormatnya si gadis tadi menolak bantuan sang jejaka. " Tak mengapalah saudara, saya yakin saudara juga perlukannya. Terima kasih saja".
Adat dunia, lelaki mana tidak ego? Terasa diperkecilkan setelah bantuan yang dihulur ditolak mentah-mantah. "Ah... pantang anak lelaki kalau bantuan yang dihulur tidak bersambar, umpan dihulur tidak dimakan. Jikalau tadi minda si gadis ligat berfungsi, kini akal sang jejaka pula ligat mencari idea-idea baru untuk memulakan perbualan setelah umpannya tadi tidak 'sangkut'!.
Kalau sebentar tadi suasana sunyi tanpa sebarang bicara, kini bait-bait perbualan mula terjalin. Sang jejaka sengaja tidak berganjak dari tadi biarpun sekaki payung tadimasih di tangannya.
Hujan kian galan menari. Jurai tarinya semakin ligat dihisasi tiupan sang angin. Si gadis semakin cemas. Mana tidaknya, hari semakin menginjak malan dan bas terakhir pula akan berlepas pada pukul 9.30 malam. Menyedari kegelisahan si gadis, sang jejaka sekali lagi mencuba umpannya. "Hari sudah lewat saudari, saya khuatir saudari akan ketingalan bas. Marilah saya payungkan saudari ke stesen bas," ujarnya sekali lagi melemparkan umpannya. Dan kali ini ternyata usahanya tidak sia-sia.
Seminggu selepas insiden di kedai makan, kali ini mereka berdua kelihatan bersiar-siar di taman bunga. Menonton wayang sudah menjadi agenda bersama di hujung minggu. Ungakapan 'saudara', 'saudari' kini telah berganti dengan 'I', 'U'..
Hari demi hari berlalu, cinta dipupuk, kasih disemai dan rindu menjadi bajanya. Oh.. Dunia cinta sedang mekar di dalam hati merpati dua sejoli ini. Dan kemuncaknya, saya menerima kad kecil yang berbau wangi.. Tertera di situ " Walimatul Urus"..
Itulah kisah 5 tahun lalu.. Baru-baru ini saya berjumpa sekali lagi dengannya. Kali ini dia tidak keseorangan, di tangannya terpaut erat jari-jemari anak lelakinya. Setelah lama berbual, secara tak sengaja saya telah bertanyakan tentang mahligai yagn dibinanya bersama Hisyam (sang jejaka bersama sekaki payung). "Dia 'payung' yang baik buatku. Aku bersama 'payung'ku meredah hujan dan panas bersama-sama. Aku bahagia sehinggalah aku bertemu seorang gadis yang ingin berkongsi 'payung'ku," ujarnya dengan nada perlahan. "Jadi bagaimana?" soalku kurang sabar.
"Maksudmu, berkongsi kasih?" gesaku sekali lagi. "Kami tidak berkongsi kasih, kami hanya berkongsi payung yang sama bagi meneruskan hidup ini, tegasnya lagi.
Moral of the story.. Perkahwinan umpama perjalanan seorang wanita bersama sekaki payung. Payung yang diharapkan dapat melindungi dari bahang panas mentari mahupun rintik sang hujan. Sewaktu majlis akad nikah, si gadis umpama diberi sekaki payung yang telah tertulis dalam azali " PAYUNG INI MAMPU MELINDUNGI 4 ORANG SEKALIGUS! Maka janganlah engkau (gadis) kedekut untuk berkongsi 'payung'mu seandainya ada insan yang memerlukan bantuan...
P/S.. Aku harap Amat kedekut nak bagi orang pinjam 'payung'nya.. Aku belum kuat untuk berkongsi payung.. (Aku tak suka pakai payung.. aku suka pakai raincoat.. raincoat muat satu orang jer.. Pada orang yang belum ada payung di luar sana.. Kan Giordano ada offer payung murah.. beli saja...
Kawanku Ina Emon dapat posting ke New Zealand.. Seronoknya.. Rezeki double hari ni.. Dia disahkan mengandung (setelah 2 kali keguguran) dan dapat offer kerja kat tempat yang sangat best (aku nak sangat pergi tempat shooting LOTR) Harap dia dapat mencari bahagia di sana.. Rezeki aku? Allah saja yang tahu..
7 comments:
When there's sunshine, we'll shine together
Told you I'll be here forever
Said I'll always be a friend
Took an oath I'ma stick it out till the end
Now that it's raining more than ever
Know that we'll still have each other
You can stand under my umbrella
You can stand under my umbrella
(Ella ella eh eh eh)
Under my umbrella
(Ella ella eh eh eh)
Under my umbrella
(Ella ella eh eh eh)
Under my umbrella
Lene.. jangan lupa, payung kat Giordano tu harganya berubah ikut cuaca.. Kalau rainy day, murah lah.. RM17.. kalau sunny day RM20++...
Aku suka main hujan.. kalau demam jumpa doktor!!!
amn
Go to my blog to see my new buying!!! Ahaks..
Kalau payung kat Giordano tu ikut musim.. payung Avon, payung Maidin pun ada.. tengok 'budget' lah..
Membeli lagi.. mana plan kau mak berjimat nih.. Tipu aku eh..
wahh...ina emon peknen ekk?? dpt anak nuzilen la ekk?? guuuddd...murah rezeki dia...
p/s: aku pon tak suka berpayung : )
~M~
M, kalau ada orang nak tumpang jugak mcm mana? Buang payung ker beli payung baru?
aku suka main hujannnnnnnnnnn lagi dari bepayongggggggggggggggggggg! ahahhahahahahahahaha
Zella.. nanti demam kalau main hujan.. demam saper nak jaga.. Lainlan kalau main hujan ramai-ramai.. demam sama2, jumpa doktor sama2 hi..hi..
Make sure deman 'berdua' bukan deman 'berempat'.. ubat mahal nanti..
Lariii...
Post a Comment