Thursday, August 23, 2007

Lelaki Ini

Thanks a trillions to Zella the Activist sebab memfwdkan lagu ini untuk aku.. Dah seminggu cari.. Biasalah kat J*A semua web yang ada unsur adult, entertainment, forum kena block..Memula dengar macam intro lagu Kayangan sung by Ajai n Mimi.. Kelakar tak..

First time dengar lagu ni masa time corus.. Terus aku cakap dalam hati.. BESTNYER!!.. Kalah Mee Sedap Indon.. Aku terus kuatkan radio dalam kereta.. Amat jeling.. Sibuk ngan Anuar Zain..Kang termimpi lagi lah tuh.. Entahlah.. Anuar itu sesuatu.. walaupun dia tak botak.. tapi suara dia makin sedap.. masa album pertama tu aku tak heran sangat kat dia... Tapi since dia nyanyi lagu tarik2 nih.. Aku tertarik.. melekap terus mcm magnet.. (Eh, berdosa ke isteri orang ckp mcm gini). Aku suka suara dia.. Pernah satu kali masa lagu Keabadian Cinta, Mungkin tengah hot.. Aku sampai termimpi dia.. Kitaorang jalan pergi Shoping kat Sogo.. kelakar tak..

Dulu masa baca komen kat blog Zella rasa keciwa sebab dia buat peminat dia mcm tuh.. Tak perform.. Tapi bila dah keluar lagu baru ni.. Aku jatuh cinta balik.. Lupa bab2 dia baling jaket kat peminat..lupa muka serabai mcm orang mati bini tuh..Aku jatuh chentaaaaaaaaaaaaaaa...

Lelaki ini - Anuar Zain
Kasih, kenanganku
Ingatkah saat saat dulu
Kasih, apakah dirimu
Merasakan semua itu
Ke mana pun langkahku pergi
Ku masih melihat bayanganmu cintaku
Dan kemana pun arah anginku berlari
Hati ini masih kau miliki

Lelaki ini yang selalu mencintamu
Selalu, tanpa ragu
Lelaki ini yang selalu memuja
Hanya dirimu
Yang bertakhta dalam sanubari ku

Aku yang mencintakan mu
Hanya dirimu…
Karena cintaku, tak berbatas waktu
Karena cintaku, tak mengenal jenuh hatimu
Hatimu…

Lagu ni about kesetiaan seorang lelaki kan.. So, to all my friends.. please let your man hear this song.. Pas tu paksa diaorang dedicate lagu ni untuk korang!!
Lastly;

Thanks Zella! Thanks Zella! Thanks Zella! Thanks Zella! Thanks Zella! Thanks Zella! Thanks Zella! Thanks Zella! Thanks Zella! Thanks Zella! Thanks Zella! Thanks Zella! Thanks Zella! Thanks Zella! Aku upah bebudak kat ofis saper dapat cari lagu ni aku bagi RM10.. Nampaknya rezeki Si Activist la.. Bak nombor akaun kau.. Maybank aja tau..


Aku dah ada Anuar lain dalam hidup.. walaupun dia bukan anak pak zain..Photo taken after Amat's convo..

Friday, August 17, 2007

Gambar oi..

At last.. hari ni dapat jugak upload gambar untuk blog ni.. Thanks server.. Thanks MAMPU!!.. Ngeh..Ngeh.. Bersedia tangan di mouse.. scroll...



Ni antara tetamu yang hadir.. tu kat belakang tu antara belon yang aku tiup.. Banyak tau gas C02 aku dalam tuh.. Seingat aku ada lebih kurang 20 belon.. Dah la getah tebal.. Perit pipi..


Gambar sekeluarga.. jarang dapat gambar bersama.. Dalam ramai-ramai as usual Neesa yang terlebih excited.. Dia ingat ni birthday dia..Tu yang sibuk nak potong kek.. Aku berbaju kurung sebab Puan Maimon datang..


Neesa with her Godfather..(ngeh.. beloved n the only one grandfather la) Encik Ariff.. He's lecturer kat UIA Gombak.. Masa diaorang datang.. makanan belum siap.. Kelam kabut aku buat mee kari.. macaroni.. goreng nugget n sosej.. Kak Milah kau? Kurrrrrrrrrrrr.. Tido.. (Baik tak majikan macam aku nih)


Awak, makan macam ni.. Neesa jadi buruk siku sebab ambik sugus dari goodie bag orang.. Huk alah!! Ni anak2 office mate~ Kak Izan


Syifa cukup susah nak diajak bergambar.. Ni posing dengan gown seksi yang Tok Mi dia kirim. Neesa yang posing lebih.. Seperti biasa la kan..


Ni gambar paling aku suka.. Rasa comel jer rambut keteng tuh.. Orang cakap muka Syifa sebijik Amat! Betul ker?


Gambar ni buat Neesa nampak mcm 4 years old.. Maybe sebab aku ikat ke belakang rambut dia tuh.. Neesa suka posing mcm tuh.. Perasan tak?


Si Sazai~ the only pelajar tua selain aku masa sambung belajar ari tu.. Alhamdullilah.. rezeki dia jadi pegawai dah sampai..

Pueh hati aku dpt upload gambar ari ni..


Tuesday, August 14, 2007

I'm Back!!

Helloww (baca intonasi Mr. Bean!)..
Dah lama tak update.. busy la konon.. Hari ni semangat nak citer sumer kat sini..
First.. Pasal Exam Pegawai Tidor Duduq (Adee bagi idea ni)..
It was though er than the last time.. Seminggu lebih duduk mentelaah buku Malaysia Kita.. baca paper pasal isu-isu semasa.. sukan, big event, sastera, budaya.. etc..etc.. Tapi bila jawab 6 paper dalam masa 1 hari aku rasa memang cramp otak aku.. Kali terakhir otak aku diperah ialah masa Form 5.. Balik dari exam, aku nangis.. call Amat.. kata aku tak boleh buat exam.. So, memang aku salute saper yang boleh lulus exam ni. This was my 3rd time. First dulu, lulus.. tapi failed kat second stage.. so, kena ulang balik. Kalau tak kerana kontrak ngan JPA.. memang aku chow kerja kat private. Ada sorang Prof minta aku kerja kat company consultant dia.. Jadi pembantu dia.. Tapi aku tak boleh unless aku ada RM53,000.00!! Aku nak kerja kat CIMB (Zell, kau kautim ngan boss kau untuk hire aku kerja eh.. aku ganti driver yang banyak songeh tu pun takpe), sebab aku nak beli Toyota jugak.. ha..ha. Nak jadi pensyarah kena ada Masters.. maybe hujung tahun ni sambung.. part time la kot.. Macam best jer jadi Lecturer.. Oh yer.. Sazai dah dapat apa yang diidamkan.. Tahniah.. Bak kata orang.. rezeki orang tak sama, kita tak boleh tamak nak semua.. (tapi memang aku nak semua..tak boleh ker?)

Pasal Birthday Syifa
So, on the 28th hari tu.. jadilah aku buat birthday Syifa.. Masak mee kari ngan macaroni goreng.. kuih serba sikit, goodies untuk budak2.. Tapi yang ralat Makcik Maimon sampai awal.. semua belum siap.. gabra aku.. Yer la kan.. dia kalau party mesti grand kan.. aku.. ala-ala koboi jer.. Lantaklah.. Yang kelakar.. penat aku sorang tiup belon.. rasa sebal pipi aku nih sebab belon tu jenis yang tebal.. Amat janji nak tiup tapi tetiba kena gi rumah PM untuk setup hapakebenda tah.. Guest.. ramai jugak yang datang.. at least.. sumer licin.. tu yang penting.. Thanks for those yang bagi hadiah.. Sorry to say.. semua jadi hadiah Neesa..

Pasal Jadi Ibu Tunggul for 2 weeks..
Amat kena bertugas for LID for 2 weeks.. Aku tak suka kena tinggal.. Kesian anak2 rindukan ayah dia (aku pun rindu jugak..hiks).. So, aku busykan diri dengan benda tak berfaedah.. (tapi bukan merempit atau mengambil ecstacy tau).. Seminggu pertama aku stay office untuk baca buku.. Pukul 8 balik.. Bila balik rumah, rasa bersalah pulak tinggal anak2. Dah la ayah dia takde..They really need attention!! Tapi kalau balik rumah dan baca buku, itu perkara mustahil.. Silap-silap dari nak baca buku Malaysia Kita, aku akan baca buku Disney.. atau Arnab yang pandai atau mari membaca Iqra'.. atau mari melukis.. Hu..hu..so, aku kena selfish sikit.. Minggu kedua.. pergi window shopping.. lepak kat MPH.. jalan-jalan sambil membeli barang keperluan diri (yang tak berapa perlu sebenarnya...hiks). Sempat lagi aku pergi Nilai 3 ambik langsir yang dah siap aku tempah.. tapi aku sedih sebab langsir tu tak lawa seperti yang diharapkan.. the next day, keluar ngan Adee dan as usual pergi Secret Receipi sambil mencerita Dark Secret aku.. ha..ha..


Ok.. that's all for now.. nak upload gambar siket.. kasi meriah ini blog!!

Wednesday, July 18, 2007

Tanya Hati


Dua tiga hari ni rasa tak sedap hati.. Mungkin bersalah kerana buat seseorang itu kecewa. Mungkin kerana buat seseorang itu marah..

Kalau tanya hati.. semua benda yang 'indah-indah' kita nak.. tanya rasa.. ambik selagi boleh, tanya iman.. bukan semua itu hak kita.

Tanya hati lagi.. kenapa tak boleh.. tanya rasa.. ntah kau nih..bukan orang tahu pun.. tanya iman... orang tak tahu, tapi Allah tahu..

Tanya hati lagi.. nanti kita boleh Taubat kan.. tanya rasa.. banyak masa lagi..masa ni lah kau nak rasa semua itu.. tanya iman..kalau sempat taubat, kalau tak sempat?

Ikut hati.. mati
Ikut rasa.. binasa


Cakap pasal hati ni teringat citer Soal Hati lakunan Afdlin Shauki.. Masa tu dia tak gemuk sangat.. Walaupun lakonan Erra Fazira x sebest mana.. tapi aura Afdlin tu yang buat aku nak tengok. So, pergi la dengan Amat.. masa tu kira dah declare couple la konon..Dari citer tulah aku namakan partner aku Si Amat sebab watak Afdlin tu mcm 'Amat' aku = nakal@kureng.. Aku lak jadi Ain sebab ada sejarah silam (walaupun not exacly sama mrm citer Ain dalam filem tuh- mintak simpang!)Kalau tanya hati masa tu.. best.. tanya rasa.. best.. tanya iman.. BEST SANGAT.. ha.ha..

Starting tomorrow until Saturday, kena outing kat N.Sembilan for Anugerah... Jadi urusetia.. Best.. sebab dapat tidor tanpa diganggu.. but one thing for sure, I'm gonna miss Neesa, Shifa n my Amat.. Kak Milah?

Plan nak buat birthday Syifa on this 28th.. sesaper yang baca notis ni sila hadir.. WAJIB. Nak masak aper ek.. Luke.. tolong aku!! One thing for sure.. aku kena beli kek dari Secret Reseipi.. dah ada orang mengidam..

Friday, July 13, 2007

More that meet the eye!


Me and Amat finally find our 'quality time' together. We went to TGV Mines since kat IOI Puchong punya panggung busuk giller kan. Sumer orang kata citer ni best.. Actually, kitaorang 50-50 sama ada nak tengok Die Hard 4.0 atau Transformers. Aku siap promote citer ni since dulu aku suka bila tengok keter tu transform jadi robot.

So far, komen pasal citer ni: Character gempak, menarik..terutamanya Optimus Prime & Starscream. Starting pun dashyat gak terutamanya bila military helicopter tu convert jadi Blackout. Tapi cuma konfius camner org ramai tak leh sedar kehadiran robot kecil, Frenzy masa dia turun dari kapal terbang walaupun dgn selamba je dia lari sampai masuk keta. Saiz robot yg terlalu besar & bila tukar jadi keta je, kecik..kalo perhatikan betul2 (masa Sam baru tau yg keta dia adalah robot), kaki Bumblebee tu je dah sama saiz dgn satu badan keta camaro. Rasa mcm... too complicated sgt figure sume robot tu & smpai kadang2 aku rasa konfius yg mana satu Megatron, Jazz, Barricade & beberapa lagilah..Terlalu byk part yg kluar masuk dari badan bila transform sampai bila dah bertukar jadi robot, tak tau benda'alah tu menatang apa..(at least yg original optimus prime masih leh nampak kepala lori & bumblebee leh nmpak hood keta dia).

Mcm Witwicky ckp.. No Sacrifice.. No Victory.. Aku sacrfice my 2 n half hour from my entire life.. Makan McD dan popcorn.. Victory: I can see Amat smiling bile keluar panggung..

Thursday, July 12, 2007

Want to Flirt? Think Twice!


Sharing session...

Flirting is a form of human interaction, usually expressing a sexual or romantic interest in the other person. It can consist of conversation, body language or brief physical contact. It may be one-sided or reciprocated. The common reason how flirting started when you have problems with your current relationship. Lack of communication.. your quality time with each other.. bla..bla..(you named it.. )

Flirting is often used as a means of expressing interest and gauging the other person's interest in courtship, which can continue into long term relationships. In other situations, it may be done simply for immediate entertainment, with no intention of developing any further relationship. This type of flirting sometimes faces disapproval from others, either because it can be misinterpreted as more serious, or it may be viewed as dishonest if the person is already in a romantic relationship with someone else (sila lihat cincin di jari ok). For me.. everything comes from our first intention why you want to flirt and do you really need to flirt? Common reason: To boost yourself, saying you still 'got it' or it just come to revenge? Men always be blame in this situation.. but to be realistic.. woman did it too..
So, if you are married (yes.. I'm talking to you), there are tips about this issues.. Monitor your marriage.. if you find there's something missing.. be willing to try to fix it. Stay alert for temptations, be very careful of getting involved in the first place, know the dangers. You can be drawn to an affair as to a drug. Value the intimacy of your marriage. Reveal as much of yourself to one another as possible,then you will find it less necessary to form an intimate friendship with someone else.

So, moral of the story, Don't flirt!. ''That is how affairs start,'''Flirting is not part of an innocent friendship. If you think there might be a problem with someone you flirt with, THERE PROBABLY IS A PROBLEM. I rest my case!

Kepada yang dah kawen.. yang akan kawen.. dan yang tak nak kawen.. jangan main api kecuali korang tu David Blaine..Ha..ha.

Monday, July 9, 2007

Redha ke?

TANDA REDHA ADA TIGA:

Pertama adalah kata yang baik ketika menerima ujian Allah. Innalillahi wainna ilaihi rajiun (Kami adalah milik Allah dan kepada Allah kami akan dikembalikan). Bukan sumpah seranah dan maki hamun rasa tidak berpuas hati.

Kedua, ketika susah ingatlah dengan nikmat Allah yang banyak. Di situ anda akan berasa beruntung dengan apa yang ada pada diri.

Ketiga, ikhtiar jangan berhenti. Redha bukan bermakna menerima tanpa usaha. Itu adalah putus asa dan pesimis namanya. Tapi redha adalah semangat yang membangkitkan hati yang sedih, yang menajamkan akal fikiran, menguatkan hentakan kaki dan membuahkan idea yang bernas untuk berjaya. Jadilah orang yang bahagia dengan kekuatan yang tersimpan dalam mustika yang bernama redha kepada Allah.

ps. Aku kena belajar redha..Hari ni pening sikit.. Kena study untuk next exam.. Hope I can make it this time..


Friday, July 6, 2007

WQF 1045


Semalam baru jer gurau2 dengan Zella tentang kereta Hiluxnya.. Tup-tup petang semalam dah kena curik orang.. Bagero punya pencuri.. Tak kesampaian hajat aku nak naik Hilux jalan-jalan.. So, pada sesaper yang nampak Hilux kawan aku, sila lapor ke balai polis.. atau kepada pencuri yang baca blog aku nih.. BAGI BALIK HILUX WQF 1045 KAWAN AKU TUH!!.. Kalau kau nak merasa naik keter tu, mintak izin lah.. Kan kau belajar Tatarakyat kat sekolah dulu..Jangan ambik terus!! Kumpul duit, beli sendiri lah! Kepada Zella, kau memang tabah.. Mungkin lepas ni kau menang cabutan bertuah.. dapat Hilux baru.. Mana tau kan.. Allah Maha Kaya kepada hamba yang diduganya.. Dia selalau duga hamba yang Dia sayang.. Kalau kita nak gi jenjalan.. aku offer Waja jer lah walaupun tak 4WD..
Sabar eh..

Wednesday, July 4, 2007

Nasty La Konon..

Hari ni rasa ceria sangat sebab kawan-kawan Ex-Jengkarian buat lawak kat email.. Memula Hajah cerita pasal gosip si artis jelita.. tup-tup bila aku komen yang VVIP tu kiyut sebab skinhead (sila baca skinhead dan bukan skinhair).. semuanya jadi meroyan mengaku suami aka lelaki yang pernah hadir dalam hidup diaorang skinhead.. Kelakarlah korang nih..Tapi memang dari dulu aku suka tengok certain-certain kepala yang rambutnya nipis.. Nampak NASTY gittuw.. Maybe ada yang suka lelaki yang nampak innocent, nerd, polite, soft spoken atau ada yang kata lembut.. Nampak cumil, muda, kiyut kot.. Tapi aku suka muka budak jahat.. Sila lihat contoh terbaik muka budak jahat tapi seksi.. (Matilah kalau Amat tau statement aku nih..
Aku obses sungguh dengan mamat nih..
Mamat ni nampak cunning sangat walaupun kepala dia botak kan..
(Sila angguk kepala tanda setuju)

Dulu pernah ada orang 'baik' nak berkenalan tapi kelembutan dia tu buat aku rimas.. Terlalu polite.. Walaupun mak aku suka.. tapi aku tak.. Itu citer 5 tahun dulu.. Aku dah pilih muka berlagak, eksyen, ngada sampai kawan-kawan aku komplen cakap dia eksyen aka laser.. tapi aku happy ngan dia..So far lah.. (aku masih terbawa-bawa isu payung.. seram aku)..Sila lihat contoh muka 'budak baik' idaman orang ituew.

.

Saya masih mencari awek bertudung yang suka bershopping, ada contact TORIC LENSES, dan yang duduk di Precint 8! Kepada sesiapa yang tahu mana dia berada sila lapor ke kaunter pengawal...(Sila baca dengan nada lowest key ok)

Tuesday, July 3, 2007

Perempuan. Lelaki & Sekaki Payung..

Ni artikel yang aku janji nak kongsi dengan Adee.. Aku kemas rumah, banyak majalah Eh yang lama-lama.. Belek-belek, ada aritkel menarik (bagi aku).. Sedetik di hati, cemas jugak.. Tapi setiap wanita kena terima hakikat tentang 'payungnya'.. Aku just copy from the artikel..




Mahu ke mana adik yang manis,
Jalan sendiri tidak berkawan,
Ditengah rintiknya hujan gerimis,
Habis basah kuyup aduh kasihan,
Aku mahu pergi ke rumah paman,
Yang tidak jauh dari kampungku,
Tiada kusangka hari kan hujan,
Habis basah kuyup seluruh tubuh,
Apakah adik mahu abang tolong,
Mari bersama, kita berpayung....


Pernah dengar lagu lama ini? Penyanyi saya dahlupa tetapi saya masing ingat senikata lagu ini kerana suatu ketika dulu adik saya amat gemar menyanyikan lagu ini ketika mandi.. Dan disinilah bermulanya segala cerita tengah kisah perempuan, lelaki dan sekaki payung. Apa kaitan antara ketiga-tiga perkara ini? Ianya bermula di sebuah kedai makan, di pinggir kota..


Setelah selesai menjamu selera, si gadis kelihatan buntu sewaktu kakinya melangkah keluar dari kedai tadi. Rupanya hujan lebat sedang berpesta menginjak bumi, sedangkan si gadi stadi tidak mempunyai payung. Aduh.. runsing hati si gadis memandangkan hari akan beransur gelap tidak lama lagi.


Sedang benaknya ligat mencari alternatif untuk meredahi hujan, tiba-tiba muncul sang jejaka menghulurkan bantuang. Katanya.. " I tak ade kereta, tapi I rasa U perlukan ini" ujarnya sambil mengujukan sekaki payung pada si gadis tadi.. Sekuntum senyuman yang hanya dilemparkan pada si gadis tadi. Sambil membalas senyuman, dengan hormatnya si gadis tadi menolak bantuan sang jejaka. " Tak mengapalah saudara, saya yakin saudara juga perlukannya. Terima kasih saja".


Adat dunia, lelaki mana tidak ego? Terasa diperkecilkan setelah bantuan yang dihulur ditolak mentah-mantah. "Ah... pantang anak lelaki kalau bantuan yang dihulur tidak bersambar, umpan dihulur tidak dimakan. Jikalau tadi minda si gadis ligat berfungsi, kini akal sang jejaka pula ligat mencari idea-idea baru untuk memulakan perbualan setelah umpannya tadi tidak 'sangkut'!.

Kalau sebentar tadi suasana sunyi tanpa sebarang bicara, kini bait-bait perbualan mula terjalin. Sang jejaka sengaja tidak berganjak dari tadi biarpun sekaki payung tadimasih di tangannya.

Hujan kian galan menari. Jurai tarinya semakin ligat dihisasi tiupan sang angin. Si gadis semakin cemas. Mana tidaknya, hari semakin menginjak malan dan bas terakhir pula akan berlepas pada pukul 9.30 malam. Menyedari kegelisahan si gadis, sang jejaka sekali lagi mencuba umpannya. "Hari sudah lewat saudari, saya khuatir saudari akan ketingalan bas. Marilah saya payungkan saudari ke stesen bas," ujarnya sekali lagi melemparkan umpannya. Dan kali ini ternyata usahanya tidak sia-sia.


Seminggu selepas insiden di kedai makan, kali ini mereka berdua kelihatan bersiar-siar di taman bunga. Menonton wayang sudah menjadi agenda bersama di hujung minggu. Ungakapan 'saudara', 'saudari' kini telah berganti dengan 'I', 'U'..


Hari demi hari berlalu, cinta dipupuk, kasih disemai dan rindu menjadi bajanya. Oh.. Dunia cinta sedang mekar di dalam hati merpati dua sejoli ini. Dan kemuncaknya, saya menerima kad kecil yang berbau wangi.. Tertera di situ " Walimatul Urus"..


Itulah kisah 5 tahun lalu.. Baru-baru ini saya berjumpa sekali lagi dengannya. Kali ini dia tidak keseorangan, di tangannya terpaut erat jari-jemari anak lelakinya. Setelah lama berbual, secara tak sengaja saya telah bertanyakan tentang mahligai yagn dibinanya bersama Hisyam (sang jejaka bersama sekaki payung). "Dia 'payung' yang baik buatku. Aku bersama 'payung'ku meredah hujan dan panas bersama-sama. Aku bahagia sehinggalah aku bertemu seorang gadis yang ingin berkongsi 'payung'ku," ujarnya dengan nada perlahan. "Jadi bagaimana?" soalku kurang sabar.


"Maksudmu, berkongsi kasih?" gesaku sekali lagi. "Kami tidak berkongsi kasih, kami hanya berkongsi payung yang sama bagi meneruskan hidup ini, tegasnya lagi.


Moral of the story.. Perkahwinan umpama perjalanan seorang wanita bersama sekaki payung. Payung yang diharapkan dapat melindungi dari bahang panas mentari mahupun rintik sang hujan. Sewaktu majlis akad nikah, si gadis umpama diberi sekaki payung yang telah tertulis dalam azali " PAYUNG INI MAMPU MELINDUNGI 4 ORANG SEKALIGUS! Maka janganlah engkau (gadis) kedekut untuk berkongsi 'payung'mu seandainya ada insan yang memerlukan bantuan...


P/S.. Aku harap Amat kedekut nak bagi orang pinjam 'payung'nya.. Aku belum kuat untuk berkongsi payung.. (Aku tak suka pakai payung.. aku suka pakai raincoat.. raincoat muat satu orang jer.. Pada orang yang belum ada payung di luar sana.. Kan Giordano ada offer payung murah.. beli saja...


Kawanku Ina Emon dapat posting ke New Zealand.. Seronoknya.. Rezeki double hari ni.. Dia disahkan mengandung (setelah 2 kali keguguran) dan dapat offer kerja kat tempat yang sangat best (aku nak sangat pergi tempat shooting LOTR) Harap dia dapat mencari bahagia di sana.. Rezeki aku? Allah saja yang tahu..