Tuesday, March 9, 2010

Letter to Nur Qadija Umairah

Deeja,
Mungkin rezeki Deeja ibu dapat berpijak di bumi US ini. Mungkin rezeki Deejakita semua dapat merasa kehidupan di bumi orang. Ibu pergi interview masa Deeja 5 bulan dalam perut ibu tau. Interviewer siap tanya bila Deeja akan lahir. Dari situ Ibu dah dapat hint yang ibu dapat pergi posting. Wink*

Deeja,
Ibu minta maaf sebab tak dapat jaga Deeja sepenuhnya. Balik dah penat, main sekejap lepas tu ibu ngantuk. Esok pergi kerja lagi. Hanya weekends jer ibu dapat jaga Deeja. Jangan berkecil hati tau. Ibu sentiasa ingat anak-anak ibu walau sesibuk mana pun. Kakak Neesa selalu jaga Deeja tau. Kakak Syifa liat sikit. Hihi.. Deeja jadi anak manja Ayah. Malam-malam pun nak tidur dengan ayah sampai ibu jeles tau sebab Deeja selalu dapat tackle ayah untuk spend time lebih berbanding ibu. Huhu..

Masa Ibu mengandungkan Deeja, banyak juga dugaan. Dugaan yang mematangkan ibu. Harap-harap Deeja dapat jadi penguat semangat ibu. Dan ibu sentiasa berdoa supaya anak-anak ibu dimasukkan di dalam golongan para Syuhada'. Insyaallah.

Dah hampir 1 tahun ni, Deeja belum boleh jalan. Gigi dah ada 6 batang. Pipi dah ok. Cuma kaki dan tangan masih ada gatal2. Deeja tak tahan cuaca di sini. Tangan ayah sampai jadi lebih lembut dari ibu sebab kena pastikan kulit Deeja lembab tau. Thanks trillion to Ayah yang jaga Deeja sepenuh hati.
Rasa macam baru jer Deeja lahir. Macam baru jer ibu beri nama Nur Qadija Umairah.. kalau tak, ayah nak namakan Nur Atilia something.. Macam artis kan.. Nasib lah dengan sokongan all the fairygodmother Deeja mcm Aunty Zella, Aunty Adee, Aunty Salwa, Aunty Azila sokong nama ni tau. Kelakar kalau ingat balik. Nanti bila Deeja dah besar, kena jumpa semua Aunty ni tau.. Kawan, sahabat dan orang yang paling bermakna dalam hidup ibu selain dari keluarga.

Ok Deeja;
Ibu kena sambung kerja. Kerja yang tak pernah surut2. Kerja pun dugaan Allah. Semua dugaan Allah ialah untuk melihat sama ada kita makin dekat atau makin jauh dariNya.
p/s Nanti kita sambut birthday dengan Kak Neesa dan Ayah sekali yer.. Ramainyer lahir bulan March.. jimat belanja lah beli 1 kek sahaja. :-)

7 comments:

kak ita ibu roti.. :) said...

Deeja pun nama artis apa..:) shedaapp

ibu jgn sedih. selagi ibu ada disisi ibu tetap berfungsi sbg ibu yg mithali. doa ibu dan air tangan ibu walaupun hanya pada pinggan yg dibasuh tu pun dah buat hati anak2 melekat pada ibu.

dah.. kau ni suka buat entry sedih aku pun sedih skali..

izanmalek said...

ibu mithali.. ibu sejati.. tunggak kepada keluarga bahagia...

cheqmonq said...

betol tu kak ita. aku asek lahh melanges sminggu nieh!

hishhh!

kau bayang kalau mak mak kite *arwah mak kite tulis surat or blog pasal kite.. sure aku melalak sampai banjeroo!

amn said...

Aku sedih. Please print this letter out or put it in handwriting and it will be a sentimental value for the girl(s) when the time is coming for them to read it.

Believe me, they will cherish this one...

I wish i have someone to write to...

cheqmonq said...

and frame it... kannn.. kau tulis kat aku jerlahhhh dee ahahahhaa

Elene Manshor said...

Hoi.. jgn lah sedih. Aku rasa aku ada buat lawak tapi korang tak gelihati eh.. Hahahaha..

Salwa Musa said...

sedey... ada airmata bergenang di mata aku...