Wednesday, May 27, 2009

Diet dan Darah

Aku meng'surf' tentang diet and found this. Want to share with my beloved ones...

Dr D'Adamo seorang pakar dalam bidang ini menerangkan mengenai perbezaan tabiat pemakanan dan tahap ketahanan diri berdasarkan jenis kumpulan darah setiap insan.

Kumpulan Pertama : Darah Jenis O
Kumpulan ini adalah golongan yang paling ramai, dan merupakan golongan paling lama hidup dan menapak di muka bumi, sejenis pemakan yang memburu sejak dahulu lagi. Ini menyebabkan mereka yang memiliki jenis darah ini lebih sesuai mengambil diet protien tinggi, kurangkan karbohidrat. Daging daripada jenis merah dan juga ikan tetapi sumber tenusu, bijirin tidak digalakkan.Elakkan mengambil bahan tenusu, kekacang, kurangkan roti dan nasi.Senaman pula ala pemburu, perlu kuat dan lasak seperti aerobik dan berlari, seperti diamalkan sejak zaman purba lagi!!
Aku kumpulan ni. Senaman ala2 pemburu okeh.. Siap kau Yahya..

Kumpulan Kedua: Darah Jenis A
Darah ini merupakan kumpulan kedua teramai, kumpulan manusia asal usul petani dan peladang.Mereka jenis yang memakan sayur sayuran, biji bijirin dan kekacang. Daging amat kurang dalam diet kumpulan ini.Lebih seperti kumpulan herbivor. Jenis makanan yang sesuai adalah seperti kekacang,bijirin,roti,nasi,buah buahan dan sayur sayuran.Hasil tenusu pun tidak digalakkan bagi kumpulan ini.Oleh sebab cara hidup kumpulan ini yang lebih tenang, senaman yang paling sesuai adalah seperti golf atau taichi.
Epul group ni. Tapi dia tak suka makan sayur. Patut susah nak dapat perut Hasselholf.. Tak dapat bayangkan Epul buat taici.. Laici aku tau..

Kumpulan Ketiga: Darah Jenis B
Darah ini hanya akan muncul seorang daripada 10 orang..maknanya hanya 10 peratus sahaja manusia jenis darah ini. Darah yang paling kurang sekatan dan pantang larang dalam pemakanan! Mereka adalah jenis manusia pengembara, yang gemar memakan dan mencuba masakan antara tempat. Oleh itu mereka boleh menikmati daging, sayur sayuran dan paling penting hasil tenusu!. Makanan yang kurang digalakkan adalah hasil laut bercengkerang. Mengenai senaman, seperti asal usul pengembara, berenang, mendaki dan berjalan adalah yang terbaik. Sambil berjalan sambil berfikir!
Aku rasa Adee group ni based on dia tak suka seafood dan suka bershopping dan dia baru masuk kelas berenang.

Kumpulan Keempat: Jenis Darah AB
Golongan darah yang jarang dijumpai, tengah tengah antara A dan B, mungkin menjadi keliru sama ada nak jadi seorang A yang herbivor ataupun bebas seperti B.Tetapi paling baik adalah sederhana mengambil daging,sayur dan bahan tenusu.Mengenai senaman pun sama.. gabungan antara senaman ringan dan senaman sederhana
.
Group ni aku cadangkan gerakan pocho2.. Kan ada slow beat ngan fast beat kan.

5 comments:

amn said...

Yes.. aku memang darah B.. B plus ke B negatif aku pun tak pasti..

Betul lah..

amn said...

B plus..

Muahahaha.. B positif..

Budusssssssssssss

Elene Manshor said...

Hahaha.. sorry D.. aku tergelak.. B plus tu sice cup kau kan..

amn said...

Mana.. A sahaja.

32A.. maintain. Tak ada tanda tanda akan berubah saiznya buat masa sekarang ini.

cheqmonq said...

aku pon same yeayyyyyyyy!

err same darah. bukan cup tetek okeh ahahahahaaaaaaaa