Ini bukan Yusmi.. tapi orang Indon jugak.. Si ibu Nabila. Cara terbaik untuk bersangka baik dengan orang Indon.. teknik psikik diri sendiri.. Muhasabbah Diri
Sejak kes maid lari minggu lepas.. aku makin insaf (rasanyalah).. bila-bila jer nikmat Allah boleh tarik kan.. Itu kira musibah ringan jer berbanding yang kena bawak lari anak.. anak tercedera ke.. So, kepada si Yusmi.. semoga Allah jer yang membalas apa yang kau dah buat. So far.. rasa serik untuk berurusan dengan Indon.. RM terbang.. jangan cerita.. tapi balik kepada qada dan qadarnya la.. Maybe aku takde rezeki (this specefic to duit Amat yang terbang).. Ya Allah.. berilah ketabahan dan kesabaran kepada ku.. Aku nak jer tepek muka si Yusmi kat blog.. tapi aku batalkan niat.. takut aku menyampah nak update kalau ada muka dia kat blog..
Baby Dalam Perut :)
Minggu ni dah masuk 29 minggu.. kalau ikut kalendar orang beranak.. lagi 11 minggu.. itupun kalau tepat2 40 minggu.. Klinik bagi tarikh 24 March.. Kalau ikut scan baby 27 March.. Kebetulan tarikh tu dekat dengan birthday Amat 23 Mach dan birthday Neesa 31 March. Boleh la sambut ramai2 nanti.. Jimat cake :) Kandungan kali ni rasa 'berat' siket.. Dari awal mengandung, dengan alahan bau, makanan.. jadi tak larat lah.. kalau dulu aku memang hantu durian tapi bila rasa mual tuh, aku suruh diaorang makan kat laundry room. Kesian kalau teringatkan si Neesa dan Syifa tercangkung-cangkung makan durian.. The best part, diaorang dapat makan portion aku!.. Bau perfume langsung aku tak boleh cium.. bau deodorant ker.. Itu cerita dulu.. sekarang dah ok :). Sekarang berat 82 kgs.. Hu..hu.. memang kali ini aku tak tahan lapar sangat.. mesti nak kena makan nasik at least twice a day.. Dah kena warning dgn doc untuk kawal pengambilan karbo tapi tak boleh lah.. nanti mesti tak boleh tido kalau lapar.. So, semalam dah buat test diabetic since my late father ada diabetic.. Kena la minum air gula tuh.. Alhamdulillah.. I'm negative with diabetic.. Bila malam, susah siket nak tido.. kena mengiring belah kanan jer.. so, si panda aku (Syifa) peluk dari belakang jer lah.. Harap2 dengan bantuan HL.. aku kembali rampingggggggggggggggggggg... Oh ye.. adik aku yang kat Sabah tu dah selamat bersalin 2.1.09 hari tu.. Baby boy.. Nama Fahri lagi.. Sukanya dia dapat sepasang dah..

Mana mau cari kucing sebegini cantik? Tengok kat e-bay RM500!
Neesa
Neesa ni lately ni asyik menangis bila pergi taska.. Dia rindukan kawan2 lama dia kat Taska KLN.. Pagi2 mesti nangis.. Dia asyik nak pergi sekolah macam Barney.. alahai.. mana nak cari.. Tunggu ibu posting jer.. kita gi Internation School.. Bila lah tu yer.. Satu lagi, sekarang ni dah janji dengan Neesa nak belikan dia kitten. sesiapa yang ada anak kucing lebih (sihat) pas2 kat aku yer.. Sibuk nak anak kucing putih.. saper nak jaga tuh? Oh.. Neesa dah pandai baca siket2.. Cuma aku kena rajin jer luang masa practise dengan dia.
Syifa
Syifa dah pandai buat lawak. Sifat comediannya terserlah.. Dah pandai tolong aku kemas rumah. Mesti ayat dia.. Adik tolong ibu yer.. nanti ibu pening kepala kalau sepah2.. Maybe hari tu masa maid lari, aku kemas rumah sambil menangis.. padahal masa tu aku blur sangat kenapa orang buat anak aku macam tuh.. Tapi bagus jugak.. sifat2 responsibility tu dah ada. Aku memang disiplinkan anak aku skg nih.. Kalau mandi jangan sepahkan bilik air.. letak tootbrush kat tempat yang sepatutnya. Towel kena sidai. Kasut letak dalam almari kasut. Beg sekolah letak dalam bilik.. Harap2 melekatlah tabiat tuh.
Amat
Amat sungguh boring di Kementerian baru. Katanya sume yang kerja kat situ warga makcik2.. Oo.. tak boleh nak cuci mata yer.. Sibuk suruh aku tanya Bahagian Perkhidmatan untuk tarikh posting.. Since musibah yang menimpa, aku ngan Amat makin close.. maybe kita dah kenal lagi dalam hati budi pasangan bila dalam masalah. Dia makin rajin tolong apa yang patut. Tapi kan.. dia dah malas masak.. padahal baru jer ada maid 2 minggu dah lupa skill masak.. Tipu tau.. Sekarang aku rajin buat breakfast since dia kata takde geng nak makan. So, aku bangun awal untuk prepare heavy breakfast untuk dia.. Amat.. thanks ye.. (Thanks apa? tatau) Kepada kengkawan yang dah kawin, korang pernah rasa tak macam aku rasa? Maknaya.. kita makin rapat dengan pasangan.. kita dah kenal dia masa ups dan down.. Tahu sampai mana limit dia.. limit sabar dia.. limit sense dia..
Kerja
Encik KK (Kelamkabut) memang melampau tau.. Dah jadi tak indipendent langsung.. Aku ibu mengandung tau.. Kena biasakan diri bila aku dah takde nanti. Kengkadang jadi macam budak kecik.. tanya name tag mana.. tie mana.. padahal sume dah depan mata. Sekarang office sibuk dengan Seminar Plan Strategik for 2009. Nak rancang itu ini.. Tapi at last mesti banyak ad-hoc dari SKT. Betul tak pekerja gomen sekalian.. Paling aku malas ialah buat filing.. bosan seh.. asal aku tau mana nak cari.. itu kira filing lah.. (boleh tak ;)
Korang bayangkan si maid aku tinggalkan anak2 masa time diaorang masih tido.. Kesian..
Merah tak bibir saya?
16 comments:
Panjang entrinya.. bagus.
Semoga kau dan keluarga sejahtera hendaknya.
Kau pakaikan lipstick ke tak kat bibir si Neesa?
bibik 'kabur'???? bila? nggak tau punn... anyway, semoga buk elene banyak2 kan sabar.. ada hikmah disebalik ape jua yang menimpa... sebab tu la.. akak pun dah serik ngan bibik@boyan nihhh....
Adee.. ha'ah memang dia pakai gloss.. sekarang sibuk betul melaram.. hari tu aku nampak dia letak tisu kat situ.. agaknya dia nampak aku pakai pantyliner kot..
Anon..
Ha'ah.. nasib tak bawak lari anak.. anyway.. siapa ni yer?
Ha ha..
"Kepimpinan Melalui Teladan" betul lah Neesa nie.
Should we call her Neesa the Explorer
atau
Little-Miss-Neesa-want-to-know-all
Lene.. tolonglah jangan bela kucing.. Nanti aku ngan Zell tak boleh pergi rumah kau....
Ahahaha...
Betul tak Zell?
D.. Neesa d Explorer!! Setiap kali aku balik office mesti nak belek beg aku.. ada apa2 yang best tak? Pas tu siap komen.. blusher aku nak habis lah.. Kalau nak lipstik.. mesti pink atau merah.. pas tu mesti ajak si Syifa conteng mulut sama..
Kucing? Aku letak dalam kandanglah kalau korang datang..
** aku pitam siap siap dulu kalau kau nak bela koncheng! adoii dee aku dah mremang tauu ahhahahahahha..
alhamdulillah.. aku mendoakan yang terbaik untuk kau, amat dan anak anak.
Note: beli lah keyboard dulu. piano mahal melampau.. u can get brandnew keyboard at 3.5k or less. nanti boleh lah aku main muzik ngan anak anak kau!
aku org kawin nak bagi komen.. yes.. what u say is tru.. after sesuatu musibah berlaku.. kita akan know our partner better.. our relationship is much better.. our love is more stronger.. its happened to me.. dan sejak kebelakangan nie.. aku respect dia lebih.. mak aku slalu pesan.. layan suami dengan baik.. makan pakainye.. teman dia beborak..
Betul kan kak.. Love getting stronger walaupun suis bercengkarama sudah kurang.. hiks..Betul tak Agee?
**pitammmmmmmmmmmmmmmmmm ahahahahhaa
Zell.. bercengkerama tu.. bergurau kalau ikut bahasa P.Ramlee.. aku belum bersedia cerita dalam kain ngan anak dara macam korang!!!!!!!!!!!
"Bercengkerama di bawah lampu minyak tanah".. since maid dah lari.. mcm mana nak bercengkeramaaaa...
Ooooo main cengkam cengkam lah ek...
Ha ha ha...
muahahahaha adeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee kau cengkam aku, aku chengkam kamuu.. jangan kene chengkam kuku sudah lah kakakakakaa
lene.. aku suke cite ngan dorang pasal dlm kain sikit2 nieh..( cam kain belah ler.. kejap nampak kejap tak nampak.. ) biar diaorg ada rasa nak bercengkam cengkam..
Jangan cengkam diri sendiri sudah..
Post a Comment