Ni adalah antara cara bagaimana kita boleh menaikkan self esteem diri dan secara tidak langsung akan menghindarkan atau setidak-tidaknya mengurangkan fenomena stress melampau..
1. Teguhkan Positive Self-Statement ~ Ada di antara kita rasa stress disebabkan dengan 'kekurangan2 yang ada pada dirinya. Padahal bukan aper sangat pun. Orang lain pun ada kelemahan. Tapi jika terlalu memandang kelemahan diri, orang di luar sana pun nampak kelemahan kita. Kalau kira rasa diri kita buruk, lemah, lembab, dan sewaktu dengannya, orang di luar lagi nampak kita buruk, lembab aka hampeh..So, kita perlu kadang kala puji diri sendiri. Tengok cermin dekat-dekat, tengok keajaiban maha Pencipta. Kalau setakat jerawat dua tiga bijik tu, pedulik kan..Tengok kesempurnaan lain, mata kita masih lagi setara, lubang hidung masih lagi kebawah.. Pandang lama-lama, mesti kita akan berbisik kat hati kita.. eh, lawa jugak aku nih.. lepas tu, hitung kebaikan yang kita ada. Kita baik hati, kita rajin kerja, kita pembersih, kita penyabar.. hitung dan terus hitung.. secara tak langsung kita akan berbangga dengan diri kita. Mungkin dengan cara begini, keyakinan diri akan meningkat.. Pendek kata, hargai diri sendiri sebelum oran glain hargai..
2. Fokus kepada pencapaian terbaik ~ Ada di antara kita dah berjaya apa yang dihajati dalam hidup ini. Jadi isteri, jadi ibu, berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang diidamkan, berjaya mendapat kerja yang diidamkan dan banyak lagi. Kegagalan merupakan titik permulaan untuk kita berusaha lebih gigih. Bukan menjadi lebih lemah.. Ingat tu.. Cheewahh..(cakap kat orang pandai..)
3. Elakkan persaingan yang tidak perlu ~ Kita selalu ingin menjadi orang lain. Kenapa tidak jadikan kita contoh kepada orang lain. Kalau 'rezeki' masih belum sampai, masih banyak lagi rezeki yang boleh dikaut.. Kesihatan yang baik, kewangan yang kukuh, sahabat2 yang setia, keluarga yang bahagia dan banyak lagi. Tu semua rezeki..
4. Kenalpasti dan terima kekurangan diri ~ Tiada manusia yang sempurna. Semua manusia unik. Kalau kita tahu kelemahan kita tetapi masih membiarkan diri ke arahnya.. Itu namanya mencari nahas. Contoh kelemahan: Membazir kepada yang tidak perlu = jangan bawak duit banyak2 dan bawak suami ketika bershoping supaya kaedah financial controller wujud! Boleh ker bg contoh mcm nih..hiks) Kalau kita tak tau kekuatan diri kita, kita akan terus hidup dalam kelemahan..

Ada banyak lagi contoh yang aku rasa korang pun boleh agak.. Nanti ada Part III eh..
p/s Jap-jap.. ada selingan.. hari semalam sempat lagi bawak anak2 jenjalan kat Alamanda dengan Amat. Nampak kat Body Shop tengah ada sale. Niat di hati memang dah lama nak sambar satu scrub kat sini. Adee ada suggest pakai Lulur Kocok dari Mustika Ratu... tapi aku tak jumpala outlet dia kat mana. Nak pula ada extra discount for those ada Maybank2u or Maybank Credit Card, so, dapatlah beli yang dihajati walaupun tahu bulan ni budget agk tight.. sebelum beli, sempat lagi jeling kat Amat tengok reaksi dia, aku nampak dahi dia tak berkerut pun, (dapat restu lah tuh) aku pejam mata terus hulur Maybank card..swipe!!

Ni juga merupakan salah satu untuk menghilangkan stress..
Manjakan diri anda..hiks..
Pagi tadi tak sempat lagi nak menyental dengan glove ni..
Pagi tadi tak sempat lagi nak menyental dengan glove ni.. Harap lepas ni badanku akan bersinar-sinar bak mutiara
di Pulau Manukan, Sabah...hi..hi..
2 comments:
Stressnya aku..
Mai pinjam sekejap TANGAN HIKMAT kau ittew...
Aku nak makan NASI AYAM BLACK PEPPER SECRET RECIPE.. PAS TU AKU NAK MAKAN CHEESE CAKE...
Tangan aku dah disewa untuk malam ini..hi.hi..kalau ada kereta aku jumpa kau..
Post a Comment