Wednesday, May 30, 2007

Letihlah..


Dari pagi buat paper untuk mesyuarat pagi esok.. Rasa sengal mata ni ngadap PC.. Tengok gambar kucing, rindu my late kucing si Bobby.. kisah kucing aku ni mcm Misteri Nusantara.
Kisahnya pada tahun 1995 selepas ayah aku meninggal dunia..

Masa tu rasa shock sangat sebab mcm tak percaya dia dah meninggal.. Kubur ngan rumah aku tak jauh sangat kalau redah belukar kat tepi rumah.. Hari-hari pergi kubur.. nangis kat sana sebab rasa rindu.. walaupun orang kata tak baik menangis.. tapi aku ngan arwah memang rapat.. ada satu malam, masa aku balik dari kubur, ada anak kucing ikut.. Aku biar je memula.. pas tu dia ikut jer aku jalan.. aku lari dia pun lari mcm kejar aku.. Aku dukung anak kucing tu. Dia tak laripun.. Aku decide nak bawak balik rumah malam tuh..

Sampai rumah, aku kasi dia minum susu suam ngan makan nasik ikan.. Aku letak dia dalam bakul dan selimut ngan kain batik mak aku.. Esok aku decide nak hantar balik kat kubur tuh..

Esoknya, mcm biasa aku gi kubur, bawak kucing tu sekali.. Aku lepas dia kat area situ.. Tapi dia still ikut jugak.. So, aku decide aku nak kucing ni.. Since that day.. aku rasa happy sangat.. hilang sikit rasa hiba aku. Aku tido ngan kucing.. aku gi memana pun bawak dia.. Kucing jantan ni cepat besar.. Bila dia dah gumuks..semua orang suka.. Memang kalau balik dari sekolah, dia akan tunggu depan pintu.. bila aku nak tidur, gerak2kan kaki terus dia naik atas katil tidur kat sebelah aku.. Pernah satu hari dia terlekat kat cermin sebab nak kejar cicak. Aku tersalah tarik tangan dia.. Srapp.. separuh dari siku (kucing ada siku ker) terbelah kena cermin.. Nampak tulang!! Aku menangis sebab tengok darah banyak sangat. Aku balut tangan dia ngan kopi. Orang cakap kalau luka besar balut ngan serbuk kopi, darah cepat berhenti. Aku bagi dia ubat deman guna shringe.. Mcm jaga baby la lepas tu.. Masa tu aku rasa mcm dia pengganti ayah aku jer.. sebab aku ada pengubat lara...

Arwah Wan aku selalu nak ambik kucing aku.. Rumah dia pun banyak kucing.. Ada satu ketika tu satu keluarga kena balik kampung, so aku tumpangkan kucing aku kat rumah Wan aku.. Tapi bila aku balik dari kampung, wan aku tak kasi ambik.. Sedih sangat.. Tapi aku lebih sayangkan Wan aku.. aku bagi jer lah kat dia. Yang kelakar pandai pulak wan aku kasi nama "Bobby". Aku tak pernah pulak dengar dia cakap omputih. Naper tak kasi nama yang tipikal mcm comot ker, comel ker.. Bobby mati tua.. aku rasa umur dia masa tu 5 tahun..

Aku selalu ckp kat Amat nak bela kucing since Neesa suka sangat kat kucing. Tapi Amat kata tak boleh sebab takut ada hama!!! Kalau ada kucing mesti Neesa
ngan Syifa suka. So far aku hanya mampu belikan Neesa anak patung kucing. Neesa panggil kucing dia Kia.. mana dia dapat nama tu pun aku tak tau..

p/s To my dearest friends Adee n Zella..membelai kucing pun salah satu cara untuk releasekan stress tau.. Takdelah merah2 badan korang nanti.. Cubalah..

Tuesday, May 29, 2007

I Appreciate It!! Thanks..

TEATER MUZIKAL CHENG LOCK

Tan Cheng Lock seorang tokoh pejuang kemerdekaan tanah air yang mewakili kaum Cina. Bersama-sama dengan Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Sambathan dan beberapa tokoh lain. Mereka bergabung tenaga menyedarkan bangsa untuk bebas dari cengkaman penjajah. Muzikal Cheng Lock mengisahkan tentang perjuangan Tan Cheng Lock, guru Raffles College di Singapura, telah meletakkan jawatan dan kembali ke Melaka menguruskan perniagaan keluarganya. Cheng Lock muncul sebagai pemimpin kaum Cina, menubuhkan MCA dan bergabung dalam Perikatan untuk bersama-sama dengan pemimpin UMNO, Tunku Abdul Rahman Putra dan pemimpin MIC memperjuangkan kemerdekaan tanah air daripada penjajahan British. Muzikal ini akan menyorok kehidupan Tan Cheng Lock, kisah cintanya dengan Yeck Neo dan terpaksa melarikan diri ke India kerana ancaman Jepun. Teater ini merakamkan tentang perjuangan, suka duka dan pahit maung seorang warga untuk rakyat dan tanahairnya.

Pelakon: KENJI SAWAHII FELINA = Cheah Teck Yong JALALUDIN HASAN, LOUISA CHONG, ABON

Kuneng = Ayat Amat
Biru = Ayat Aku
Ceritanya~Yang, I have surprise for you..Since our plan nak naik bot kat Mines tergendala, cerita wayang pun takde yang best, I have something to spice up our Anniversary.. I have 2 ticket for theater tomorrow night.. Ayang kan suka tengok teater.. (Aku mula intersted dan surprise dengan 'keperihatinan' dia dengan perkara-perkara kesukaan aku) Teater apa? Teater Muzikal Cheng Lock!! Hah!! Tak romantik langsung.. Saper pelakon? Abon!! Ha..ha.. taknak lah.. tak bestlah..Ala, kata minat teater, penat orang mintak kat budak ofis.. (kesian pulak kat Amat, tapi aku still tak interested nak pergi.. Lagipun bukan rugi apa2 pun kalau tak pergi sebab tiket free.. "Takpelah Yang.. thanks anyway.. I really appreciate your effort to make something special for our Anniversary.

Finally, our Anniversary penuh dengan plan yang tak jadi. Memula nak pergi bercuti kat Port Dickson, tapi aku kena pergi kursus... lagipun bendera merah! Walaupun bagi aku itu bukan agenda penting, tapi bagi suami itu merupakan agenda UTAMA!! Then, nak rasa romantik macam Aswad dan Haleeza AF5 naik bot sambil having dinner.. tapi bila sampai kat Mines aku siap tanya kat guard kat situ, view cantik tak? Dia kata pukul 5 hingga 7 view sangat cantik. Kalau malam, tak nampak apa.. Aku dan Amat tengok jam.. dah pukul 8.00!! Cancellah.. Pas tu nak tengok wayang, tapi this week takde cerita yang best.. Pas tu dia ada tiket nak tengok teater tapi ceritanya potong stim sungguh!!

Anyway, as usual kitaorang berbalas card dan aku kasi dia cincin.. Sorry Yang, I've took so long to give you that ring.. Cincin kawin yang Umi kasi kat Amat dah tak muat.. Aku rasa beberapa bulan lepas kawin jer dia sempat pakai.. pas tu dah tak boleh masuk..Aku sorok cincin tu kat baju melayu yang dia pakai masa akad nikah.. penat aku bagi hint dalam sms, .. 1. something related to you 4 years ago ~ dia belek album kawin, dia bukak kotak kayu yang digunakan untuk letak duit mas kawin aku, dia cari dalam almari still tak jumpa.. pas tu aku bagi hint no 2. something that you wear that night ~ dia cari dalam songkok, tak jumpa jugak! haru betul! 3. Last sekali aku terus jer cakap, dalam poket baju Melayu akad nikah awak laaa.. Baru jumpa... tetiba bateri hp dia habis dan charger tak jumpa.. Communication kitaorang terhenti di situ..

Balik dari kursus masa dia jemput aku kat ofis aku nampak dia pakai cincin tu, rasa terharu.. dulu jari tu kosong jer.. walaupun cincin tu bukan mahal mana.. tapi at last aku ada kasi tanda yang kitaorang dah kawin..Dulu masa nak kawin sibuk umi suruh beli cincin yang kebiasaannya orang pakai tu.. aku tak nak.. dia kata, kalau aku tak nak bagi biar dia bagi.. semua menantu dia dapat dua cincin kawin.. semua dia yang bagi.. Aku suka white gold, tapi orang kata lelaki still tak boleh pakai.. tu yang aku beli cincin platinum tuh..

Hari ni ada pertandingan pejabat tercantik peringkat Jabatan.. kena jaga kaunter!!

Monday, May 28, 2007

Stress No More!! Part II

Ni adalah antara cara bagaimana kita boleh menaikkan self esteem diri dan secara tidak langsung akan menghindarkan atau setidak-tidaknya mengurangkan fenomena stress melampau..

1. Teguhkan Positive Self-Statement ~ Ada di antara kita rasa stress disebabkan dengan 'kekurangan2 yang ada pada dirinya. Padahal bukan aper sangat pun. Orang lain pun ada kelemahan. Tapi jika terlalu memandang kelemahan diri, orang di luar sana pun nampak kelemahan kita. Kalau kira rasa diri kita buruk, lemah, lembab, dan sewaktu dengannya, orang di luar lagi nampak kita buruk, lembab aka hampeh..So, kita perlu kadang kala puji diri sendiri. Tengok cermin dekat-dekat, tengok keajaiban maha Pencipta. Kalau setakat jerawat dua tiga bijik tu, pedulik kan..Tengok kesempurnaan lain, mata kita masih lagi setara, lubang hidung masih lagi kebawah.. Pandang lama-lama, mesti kita akan berbisik kat hati kita.. eh, lawa jugak aku nih.. lepas tu, hitung kebaikan yang kita ada. Kita baik hati, kita rajin kerja, kita pembersih, kita penyabar.. hitung dan terus hitung.. secara tak langsung kita akan berbangga dengan diri kita. Mungkin dengan cara begini, keyakinan diri akan meningkat.. Pendek kata, hargai diri sendiri sebelum oran glain hargai..

2. Fokus kepada pencapaian terbaik ~ Ada di antara kita dah berjaya apa yang dihajati dalam hidup ini. Jadi isteri, jadi ibu, berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang diidamkan, berjaya mendapat kerja yang diidamkan dan banyak lagi. Kegagalan merupakan titik permulaan untuk kita berusaha lebih gigih. Bukan menjadi lebih lemah.. Ingat tu.. Cheewahh..(cakap kat orang pandai..)

3. Elakkan persaingan yang tidak perlu ~ Kita selalu ingin menjadi orang lain. Kenapa tidak jadikan kita contoh kepada orang lain. Kalau 'rezeki' masih belum sampai, masih banyak lagi rezeki yang boleh dikaut.. Kesihatan yang baik, kewangan yang kukuh, sahabat2 yang setia, keluarga yang bahagia dan banyak lagi. Tu semua rezeki..

4. Kenalpasti dan terima kekurangan diri ~ Tiada manusia yang sempurna. Semua manusia unik. Kalau kita tahu kelemahan kita tetapi masih membiarkan diri ke arahnya.. Itu namanya mencari nahas. Contoh kelemahan: Membazir kepada yang tidak perlu = jangan bawak duit banyak2 dan bawak suami ketika bershoping supaya kaedah financial controller wujud! Boleh ker bg contoh mcm nih..hiks) Kalau kita tak tau kekuatan diri kita, kita akan terus hidup dalam kelemahan..

Ada banyak lagi contoh yang aku rasa korang pun boleh agak.. Nanti ada Part III eh..

p/s Jap-jap.. ada selingan.. hari semalam sempat lagi bawak anak2 jenjalan kat Alamanda dengan Amat. Nampak kat Body Shop tengah ada sale. Niat di hati memang dah lama nak sambar satu scrub kat sini. Adee ada suggest pakai Lulur Kocok dari Mustika Ratu... tapi aku tak jumpala outlet dia kat mana. Nak pula ada extra discount for those ada Maybank2u or Maybank Credit Card, so, dapatlah beli yang dihajati walaupun tahu bulan ni budget agk tight.. sebelum beli, sempat lagi jeling kat Amat tengok reaksi dia, aku nampak dahi dia tak berkerut pun, (dapat restu lah tuh) aku pejam mata terus hulur Maybank card..swipe!!
Ni juga merupakan salah satu untuk menghilangkan stress..
Manjakan diri anda..hiks..Pagi tadi tak sempat lagi nak menyental dengan glove ni..
Harap lepas ni badanku akan bersinar-sinar bak mutiara
di Pulau Manukan, Sabah...hi..hi..

Stress No More!! Part I

Best! Kursus yang aku pergi memang berbaloi.. Selama ni kalau pergi kursus mesti dengar orang membebel jer.. tapi kali ni lebih banyak praktikal.. So, tak bosan.. walaupun makanan di A Famosa Resort tak seberapa dan view bilik aku pun tak lawa, aku still boleh tolerate sebab kursus ni best..

Hari pertama kursus, diberi pengenalan mengenai apa itu STRESS! Sedar tak sedar, ada jugak kebaikan stess pada kita. Kalau takde stress mesti kita buat benda sambil lewa.. Cuma how we manage our stress tu yang penting.. So, ada la keluar kategori manusia ni kan.. Ada Type A dan Type B. Manusia jenis Type A akan selalu 'diserang' stress kerana ciri-ciri perfectionist nyer.. Yer la kan, type ni selalu nak perfect, semua benda kena detail dan complete.. Antara ciri-ciri Type A ialah dia dah siap ada imaginasi benda ni sepatutnya macam ni, orang ni sepatutnya jadi macam ni, suami kena jadi macam ni.. anak kena behave mcm ni, kebahagian ialah macam ni.. macam tu.. Banyak sangat fantasi yang kekadang lupa pada realiti.. Pencermah tu siap pesan.. kalau baca buku cinta mesti rasa indah2 jer kehidupan.. Baca buku cerita mesti nak happy ending.. tapi dalam realiti tak semuanya mcm tuh..Kalau nak hindarkan stress yang merepek-repek, jangan terlalu memikirkan 'sejarah' lampau.. Itu yang buat kita trauma. Fikirkan masa sekarang dan buat sehabis baik. Niat untuk jadikan hari itu hari yang terbaik. Jangan fikirkan sangat kegagalam silam. Have a new start everyday.. Setelah berceramah panjang lebar.. aku kategorikan diri aku sebagai Type A.. sebab tu senang stress.. So, aku dah tau mcm mana nak manage stress aku lepas ni.. I want to be a happy person.. Nanti sambung part II..

Tuesday, May 22, 2007

Duhai anak..

Semalam, berjaga sepanjang malam sebab Syifa demam nak tumbuh gigi.. Pagi ni ngantuk sangat.. Ingat nak ambil EL jer tapi bila ingat Hajjah ada meeting penting pagi ni, aku cancel jer lah... Sebab semalam preparation untuk meeting pagi ni pun belum settle.. Amat pun semalaman sakit perut.. Dia selalu betul sakit perut.. Mungkin banyak cacing!! Tak lama lagi aku akan balik semula ke tempat asal aku. Tidak lagi menjaga Hajah sebab orang yang sepatutnya akan melaporkan diri early next month.. Sukakah aku?


Ibu, gigi saya nak tumbuh.. [cepat pulak anak aku yang sorang ni tumbuh gigi.. dah ada 2 kat bawah dan satu baru nak tumbuh di atas, Neesa dulu masa umur 1 tahun baru ada 2 gigi kecik!]

Ni antara gambar anak2 baru-baru ni masa bawak balik camera Hajah ke rumah untuk upload gambar dia pergi kursus.. Neesa ni suka buat aksi sendiri bila ambik gambar! Perasan tak dia pakai lip gloss? Aku tak perasan pun dia menyelongkar kat dressing table.. Tau-tau dia cium pipi aku masa lepas habis solat.. Tau-tau melekit.. Tengok bibir dia.. berkilat.. Siap dia cakap.. cantik tak bibir kakak? Tengok lip gloss.. dah membuih!! Takpelah.. sifat kewanitaan dia dah keluar lah tuh!! Nama pun Neesa - wanita!!

Adee, ni baru Neesa pakai lipstick.. Ni lip gloss masa kita pergi kaunter Maybelline di hari yang indah itu..


Neesa dan bunny kesayangan. Dia rembat bunny ni dari rumah sepupu dia.. Nasib mak dia bagi..


Macam anak cina ek!!


Ni gaya "Cicak Man"

Ngantuknya!!!!

Monday, May 21, 2007

Ebi Mania.........


Nama Samaran: EBI (Elene... sama2 huruf E)

Nama Penuh : EBI KORNELIS @ FIRDAUS BIN YAIMAL

Ceritakan pengalaman kali pertama anda menyanyi?
Terlupa lirik kerana terlalu gementar (masa ni mesti dia teringat kat aku!! itu pasal gementar!!)
Pernah mengikuti kelas formal nyanyian? Tidak (aku sanggup ajar apa saja kat kau Ebi oi..)
Apakah bakat lain yang anda miliki? Bermain gitar (aku pun pernah main gitar aperr.. same lah kite)

Apakah yang akan anda lakukan sebelum membuat persembahan?
Berdoa supaya diberikan ketenangan (aku mendoakan mu wahai Ebi ku!!)
Jika anda terdampar di sebuah pulau, siapa/apa yang ingin anda bawa bersama? (3 sahaja)
1. Mama (ni jawapan safe utk para wartawan)
2. Periuk nasi
3. Gitar

Jika anda meminati haiwan, apakah haiwan kegemaran anda?Kucing (aku suka sangat ngan kucing.. Zella, Adee - kucing suka korang ker?)

Jika anda menjadi haiwan, apakah haiwan yang ingin anda jadi dan kenapa?
Singa kerana singa merupakan Raja Haiwan

Sebutkan 3 keunikan yang ada pada diri anda?

1. Mempunyai rambut kerinting (part ni aku minat..)

2. Pemaaf (aku pun pemaaf!! Betul tak Kak Milah oi??)

3. Bermata kuyu (ada orang lawa mata kuyu, ada orang nampak mcm mat gian jer)

Kepada peminat Ebi seperti Zella, M dan sewaktu dengannya.. berpijaklah kepada bumi yang nyata!!

Alhamdulillah...

Ibu saya minat sangat kat Ebi.. saya pun suka jugak.. Rambut kami serupa!!

"Pak Lah, terima kasih saya ucapkan bagi pihak semua kakitangan awam.. You're my hero!! Kepada si jelita Elene di luar sana.. saya tunggu jawapan anda untuk kita pergi dating tengok Shrek 3!!

Hari ni Pak Lah akan menjadi kesayangan ramai kerana telah berjaya memuaskan hati semua pihak cuma diharap sangat selepas ini janganlah ada penyangak yang mengambil kesempatan kat kenaikan gaji nih.. Ni belum pun aper2 dah tepung naik 15sen.. pas tu mamak sedap2 jer naikkan harga roti canai sampai 20sen.. Aku dan kawan-kawan senasib naik 25% plus elaun cola lagi RM150.. banyak jugak tuh.. Plus kenaikan Amat, kira banyak jugak!! Sebelum ni banyak sgt rumous naik 30% la.. tolak elaun cola la.. Lepas Hajah balik dari Persidangan Hari Pekerja kat PICC tadi terus dia cakap kat aku.. Elene, berita baik, boleh la u beli rumah lepas ni.. Siap dia ambik kalkulator aku nak tolong kirakan gaji aku.. Hajah oi.. hajah.. Keperihatinan mu sungguh ku hargai..

Aku suka sangat kat Ebi AF5.. sebab dia rambut kerinting, mcm kiyuuutt sangat!! Tapi masa final, dia dah potong rambut dia.. Aku tak pernah followpun AF sebelum ni, sebab takde ASTRO!! Hari sabtu hari tu tengok full concert.. rasa terminat - kat mamat keteng nih.. Hari Sabtu tengok konsert sampai habis.. nasib Amat takde.. dia ada kerja kat Vistana.. kalau tak, berebut lah remote ngan dia..

Gaji dah naik ni, boleh la sambung angan-angan nak beli rumah...





Saturday, May 19, 2007

Sabtu yang sebu..

Hari ni datang office untuk mengemas. Selain siapkan paper untuk agensi. Sepatutnya submit semalam tapi telah 'dipaksa' ikut oleh Hajah untuk teman dia pergi Maybank kat Precint 2, Hajah complain ATM kadnya ada problem. Tapi aku syak dia lupa pin number. Mulanya aku tak nak ikut sebab tau mesti akan drag masa. Sampai ke Maybank dah pukul 4pm. Semak online, test balik.. dah ok. Kan aku dah cakap, mesti dia lupa pin number. Lalu kat MAS dia terus nak singgah. Nak cek reward Enrich card.. tengok point boleh redeem tiket ke mana. Lepas tu salah jalan dan lalu kat tempat pasar malam kat situ. Dia siap cakap, kita tengok kuih kejap Lin.. Aduhai.. wahai si Hajah... ni waktu opis hour.. Nak tak nak ikut lah dia beli lauk. Seperti biasa dia akan belikan untuk aku jugak.. Tengok jam dah pukul 5.. Aiyooohh!! Sampai ofis terus sambung kerja.. Sampai pukul 6, kerja masih belum siap, Amat dah tunggu kat bawah. Tu yang terpaksa datang hari ni...
Sambil buat kerja, sambil layan lagu.. Boleh la pasang kuat sikit sebab Hajah takde. Tutup pintu bilik.. supaya tak obvious sangat. Orang kat luar sibuk kemas pejabat. Aku kemas dalam bilik aku jer. Banyak betul kertas nak yang dibuang.. PA sebelum ni terlalu detail.. Minit tahun 2004 still lagi simpan. Aku tutup mata, buang semua minit Mesyuarat Mingguan Jabatan.. Tetiba keluar lagu ni.. layan lagu ni, jadi jiwang sekejap..

Artis : HAZRUL NIZAM
Lagu :Kaulah Segalanya

Kau merubah segala,
Cinta yang ku dahaga,
Kehadiran dirimu menyinari, mekar semula hatiku,

Kau lukis hidupku, kau hias hatiku..
Kau sambut cintaku, tulus ikhlas
Suci hatimu kasih...

Kaulah segalanya, yang menyinar hidupku.. kasih..
Sambutlah cintaku, jangan kau pergi dari sisiku
Cintaku padamu.. ikhlas sejati

Hulur tanganmu kasih, sambut cintaku..
Jangan tinggalkan daku seorang diri,
Tak sanggup lagi dilukai...oo..oo

Maafkan daku, jika salahku,
Peristiwa yang pernah ku alami dulu..
Aku tahu, betapa pahit mu,
Menerima sejarah hidupku..

Kaulah segalanya
Yang menyinar hidupku kasih
Hanya satunya.. Yang kucintai..
Sambutlah cintaku
Jangan kau pergi dari sisiku

Cintaku padamu.. ikhlas sejati
Cintaku padamu.. ikhlas sejati

Fuyooohh.. Best ek kalau ada orang dedicate lagu ni untuk aku...

Friday, May 18, 2007

Aik.. jumaat dah!!

Terasa sekejap sangat hari-hari berlalu. Kejap-kejap dah jumpa hari Jumaat balik. This morning quite busy finishing my dear Hajah punya report kursus. Dia suruh aku reka ayat. Nasib dulu belajar subjek Training Evaluation.. Suka hati aku jer buat. Bila submit kat dia, dia diam jer.. terkejut ker dgn hasil kerja aku. Takpelah, biar dia baca dulu. Kalau ikutkan, sekarang ni tak banyak penilaian keberkesanan latihan yang dibuat. Training kat jabatan ni dibuat lebih kepada untuk mencukupkan kuota latihan sebanyak 10 hari setahun. Aku tanya Jabatan/Kementerian lain, admin dia takdelah sesibuk Jabatan ni hantar orang pergi kursus. Bagi aku, pergi course di Jabatan kerajaan lebih kepada untuk 'makan angin'. Aku percaya, hampir 90% apa yang diajar tak kan di apply kat tempat kerja atau pada diri sendiri.

Cakap pasal course.. Aku 'dipaksa' pergi kursus Handling Stress kat A Famosa on 23rd-25th Mei ni. Dah dua kali aku tolak sebelum ni. So, this time no excuse. Amat pun bagi pergi. Tapi yang sedihnya, course tu 'terlanggar' our anniversary!! Takpelah.. celebrate lepas balik kursus.. 2-3 hari ni survey kat internet tempat2 indah.. So far, Redang di Terengganu atau Pulau Manukan di Sabah. Of couse budget tak sama. Tapi I really want to go there.. Hopefully the course will give me something.
Sebenarnya.. nak hilangkan stess/kekusutan/serabut/pening/risau/gile otak/ ialah kembali kepada Pencipta kita.. Dialah yang berkuasa dalam segala hal. Dia tak pernah lupakan kita. Tapi kita yang selalu lupa dan terus lupa. Bagi aku cara yang paling mujarab ialah banyakkan mengadu dengan Allah. Aku percaya yang itu. Dulu kalau rasa kusut sangat, buat Solat Hajat dan mengadulah sampai kering air mata nih.. Bila dah luah semua, rasa 99 peratus lega. Rasa Dia dekat sangat. Tapi tu dulu.. aku perasan lately ni aku 'sombong' sangat dengan Allah. Rasa mcm tak sampai hati nak doa banyak2.. sebab amalan aku tersangatlah kureng....

Ok.. Hajah panggil balik.. Lunch kena balik. Kakak Amat ada kat rumah!!

Thursday, May 17, 2007

Kesedaran sivik mana daa...

Pagi ni aku rasa menyesal kerana telah buatkan orang marah. Pagi tadi breakfast dengan Amat kat Medan Warisan kat Precint 16. Dia buat lawak yang aku rasa tak lawak pun. Sakit hati tau. Tetiba gatal jer tangan buang tisu ke luar tingkap kereta.. tak perasan betul.. tetiba ada mamat India dah bercekak pinggang kat sebelah kereta. Aku rasa malu sangat sebab dia baru jer sapu kat situ.. dia pandang aku semacam. Aku tahu aku salah. Aku tak pandang pun muka mamat tuh.. dia kutip tisu aku sambil mengomel-mengomel (aka menyumpah) kot. Sebelum ni aku cukup prihatin dengan bab-bab sampah dalam kereta. Sanggup aku kutip semua sampah tu masuk dalam beg aku dan buang kat tong sampah. Tapi kenapa ntah hari ni aku boleh jadi the oppposite..

Semalam hantar Amat pergi main tenis kat office dia, terus call Adee tanya dia dah balik ofis ke belum. Dia tak bagi aku naik office dia.. D, aku bukannya nak buat sport check.. terus dia ajak aku pergi Alamanda. Kalau keluar dgn Adee sure ada benda nak beli. So, sempatlah sambar satu purse. Kedai tu buat clearence stock!.. kebetulan purse Coach tiruan aku pun dah koyak.. neesa tarik.. Harap Amat tak perasan. Tapi, as usual bila sampai rumah mesti dia tanya aku. "Beli apa dengan Adee?. Ha..ha.. Soalan maut sudah keluar.. Aku jawab.. takde aper!! Sooner or later dia akan tahu jugak!!

D, thanks for the day.. Nanti aku teman kau pergi beli mascara eh..