Dah hampir seminggu aku jadi public transport user. Hahaha.. macam2 ragam. Tak tau lah Zella.. mesti dia dah hafal sumer peel manusia. Aku? Aku suka tengok gelagat manusia. Its very interesting
.
.
Rutin harian aku sekarang:
6.45 - keluar r umah
7.05 - Naik ERL ke KL Central
7.35 - Sampai dan ambik cab ke Kompleks Kerajaan Jalan Duta
7.45 - Sampai office
8-5 - Kerja lah kan
5.05 - Ambik cab dari office
5.35 - ERL ke Putrajaya
6.00- Epul jemput
9.30 - Kroohh..Zzzzz.. Peace (kalau umairah tak meragam)
So, aku jumpa ramai manusia. Aku kategorikan manusia ikut location eh..
Manusia yang tunggu ERL di Putrajaya
Of course lah sebab pagi kan.. Sumer masih wangi dan segar bugar.. Masa nak naik ERL.. ada yang bodos siket tak menyempat2 nak masuk sampai orang yang nak keluar jadi blur. Dalam train, mcm biasa.. ada yang baca buku (nampak genius based on what they r reading. Ada yang buat sudoku, ada yang bersms, ada yang main game. Aku teringin jugak, tapi sedar dengan keadaan diri. Skg aku pakai iMobile. setakat boleh call jer. Keypad keras, susah nak sms bagai. (Guess what: aku perasa ada orang baca buku Hitler and War- terus aku teringat kau Zell), ada yang tidor (most of them) dan ada yang tengah bersolek. Bagi aku, mcm kelakar jer bersolek dalam train.. Kalau touch up lipstik/lip gloss still ok, ni dari A-Z dari muka kusam/lebam sampai lah ke muka yang ala-ala boleh. Pada aku, sebelum sampai office kan boleh buat. Lainlah kalau boyfriend dia pak guard, so dia kena kelihatan paling cantik kan. Ikut hati PSD aku, eleh.. nak tunjuk brand makeup lah tuh.. Kau pakai MAC kan.. (Dalam hati.. MAC tipu jer kot)! Dalam ERL kalau tak nak boring (since my trip is about 20 minutes) kau borak lah dengan orang sebelah.. tapi waktu pagi kan.. banyak mulut tak berbau wangi. Masa ni jugak chance terbaik untuk berkenalan. Ehem.. Bukan tak ramai yang jodohnya dalam ERL, LRT kan..
Manusia di KL Sentral
Manusia sumer mcm dah tak nampak orang. Jangan ada hati untuk bertanya kepada orang yang lalu lalang. Silap2 kau akan bercakap sorang2. Sumer nampak macam terkejar2. Maybe nak catch another LRT, Komuter or apa2 lah.. Tapi masa kat KL Sentral kan ada satu billboard besar. Aku suka sangat since dia akan selalu pasang music yang agak catch.. so, bila jalan menuju ke escalator.. rasa macam model..hahaha.. aku saja nak mengembirakan diri. Since pakai heels.. dengan muzik yang kuat.. memang rasa macam pentas peragaan!! Cubalah.. Kau akan jadi happy sendirik! Aku masih belum sempat nak meround2 kat sini since selalu jer terkejar2 ERL. Aku takut lambat masuk office dan aku tak nak balik lambat ke rumah.
Cab Driver
Hari pertama: Uncle Billy Chin (suka hati aku letak nama dia)
Dah beli kupon (erk.. RM10 tau).. Mau pigi mana? MITI Uncle.. MITI mana? Erk.. Jalan Duta.. Saya tak tau woo.. Alamak.. Call Nasreen suruh dia cakap ngan Billy.. Ooo.. Itu kompleks kelajaan lah.. Lain kali u jangan cakap MITI.. olang tatak tau.. u cakap kompleks kelajaan. Okeh uncle.. Noted! Cab tak boleh masuk sini woo.. u jalan kaki sampai belakang.. Erk.. tanya guard.. jalan terus.. sampai. Lenguh jugak.
Hari Kedua: Abang Mamat
Beli kupon.. masuk cab. Kompleks Kerajaan bang.. blok 10. Bang, nak tanya. memang sini sumer pakai kupon ker. Abang Mamat: Ha'ah, pakai kupon. Aku: Takde yang pakai meter? Abang Mamat: Rugi lah woo.. pemandu teksi nak makan jugak. Aku: Dalam hati: Kau ingat, aku makan biskut jer ke? since kalau pakai meter.. tak lebih dari RM6. Blah lah kau abang mamat parang kontot.
Hari Ketiga: Pakcik Tahir (ni memang nama betul)
Aku saja tak nak beli kupon.. nak test. Pakcik, saya tak beli kupon, nak gi Kompleks Kerajaan. PT: Naik2.. takpe, saya ikut rate kupon juga. Biasa RM10. Aku: takpelah.. PT bercerita panjang lebar tentang life dia as a cab driver.. Dia bekas driver lori askar.. dulu pernah buat jahat, so anak dia yang 2nd dan 3rd tak menjadi. Pak cik dah insaf. Aku: Dia buat apa dulu? Harap2 bukan perogol.. Cek pisau dalam beg. Ada!.. So, bila sampai kat Kompleks, aku bagi RM10.. Terus dia angkat tangan untuk doa.. Allahumargfirli... (Aku terpernjat siot.. tapi aku still buat lawak.. Aminnnnn.. pakcik, boleh saya keluar.. Keluar nak.. pakcik sekarang ni, bila dapat duit..kena cepat2 berdoa untuk kesejahteraan dan rezeki pakcik dan anak.. Terima kasih pakcik.. Kelakar..
Hari Ini: Pakcik Yusuf
Awak dah lama kerja sini? Tak, saya datang training. PY: Kat mana? Aku : Miti.. PY: Oooo.. nak gi posting ker.. anak kawan pakcik pun posting.. tapi kat NY.. Nak harapkan anak pakcik.. kecik lagi..bla..bla..(Aku takde mood nak layan since aku mengantuk).. Sampai2.. Dik..hati2 naik teksi yer.. jangan naik indian driver..bahaya..dah banyak kes.. Okeh!.. Terima kasih.. Sempat lagi dia ucap.. Selamat berangkat ke Washington.. kirim salam ngan Obama.. Okeh..
Kengkadang memang kelakar dengan gelagat manusia. Ada yang muka anggek, ada yang baik, ada yang hensem, ada yang banyak mulut, ada yang mulut busuk, ada yang perasan lawa, ada yang ingat dia sorang jer nak gi kerja sampai tolak2 orang takut tak dapat tempat duduk dan macam2 lagi. Fuh.. kalau nak ikutkan.. memang penat aku travel hari2.. Dua tiga hari ni, sibuk ngan fill forms. Naik tingkat 9, tingkat 13, turun tingkat 3.. Tapi aku saja nak menceriakan hari aku dengan tengok gelagat orang. Aku memang susah nak buat cerita, so since kalau orang tanya, aku akan jawab direct.. Bila orang tau aku nak pergi DC, ada yang berkongsi cerita masa dia kat sana dan kalau kurang nasib baik, kau akan terjumpa orang yang berMLM..Haru kau.. berkali2 mintak nombor telefon.. Habislah..
Okeh... nak sambung kerja.. Miss u all..
8 comments:
Itu baru beberapa hari jer tuh.. Dah boleh buat novel..
Bayangkan Zell atau aku yang dari dulu sehingga kini guna public transport.. Dah setebal Britannica Encyclopedia agaknya!
Syabas.. Kau tau tak kalau guna public transport selalu akan boost confidence dan awet muda tau..
Hehehe
Boost confidence? Agreed! Nak2 masa kau catwalk depan orang lalu lalang kan.. tengok saper yang lebih cool? Hehehe..
muahahahahaahahah gelak guleng aku bace CERPEN kau. yes, kalau idop kite yang pengguna setia pablik tenspot nieh dibukukan atau difilemkann mosti macam macam kaler ade.. tu blom lagi pat gadoh ngan cabbie, sound orang bodoh dalam lrt etc etc etc. hahahahahahahhaa.. adoiii aku gelak skali lagik. nanti kau dah kat DC trylah pakai pablik tenspot dorang ehhh.. pastu citer kat blog.
*aku yang makan hati ngan sistem pengangkutan awam di mesia.. sob sob sob..
bace buku hitler and war ehhh.. ahahahahhaha .. nanti aku tulis buku tajok "War with HITLER" ahahahahahahahaha
Kau ketawa? Aku rasa aku tulis cerpen serius..
you know me... hidop aku penuh dengan kegembiraan walaupon tertekann kekekeekkee
ingatkan ulasan crita usop aslam...
nanti suruh anak dia buat cerita pasal ni eh...
*hello syamsul.. nanti u buat cerita pasal public transpot tau.. jgnla buat citer rempitdriftbohsia tak sudah22..
Ila? Ila who? :-)
kak ajjah la tu kot ahahahaa
Post a Comment