Saturday, August 29, 2009

Boss dah balik

Haha.. macam wartawan pencen aku mereport pelbagai isu ngan boss yang baru sampai semalam. He's so detail. So, aku dah siap2 draf apa yang aku nak cakap :-) Maklumlah kan.. dia ex pegawai khas Menteri dulu.
Semalam kitaorang cuba beli hati dia ngan buat jamuan berbuka puasa kat rumah my 2nd boss. Tau dia hot banyak perkara kan. So hari ni dia mcm cool siket. Aku pakai lawa2 masa brief dia tadi. Boleh tak guna 'kelebihan' itu untuk tidak bagi dia marah? ;-P
Hari ke hari aku tengok Neesa dah macam budah besar. Dah boleh harap, Kengkadang macam kesian pulak masa suruh dia jaga adik. Senang jer aku suruh " Neesa, jaga Umariah". Terus dia berlari2 dapatkan adik dia. Dodoikan adik dia. Kengkadang aku terharu sbb it suppose tu be my job kan. Memang kacip lah nama dia Neesa- Perempuan. Kalau suruh anak kau Zell, si Syifa - sekejap jer.. Ibu dah, baby tak nak Syifa.. dia nangis jer. Asam gelugur tau si Syifa nih. Aku rasa Neesa senang handle, Syifa? Macam jaga 10 budak. Ada jer kerja dia. Menyelongkar lah, mengisai baju lah, nak naik basikal lah, colouring lah. Sabar lagi. Datang inspektor Sahab Shaiful ditinggikan suara terus buat muka merajuk duduk tepi sudut tapi hanya mampu bertahan buat 1 minit jer. Lepas tu. back to 0 balik. Memang orang kata 2nd child memang penuh karakter. Aku harap dia jadi genius.. tu jer.
Kat sini tak rasa macam ramadhan sangat. Takde pasar ramadhan, tak dengar orang azan, tak dengar lagu raya. Semua kena buat sendiri. Nak berbuka tengok jam jer lah kan. Kalau nasib baik ada jamuan berbuka puasa kat rumah HBS, rasa lah meriah siket.
Wabak H1N1 di sini agak kronik. Dianggarkan 90 ribu pesakit menjelang Oktober disebabkan time tu winter. Harap2 takde apa2 yang buruk berlaku. Doakan aku. Jaga kebersihan jer lah kan. Harap kat Malaysia pun mcm tu jugak.
Idea dah habis. Rasa nak minum cincau!

3 comments:

amn said...

Kalau selalu baca entry Hanis Zalika dan Mak dia. Ada persamaan antara Hanis = Syifa. Neesa = Kakak Hanis yang sulung.

Erk.. relevan kah. Bolehlah amik skit info untuk parenting skill.

Psstt... part part makan untuk bos itu memang wajib. Bos kalau kat luar agak 'manja'... Trust me, i know!

cheqmonq said...

kekekekeek yes, my syifa akan jadik genius like me!

kweng kwneg kweng

Salwa Musa said...

my second daughter positive Influenza A.. pesan mak aku pertama skalai jgn marah dia.. sebab prangai dia cam syifa.. aku harap kau faham lene.. dan dia selalu kene marah ngan ayah dia.. aku harap kau pun faham ni lene.. dan bila dia sakit.. dia melepek.. tak bangun.. tak makan.. lembik.. longlai.. masa tuh aku cakap kat hubby.. choose, u want the normal nadiah yg u rasa extra normal.. or u want nadiah like this??.. tapi soalan tuh masa nadiah dah recovering lah kan.. masa nadiah lembik tuh.. aku nanges.. pegang tangan dia.. and said.. "kak ngah.. ibu love kak ngan sooo much.." (after that i have to wash my hand ngan sabun.. ) then kak ngah replied "ibu.. jgn risau.. kak ngan dah rasa sihat sikit"..mau kau tak nanges kalu anak kau cakap gitu??

So lene.. bring hand sanitizer memanjang mana kau pegi.. elakkan tempat tertutup dan org ramai.. kalu perlu ke tempat org ramai .. pakai mask.. kat malaysia.. ramai dah org pakai mask kat mana2.. tak ler weird sgt..