This is the latest pic of my daughter.. Mcm sedar tak sedar yang aku dah nak masuk 3 orang anak.. One thing for sure, they really need my attention and sometimes aku jadi orang giller melayan karenah mereka.. Maybe sebab pregnancy kali ini sedikit mencabar.. Jadi kesabaran aku pun semakin pudar.. Ish..
Neesa dengan jam terbarunya. Nak sangat dia pakai jam.. Ni jam yang ke 5 dibeli.. Sekejap jer dah hilang atau rosak.. Tapi this time aku dah ajar dia tengok jam.. Pukul berapa kena bangun, pukul berapa kena mandi dan pukul berapa dia kena tidur.. Jam Barbie.. RM15 jer..
Budak paling bertuah di dunia.. Penguji kesabaran paling ulung.. Karenahnya buat aku 'cepat panas'.. Semalam aku tersepak dia sampai terguling hanya kerana dia celup tangan dalam air kelapa aku.. Aku pun tak dapat imagine mcm mana perkara tu boleh berlaku.. Maybe dia sedikit berlakon jatuh berguling-guling.. Doll kesayangan 'si baby'.. rambut dah kusut masai.. baju dah hilang sebab dia suka baby 'natural' gittuew.. Banyak kali juga dia suruh aku ikat rambut baby dia dan banyak kali juga dia suruh aku buka balik.. Malam2 mesti kena peluk dia tidur.. Tangan jangan lupa kena tepuk punggung dia.. Aku paling tak dapat tidur dengan nyenyak sejak dia lahir.. Aku selalu tak cukup tidur.. Tapi dia juga paling manja dan pandai ambil hati aku.. Kelakar pun ada si Syifa' ni.. Harap besar nanti tak notty sangat.. 
Oleh kerana Si Adee n Luke sibuk promote epok2 masing-masing.. (Aku tak panggil epok-epok.. aku panggil karipap).. Aku pun teringin jugak lah nak buat.. Tapi one thing for sure karipap paling sedap ialah karipap MIL aku.. Puan Maimon.. So, aku ikutlah resepi dia.. Masa tumis bawang tu, campur sekali udang kering.. Pastry letak minyak masak yang telah dipanaskan.. Aku tak pandai nak kelim.. sumpah.. so, jadilah karipap yang berbagai saiz.. Kalau tengok MIL aku buat.. cukup expart.. dia canai panjang-panjang pastry tu.. letak inti sampai 5 ketul.. tekup.. kelim.. kejap jer dah siap.. Kagum aku.. Petang karang teringin nak buat tepung pelita.. Harap2 menjadi.. Kalau jadi.. (aku bilang kalau).. aku akan postkan hasilnya..
p/s Takziah kat kake zuey.. dia keguguran minggu lepas.. Aku harap rezeki dia lebih murah akan datang.. Terus double.. mana tau kan.. Kun Fayakun..Amin..
2 comments:
1st shock.. kau tersepak Syifa.. Uish.. ganas. Tapi aku paham. Kau tak sengaja.. Ahaks.
2nd shock.. Kake Zuey keguguran. Ya ke. Tak der rezeki gamaknya. Berapa bulan ek dia Lene...
3rd shock.. kau nak buat tepung pelita.. kuih gempak tu Lene.. Kalau berjaya, postkan gambarnya..
Good luck!
Sabar... Cik Saniah dulu 6 anak lagi.. working mum without helpers kan..
1st answer.. Ha'ah.. aku tak sengaja plus teremosi masa tu.. Tapi aku tau aku takde niat nak sepak..ha..ha..
2nd answer.. Dia sama ngan aku.. now aku dah 12 weeks.. masa dia gugur kalau tak silap aku 10 weeks..
3rd answer.. aku tengok resepi dia.. mcm senang jer tak payah kukus bagai.. masa atas dapur.. tuang jer dalam bekas..
Ha'ah.. good luck to me.. dah 2 hari resepi dia dalam beg aku nih..
Aku skg belajar sabar lah D.. bila syifa buat perangai.. aku diam jer.. dia ngangis nak attention.. aku pun diam sampai Amat datang.. ha..ha.. dia takut aku 'mendera'..
Post a Comment