Terasa sekejap sangat hari-hari berlalu. Kejap-kejap dah jumpa hari Jumaat balik. This morning quite busy finishing my dear Hajah punya report kursus. Dia suruh aku reka ayat. Nasib dulu belajar subjek Training Evaluation.. Suka hati aku jer buat. Bila submit kat dia, dia diam jer.. terkejut ker dgn hasil kerja aku. Takpelah, biar dia baca dulu. Kalau ikutkan, sekarang ni tak banyak penilaian keberkesanan latihan yang dibuat. Training kat jabatan ni dibuat lebih kepada untuk mencukupkan kuota latihan sebanyak 10 hari setahun. Aku tanya Jabatan/Kementerian lain, admin dia takdelah sesibuk Jabatan ni hantar orang pergi kursus. Bagi aku, pergi course di Jabatan kerajaan lebih kepada untuk 'makan angin'. Aku percaya, hampir 90% apa yang diajar tak kan di apply kat tempat kerja atau pada diri sendiri.
Cakap pasal course.. Aku 'dipaksa' pergi kursus Handling Stress kat A Famosa on 23rd-25th Mei ni. Dah dua kali aku tolak sebelum ni. So, this time no excuse. Amat pun bagi pergi. Tapi yang sedihnya, course tu 'terlanggar' our anniversary!! Takpelah.. celebrate lepas balik kursus.. 2-3 hari ni survey kat internet tempat2 indah.. So far, Redang di Terengganu atau Pulau Manukan di Sabah. Of couse budget tak sama. Tapi I really want to go there.. Hopefully the course will give me something.
Sebenarnya.. nak hilangkan stess/kekusutan/serabut/pening/risau/gile otak/ ialah kembali kepada Pencipta kita.. Dialah yang berkuasa dalam segala hal. Dia tak pernah lupakan kita. Tapi kita yang selalu lupa dan terus lupa. Bagi aku cara yang paling mujarab ialah banyakkan mengadu dengan Allah. Aku percaya yang itu. Dulu kalau rasa kusut sangat, buat Solat Hajat dan mengadulah sampai kering air mata nih.. Bila dah luah semua, rasa 99 peratus lega. Rasa Dia dekat sangat. Tapi tu dulu.. aku perasan lately ni aku 'sombong' sangat dengan Allah. Rasa mcm tak sampai hati nak doa banyak2.. sebab amalan aku tersangatlah kureng....
Ok.. Hajah panggil balik.. Lunch kena balik. Kakak Amat ada kat rumah!!
No comments:
Post a Comment