Monday, May 28, 2007

Stress No More!! Part I

Best! Kursus yang aku pergi memang berbaloi.. Selama ni kalau pergi kursus mesti dengar orang membebel jer.. tapi kali ni lebih banyak praktikal.. So, tak bosan.. walaupun makanan di A Famosa Resort tak seberapa dan view bilik aku pun tak lawa, aku still boleh tolerate sebab kursus ni best..

Hari pertama kursus, diberi pengenalan mengenai apa itu STRESS! Sedar tak sedar, ada jugak kebaikan stess pada kita. Kalau takde stress mesti kita buat benda sambil lewa.. Cuma how we manage our stress tu yang penting.. So, ada la keluar kategori manusia ni kan.. Ada Type A dan Type B. Manusia jenis Type A akan selalu 'diserang' stress kerana ciri-ciri perfectionist nyer.. Yer la kan, type ni selalu nak perfect, semua benda kena detail dan complete.. Antara ciri-ciri Type A ialah dia dah siap ada imaginasi benda ni sepatutnya macam ni, orang ni sepatutnya jadi macam ni, suami kena jadi macam ni.. anak kena behave mcm ni, kebahagian ialah macam ni.. macam tu.. Banyak sangat fantasi yang kekadang lupa pada realiti.. Pencermah tu siap pesan.. kalau baca buku cinta mesti rasa indah2 jer kehidupan.. Baca buku cerita mesti nak happy ending.. tapi dalam realiti tak semuanya mcm tuh..Kalau nak hindarkan stress yang merepek-repek, jangan terlalu memikirkan 'sejarah' lampau.. Itu yang buat kita trauma. Fikirkan masa sekarang dan buat sehabis baik. Niat untuk jadikan hari itu hari yang terbaik. Jangan fikirkan sangat kegagalam silam. Have a new start everyday.. Setelah berceramah panjang lebar.. aku kategorikan diri aku sebagai Type A.. sebab tu senang stress.. So, aku dah tau mcm mana nak manage stress aku lepas ni.. I want to be a happy person.. Nanti sambung part II..

No comments: