Saturday, May 19, 2007

Sabtu yang sebu..

Hari ni datang office untuk mengemas. Selain siapkan paper untuk agensi. Sepatutnya submit semalam tapi telah 'dipaksa' ikut oleh Hajah untuk teman dia pergi Maybank kat Precint 2, Hajah complain ATM kadnya ada problem. Tapi aku syak dia lupa pin number. Mulanya aku tak nak ikut sebab tau mesti akan drag masa. Sampai ke Maybank dah pukul 4pm. Semak online, test balik.. dah ok. Kan aku dah cakap, mesti dia lupa pin number. Lalu kat MAS dia terus nak singgah. Nak cek reward Enrich card.. tengok point boleh redeem tiket ke mana. Lepas tu salah jalan dan lalu kat tempat pasar malam kat situ. Dia siap cakap, kita tengok kuih kejap Lin.. Aduhai.. wahai si Hajah... ni waktu opis hour.. Nak tak nak ikut lah dia beli lauk. Seperti biasa dia akan belikan untuk aku jugak.. Tengok jam dah pukul 5.. Aiyooohh!! Sampai ofis terus sambung kerja.. Sampai pukul 6, kerja masih belum siap, Amat dah tunggu kat bawah. Tu yang terpaksa datang hari ni...
Sambil buat kerja, sambil layan lagu.. Boleh la pasang kuat sikit sebab Hajah takde. Tutup pintu bilik.. supaya tak obvious sangat. Orang kat luar sibuk kemas pejabat. Aku kemas dalam bilik aku jer. Banyak betul kertas nak yang dibuang.. PA sebelum ni terlalu detail.. Minit tahun 2004 still lagi simpan. Aku tutup mata, buang semua minit Mesyuarat Mingguan Jabatan.. Tetiba keluar lagu ni.. layan lagu ni, jadi jiwang sekejap..

Artis : HAZRUL NIZAM
Lagu :Kaulah Segalanya

Kau merubah segala,
Cinta yang ku dahaga,
Kehadiran dirimu menyinari, mekar semula hatiku,

Kau lukis hidupku, kau hias hatiku..
Kau sambut cintaku, tulus ikhlas
Suci hatimu kasih...

Kaulah segalanya, yang menyinar hidupku.. kasih..
Sambutlah cintaku, jangan kau pergi dari sisiku
Cintaku padamu.. ikhlas sejati

Hulur tanganmu kasih, sambut cintaku..
Jangan tinggalkan daku seorang diri,
Tak sanggup lagi dilukai...oo..oo

Maafkan daku, jika salahku,
Peristiwa yang pernah ku alami dulu..
Aku tahu, betapa pahit mu,
Menerima sejarah hidupku..

Kaulah segalanya
Yang menyinar hidupku kasih
Hanya satunya.. Yang kucintai..
Sambutlah cintaku
Jangan kau pergi dari sisiku

Cintaku padamu.. ikhlas sejati
Cintaku padamu.. ikhlas sejati

Fuyooohh.. Best ek kalau ada orang dedicate lagu ni untuk aku...

1 comment:

amn said...

Gigih betul berkerja...