Thursday, May 23, 2013

Anniversary!

Tomorrow will be my 10th Anniversary. Alhamdulillah syukur. Blessed with 4 girls. Honestly, takde plan special untuk esok. Kalau ikutkan hati mcm2 nak buat tapi Epul is afraid to leave the kids behind. Hmm.. Googling ideas to celebrate anniversary.. Love this idea. Asking random question to know your partner more. Hopefully Epul sporting untuk jawab soalan2 ini. Haha.. The questions are:

1. List 20 random facts about yourself.
2. Describe 3 legitimate fears you have and explain how they became fears.
3. Describe your relationship with your parents.
4. List 10 things you would tell your 16 year-old self, if you could.
5. What are the 5 things that make you most happy right now?
6. What is the hardest thing you have ever experienced?
7. What is your dream job, and why?
8. What are 5 passions you have?
9. List 10 people who have influenced you and describe how.
10. Describe your most embarrasing moment.
11. Describe 10 pet peeves you have.
12. Describe a typical day in your current life.
13. Describe 5 weaknesses you have.
14. Describe 5 strengths you have.
15. If you were an animal, what would you be and why?
16. What are your 5 greatest accomplishments?
17. What is the thing you most wish you were great at?
18. What has been the most difficult thing you have had to forgive?
19. If you could live anywhere, where would it be and why?
20. Describe 3 significant memories from your childhood.
21. If you could have one superpower, what would it be and what would you do with it first?
22. Where do you see yourself in 5 years? 10 years? 15 years?
23. List your top 5 hobbies and why you love them.
24. Describe your family dynamic of your childhood vs. your family dynamic now.
25. If you could have dinner with anyone in history, who would it be and what would you eat?
26. What popular notion do you think the world has most wrong?
27. What is your favorite part of your body and why?
28. What is your love language?
29. What do you think people misundertand most about you?
30. List 10 things you would hope to be remembered for.


Selama 10 tahun jadi isteri Epul ni, aku rasa dia seorang anak yang baik, adik yang baik, ayah yang penyayang, suami yang sabar.hehe..
Aku mohon supaya jodoh ini berkekalan dan dilimpahi dengan kasih sayang dan keberkatan. In Sha Allah.

Tuesday, April 30, 2013

Insurans dan hukum

Dah banyak kali cubaan untuk ambil insurans anak tapi asik tertangguh sebab tak yakin dengan hukum. Ada yang kata haram sbb ada unsur gharar dan riba. Ada yang kata harus. Makin baca makin confius. Bila rujuk fatwa pun tak jelas. Sayang..sepatutnya majlis fatwa boleh jadi rujukan tapi ini lebih kepada advisory. Baru tahu fatwa negeri lebih berkuasa dari fatwa kebangsaan sbb fatwa negeri boleh diwartakan jadi undang-undang. Ya Allah, jauhilah aku dari unsur-unsur riba. Kalau boleh nak bagi anak dengan rezeki yang menepati syariat. In sha Allah..

So, lepas jumpa consultant En. Zulkarnain dari Prudential BSN Takaful dah jelas bab takaful nih. Dulu ada satu mamat kat office ni asik provoke suruh ambil insurans dengan dia sampai aku naik muak. Tapi dengan En. Zul ni dia calm dan convincing! Mmg lah kerja govt ada hospital govt tapi bila fikir pengalaman dengan hospital govt, aku tamau ambil risiko tentang kesihatan anak2. Kalau tak guna untuk rawatan, duit tu boleh saving masa depan anak2 :) Prudential BSN ni lebih kepada konsep saling membantu. In sha Allah ini jalah yang betul.
Hari ni rasa mcm zombie sbb tak tidur jaga Sufia yang demam. Berulang demam kali nih. Aku tertidur sambil memangku anak. Agak2nya macam ni lah Umi jaga aku dulu yek. Sbb tu jangan derhaka dengan ibu!!

PRU dah tinggal seminggu. Tak sabar nak balik Beserah nak makan ketupat palas!

Wednesday, April 24, 2013

Apabila PRU menjelang

Korang dah decide nak undi siapa? Undi ini menentukan masa depan negara dan keluarga kita :) Undi dengan bijak.

Thursday, April 11, 2013

Exam..exam

Baru 3 hari lepas dapat tahu kena exam untuk pegawai hari Sabtu nih. Urghhh.. Harap boleh jawab dengan jayanya. Epul dah jadi cikgu tution Math last 2 days.. Harap dia sabar dengan student extra power mcm aku.

Korang masih ingat subject sejarah masa form 3?Zaman Parameswara..Neolitik, Zaman Besi semua.. Haihh..

Ok..kurangkan keluhan, lebihkan bacaan!!

Thursday, April 4, 2013

Entri perasan

Aku jarang ambil gambar sendiri. Sbb rasa tak lawa. Tapi aku suka gambar nih.  Sila muntah sekarang :p



Tuesday, April 2, 2013

Nur Danish Sufia

Hari ni EL sebab dah 3 malam jadi Zombie jaga Sufia yang tak sihat. Batuk dan selsema. Aku tak pandai untuk datang office dan tidur di surau. Baik tidur di rumah. Lagi best kan. Ingat nak ambil MC tapi tak kan nak ckp doktor nak MC sbb ngantuk? Nak tipu MC takuts.. Dah cuba letak colgate kat mata..Ahaha..baru nak letak dah rasa bahang pedasnya.. Mcm mana nak letak air tembakau? Ahahaha

Boss tak suka aku EL. Dah pernah nasihatkan aku supaya jgn ambil EL. Laaa..mcm mana tuh. Maybe sbb anak dia dah besar or dia mmg tak ambil port sangat kalau anak demam? Anywayss.. Aku seboleh2 tamau EL. Macam tak tough gittuew.. Sepatutnya gagahkan diri untuk datang office jugak? Erk..betul ker? 

Dr. Muhaya pernah ckp, kalau kita ikhlas jaga anak, anak kita akan jarang sakit. Dan kita tak akan mengeluh penat jaga anak. Makan dalam betul nasihat dia. Tapi bila fikir2 betul kan. Kalau kita ikhlas buat kerja kerana Allah mesti Allah tolong kita.. 

Ok, aku nak cerita pasal Sufia. Pengalaman dapat tahu aku pregnant sgt drama okeh. Sbb bos MITI mmg dah pesan.. Datang posting jangan pregnant. Saya tak mau pekerja yang tak efisien. Hambekk.. So, bila dapat tahu aku pregnant. Cuak, takut semua ada. Mengenangkan perangai azab dia mmg aku takut sangat time tuh. Kenapa yer kalau orang pregnant kita akan pandang serong? Selama ini aku still kerja mcm biasa. Takde pun sekejap2 ambil MC. Kerja mcm biasa sampailah hari akhir due. Alhamdulillah mmg tak pernah melepek.. Pening2 mual2 tu biasa tapi still under control. Aku pernah tengok officer pregnant yang tidur bawah meja sbb melepek. Tapi masa tu boss aku Mr. Kekeh. Sangat prihatin. Dia tak kacau. Aku salute dia. Nasib masing2 lah kan. So, bila nak cakap dgn boss aku pregnant, aku email sbb nak dapatkan kelulusan perubatan since di US memang mahal kos perubatan. Dia takde ucap tahniah ker tanya khabar ker dia jawab " Duit kita cukup ker untuk bayar awak". Disscuss!!

Gentleman tak? 

Belum lagi wife dia call untuk mengesahkan betul ker aku pregnant. Kak Lily yang nak pregnat selama ni tak dapat, awak yang pregnant..Tak aci.. best lah kan cuti tapi dapat EPSH dan gaji Malaysia. Nanti Elene ambil cuti tiga bulan ker? KL bagi ker? So, siapa yang boss skg nih? Dalam hati..laki kau tak power nak salahkan orang lain pulak.. Tapi aku senyap jer... Aku tahan suara sedih. Aku cakap..Saya dah pregnant..bukan takde suami. Suruh Encik Isham cuba lagi yer. Aku letak telefon. Sebak.. Call Kak Irus..mengadu nasib.. Dah lega..gi toilet cuci mata. My LRS-Maria yang sabarkan aku. So, kalau orang Wisma tak bising pun wife HSB spent 60K USD untuk wife bersalin or kanser kenapalah aku pulak jadi isu. Orang lain semua happy sbb aku pregnant. Siap ada baby shower.. Pak Haji Suhaimi siap bagi aku kurma setiap hari untuk baby dalam tummy.. So, aku orang pertama di Embassy yang ada kad insurans. Sbb boss aku suruh berjimat dan berkira. Aku pandang positif. So, aku boleh pilih kat mana aku nak checkup. Since dah ada insurans kerja lebih senang sebenarnya. Orang treat kita more responsible. Sbb dia tau kita officially covered. 

Seperti biasa, aku tak check jantina. Hopefully dapat boy.. Semua orang ckp perut aku mcm pregnant baby boy. Tapi aku mmg tak percaya. Instinct aku ckp baby girl lagi nih. Ahahah.. Sepatutnya due 1 April tapi aku nak jugak Doctor Kara Jefferies yang sambut baby, aku paksarela induce on March 27. Rupa-rupanya sakit bersalin induce lagi sakit.. Rasa macam ditarik2 urat di peha kanan. Memang sakit. Doktor dah banyak kali suggest untuk ambil Epidural. Tapi bila baca cons ambil Epidural tak berani. Bila dah 5 jam tahan sakit..aku decide ambil Epidural. Pakar bius datang pukul 1pm.. Aku duduk dan badang dibongkok seboleh2.. Habislah aurat aku tapi aku kira darurat dah.. Lepas ubat epidural masuk terus rasa tak sakit.. Walau tengah contraction rasa relaks jer.. Rugi tak ambil Epidural dulu2..Haks.. Then aku rasa baby dah nak keluar.. 2 kali push.. Another baby girl keluar.. Honestly rasa sad tapi bila tengok lesung pipit dia.. Alahai..comelnya.. Aku tahu Allah tahu apa yang terbaik untuk aku :)

Cari nama..cari nama..Nurse dan Doktor asik panggil Baby Girl Elene.. So, Epul decide  - Nur Danish Sufia.. Terus Nurse isi untuk application birth cert dan SSN number. Danish? Mcm tak best.. Aku nak Nur Zara Sufia.. tapi sampai Sufia 1 tahun tak jugak aku tukar2.. 

Ok.. I'm happy with 4 girls. Bila tengok boys yang melenting2 meragam di mall atau office mcm cuak nak dapat boys. Bila tengok boys memanjat sana sini aku ckp dgn Epul.. errr.. I'm happy with 4 girls.. Tapi mcm best kalau ada boy sbb dia akan jadi bodyguard aku esok2.. Kan?


Sufia 11 months. My pau goreng :)

Ok..itu cerita Sufia. Azan Asar baru berkumandang. Nak doa supaya Sufia cepat sihat dan aku ikhlas dalam mendidik anak2 :)

Monday, April 1, 2013

Pizza Project

Doh yang aku uli.










Hari tu macam dah boring makan nasik. So, Epul plan nak buat pizza. Dia macam anggek siket bila suruh ikut resepi dia since dia pernah kerja kat Pizza Hut lepas SPM dulu. Aku nak jugak ikut resepi kak saimun yang nampak mudah. So, bila dia pergi Halal Co dan H-Mart untuk dapatkan bahan, aku dah uli siap2 doh. Aku masukkan telur dan tambah Self Raising Flour. Dah la letak dried yiest. Suka hati aku jer sbb takut tak jadi. So bila epul balik dia dah tengok 3 ban aku siapkan. Dia tanya aku mcm mana aku buat. Aku jawablah.. Dia kata mana ada orang buat macam tuh. Aku kata ni resepi cepat dimasak. Hahaha.. The pizza turn to be good but he still complained about how fluffy the based was. Dia kata is supposed to be crispy aku punya lembut. Haha.. Aku punya Pizza Hut punya style dia punya Dominos atau Papa John kat sini. Hahaha..

Assalamualaikum!!

Ehem.. Cari mood..cari mood..Ahahaha.. Finally dapat retrieve password blog kesayangan ini. Dah banyak attempt jugak untuk buat blog baru tapi.. lupa password jugak..Ngok tak? Entri kali ni nak citer pasal cuti sakit. Honestly bila orang office ckp dia cuti sakit korang fikir apa?

Fist time..kesian..hopefully cepat sembuh.. Kalau kali ke 29? Kat sini ada satu officer selalu cuti sakit. Hidup dia penuh misteri. Ada orang kata dia pernah kawin. Tapi tak pernah tunjuk isteri. Ada yang kata dia Duda..Anywayss.. Dia selalu sakit. Sekejap operate..sekejap accident, kejap tonsil, kejap demam panas.. Bila dapat email notification cuti sakit, perkataan pertama orang akan cakap..cuti sakit lagi? Dalam hati aku pun ckp mcm tuh..Kesian, asik cuti sakit. Ok..kenapa selalu sakit? Stress dengan kerja mungkin boleh jadi punca. Dah takde mood nak kerja. Sbb aku pun kadang2 mcm tuh..Takde mood nak datang kerja. So bila sakit mcm best ada alasan ngelat untuk tidak datang kerja.

Korang pernah terfikir tak? Pagi-pagi time nak pergi kerja kita akan cakap mcm nih.. "Bestnya nak gi kerja, I really love my job"Best..best.. Honestly.. aku rasa so-so jer dgn kerja aku skg..Nasib boss baik dan kerja tak hectic sangat. Itu sahaja.. Takde orang hensem untuk cuci mata kat floor nih.. Takde orang yang buat lawak mcm kat office lama. Semua mcm serius jer..Semua mcm stress dengan kerja memasing. Aku pulak. senyum bila baca blog orang atau tengok etsy.. Kalau lah aku ada pilihan untuk kerja apa yang aku suka buat..aku pilih baking and craft.. Itu pun kalau orang sanggup beli kuih aku dengan harga 20 ringgit sepotong! ahahaha..baru cepat kaya kan.. Craft pulak aku suka buat toys untuk anak2.. Mcm sekarang..teringin nak buat felt craft.. Comels giller okeh.. Etsy sgt inspiring. Suka tengok orang kreatif. Boleh click sini so korang faham apa aku bebelkan :p Ok..itu sahaja. Aku hanya invite orang2 yang rapat dengan aku untuk baca blog ini. Macam korang! Tepuk tangan sekarang!!

Note kecik: Apa blog korang? Nak baca balik!!

Thursday, April 14, 2011

Who is the bitch?

Its been a while from the last time I updated my blog. Gosh. how i miss to read to myself.

Jeles dengan kawan2 yang masih ada masa untuk update blog. Good for them. Make use of all the time they have..Aku? Termenung..

Too many things happened and I'm not sure where to start. Lets start with the good news. Finally, ticket, visa US, Visa Canada Umi dah settle. Tahu proses amat meletihkan but we still have to follow the rules.

Have you ever hate yourself? I did. I'm not proud for what I've done. I am a different person here. The best thing is berdoa semoga diberi kekuatan untuk tidak mengundang kemurkaan Allah. Rindu solat sunat, solat tahajjud.. Harap dengan adanya Umi di sini, aku semakin dekat dgn Allah..

This morning a friend of mine ask me this. Are you bitching behind my back? If you consider yourself is my friend, how could you ask this question? To be honest, it's hurt that you didnt trust me but human is still human. I've justified myself what really happened and hopefully she's satisfied with my answer. The rest? your call.

I do miss some of my friend..Been thinking how they are doing. Tapi nampak happy jer dalam fb..hopefully the smile is the real one.

Putting on weight is one of the reason of my low self esteem. Dah tak telan HL. Nak start Zumba balik pun liat. Rumah dah tunggang langgang. Kesian Epul. Dah lama tak jaga kebajikan dia. Haishh..

Ok lah..enuff of bebel. Tadak saper nak baca pun. Next time entry lagi menaikkan semangat ok!

The question is: Who you can trust? No one! Just trust yourself. It's the easiest way from getting burned. People come and go but the person who stick with you when you in trouble what you ca

Monday, April 4, 2011

Updates

Dunno where to start since dah berkurun tak update blog. Good news, Umi dah dapat Visa US. Insyaalah hujung bulan 5 datang sini. Hari ni tetiba demam panas. Sakit urat satu badan. Err. Blank lah pulak.. Tidur dululah.

Sunday, May 9, 2010

Elene turn 32 today!

Elene: Selamat Menyambut Birthday yang ke 32! Walau jarang-jarang sambut, kau kena rasa bersyukur sebab Allah bagi pinjam 32 tahun tanpa dugaan yang melampau. Kena bersyukur tu. So, amalan kenalah tingkatkan jugak tau! Solat tu kena perbaiki lagi. Cuba kurangkan dosa dengan manusia. Ingat tak masa kau kecik-kecik tiap kali birthday Umi akan bagi kad dan buku cerita. Abah selalu belanja makan. Masa darjah 3, kau dapat hadiah colour pencil Luna 24 dari kawan kau yang loaded. Merasa sikit-sikit nak guna warna pink, kelabu sebab kau dah tak perlu campur-campur colour untuk dptkan warna tu.

Masa darjah lima dapat hadiah bekas pensil yang boleh bukak depan belakang. Rasa sayang nak simpan dalam beg sebab takut kawan-kawan lain x nampak. Nyet! Hadiah kelakar pada tahun 2002 dari mamat anggek@Epul. Soft toy lembu. Aku panggil Mumu! Masa tu ingat nak clash dah sebab dia boleh buat toya jer masa birthday aku kan. Then pukul 10pm tinggalkan note kata ada hadiah birthday kat luar dan suruh pergi ambil takut kena kebas. Ewah! Aku ingat hadiah apa lah kan. Sat lagi aku nampak lembu tu kat bawah then ada note tulis. Cepat bwk masuk, saya dah lama kat sini. Kenapa call tak angkat? Mesti awak ingat saya lupa birthday awak kan. Yang benar: Epul! Huh! Encik suami, bila lagi awak nak buat surprise kat Elene nih? Haha..

Ok. Hari ni Dato JJ buat picnic tanda ucapan terima kasih to all staff Embassy yang bertungkus lumus masa PM Visit tempoh hari. Aku buat macaroni bakar jer. Bila test tadi mcm terlebih sedap sampai rasa sayang nak bawak!

Thursday, May 6, 2010

Hormat atau dihormati


Hampir 10 tahun bekerja, aku rasa, aku tak pernah marah orang. Tak pandai!
Tak pandai nak arah orang buat itu ini. Kat sini ada dua KAT di bawah jagaan aku. Satu driver and satu lagi clerk. Both of them Philiphines. Baik! Tapi sekarang dah naik tocang sbb since apa2 yang berlaku akan dibela oleh boss nombor 1. Selama ni aku takde masalah ngan diaorang cuma boss nombor 2 yang selalu tak puas hati. Aku ada jugak masalah ngan diaorang tapi aku rasa boleh tolerate lagi.

Ada orang boleh jadi diktator dan kebanyakan diktator dunia rasanya berjaya menjinakkan rakyat negara meraka. Sadam Hussien, Nazi, Marcos, Mahathir (erk).. Kalau jadi ketua yang lembut hati pulak orang akan naik tocang. Macam mana tuh..

So, luahan hari ini ialah sometimes (most of the time lah kot) my driver ni selalu tangguh kerja. Perkataan dia.. hold on..hold on.. Sekali dua boleh lah sabar.. tapi bila dah naik hantu, tak sabar jugak rasanya. Maybe aku bukan jenis yang panas baran so, tak pandai ngan smash orang cenggitu. Aku dah cuba mintak dia segerakan dengan cara baik tapi aku rasa dia dah tak 'heran' ngan aku.

Mcm mana cara terbaik untuk orang itu laksanakan tanggungjawab dia? I need jam tangan baru or handag baru or spa treatment. Aku stress lah. Minister keep coming to DC. Tak de rest lagi nih. Huh..

Tengok citer Maero Attack lah..

p/s Dari tepi, Aku, Maria, Vill, Mr. Isham and Nasreen. Keluarga bahagia MITI Washington D.C. :P

Monday, May 3, 2010

Amanah

Bukan senang nak menjaga amanah. Lebih-lebih lagi kalau persekitaran yang tak menggalakkan. Kerja di office contohnya, melibatkan wang rakyat dan aku seboleh-boleh sangat berkira ke mana wang itu mengalir. Kalau ada yang 'terpaksa' aku buat, Allah tahu aku tak redha.

Syifa banyak menguji kesabaran aku sebagai seorang ibu. Ada jer projeknyer. Sometimes aku rasa sedih bila marah dia. Aku tau at this age x boleh marah2 anak apatah lagi naik tangan. Syifa mmg special sbb dia pandai defence diri dia dan buat aku tak sampai hati nak marah. Lately ni selalu suruh aku ceritakan kisah dia masa dia kecik. Masa dia baby, masa dia dalam perut aku, masa Neesa dukung dia. Selalu sangat tanya aku sayang dia tak. Kalau nak ikutkan, Epul dah jaga Umairah, Neesa indipendant, so aku lebih banyak tumpu kat dia jer lah. Aku x nak spoil kan Syifa. Selalunya benda yang dia nak selalu dapat since dia tak makan saman berbanding Neesa. Petang semalam kami beli pancing dan dia pulak lebih-lebih nak beli fishing kit Barbie. Aku kata Syifa kongsi dengan ibu then dia jawab, dia nak yang budak-budak punya. Aku still refuse sbb aku rasa bazir. Petang tadi kami pergilah memancing and turn out Epul hanya dapat seekor ikan jer. Boleh dia cakap cenggini. Itulah ibu x belikan fishing kit Syifa, kalau ibu beli mesti dapat ikan. Huh! Mulut pot pet sungguh. Dlm hati aku nak ketawa tp aku sebenarnya nak didik dia supaya x baik ckp dgn org tua mcm tu. Macam menjawab kan. Huhu.. Serba salah aku..

Ok. Its 12:34am and Epul still at the bowling center. Aku nak tidur dululah. Penat berpicnic belum habis. Esok orientasi Neesa kat sekolah dia. It will be a new chapter for me ;-)

Wednesday, March 10, 2010

I'm ok

Darling semua.. jangan sedih dengan entri sebelum ini. I'm ok lah cuma sometimes nak luahkan sesuatu. FB is too public kan. I'm glad that I have you. Thanks for the advise and pray. Love you!!

Tuesday, March 9, 2010

Letter to Nur Qadija Umairah

Deeja,
Mungkin rezeki Deeja ibu dapat berpijak di bumi US ini. Mungkin rezeki Deejakita semua dapat merasa kehidupan di bumi orang. Ibu pergi interview masa Deeja 5 bulan dalam perut ibu tau. Interviewer siap tanya bila Deeja akan lahir. Dari situ Ibu dah dapat hint yang ibu dapat pergi posting. Wink*

Deeja,
Ibu minta maaf sebab tak dapat jaga Deeja sepenuhnya. Balik dah penat, main sekejap lepas tu ibu ngantuk. Esok pergi kerja lagi. Hanya weekends jer ibu dapat jaga Deeja. Jangan berkecil hati tau. Ibu sentiasa ingat anak-anak ibu walau sesibuk mana pun. Kakak Neesa selalu jaga Deeja tau. Kakak Syifa liat sikit. Hihi.. Deeja jadi anak manja Ayah. Malam-malam pun nak tidur dengan ayah sampai ibu jeles tau sebab Deeja selalu dapat tackle ayah untuk spend time lebih berbanding ibu. Huhu..

Masa Ibu mengandungkan Deeja, banyak juga dugaan. Dugaan yang mematangkan ibu. Harap-harap Deeja dapat jadi penguat semangat ibu. Dan ibu sentiasa berdoa supaya anak-anak ibu dimasukkan di dalam golongan para Syuhada'. Insyaallah.

Dah hampir 1 tahun ni, Deeja belum boleh jalan. Gigi dah ada 6 batang. Pipi dah ok. Cuma kaki dan tangan masih ada gatal2. Deeja tak tahan cuaca di sini. Tangan ayah sampai jadi lebih lembut dari ibu sebab kena pastikan kulit Deeja lembab tau. Thanks trillion to Ayah yang jaga Deeja sepenuh hati.
Rasa macam baru jer Deeja lahir. Macam baru jer ibu beri nama Nur Qadija Umairah.. kalau tak, ayah nak namakan Nur Atilia something.. Macam artis kan.. Nasib lah dengan sokongan all the fairygodmother Deeja mcm Aunty Zella, Aunty Adee, Aunty Salwa, Aunty Azila sokong nama ni tau. Kelakar kalau ingat balik. Nanti bila Deeja dah besar, kena jumpa semua Aunty ni tau.. Kawan, sahabat dan orang yang paling bermakna dalam hidup ibu selain dari keluarga.

Ok Deeja;
Ibu kena sambung kerja. Kerja yang tak pernah surut2. Kerja pun dugaan Allah. Semua dugaan Allah ialah untuk melihat sama ada kita makin dekat atau makin jauh dariNya.
p/s Nanti kita sambut birthday dengan Kak Neesa dan Ayah sekali yer.. Ramainyer lahir bulan March.. jimat belanja lah beli 1 kek sahaja. :-)

Wednesday, February 17, 2010

La Tahzan!

Hampir 8 bulan aku di sini. Alhamdulillah... things getting better with works and home. Dulu boss agak hazab.. setiap pagi aku berdoa supaya Allah berikan aku kekuatan untuk datang ke office. Bukan sekali dua aku menangis pasal boss dan setiap kali Epul dan Zella lah tempat aku mengadu domba dan nasib.. (Thanks a trillion). Aku tau.. semua orang ada masalah di tempat kerja tapi aku tak pernah mengalami masa 10 tahun di tempat kerja lama. Boss semua baik-baik. Orang sekeliling pun gempak. Tapi bila sampai di sini.. terkesima pun ada, menyesal pun ada. Tapi Allah sentiasa bersama dengan orang yang benar kan. Aku hanya pegang kata-kata itu sampai ke hari ini.

Pasal akaun, insyalllah setakat ni semua response dari ibupejabat ok. I try to manage it on time. So, aku dah tak risau sangat sbb dah tau apa nak kena buat. Insyaallah.. Every 15 kena hantar laporan bil, end of month, hantar laporan perbelanjaan, every quater hantar laporan aset dan harta dan laporan2 admin yang lain. Dulu memang tak menang tangan.. masih tak menang tangan sampai saat ini.

Boss 1

Things happend for a reason. Peristiwa dengan boss mematangkan aku mcm mana nak handle manusia. So, aku tau selagi aku buat kerja aku dan tak mengumpat pasal orang, aku akan selamat untuk terus bergumbira di bumi US ini.

Boss2

Harap dia insaf dengan perbuatan dia. Itu sahaja yang boleh aku kata. Aku dah takde masa untuk fikir tentang kebajikan dia. Hanya kesian. Dan aku maafkan di atas apa yang telah dia buat kat aku. Allah kan ada. Hehe :-)

Owh.. nanti sambung.. jangan marah.. Time to go home..
p/s PC di office diserang virus.. Semua gambar kenangan hangus.. Kena korek balik lah.. So, for the time being.. gambar yelek!

Thursday, February 11, 2010

Sangat Lama

Dah lama sangat aku tinggal blog. Banyak benar aku nak kongsi dengan korang. Hari ni embassy tutup lagi untuk kali ke tiga. Honestly, aku tak suka sangat winter. Excited hanya pada snow yang aku rasa kali pertama. Biasalah.. the first always the best. Heh..

Sometimes aku rasa aku dah bayar hutang aku sikit2 kat FB. Family aku pun baca blog ni. Selected friends kat office lama and of coz u guys.. Kat sini lah tempat aku luah segala kan. So, harap updates aku kat FB boleh lah lepaskan rindu korang pada aku kan.. Feeling glamer tak hengat.. haha...

Paling penting kamu perlu tahu, saya sangat rindu kamu semua di Malaysia. Harap permohonan untuk balik bulan Julai atau Ogos ini akan terkabul.

Oh yer.. My boss dah semakin ok. Tinggal yang sorang lagi tu jer.. Lantak lah.. U re nothing to me. Mcm selalu orang sebut, you dont have to tell loud.. people will know it someday... (ada ke pepatah mcm tu, tak kiralah.. aku cipta sendiri dan harap kamu faham).

Winter akan buat kamu lapar dan ngantuk sebab tak boleh keluar rumah. Boring juga..

Ok.. I'll promise to updates again..

Serius, saya rindu kamu semua..

Er.. ada orang kata aku nak berlagak ngan anak yang 'comel' itu di FB... Aku takde niat pun... Itu sahaja yang mengembirakan aku bila ada kat rumah.. MY FAMILY. So, itu lah modal aku. Kalau tak suka, tak payah jenguk. Kamu jugak yang invite saya bukan?

p/s Keyboard aku kat rumah dan rongak, agak susah untuk menaip... huh.

Tuesday, December 1, 2009

Stress out tahap chipan..

I need a break.. Nak chouti2 US lahhhhhhhhhhhhh... Adee, kau tunggu aku kat simpang,

Saturday, November 21, 2009

A walk to remember 2

Sometimes, people can be so *itc*y.. Kau ingat, kau sorang jer ada perasaan.. Aku tak biasa gaduh ngan orang, dan aku tak suka kena bebel. Tapi bila aku datang untuk berdamai dan kau buat lagak *uck*ng *ss.. Aku dah tak respek kau.. Sampai bila2..

Friday, November 20, 2009

A walk to remember 1

Under Perwakilan activity, we're going to the White House tomorrow (Friday).. Yeay.. But taking pictures is not allowed :( Be prepared mentally and emotionally.. Haha.. Harap Abang Obama ada esok..