Saturday, September 12, 2009

Isteri yang baik?

Orang kata kalau nak tambat hati suami, kena jaga makan minumnya. Ikhlas aku cakap, masa bujang aku tak pandai masak. Aku pernah buat bubur kacang letak pewarna hijau untuk impress epul. Aku pernah 8 kali belek resepi masak cilipadi ikan tenggiri. Aku memang fail bila bab masak lauk. Aku pernah masa kecik letak kicap dan tambah air panas bila abang aku suruh masak kicap ikan. Tapi sekarang, setelah 6 tahun kawin, aku belajar masak yang berat2. Dulu aku sangat jeles bila Effa main campak2 jer masak kari. Masa aku berjiran dengan dia kat Cheras, aku selalu order dia bila nak makan something. Bila aku kawin, aku belajar ngan Epul masak. Masakan pertama aku ialah sup sayur. Aku nangis bila tengok dia makan. (Eh, aku dah citer eh).. Aku nak citer yang hari tu aku masak rendang. Dan aku rasa best. Mesti Cik Maimun lompat bintang aku pandai masak rendang. Rendang epul ngan aku tak sama. Kalau aku punya, mesti ada daun kunyit dan kerisik banyak. Epul punya letak pucuk ubi dan minyak masak (ganti kerisik), so aku cuba masak stail Cik Maimon dan bila Epul cakap best, berbunga siket.

Aku letak santan 2 kotak jer, dah lemak.. tapi kalau ikutkan arwah Wan aku, mau lagi banyak santan diletak. Huhu.. alangkan bestnyer kalau ada daun kunyit..

Ini rendang sebelum mengering. Daging lembu kat sini keras lah. Memang tak sesuai buat sup atau goreng. Rasa mcm daging kerbau. Tapi tak sedap sangat. So, raya nanti nak buat rendang ayam jer lah. Aku masak dalam periuk jer since non stick. Lagipun, aku takde kuali yang macam kawah tuh..

Hari tu teringin nak makan lobster. Epul beli dua ekor 10 dollar. Orang kata rebus jer, aku cubalah. Maybe aku tak pandai.. the taste is erkhh.. Eh, orang buang tak kepala dia sbb 'otak' dia bila dah masak hanyir lah. Maybe lepas ni aku na buat masak lomak cili api. Tunggu ingatan aku pada lobster yang aku masak ilang dulu.. Haha..
p/s Ambik kau.. sekali upload entri..Haha.. Kak Saimon ialah PA kepada Ambassador, dia lambat balik hari nih. Huhu, kena lah tunggu kan.

IFTAR bersama JJ

Ramai yang tanya gambar terbaru aku. Honestly, aku takde gambar. Cuma ini sahaja ihsan kawan di Facebook. Picture taken from last week punya Iftar di Resident. Masa ni our new Ambassador baru sampai. Yes, Mr Loba2 Jejeh.. Wife dia (Tudung krim dan baju hitam) sangat humble. So, this is new me in kebaya okeh.. Hahaha.. Beside the red one is my Second Secretary (Economics) Pn. Nasreen.

Gigih tak aku posting 2 hari nih.. (It means aku muak buat kerja!) Haha..

Entri untuk Adee

Adee, aku diberitahu oleh kak Saimun (lagi) yang dia selalu makan taufu fah kat sini. Aku tanya mcm mana? Dia kata, dia beli tauhu silky dan letak dalam microwave sekejap dan letak gula merah. Rasa? Hampir sama.. (Tapi still aku nak cakap: sedap lagi makcik Bangi 1.20sen yang buat). Kira terubatlah rindu aku pada taufu fah. Kat sini ada pelbagai taufu, ada yang semi hard, silken, soft.. Semua boleh di dapati di kedai Vietnam dan Piliphines (Ha, dari Vietnam!) Cari cepat!
Sori lupa ambil gambar lepas masuk oven, tak menyempat-nyempat nak makan. Neesa n Syifa loves it!

Friday, September 11, 2009

Sama kan!

Umairah 5 month old

Syifa 11 month (kot) old!


Gambar bersuka ria di bilik air!

Kesian Baby Q, hari tu kena jap 4 sekaligus sbb vaccination kat sini tak sama. Alhamdulillah tak demam. Nurse tu terus bagi Tylenol. Memang power ubat tu Zell. FYI, ubat kat sini sangat mahal sebab diaorang senang jer kena saman kalau ubat tu ada side effect yang tak baik kepada public. Kat sini saman menyaman memang boleh cari makan punya. Tapi at the same time, terfikir jugak betapa kuatnyer drug kat sini. p/s Kiyut tak bathrobe tuh. Walau tak praktikal sangat untuk baby, tapi aku sukaaaaaaaaaaaaaa...


Three princess in a bubble bath. Neesa memang anak yang boleh diharap untuk menjaga adik. Kengkadang dia dukung adik turun naik tangga. Seriau aku.

Syifa: Biasalah, tengok jer. Alasan: Syifa kecik lagi. Syifa pendek lagi. Mengada tau.


Bila ibu nak bubble bath pulak nih? :-(

Projek Karipap 2009

Tahun ni karipap aku cantik tak macam tahun lepas. Pertama sebab beli acuan, so, tak yah kelim dah kan since kelim aku tak sehalus mcm ipar aku. Kelim dia sangat teliti dan halus sampai sayang nak makan. Kedua kulit dia rangup! Agaknya bila dah merantau ni kan, jadi rajin masak since kuih 'tunjuk' susah nak jumpa. Resepi kulit dia: Planta 3 sudu besar, panaskan sampai gelegak, letak dalam adunan tepung gandun, letak air sikit, letak garam siket. Agaknya petua Cik Maimon menjadi kali ni. Lompat bintang sekali!

Mulus kan karipap ni. Ni kalau jual kena letak harga tinggi sebab inti banyak.

Inti daging cincang, serbuk kari daging, kentang (1/2 jam Epul dadukan kentang!) letak daun sup dan udang kering.


Ni hasilnya. Kalau pandai kawal api lagi cantik kot. Kak Sawa, Luke, Adee, projek karipap dah menjadi ker? (Eksyen aku) compared to karipap tahun lepas, ada improvement kan. Klik sini

Projek Kecah Dapur 1

Ni projek aku ngan anak2 buat choc moist cake untuk dibawa ke IFTAR di rumah salah seorang HBS di sini. Sebenarnya ni kek segera tapi aku saja buat dalam cupcake supaya senang orang nak makan. Oven aku tersangat lah best. Menjadi jer kek aku buat. This is the 2nd time in a week aku buat cake. Setengah jam jer dah siap. So, my assistant very pleasure to help: Check it out!


Aku ganti butter dengan minyak jagung. Memula susah jugak nak tau sukatan 400g minyak jagung, selalunya dalam kauntiti ml ker oz kan. Thanks to kak Saimun (Adee panggil dia PA Otai) bagi petua, gram boleh diconvert ke ml. Senang kan. Neesa hepi satu tray dia tuang sampai posing begitu sekali.

Masa ni agak kecoh. Dua2 nak letak adunan dalam tray. Habis carpet! Tu yang jadi kek tak sama besar. Tapi aku tak kisah. Experience kan. (dalam hati, habis karpet dapur!) Lain kali aku rasa aku nak letak macademia lah. Mcm best. Tak pun crunch almond.


Sementara tunggu kek masak, diaorang curi2 makan bater yang belum masak!


Siap suruh ambil gambar bila kek dah masak. Trust me! Moist giller! Rasa nak terbukak puasa aku bau. Aku tambah sukatan air dan minyak jagung. Selalu aku buat kek akan pecah2 tapi kali ni memang superb. Aku happy sangat! 10 minit jer dah siap bakar.
Syifa pun nak posing ngan kek baru masak okeh. Aku suruh dia pegang dalam kereta satu bekas cake, tapi masa sampai rumah, aku dah nampak kek tu luak! Haru betul Syifa sorang ni.
Korang dah buat karipap ker bulan puasa ni? Tu kan kuih wajib kita? :-)

Saturday, September 5, 2009

Lega

Alhamdulillah.. Aku baru selesai tutup akaun. Rasa lega tak terhingga. Rasa mcm baru lepas buat tesis. Bila kau tengok angkat tu tele.. rasa nak melompat..

Terima kasih kalkulatorku..

Friday, September 4, 2009

Start to Fall

Sekarang daun dah start menguning.. Pagi2 dah rasa sangat sejuk.. Boleh lah pakai trench coat ala2 JLo kan.. Minggu ni Labor Day.. meaning; BIG SALE!!


Everybody.. please pray for my strength!! It's not easy at this point facing the stress alone ;-(

I miss my family..


p/s Ampun.. gambar tadak..

Bencinta?

Bila dengar cerita cinta orang, rasa nak bercinta jugak. Babe, I envy you in a good way.. I'm happy for you. Itu petanda Allah dengar doa aku!. YEAY!!