Friday, September 11, 2009
Gambar bersuka ria di bilik air!
Projek Karipap 2009
Tahun ni karipap aku cantik tak macam tahun lepas. Pertama sebab beli acuan, so, tak yah kelim dah kan since kelim aku tak sehalus mcm ipar aku. Kelim dia sangat teliti dan halus sampai sayang nak makan. Kedua kulit dia rangup! Agaknya bila dah merantau ni kan, jadi rajin masak since kuih 'tunjuk' susah nak jumpa. Resepi kulit dia: Planta 3 sudu besar, panaskan sampai gelegak, letak dalam adunan tepung gandun, letak air sikit, letak garam siket. Agaknya petua Cik Maimon menjadi kali ni. Lompat bintang sekali!
Mulus kan karipap ni. Ni kalau jual kena letak harga tinggi sebab inti banyak.
Inti daging cincang, serbuk kari daging, kentang (1/2 jam Epul dadukan kentang!) letak daun sup dan udang kering.

Ni hasilnya. Kalau pandai kawal api lagi cantik kot. Kak Sawa, Luke, Adee, projek karipap dah menjadi ker? (Eksyen aku) compared to karipap tahun lepas, ada improvement kan. Klik sini
Ni hasilnya. Kalau pandai kawal api lagi cantik kot. Kak Sawa, Luke, Adee, projek karipap dah menjadi ker? (Eksyen aku) compared to karipap tahun lepas, ada improvement kan. Klik sini
Projek Kecah Dapur 1
Ni projek aku ngan anak2 buat choc moist cake untuk dibawa ke IFTAR di rumah salah seorang HBS di sini. Sebenarnya ni kek segera tapi aku saja buat dalam cupcake supaya senang orang nak makan. Oven aku tersangat lah best. Menjadi jer kek aku buat. This is the 2nd time in a week aku buat cake. Setengah jam jer dah siap. So, my assistant very pleasure to help: Check it out!
Siap suruh ambil gambar bila kek dah masak. Trust me! Moist giller! Rasa nak terbukak puasa aku bau. Aku tambah sukatan air dan minyak jagung. Selalu aku buat kek akan pecah2 tapi kali ni memang superb. Aku happy sangat! 10 minit jer dah siap bakar.
Korang dah buat karipap ker bulan puasa ni? Tu kan kuih wajib kita? :-)
Saturday, September 5, 2009
Lega
Alhamdulillah.. Aku baru selesai tutup akaun. Rasa lega tak terhingga. Rasa mcm baru lepas buat tesis. Bila kau tengok angkat tu tele.. rasa nak melompat..
Terima kasih kalkulatorku..
Friday, September 4, 2009
Start to Fall
Sekarang daun dah start menguning.. Pagi2 dah rasa sangat sejuk.. Boleh lah pakai trench coat ala2 JLo kan.. Minggu ni Labor Day.. meaning; BIG SALE!!
Everybody.. please pray for my strength!! It's not easy at this point facing the stress alone ;-(
I miss my family..
p/s Ampun.. gambar tadak..
Everybody.. please pray for my strength!! It's not easy at this point facing the stress alone ;-(
I miss my family..
p/s Ampun.. gambar tadak..
Bencinta?
Bila dengar cerita cinta orang, rasa nak bercinta jugak. Babe, I envy you in a good way.. I'm happy for you. Itu petanda Allah dengar doa aku!. YEAY!!
Saturday, August 29, 2009
Boss dah balik
Haha.. macam wartawan pencen aku mereport pelbagai isu ngan boss yang baru sampai semalam. He's so detail. So, aku dah siap2 draf apa yang aku nak cakap :-) Maklumlah kan.. dia ex pegawai khas Menteri dulu.
Semalam kitaorang cuba beli hati dia ngan buat jamuan berbuka puasa kat rumah my 2nd boss. Tau dia hot banyak perkara kan. So hari ni dia mcm cool siket. Aku pakai lawa2 masa brief dia tadi. Boleh tak guna 'kelebihan' itu untuk tidak bagi dia marah? ;-P
Hari ke hari aku tengok Neesa dah macam budah besar. Dah boleh harap, Kengkadang macam kesian pulak masa suruh dia jaga adik. Senang jer aku suruh " Neesa, jaga Umariah". Terus dia berlari2 dapatkan adik dia. Dodoikan adik dia. Kengkadang aku terharu sbb it suppose tu be my job kan. Memang kacip lah nama dia Neesa- Perempuan. Kalau suruh anak kau Zell, si Syifa - sekejap jer.. Ibu dah, baby tak nak Syifa.. dia nangis jer. Asam gelugur tau si Syifa nih. Aku rasa Neesa senang handle, Syifa? Macam jaga 10 budak. Ada jer kerja dia. Menyelongkar lah, mengisai baju lah, nak naik basikal lah, colouring lah. Sabar lagi. Datang inspektor Sahab Shaiful ditinggikan suara terus buat muka merajuk duduk tepi sudut tapi hanya mampu bertahan buat 1 minit jer. Lepas tu. back to 0 balik. Memang orang kata 2nd child memang penuh karakter. Aku harap dia jadi genius.. tu jer.
Kat sini tak rasa macam ramadhan sangat. Takde pasar ramadhan, tak dengar orang azan, tak dengar lagu raya. Semua kena buat sendiri. Nak berbuka tengok jam jer lah kan. Kalau nasib baik ada jamuan berbuka puasa kat rumah HBS, rasa lah meriah siket.
Wabak H1N1 di sini agak kronik. Dianggarkan 90 ribu pesakit menjelang Oktober disebabkan time tu winter. Harap2 takde apa2 yang buruk berlaku. Doakan aku. Jaga kebersihan jer lah kan. Harap kat Malaysia pun mcm tu jugak.
Idea dah habis. Rasa nak minum cincau!
Friday, August 28, 2009
I miss my blog
Yup.. it true.. I really miss my blog. Boss bercuti sebulan tapi aku tetap kerja keras. I have no time for myself. Adee, aku jeles ngan kau. You are HAPENNING!!
Alhamdulillah, kereta dah dapat. Toyota Sienna. Cukuplah untuk 3 tahun pakai kan. Aku rasa FB dah tak private sangat since kau orang baru dan everyone is looking at you dan nak tak nak kau kena bergaul dengan semua orang. Ramai yang request nak kawan tapi aku hold dulu..
Ingat lagi tahun lepas post lepat kedut. Semalam Epul masak pengat ubi sekawah. Aku cakap kenapa banyak sangat. Dia excited nak bawak ke solat terawikh. Kami di sini akan bergilir2 buat terawikh di rumah. So far, dia boleh mixed around. Lega aku.
Nanti sambung..
Alhamdulillah, kereta dah dapat. Toyota Sienna. Cukuplah untuk 3 tahun pakai kan. Aku rasa FB dah tak private sangat since kau orang baru dan everyone is looking at you dan nak tak nak kau kena bergaul dengan semua orang. Ramai yang request nak kawan tapi aku hold dulu..
Ingat lagi tahun lepas post lepat kedut. Semalam Epul masak pengat ubi sekawah. Aku cakap kenapa banyak sangat. Dia excited nak bawak ke solat terawikh. Kami di sini akan bergilir2 buat terawikh di rumah. So far, dia boleh mixed around. Lega aku.
Nanti sambung..
Thursday, August 6, 2009
Sambil taip entri ni aku dengar lagu Shiela Majid- Ku Mohon. Tak boleh pulak nak share VC dia kat sini. Tapi at this time memang aku mohon untuk jadi lebih Tabah. Its not easy to adapt everything at one time. Yeah.. its all about sacrifies to make my dream come true! :-) I'm not sure with Adee n Luke whether they r facing the same issues with me or not but more or less banyak jugak pancaroba di tempat orang kan. Pandai handle atau tidak jer.
Gambar tak ikur sequence: Syifa masa birthday 3 years old. As usual, aku selalu tak sempat nak celebrate grand untuk Syifa. I owed her alot. Nanti bila kita dah settledown, kita buat birthday party yer sayang. Photo taken kat rumah uncle faizal yang buat surprise belikan kek aiskrim untuk dia. Termalu-malu bila orang nyanyikan Happy Birthday!
Ni masa pergi camping kat Watermellon pack. Semua orang tak percaya she's 4 months old! Hahaha..
Lates pic of Baby Q..
Barang senang dapat kat Asian Market. Nak ngan tak nak buat jer. Kalau kat Malaysia main beli jer kan. Apam jenama Pondan. Kelakar!
Neesa dah jadi BIG GURL! Banyak tolong aku jaga adik dan kemas rumah! Haha.. Untung ramai anak perempuan kan. Pst.. Epul kata dia tak nak potong rambut setahun sebab kat sini barber service mahal.
Dia ingat lawa ker dia rambut panjang? Hahaha..
Dah lama tak update blog.. Hampir sebulan. Erk.. Dah sebulan lebih aku kat bumi Mr. Obama tapi masih belum selesai settle down. Perkara yang berkaitan dengan office KL sometimes took so long.
Mari Update:
Rumah insyaallah dapat masuk sabtu ni, sama jugak dengan perabot sewa dan barang dari Malaysia. Serentak semua! So, tak payah nak penat banyak kali kan. :-) Rumah mcm entri yang terdahulu. Landloard Mr. Mico nd Denise Mico sangat baik. Alhamdulillah.
Kereta:
Masih dalam pencarian. Mcm orang ramai pesan, kena survey dulu sebab ini adalah antara pelaburan kita since aku tak berhasrat untuk bawak balik kereta. Since orang kata (orang kata, bukan aku) kereta kat sini murah dan since rule kat sini mewajibkan kids under age 6 kena pakai carseat, kereta sedan dah tak termasuk dalam senarai. Kenalah ambil minivan dan orang juga advise jgn ambil American Car sebab takde market value bila nak jual nanti. Option yang ada dalam kepala ialah Oddesey, Nissan Quest dan Toyota Sienna. Aku beli yang 2nd hand jer. Lagipun kereta besar sesuai untuk jalan jauh. (Bila nak berjalan tuh?) Budget aku tak besar tapi Insyaallah aku bayar cash kereta tu nanti dan aku tak nak fikir serabut untuk bayar bulan2. Kalaulah aku boleh naik metro macam Luke atau sewa cab mcm Adee kan senang. Tapi nak tak nak kena jugak beli kereta sbb Epul dah selalu buat lawak kaki dia kejang sebab dah lama tak rasa pedal minyak! Kengkadang dia buat reverse psikologi dengan menapak ke kedai2 yang agak jauh. Alasan dia dah kurus!! Mengada!
Kerja aka People
Hmmm.. New environment, new people, new boss! What do you expect? Yang ni tak berani nak komen banyak lagi since aku masih baru. So, the right word is PLAY SAFE dan ADJUSTABLE but I'm not good at pretending. Kalau orang tu dah buat slack dan he or she memang ada intention nak sakitkan hati aku. Aku akan layan biasa2 saja dan dia dengan sendirinye dah masukkan diri dia dalam LIST BOLAYAN aku. Hahaha.. But most of the people are very nice to me. Ramai KAT orang kita jugak. Oh ye.. Adee, adik 'AMAT' ada di sini. Dia dan wife dia gamble merantau kat sini. Adik dia kecik jer tak mcm abang dia. Dia dan wife dia Fuzy very nice. Bagi aku pinjam minivan untuk keperluan aku (epul sebenarnya) nak bergerak ke sana sini.
Makan
Kat sini senang dapat makanan halal cuma lalu tak lalu jer lah. Choice yang ada ialah seafood. Daging ngan ayam boleh dapat dari kedai pakistan. Kedai Kebab pun banyak tapi aku dah tak lalu nak makan kebab.. So, lebih senang masak tapi since aku belum masuk rumah, nak memasak agak terhad. Ada la 3 kali alarm hotel berbunyi sebab smoke detector dia terlalu sensitif. Orang melayu kalau tak mengoreng, asap tak sampai ke langit tak sah kan. Hahaha.. Nice memory.
Neesa, Syifa n Umairah
They are bored to death duduk dalam hotel. That is why I'm quite upset bila kelulusan rumah lambat sampai. Errr.. Common lah.. Ni dah tahun 2009.. banyak teknologi yang menjimatkan masa kan. Pakailah scanner dan email surat kelulusan. Neesa cant wait to go to school but she has to wait until Sept next year. Masih mencari art school untuk dia atau music class yang tak mahal. Teringin one of my kids pandai main gitar.. Zell, budak perempuan pandai main gitar lagi rowk kan.. Neesa main gitar, Syifa piano dan Q main drum.. Pergh.. lengkap dah kugiran aku.. Itu cuma angan2.. kalau jadi lagi bagus.
Y.Bhg. Datuk Shaiful Annur
He's getting slimmer.. Maybe sbb penat jaga anak2 dan aku lawan saper kurus ngan dia. Tapi aku kena jaga jugak jangan terlalu kurus nanti spekulasi tak menarik akan timbul dari pihak Puan Maimon. Errr.. takott..
Tu jer dulu.. Boss balik Malaysia tapi kerja tetap ada kan. Miss you all.. Kak Salwa, M, Zella, Adee, Hajah, Zuey, Luke, Kak Izan, Adik beradik dan semualah.. (Pergh.. Macam nak buat salam perantau jer.. hahaha..)
Subscribe to:
Posts (Atom)
