Helloww (baca intonasi Mr. Bean!)..
Dah lama tak update.. busy la konon.. Hari ni semangat nak citer sumer kat sini..
First.. Pasal Exam Pegawai Tidor Duduq (Adee bagi idea ni)..
It was though er than the last time.. Seminggu lebih duduk mentelaah buku Malaysia Kita.. baca paper pasal isu-isu semasa.. sukan, big event, sastera, budaya.. etc..etc.. Tapi bila jawab 6 paper dalam masa 1 hari aku rasa memang cramp otak aku.. Kali terakhir otak aku diperah ialah masa Form 5.. Balik dari exam, aku nangis.. call Amat.. kata aku tak boleh buat exam.. So, memang aku salute saper yang boleh lulus exam ni. This was my 3rd time. First dulu, lulus.. tapi failed kat second stage.. so, kena ulang balik. Kalau tak kerana kontrak ngan JPA.. memang aku chow kerja kat private. Ada sorang Prof minta aku kerja kat company consultant dia.. Jadi pembantu dia.. Tapi aku tak boleh unless aku ada RM53,000.00!! Aku nak kerja kat CIMB (Zell, kau kautim ngan boss kau untuk hire aku kerja eh.. aku ganti driver yang banyak songeh tu pun takpe), sebab aku nak beli Toyota jugak.. ha..ha. Nak jadi pensyarah kena ada Masters.. maybe hujung tahun ni sambung.. part time la kot.. Macam best jer jadi Lecturer.. Oh yer.. Sazai dah dapat apa yang diidamkan.. Tahniah.. Bak kata orang.. rezeki orang tak sama, kita tak boleh tamak nak semua.. (tapi memang aku nak semua..tak boleh ker?)
Pasal Birthday Syifa
So, on the 28th hari tu.. jadilah aku buat birthday Syifa.. Masak mee kari ngan macaroni goreng.. kuih serba sikit, goodies untuk budak2.. Tapi yang ralat Makcik Maimon sampai awal.. semua belum siap.. gabra aku.. Yer la kan.. dia kalau party mesti grand kan.. aku.. ala-ala koboi jer.. Lantaklah.. Yang kelakar.. penat aku sorang tiup belon.. rasa sebal pipi aku nih sebab belon tu jenis yang tebal.. Amat janji nak tiup tapi tetiba kena gi rumah PM untuk setup hapakebenda tah.. Guest.. ramai jugak yang datang.. at least.. sumer licin.. tu yang penting.. Thanks for those yang bagi hadiah.. Sorry to say.. semua jadi hadiah Neesa..
Pasal Jadi Ibu Tunggul for 2 weeks..
Amat kena bertugas for LID for 2 weeks.. Aku tak suka kena tinggal.. Kesian anak2 rindukan ayah dia (aku pun rindu jugak..hiks).. So, aku busykan diri dengan benda tak berfaedah.. (tapi bukan merempit atau mengambil ecstacy tau).. Seminggu pertama aku stay office untuk baca buku.. Pukul 8 balik.. Bila balik rumah, rasa bersalah pulak tinggal anak2. Dah la ayah dia takde..They really need attention!! Tapi kalau balik rumah dan baca buku, itu perkara mustahil.. Silap-silap dari nak baca buku Malaysia Kita, aku akan baca buku Disney.. atau Arnab yang pandai atau mari membaca Iqra'.. atau mari melukis.. Hu..hu..so, aku kena selfish sikit.. Minggu kedua.. pergi window shopping.. lepak kat MPH.. jalan-jalan sambil membeli barang keperluan diri (yang tak berapa perlu sebenarnya...hiks). Sempat lagi aku pergi Nilai 3 ambik langsir yang dah siap aku tempah.. tapi aku sedih sebab langsir tu tak lawa seperti yang diharapkan.. the next day, keluar ngan Adee dan as usual pergi Secret Receipi sambil mencerita Dark Secret aku.. ha..ha..
Ok.. that's all for now.. nak upload gambar siket.. kasi meriah ini blog!!
1 comment:
boleh no problem ko nak keje kat ompis gue.. hantar saja resume nyaa donk.;)
Post a Comment