Aku mula cuba buat blog ni jadi private. Since kisah aku nak gi posting jadi havoc di office, aku jadi takut. Takut kalau tak jadi sebab PO pun belum dapat kan. Semalam ada orang dari EPU dah call tanya kesahihan cerita dan tanya aku kenapa aku dapat tahu awal sebab PO selalunya diberi 2 bulan sebelum fly. Aku tak tahu nak jawab apa. Tak tau lah pulak bab2 posting ni memang hangit di mata PA2 gomen sekalian. Aku cuma jawab aku dapat official phone call. Cerita tu semua, aku tak tau macam mana boleh tersebar. Kalau diaorang nak pergi sangat D.C tuh pegilah. Aku mana peduli. Aku nak gi Brussels lah.. Luke, cepat balik sini!
Nak kongsi cerita nih:
Aku terjatuh dalam bilik air 2 hari lepas. Sibuk menyental dinding lah katakan. Lantai licin, so, aku terjatuh duduk. Nasib bukan tengah berdiri kan, so graviti tak tinggi sangat. The next day aku MC lah. Gi klinik gomen, dia marah kenapa tak pergi lagi awal. Aku cakap.. sebab tak dapat pergi awallah. Aku takde transport since Amat ada meeting urgent pagi tuh. Dia pun letak dalam que emergency. Emergency ke haper.. 1 jam 45 minit aku tunggu. Sabar!! Bila nombor naik. Doktor kerek itu cuma tanya. Ada bleeding tak? Ada discharge tak? Baby gerak tak? Baring kejap.. Sentuh perut aku. Pas tu dia kata. Ok.. saya bagi MC satu hari.. What the F*c*.. Tu jer ke.. Aku tanya kenapa tak scan baby.. Dia kata, kalau ada simptom di atas baru kita scan. Abis tu aku cakap, kat bawah perut aku sakit. Jalan pun tak boleh. Itu normal sebab terjatuh. What the F*c*! Aku tunggu 1 jam lebih tapi layanan cenggitu jer. Memang aku taubat tak akan dealing lagi dengan Hospital Putrajaya. Emergency bagi diaorang bila leher dah tinggal sekerat nak putus baru diaorang layan agaknya. Pas tu si suami yang prihatin pun ajak lah pergi private.. Aku pergi dalam pukul 5.30. Klinik yang terdekat area Putrajaya. Aku cakap lah masalah aku, aku terjatuh dan nak scan baby sama ada ok ke tak. Pas tu nurse tu cakap. Sorry kak, doktor nak balik awal hari ni. Dia suruh pergi Emergency. What the F*c*******!!! Hoi.. bukan aku sengaja berdangdut nak datang klinik la.. Aku terus blah.. Amat macam dah hot.. Aku dah nangis dalam kereta. So, aku cuma doa supaya baby tak apa2. Itu saje.
Aku nak tanya.. boleh ke doktor tolak pesakit?

Aku rasa, ramai doktor di gomen tak de ilmu diagnosis mcm citer House. Setakat check tekanan darah, heart beat gitu jer.. Baik aku beli stateskop sendiri kalau gitu. Saper tau kat mana aku nak beli? Aku serius nih.


Aku rasa Syifa got my eyes.. SEPET.. Syifa more fairer than me when I was a little kid.. Mesti mak aku kurang minum soya masa dia mengandung.. My late father pun lite-lite mocha jer.. ha..ha.. Pregnant kali ni aku jadi addicted dengan nescafe.. bila rasa bersalah.. cepat2 minum soya.. Tak tau lah resultnya mcm mana nanti.. Masa mengandungkan Neesa,memang banyak sangat aku minum soya, makan orange dan raw tomatoes.. banyak sangat.. kicap, kopi, sumer aku tak minum.. sampaikan air cincau kegemaran aku pun aku tak sentuh selama 9 bulan.. Aku bukan nak anak cerah.. tapi kalau boleh, cerah siket dari aku.. Result.. Neesa cerah.. tapi kulit tak tahan sangat.. kalau gigit nyamuk senang dapat parut.. pas tu elejik makan seafood.. bila makan, habis mulut merah.. tapi sekejap jer lah..





