Thursday, November 20, 2008

Nasi Goreng Cembeng..

Sekarang ni aku cepat sangat merajuk.. cepat sangat nak marah.. aku akan cepat nak marah bila time lapar.. time penat dan time ngantuk..

Alhamdulillah.. sickness sumer dah takde tapi pregnancy kali ni memang memenatkan.. maybe sebab kena uruskan rumah tangga tanpa maid.. Nasib baik..nasib baik Amat ringan tulang.. walaupun lambat.. (aku tau.. dia pun penat).. dia tetap tolong walau kengkadang tak sedap mata memandang bagi aku yang separa perfectionist ni.. Kengkadang aku rasa aku take advantage jugak dengan 'kerajinan' Amat.. Contohnya semalam.. lately ni workload melambak giller.. Penat sangat.. Bos-bos nak pergi bengkel minggu depan.. sumer paper dan preparation kena buat sendiri.. (Dah tugas kan).. tapi at the same time tugas2 sampingan yang menjemukan.. So, bila balik rumah rasa penat sangat.. masuk pintu rumah.. cek peti ais... tengok haiwan2 yang bakal kena korban.. letak dalam singki.. basuh beras.. tanak nasi.. Mandikan anak2-anak.. kengkadang buat minum petang dulu kalau tengok sumer orang muka lapar.. (termasuk aku).. Lepas mandi anak2.. start memasak.. sampailah Magrib..

Tapi semalam aku tak larat nak masak.. Amat asyik tengok Astro Sport.. aku dah merengek mintak dia buatkan nasi goreng.. So, aku baringla kejap kat dalam bilik.. anak2 main air dalam bilik air.. aku pekik suruh mandi betul2.. pas tu aku tengok habis satu rumah dah basah.. diaorang main air.. aku tak marah.. tau diaorang tengah berseronok.. Aku ambik sorang-sorang.. lapkan badan dan pakaikan baju.. Cantik dah anak aku..
Aku jenguk kat depan.. tengok Amat masih di depan TV.. Huwaaaaaaaa.. terus aku nangis (Nangis sebab lapar) kot.. Aku pun buat-buat nak goreng telur.. Epul terus datang.. nak buat apa ni.. Aku jawab sambil nangis.. takpelah... orang makan nasi ngan telur kicap jer.. Huwaaaa..
Ala.. tu pun nak nangis.. Nanti Abang masak lah.. aku pun kata.. orang penat campur lapar la sebab tu mintak tolong abang masakkkkkkkkkkkkkk... Pas tu dia halau aku dari dapur.. Dah.. jangan nangis.. gi mandi.. Aku mandi sambil nangis.. (sebab lapar).. Pregnancy kali ni sering kali buat aku lapar.. Kalau aku tak makan nasik malam.. sure malam tak boleh tidur.. Pagi ni aku bantai makan nasi ayam.. Ha..ha.. sanggup aku tunggu akak kantin tu siapkan nasik ayam yang baru masak.. Aku lapar.. I've gained weight alot.. aku harap lepas bersalin nanti aku nak togok Herbalife betul2.. Nak kurus balik.. Aku benci weight scale sekarang.. Tapi semua orang kata.. makan untuk berdua.. Apa2apalah.. janji aku tak lapar.. Biar semua orang tegur aku gemuk.. biar orang tegur aku mengandung macam 7 bulan.. bukan diaorang nak bagi aku makan kan.. Takpelah.. nanti aku kurus.. nekad dalam hati..

Bila dah selesai Magrib... aku jenguk dapur.. Tengok nasi goreng dah siap.. Nampak macam sedap..Amat tengah mandi lagi.. Aku dah tak tahan lapar.. aku makan dulu.. sempat snap gambar .. aku rasa.. masin siket lah..
Tetiba Amat dah masuk dapur.. aku cakap.. Nasi ni masin siket.. Pas tu dia buat lawak.. Abang pun nangis jugak sambil goreng nasi ni.. tu yang termasin kot.. Benciiiiii tau.. (anyway.. thanks buat adinda kenyang) Burp..
p/s Kalau Amat buat nasik goreng..mesti kaler kuning.. dia campur kunyit serbuk masa menumis.. Dia kata nak bagi lawa.. Apa-apalah..

Tuesday, November 18, 2008

Syifa oh.. syifa..

She's just 18 months.. tapi..sangat berkarektor.. Anak yang selalu menghalang untuk menjadi ibu seperti IBU NABILA... hiks.. Yang selalu kena denda.. yang pernah kena kurung dalam stor sebab conteng kusyen yang baru dibasuh dengan krayon.. pernah kena kurung dalam bilik air sebab koyakkan dokumen penting aku.. Tapi.. tapi.. dalam-dalam notty dia ni.. Dialah penghibur aku.. Kalau aku demam.. dia yang selalu datang jenguk.. tolong picitkan kepala.. Nanti Syifa bagi ubat.. (dia bagi vitamin C dia).. Adorable sungguh.. Bangun pagi tak nangis.. senyum jer.. Tak macam kakak.. mesti melalak dulu.. :)

Orang kata anak kedua memang selalu mcm tu.. mesti nak attention lebih.. Malam2.. syifa dah jadi mcm koala bear aku.. seboleh-boleh nak pastikan aku peluk dia.. Kalau aku membelakangkan dia.. dia akan peluk tengkuk aku.. rimas memang rimas.. tapi itulah Syifa!! Dah dua hari training tidur bilik asing.. So far ok.. Tapi kena tidur dengan dia dulu.. Lagi satu tabiat Syifa ialah.. suka mengangkut barang-barang sampai ke tempat tidur.. Pen la.. colouring book la.. keychain la.. crayon lah.. lolipop la.. Tengah malam dia akan cari benda tuh.. so, jangan la alih benda2 yang dia bawak tido.. Bayangkanlah.. Rasa macam citer Jibam (novel Ujang) pun ada.. Oklah.. tu jer citer hari ni.. Petang karang nak masak heavy siket since adik aku dari sabah akan singgah.. Dia nak balik bersalin kat Kuantan.. Hm.. dalam fikiran.. gulai nangka muda ngan daging.. Sambal belacan.. ikan masin.. Ada jantung pisang.. nak masak aper ye?


Antara satu-satunya gambar yang dia posing comey..
Gambar semalam.. masa dalam kereta.. baru balik dari taska.. susah betul nak ambik gambar dia nih.. Maybe sebab dia tak suka flash..

Cubaan ke2.. still lagi tak dapat shot yang menarik.. Geram tau..

Cubaan 3.. Tengok tuh.. senym dah ok.. tapi tutup mata.. Hrrr.

Gambar raya baru-baru ni.. Ni lah trademark senyum dia.. senget.. Gambar ni aku perasan yang aku cuba buka mata luas-luas.. Teknik tidak redha dengan kesepetan yang diciptakan.. Haks.



Auntie Zella.. jangan penampa saya ye.. :)

Friday, November 14, 2008

Ku Mohon

Lately ni banyak dengar masalah orang.. termasuk masalah sendiri. Semua masalah mematangkan kita.. kita ada dua pilihan.. sama ada masalah itu akan buat kita lemah atau buat kita makin kuat.. Kalau ada masalah sangat.. mengadulah pada yang Esa.. confirm tenteram lepas tu plus kita ada kawan-kawan yang kita rasa percaya untuk meluahkan perasaan.. Thanks sesangat kerana korang wujud di dunia ini..

Hari tu masa tengah melipat kain yang dah macam bukit Uhud tu, tengok satu movie kat TV1.. Cerita pasal keikhlasan isteri kedua dan pengorbanan isteri pertama dan adilnya Si Suami. Nak citer yang lagu dalam cerita tu buat aku terbuai-buai.. Lagu Shiela Majid - Ku Mohon.. So, kepada kawan-kawan yang tengah ada masalah.. berdoalah.. bersabarlah.. Be Strong Eh..

Ku Mohon - Shiela Majid

Setiap hari kumohon
Agar Kau sentiasa
Memberiku ketenangan dalam hati... kekuatan
Menempuh segala dugaan yang mencabar ini
Pasti punya ertinya
Engkau beriku harapan
Menjawab segala persoalan
Hadapi semua dengan tenang

Dengan merasa kesyukuran
Ku doa Kau selalu
Mengawasai gerak-geriku
Berkatilah ku penuh rahmat dari Mu

Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadamu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu selalu

Ada kalanya ku merasa hidup ini seperti kaca
Jikalau tidak bersabar
Hancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatiku
Melalui semua itu... Ooh...
Kuatkanlah
Cekalkanlah diriku

Curahkanlah nikmat Mu pada hidupku

p/s (1)Lagu ni bukan untuk tengah bermasalah jer.. orang tengah happy pun boleh juga.. Semoga niat baik Allah akan mudahkan.. Ehem..
(2) Kak Sal.. entri kali ni kurang 'Aku'.. (saya sangat lemah dalam mengarang lately..saya perasan ayat2 saya tak sedap dibaca..)

Tuesday, November 11, 2008

Interview Review!!

Semalam.. aku ngan kawan2 nekad lain pergi interview untuk posting.. Memula aku masuk dewan SPA orang kat kaunter cakap.. Puan ni ketua panel ker? Erk.. bukan saya datang untuk interview.. (Aku sudah diarahkan oleh boss aku untuk pakai kot dan nametag!).. aku jalan lagi untuk serahkan borang aku kat meja pendaftaran.. Puan.. puan nak nombor bilik panel yer.. Erk.. bukan.. saya datang untuk interview.. (Should i take off my coat? Aku dah mula risau).. over impressed ker aku nanti.. ( I called my boss.. Dia jawab.. No.. its an image of JP*).. Pas tu aku nampak sorang pegawai JP* yang memang aku jaki.. Adalah sebab2 aku kalau boleh.. sangat-sangat kalau boleh tak na diinterview oleh dia.. So, aku dah pelan strategi ngan Kake Zuey.. can u do me a favor.. kalau aku dapat dia.. kita tukar).. Zuey demi semangat setia kawan.. kata OK.. Pas tu aku tengok si dia masuk bilik R.. so, aku kalau boleh cuba nak elakkan dapat bilik dia.. sebelum tu aku dah buat social contact dengan En. Darul yang jada urusan Steno untuk ker oversea.. biar dia perasan aku.. Bila dia nak bagi nombor giliran.. Cepat-cepat aku ambik bilik C... (Lepas satu bala).. So, kebetulan si Zuey dan Asmah pun dapat bilik C.. dari 10.30 tunggu depan bilik C.. lepas sorang-sorang keluar.. Menangis! Yang mengutuk panel pun ada.. Katanya panel tanya soalan merapu2.. tak buat research dan provoking berbagai.. Aku dah mula cuak.. aku tak prepare langsung.. tanya orang yang dah lepas-lepas semua kata tak de apa-apa.. Bila sorang-sorang dah keluar.. mengadu yang diaorang di tanya pasal buku Vot (apa kejadahnye tu).. tanya pasal Obama (ni aku boleh la jawab).. tanya pasal High Commisioner lah.. ambasedor lah.. pasal senarai Pejabat Latihan lah.. habis semua orang aku call nak dapatkan jawapan.. Thanks kepada pencatit maklumat.. si kake zuey.. 11.30... 12.30.. 1.00.. penat weh.. Tetiba announcement.. kepada kumpulan 3.. sessi interview disambung lepas lunch.. Perghhhhhhhh.. penat lagi nak tunggu... Takpelah.. solat zuhur.. aku doa supaya panel lembut hati siket..
Pukul 3.10 nombor aku naik.. Masuk- Assalamualaikum.. Pengerusi panel officer dari Jabatan aku.. yang sorang lagi tu from MITI.. Biasalah.. introduce yourself.. Aku pun bla..bla.. apa yang aku hafal.. Fuh.. macam pemberita.. awak hafal skrip ker? Aku jawab: I've prepared for 3 days.. (aku tipu).. Bagus.. well prepared.. terus lah.. cerita pasal kerja.. Dia tanya kenapa aku tak apply jadi pegawai.. aku jawablah.. bla..bla..bla.. Pas tu.. alhamdulillah.. semua jalan smooth.. So, moral of the story.. aku tanam dalam hati.. based on my experience.. diaorang tu manusia.. diaorang ada kuasa time tuh.. kau nak hentam ker nak marah-maran calon ker.. paling lama pun 30 minit kan.. aku dah kerja nearly 6 years (deduct waktu belajar 3 tahun).. ada pegawai yang seharian mabuk mengamuk.. Cuma kelebihan panel interview.. dia ada kuasa untuk buat decision untuk masa depan kita.. cuma.. CUMA.. ada lagi yang berkuasa.. Tu jer aku ingat!..Yang maha berkuasa pada orang-orang yang ingat dia berkuasa.. Haks..
So, aku harap-harap aku lepaslah.. Amat pun dah lepas jadi pegawai... so, dah takde masalah sangat kalau aku nak pergi posting.. Nak juga merasa pakai trench coat ala-ala JLo kan.. (Tetiba kena posting kat Chenai.. pakai trench coat waktu tido) jer lah.. :) Based on the interviewer.. i did impressed them.. tapi based on ujian psiko pulak.. tetiba result split personality..tapi, apa2 pun.. Aku masih yakin.. Allah dah plan apa yang terbaik untuk aku..
Aku harap Zuey, As, Maizatul, Kak Molly, Kak Linda dan beberapa junior kita pun dapat lah pergi posting seperti yang di impi-impikan..
Posting kali ni panjang.. aku balik office.. banyak benda urgent nak kena buat.. tapi aku masih lagi dalam mood interview.. semalam tak boleh tido.. macam wayang jer.. rewind apa yang berlaku sebelum interiew.. masa interview.. Siket jer lagi aku nak telan ubat selsema supaya aku boleh lelap.. Bila perut rasa berdenyut.. aku tak jadi ambik ubat yang tak tentu pasal.. Kali ni baby denyut aka gerak cepat.. Maybe sebab this is my third time aku pregnant.. This week dah masuk 21 week.. another 19 weeks to go.. Harap2 aku baby sihat.. Aku doa.. aku nak baby boy.. Boleh ya Allah..

Thursday, November 6, 2008

Photo Raya 2008

Ambik kau... aku update lagi gambar-gambar basi..

Ni gambar dua beradik di malam raya.. aku sibuk mengemas beg dan mengiron baju raya.. diaorang sibuk nak pakai tudung.. Al maklum lah.. raya di rumah mertua.. baik aku iron baju cepat2.. kalau tak.. mau Amat pakai baju berkedut di pagi raya.. Gambar di diambil sebelum empat minit diaorang bertarik tudung nak brooch lawa. Haks..


Gambar di pagi raya.. Sebenarnya baju raya aku sedondon dengan baju anak2.. since manik aku belum siap.. aku pakai jer lah baju lain yang seakan2 diaorang.. Tudung yang aku pakai tu tudung aku kena tipu di Warta Bangi.. RM80.. kat kelantan RM40 sahaja.. Shoping last minute, so aku rasa cantik.. terus beli.. keluar kedai baru rasa mahalnyerrrrrrrr..

Sebahagian dari sepupu Syifa n Neesa sebelah Amat.. Sorry.. muka Puan Maimon tak berapa clear untuk tatapan korang..


Gambar Raya di rumah mak aku.. (setelah aku berjaya memujuk Amat untuk balik!).. Kat rumah aku diaorang bebas siket untuk bergasak.. Dengan baju gaun.. diaorang mengkarate sepupu2 lelaki... Gasak!!

Neesa di tempat persembunyian untuk minum susu dalam botol.. Kat Taska dia dah segan untuk minum dalam botol.. kena ejek!!.. Balik rumah la lepas gian.. Aksi lentok puas minum dalam botol!!

Syifa!! My favourite girl!!!

Sorrylah..

Rupa-rupanya ramai jugak peminat kipas susah mati (aku perasan) blog ni.. Sorry lah kengkawan.. Aku benar2 kebutuhan masa untuk berlibur.. Sebab2 kenapa aku tak update blog:

1. Aku sibuk (menyibuk) sangat sekarang.. Bos aku tak indipendent sgt.. Sumer kena aku yang buat..
2. Aku sibuk dengan Majalah Bahagian.. Ketua Grafik merangkap Ketua Editor merangkap Pengarang.. Senang citer majalah aku punya..
3. Adapter aku terhilang.. susah aku nak transfer gambar2 hangat aku.. bila aku rasa citer tu dah basi.. so, keghairahan untuk mengupdate jadi pudar..
4. Aku takut orang bosan baca blog aku.. asyik2 citer anak, kerja dan diri sendiri.. haks..
5. Biar orang rasa siket upset bila buka blog aku... takde citer terkini.. (boleh tak?)
6. Aku sibuk ikuti perkembangan kempen Obama.. Macam ada effect kat aku kalau dia menang kan.. Sampai Amat siap warning..awak tu mengandung!! Jangan obses sangat.. Tapi Obama memang a great speaker!!
8. Aku tak banyak shoping lately dan tak banyak orang ajak aku untuk jemputan hari raya macam Adee
9. Kat rumah aku dah lama takde internet bagai.. so aku tak boleh upload apa yang terpendam di hati macam Zella.. Lagipun aku tidur cepat.. pukul 9 atau 10 aku dah blackout..
10. Tak banyak tempat aku boleh jenjalan atau aku masih belum pindah rumah lagi.. So, takde citer jiran baru atau barang-barang aku yang mover rosakkan macam Luke..
11. Angan-angan aku untuk menceburi bidang perniagaan internet belum tercapai.. masih lagi di takuk bukuk nota kecik aku.. Nota angan-angan tu pun dah terconteng dengan lukisan abstrak syifa.. So, takde tempahan untuk aku layan macam Effa..
12. Anak-anak aku belum lagi bersekolah.. so far aku belum ada masalah dengan anak2 meragam nak pergi sekolah macam Kak Sal.. Kak.. tabah kak.. Cuma kengkadang Neesa buat perangai liat nak mandi sebelum pergi Taska.. Aku terus lumur mandian kat badan dia.. nak tak nak dia kena jugak pergi mandi.. Brutal kan ibu dia ni..
13. Aku malas.. alasan yang paling logik dan benar...


Sekian, terima kasih!

Thursday, September 18, 2008

Ketupat Angkasa Gaban..

Kad hari raya ni direka setelah hadir ke Kursus Adobe Photoshop Asas hari Isnin lepas.. The class was too boring actually.. Dah la pc slow.. internet connection pun ala-ala siput.. Tenaga pengajar pun ala2 blur..dah la tension nak upload gambar sbb asyik2 hang.. So, aku buat donno jer.. sampailah 'cikgu' kata.. pukul 3 kita present kad hari raya memasing.. Hah... kaget gue.. Berbekalkan semangat tipis yang ada.. disokong dengan teman seperjuangan di YM, aku berjaya menyiapkan kad ni dalam masa-masa kecemasan. Guna teknik outer glowing siket.. tukar kaler siket.. upload tulisan lawa siket.. recolouring masjid siket.. guna background stardust.. ni lah hasilnya.. bagi aku ketupat tu tak sesuai duduk situ tapi aku tak nak membazir gambar ketupat yang aku dah edit.. bantai jer letak kat situ.. ingat nak buat melingkat kat hujung 'H'.. tapi dah tak sempat.. takpelah.. jadilah ketupat angkasa.. Apa2 pun.. kalau dah pandai guna tools Adobe.. mesti lagi lawa hasilnya..

Kepada kawan2 diperantauan.. Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri dengan gigihnya..Selamat mencuba buat lauk raya sendiri, selamat bersalaman dengan kawan dan taulan.. Aku tau syahdu.. tapi tu sumer pengalaman kan.. Skg ni kan ada 3G.. buatlah ucapan online dengan family memasing yer..

Kepada kawan2 yang tak jemu2 duduk di tanah air kita, marilah kita berdoa semoga hari raya ni di sambut dengan penuh keinsafan.. Semoga tanah air tercinta ni terus aman dan damai di bawah RahmatNya..

Projek Bubur Lambuk

Ha..ha.. actually this is the first time I do it on my own.. Selalunya tolong Umi jer masak.. Last week my old friend :Julia minta resepi ni.. Aku bagi jer lah.. Tapi aku rasa kaget takut salah kasi.. so aku pun cuba sendiri resepi yang aku kasi sbb kebetulan adik aku mengidam nak makan bubur lambuk.. anak perantauan lah katakan.. Kat sini susah nak cari pucuk paku warna merah.. Kalau dulu masa kecik-kecik, aku kutip kat paya tepi rumah jer.. Bubur lambuk jadi menu kewajipan kitaorang.. Arwah Abah yang selalu buat.. Selalunya letak isi ikan bakar.. Tapi aku malas.. Letak daging yang dipotong kecik-kecik.. Menjadi.. Alhamdulillah..

Syifa dengan bubur lambuk yang baru siap dimasak.. Panas tuh..

Aku pakai pucuk paku yang biasa orang buat goreng tu jer.. Ok lah.. tapi kala pucuk paku merah lagi real.. Rasanya sedikit berbeza.. Pucuk paku letak last sekali takut lembik sangat..

Harap Julia tak jemu buat lepas ni.. Selamat mencuba kepada yang lelain.. Zella, cuba lah makan.. ni bukan bubur orang demam tau...

Tuesday, September 9, 2008

Projek Kuih Muih Puasa Vol.2

Memandangkan kerajaan menyarankan perbelanjaan berjimat cermat.. dan Amat pun liat nak pergi pasar Ramadhan dan kalau tersinggah pun, belum ada kuih yang memuaskan hati.. aku pun belajar-belajarlah mencuba resepi kat internet.. Selepas cubaan membuat karipap Sabtu lepas.. aku makin seronok nak buat kuih lagi.. Aku penggemar kuih pedas dan Amat suka kuih2 manis.. Selalunya kalau beli tauhu mesti buat tauhu sumbat.. Semalam aku tengok resepi tauhu sumbat dengan ayam.. aku pun cubalah.. Menjadi jugak.. Tapi one thing for sure kita kena ada tauhu yang baru.. means yang lembut lagi senak nak korek isi tauhu tuh..kalau tauhu keras mesti tendency untuk tauhu pecah tu ada.. Pas tu, kalau goreng mesti minyak yang banyak.. Aku ala-ala tak nak deep fry kan.. So, berteraburlah isi ayam aku tuh.. Next time aku nak cuba letak crab stick.. Semalam makan ngan cili sos jer.. aku rasa kalau makan dengan kuah kacang pedas lagi syok..

Ni gambar sebelum digoreng.. mcm colourful jer kan.. Isi ayam dicincang, campur bawang dan capsicum dicincang.. letak lada sulah sikit.. daun sup sikit.. dan perasa kalau suka.. boleh dicampur dengan isi tauhu yang dikorek juga.. Sumbat bagi padat..


Ni gambar tauhu sumbat yang lepas digoreng.. Gambar tak attracive sangat sebab aku cepat2 snap.. takut Amat nampak.. mesti dia kata.. buat kuih sikit nak ambil gambar..hak..hak.. Dia tak tau pun aku berblog.. Hiks

Oleh kerana Amat berchoti semalam.. balik dari kerja aku tengok sumer lauk dah ready.. siap ada LEPAT PISANG.. Yes.. lepat pisang idaman aku tuh.. Tapi yang sedihnya.. Amat buat 8 bijik jer.. Ada ker patut.. Aku dapatlah makan 1.. Syifa 3.. (ambik kau.. dia pun dan jadi macam Amat suka kuih manis).. Neesa 1 dan Amat makan 3.. Tapi takpe.. Kepada mereka yang sangat baik hati nak buat lepat untuk aku tuh.. (u know who u r).. jangan susah hati.. aku tak kempunan dah.. so, takyah susah2 tau.. Terima kasih daun keladi..

Nak puji jugak.. Amat buat lepat lebih sedap dari aku aku punya hari tuh... Dah la lepat dia tak kedut.. lembut je.. Buat lagi boleh? ;)

p/s Sehari dua ni, sibuk budak2 ExITM bertukar2 resepi.. Harap diaorang gigih membuatnya.. Good Luck everybody!!

Monday, September 8, 2008

They grow too fast!!

This is the latest pic of my daughter.. Mcm sedar tak sedar yang aku dah nak masuk 3 orang anak.. One thing for sure, they really need my attention and sometimes aku jadi orang giller melayan karenah mereka.. Maybe sebab pregnancy kali ini sedikit mencabar.. Jadi kesabaran aku pun semakin pudar.. Ish..
Neesa dengan jam terbarunya. Nak sangat dia pakai jam.. Ni jam yang ke 5 dibeli.. Sekejap jer dah hilang atau rosak.. Tapi this time aku dah ajar dia tengok jam.. Pukul berapa kena bangun, pukul berapa kena mandi dan pukul berapa dia kena tidur.. Jam Barbie.. RM15 jer..

Budak paling bertuah di dunia.. Penguji kesabaran paling ulung.. Karenahnya buat aku 'cepat panas'.. Semalam aku tersepak dia sampai terguling hanya kerana dia celup tangan dalam air kelapa aku.. Aku pun tak dapat imagine mcm mana perkara tu boleh berlaku.. Maybe dia sedikit berlakon jatuh berguling-guling.. Doll kesayangan 'si baby'.. rambut dah kusut masai.. baju dah hilang sebab dia suka baby 'natural' gittuew.. Banyak kali juga dia suruh aku ikat rambut baby dia dan banyak kali juga dia suruh aku buka balik.. Malam2 mesti kena peluk dia tidur.. Tangan jangan lupa kena tepuk punggung dia.. Aku paling tak dapat tidur dengan nyenyak sejak dia lahir.. Aku selalu tak cukup tidur.. Tapi dia juga paling manja dan pandai ambil hati aku.. Kelakar pun ada si Syifa' ni.. Harap besar nanti tak notty sangat..


Oleh kerana Si Adee n Luke sibuk promote epok2 masing-masing.. (Aku tak panggil epok-epok.. aku panggil karipap).. Aku pun teringin jugak lah nak buat.. Tapi one thing for sure karipap paling sedap ialah karipap MIL aku.. Puan Maimon.. So, aku ikutlah resepi dia.. Masa tumis bawang tu, campur sekali udang kering.. Pastry letak minyak masak yang telah dipanaskan.. Aku tak pandai nak kelim.. sumpah.. so, jadilah karipap yang berbagai saiz.. Kalau tengok MIL aku buat.. cukup expart.. dia canai panjang-panjang pastry tu.. letak inti sampai 5 ketul.. tekup.. kelim.. kejap jer dah siap.. Kagum aku.. Petang karang teringin nak buat tepung pelita.. Harap2 menjadi.. Kalau jadi.. (aku bilang kalau).. aku akan postkan hasilnya..

p/s Takziah kat kake zuey.. dia keguguran minggu lepas.. Aku harap rezeki dia lebih murah akan datang.. Terus double.. mana tau kan.. Kun Fayakun..Amin..