Ni sumer gambar lama. Aku takde masa untuk upload sumer gambar. Ni gambar masa aku balik Kuantan masa raya Aidil Adha lepas. Dah banyak kali nak pergi melawat sekolah lama. Saja je nak mengimbau kenangan lama. So, aku berpakat lah dengan adik2 aku yang sumer exAssunta jugak. Nama pun sekolah Assunta kan. Mesti ada unsur2 Kristian siket. Dulu kat luar bangunan terpampang salib besar. Tapi masa aku pergi hari tu dah takde. Meh sini nak citer siket tentang sekolah Rendah aku ni.. :)
Ni mural kat Dewan Besar. Aku antara penyumbang tenaga lukis model kereta Proton Saga tuh. Aku rasa masa ni masa aku darjah 2. 1986. Aku kaler bunga raya tuh. Tak sangka masih ada lukisan tu kat situ. Dewan besar adalah tempat rasmi perhimpunan Hari Guru, Hari Penyampaian hadiah, atau Hari Perhimpunan Isnin. Kat sinilah pentas serba serbi. Masih tak berubah dari dulu. Takde duit ker atau memang nak kekalkan konsep?
Dewan nostalgia. Ingat lagi aku kena buat persembahan menari kat sini masa darjah satu. Kat dewan ni jugak aku terima hadiah masa Darjah 6.

Time aku, Guru Besar En. See Toh Tuck. Sangat baik orangnya. Kalau tengok list, kebanyakan Guru besar ialah Cina dan aku rasa sumer Katholik.

Benda alah ni kat bangunan bawah. Still lagi utuh. Dulu itulah tempat bergayut aku ngan kengkawan. Aku ingat lah ada kawan aku kakinya tersalah masuk kat tangga tuh, terus terpeleot. So, aku suruh Neesa jadi model macam mana dulu aku suka sangat bergayut untuk cepat tinggi.. Mitos sungguh.
Ni kantin sekolah. Masa aku sekolah pagi (Darjah 4-6) selalu tolong makcik kantin jual makanan kat budak2 petang rehat. Rasa macam seronok sangat. Time tu mee kari, mee goreng dan nasik lemak hanya 30sen sepinggan. Hari Jumaat ada Nasi Ayam. RM1. Masa tu duit belanja aku cuma 50 sen. Nak makan nasi ayam, kenalah kumpul duit. Masih terasa sedapnya makcik kantin tu masak. Mana dia sekarang ye? p.s Sarat tak adik aku tuh?
Ini pili belakang bangunan. Tempat kitaorang kena gosok gigi sebelum masuk kelas. Aku macam sedikit terperanjat sebab landskap kat sini tak berubah langsung. Ingat lagi sebelum gosok gigi kena kumur2 dengan sejenis cecair warna biru dan kita akan gosok gigi sampai warna biru tu hilang. Nurse kata, kalau belum hilang biru, maknanya gigi belum bersih. :) p.s Syifa suka buat muka senget.
Podium (eh?) tempat guru dan wakil murid berucap. Ni kat depan bilik guru.
Dulu semua budak sekolah yang tunggu bas akan berkumpul kat sini. Dulu kawasan ni lapang sampailah ke belakang. Macam kawasan hutan. Sekarang dah jadi kawasan rumah elit.
Lepas melawat sekolah ni, sibuk Neesa dan Syifa nak sekolah kat sini. Sebenarnya gambar banyak lagi. Tapi for the time, aku share yang ni dulu yer. Seronok ek sekolah rendah!!
8 comments:
Jap.. yang ngandung tu bukan yang kat Sabah tu kan. Yang ini atas dari si Kakak ek?
Kakak dah ngandung?
Psstt : Aku nak jugak pergi sekolah lama, tapi Pak Guard tu kasi ke kita masuk ek.. Aku nak cuba lah nanti!!!
coba jangan tak coba... ahahahahahha love those memories...
Adee,
Ha'ah.. Zila.Kakak pun dah pregnant. Maybe bulan 9 ni due. Tahun ni Hajah Saniah dapat ompek cucu.. Zila, Aku, Kakak aku dan Kakak!
Memula pak guard tak kasi.. pas tu aku cakap lah kami ni exstudent.. buat muka baik2 siket.. Dia pun bagitau cikgu yang kebetulan ada kat bilik guru..
Zell,
Memang memori terindah lah masa kecik2 dulu.
macam trek selebriti lar pulakkkkk..kekekee...
aku skolah kat kuantan.. dan skg keje pun kat kuantan.. memories is always around me.. jadinye setiap kali lalu kat skolah rendah ataupun sekolah menengah aku akan kata.. "ini skolah ibu dulu".. dan sejak kebelakangan nieh anak2 aku akan kata "ini skolah ibu dulu".. stakat nie tak de yg bosan lagi.. he..he..he.. hubby pun same.. pantang lalu depan SABS (skolah dia dulu). kalu lalu ari sabtu.. dia citer ler.. "hari sabtu biasanye saya balik umah tak duduk asrama" kalu lalu ari ahad dia akan kata "hari ahad saya dah balik semula asrama".. kalu lalu hari2 biasa... "waktu ni lepas makan nieh... warden mesti check bilik suruh pegi prep.. ".. stakat nieh.. aku tak bosan dengar lagi ..he..he..he..
menggamit memori silam.... aku gemari!...
Sekolah rendah dah lama aku tak masuk sejak mengundi tahun... err.. bila ek. lupa lak. sekolah rendah jadi pusat mengundi. bila aku masuk, rasa cam kerdilnya kerusi meja tu semua. dulu rasa cam besar jerk...
Sekolah menengah aku tak masuk, aku lalu depan jer. rasa cam makin cantek. i luv my sekolah menengah.. ramai kawan2 best... dan dapat beli nasik lemak epah jual. rajin dia dulu masak nasik lemak! sedap lak tuh.
ahaks..
cakap pasal sekolah lama memang best.. nanti kita cakap pasal itm pulak.. Luke, kau kan ada gambar itm jengka itu kan.. Post la sekali lagi.
Aku nak gi sekolah tadika pulak lepas ni.. Haks.
Kak Sal sekolah mana dulu?
SYABAS...
Telah diprivatekan..
Post a Comment