Saturday, August 29, 2009
Boss dah balik
Friday, August 28, 2009
I miss my blog
Alhamdulillah, kereta dah dapat. Toyota Sienna. Cukuplah untuk 3 tahun pakai kan. Aku rasa FB dah tak private sangat since kau orang baru dan everyone is looking at you dan nak tak nak kau kena bergaul dengan semua orang. Ramai yang request nak kawan tapi aku hold dulu..
Ingat lagi tahun lepas post lepat kedut. Semalam Epul masak pengat ubi sekawah. Aku cakap kenapa banyak sangat. Dia excited nak bawak ke solat terawikh. Kami di sini akan bergilir2 buat terawikh di rumah. So far, dia boleh mixed around. Lega aku.
Nanti sambung..
Thursday, August 6, 2009
Gambar tak ikur sequence: Syifa masa birthday 3 years old. As usual, aku selalu tak sempat nak celebrate grand untuk Syifa. I owed her alot. Nanti bila kita dah settledown, kita buat birthday party yer sayang. Photo taken kat rumah uncle faizal yang buat surprise belikan kek aiskrim untuk dia. Termalu-malu bila orang nyanyikan Happy Birthday!
Ni masa pergi camping kat Watermellon pack. Semua orang tak percaya she's 4 months old! Hahaha..
Lates pic of Baby Q..
Barang senang dapat kat Asian Market. Nak ngan tak nak buat jer. Kalau kat Malaysia main beli jer kan. Apam jenama Pondan. Kelakar!
Neesa dah jadi BIG GURL! Banyak tolong aku jaga adik dan kemas rumah! Haha.. Untung ramai anak perempuan kan. Dah lama tak update blog.. Hampir sebulan. Erk.. Dah sebulan lebih aku kat bumi Mr. Obama tapi masih belum selesai settle down. Perkara yang berkaitan dengan office KL sometimes took so long.
Mari Update:
Rumah insyaallah dapat masuk sabtu ni, sama jugak dengan perabot sewa dan barang dari Malaysia. Serentak semua! So, tak payah nak penat banyak kali kan. :-) Rumah mcm entri yang terdahulu. Landloard Mr. Mico nd Denise Mico sangat baik. Alhamdulillah.
Kereta:
Kerja aka People
Makan
Neesa, Syifa n Umairah
Y.Bhg. Datuk Shaiful Annur
Tu jer dulu.. Boss balik Malaysia tapi kerja tetap ada kan. Miss you all.. Kak Salwa, M, Zella, Adee, Hajah, Zuey, Luke, Kak Izan, Adik beradik dan semualah.. (Pergh.. Macam nak buat salam perantau jer.. hahaha..)
Saturday, July 11, 2009
I still alive. Heck!
Ini kawasan backyard. Buka pagar belakang, aku dah bayangkan Si Syifa main kejar2 dengan Umairah. Neesa? Takut main panas.. Dia duduk dalam rumah dan mengadap PC! :)
Ini akan jadi Dining Hall kami since di sebelah kiri entrance ke arah dapur. Mana nak cari karpet sebersih itu dengan dua anak lelaki yang lasak? So, I have to be extra carefull not to stain the carpet! Hu..hu
Place where Epul will spend most of his time. Nasi Goreng kunyit satu! Lepat pisang satu pinggan.. Haha. Nampak tak view di luar tingkap? Harmoni kan (what a word!)
This will be our recrational room. Ada satu sliding door menghala ke luar dan terus ke yard. Tengok mainan anak Mico. Harap2 diaorang tinggalkan untuk jadi mainan anak aku!! So, tempat ni lah nanti akan jadi tempat bergomol anak atau tempat orang nak datan semayang terawikh nanti. Uishh.. tu penting tuh.
Dengan harga syiling aku, selalunya orang akan pilih townhouse. Ada yang tiga tingkat, ada yang dua tingkat. Kira satu kelebihan kalau dapat yang ada garage. Merasalah nak buang snow atas kereta kalau takde garage nanti. So, ini ialah entrance rumah aku nanti. Kiri kanan neighbour yang ada anak2 kecil jugak. Harap boleh lah berkawan dengan 3 series aku nanti.
Itu lah sahaja entri kali ini. Sorry takde gambar lebih. Kalau gambar masa ka KLIA, ramai dah posted kat FB.
Sorry takde masa nak bukak and reply email. So, harap semua jangan berkecil hati.
Notes:
Warga BPO - Baru dua minggu di sini, I miss u guys. Alot!
Kak Sawa - Akak sihat? Semoga bahagia sentiasa
Zell - I know.. I owed u big time.. Miss talking to you. Dah lama tak mengumpat pasal Aome.
Adee- Mesti kau kata aku kekwat ek. Saya buat cempedak di luar pagar tau!
Luke - Jangan serik jawab pertanyaan aku.
Zuey- Aku sihat. Kau rajin2 lah update FB! Send my regards to your sister.
Hajah - Exam ok? Kau kan pandai..
M- Bila kau due? Harap slim balik lepas bersalin nanti. :-P
Atie - U know me.. always be a 'gengster' all the time kan.. Survivor eh?
Wednesday, July 1, 2009
Posting: KLIA
So, aku postkan satu cerita untuk satu entri. Aku harap aku banyak masa lagi untuk update kehidupan aku kat sini. Aku rasa for the time being, entri aku macam novel sebab aku tak sempat nak ambil gambar. So, happy reading.
Entri KLIA
Pada hari terakhir aku masih sibuk terkejar ke sana ke sini untuk settlekan few things. Betul kata orang, selagi tak berlepas, ade jer yang rasa tak selesai atau tak cukup. So, dari Rumah Pupanita Precint 10 aku ngan gerombolan keluarga bertolak ke KLIA. Hp iMobile (baca Blackberry Storm), tak henti2 dengan incoming messages. Aku tak sempat nak balas, aku sempat call beberapa orang. Dalam kepala dah start syahdu selepas kakak aku call. Kata2 dia buat aku sebak. Thanks pada Agee dan M yang call. Thanks kepada Kak Sawa pada message yang cukup mendalam tuh. Adee, sorry tak cam suara kau. Seharian ramai kawan2 lama yang dah terputus hubungan call. Mcm mana diaorang dapat nombor aku? Wallah hu a'lam. So, bila diaorang suruh aku teka, aku failed. Same goes with you Adee. Sorry tak perasan. (Love u)
Sampai KLIA, masa Umi aku pegang erat tangan aku, aku dah sebak. Masa Syifa kata Tok Mi, ikut Syifa ye, nak cerita anak kambing. Dalam hati, aku dah (siot Syifa.. buat lakonan kat sini pulak). So, aku terus rush ke rest room KLIA. Zella called. (Sorry buat kau terdrag sampai KLIA). Aku cuba maintain lagi (ye ke?)FIL pun ada tapi tak memberi impak sangat pada aku. (Jahat!!) So, minit2 terakhir aku habiskan masa dengan family. Sorry pada Zuey + Epul, Kak Ina Raden yang datang. And for Nonoks, thanks too. Kau jaga Zella bebaik yer. Bila masa kecemasan dah sampai, aku berpeluk2 arab lah ngan family semua. Masa mak aku cakap.. Elene, ingat pesan umi ye,aku terus..waaaaaa.... then my sister sambung lagi.. dan masa mek aku pesan.. maafkan mek yer.. aku pun waaa.. masa abang aku peluk aku.. sekali lagi..waaaa.. masa adik aku.. senang citer.. aku menangis tanpa hentilah.. So.. berjalanlah kami lima beranak ke golden lounge.. Mr. Kekeh called saying good luck. Thanks. Dalam flight aku baca ayat2 yang aku ingat. Dan pertama kali aku rasa aku sayang sangat Malaysia.
Tuesday, June 16, 2009
Sacrifies
WPD juga akan dijual dalam minggu ni.. Epul, thanks for your sacrifies.
Monday, June 15, 2009
Friday, June 12, 2009
Jumaat Datang Lagi
Tudung sekarang murs..murs sangat. Kalau yang trend terbaru mahal lah siket. Tapi kalau kau pergi sana (DC).. dia orang update ker trend tudung kat sini?Zella, selamat berchoti. Come back in one peace..
Luke, semoga doa kita dimakbulkan. :-)
Friday, June 5, 2009
Counting days..

Wednesday, May 27, 2009
Diet dan Darah
Dr D'Adamo seorang pakar dalam bidang ini menerangkan mengenai perbezaan tabiat pemakanan dan tahap ketahanan diri berdasarkan jenis kumpulan darah setiap insan.
Kumpulan ini adalah golongan yang paling ramai, dan merupakan golongan paling lama hidup dan menapak di muka bumi, sejenis pemakan yang memburu sejak dahulu lagi. Ini menyebabkan mereka yang memiliki jenis darah ini lebih sesuai mengambil diet protien tinggi, kurangkan karbohidrat. Daging daripada jenis merah dan juga ikan tetapi sumber tenusu, bijirin tidak digalakkan.Elakkan mengambil bahan tenusu, kekacang, kurangkan roti dan nasi.Senaman pula ala pemburu, perlu kuat dan lasak seperti aerobik dan berlari, seperti diamalkan sejak zaman purba lagi!!
Kumpulan Kedua: Darah Jenis A
Darah ini merupakan kumpulan kedua teramai, kumpulan manusia asal usul petani dan peladang.Mereka jenis yang memakan sayur sayuran, biji bijirin dan kekacang. Daging amat kurang dalam diet kumpulan ini.Lebih seperti kumpulan herbivor. Jenis makanan yang sesuai adalah seperti kekacang,bijirin,roti,nasi,buah buahan dan sayur sayuran.Hasil tenusu pun tidak digalakkan bagi kumpulan ini.Oleh sebab cara hidup kumpulan ini yang lebih tenang, senaman yang paling sesuai adalah seperti golf atau taichi.
Kumpulan Ketiga: Darah Jenis B
Darah ini hanya akan muncul seorang daripada 10 orang..maknanya hanya 10 peratus sahaja manusia jenis darah ini. Darah yang paling kurang sekatan dan pantang larang dalam pemakanan! Mereka adalah jenis manusia pengembara, yang gemar memakan dan mencuba masakan antara tempat. Oleh itu mereka boleh menikmati daging, sayur sayuran dan paling penting hasil tenusu!. Makanan yang kurang digalakkan adalah hasil laut bercengkerang. Mengenai senaman, seperti asal usul pengembara, berenang, mendaki dan berjalan adalah yang terbaik. Sambil berjalan sambil berfikir!
Kumpulan Keempat: Jenis Darah AB
Golongan darah yang jarang dijumpai, tengah tengah antara A dan B, mungkin menjadi keliru sama ada nak jadi seorang A yang herbivor ataupun bebas seperti B.Tetapi paling baik adalah sederhana mengambil daging,sayur dan bahan tenusu.Mengenai senaman pun sama.. gabungan antara senaman ringan dan senaman sederhana.
