Friday, November 14, 2008

Ku Mohon

Lately ni banyak dengar masalah orang.. termasuk masalah sendiri. Semua masalah mematangkan kita.. kita ada dua pilihan.. sama ada masalah itu akan buat kita lemah atau buat kita makin kuat.. Kalau ada masalah sangat.. mengadulah pada yang Esa.. confirm tenteram lepas tu plus kita ada kawan-kawan yang kita rasa percaya untuk meluahkan perasaan.. Thanks sesangat kerana korang wujud di dunia ini..

Hari tu masa tengah melipat kain yang dah macam bukit Uhud tu, tengok satu movie kat TV1.. Cerita pasal keikhlasan isteri kedua dan pengorbanan isteri pertama dan adilnya Si Suami. Nak citer yang lagu dalam cerita tu buat aku terbuai-buai.. Lagu Shiela Majid - Ku Mohon.. So, kepada kawan-kawan yang tengah ada masalah.. berdoalah.. bersabarlah.. Be Strong Eh..

Ku Mohon - Shiela Majid

Setiap hari kumohon
Agar Kau sentiasa
Memberiku ketenangan dalam hati... kekuatan
Menempuh segala dugaan yang mencabar ini
Pasti punya ertinya
Engkau beriku harapan
Menjawab segala persoalan
Hadapi semua dengan tenang

Dengan merasa kesyukuran
Ku doa Kau selalu
Mengawasai gerak-geriku
Berkatilah ku penuh rahmat dari Mu

Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadamu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu selalu

Ada kalanya ku merasa hidup ini seperti kaca
Jikalau tidak bersabar
Hancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatiku
Melalui semua itu... Ooh...
Kuatkanlah
Cekalkanlah diriku

Curahkanlah nikmat Mu pada hidupku

p/s (1)Lagu ni bukan untuk tengah bermasalah jer.. orang tengah happy pun boleh juga.. Semoga niat baik Allah akan mudahkan.. Ehem..
(2) Kak Sal.. entri kali ni kurang 'Aku'.. (saya sangat lemah dalam mengarang lately..saya perasan ayat2 saya tak sedap dibaca..)

Tuesday, November 11, 2008

Interview Review!!

Semalam.. aku ngan kawan2 nekad lain pergi interview untuk posting.. Memula aku masuk dewan SPA orang kat kaunter cakap.. Puan ni ketua panel ker? Erk.. bukan saya datang untuk interview.. (Aku sudah diarahkan oleh boss aku untuk pakai kot dan nametag!).. aku jalan lagi untuk serahkan borang aku kat meja pendaftaran.. Puan.. puan nak nombor bilik panel yer.. Erk.. bukan.. saya datang untuk interview.. (Should i take off my coat? Aku dah mula risau).. over impressed ker aku nanti.. ( I called my boss.. Dia jawab.. No.. its an image of JP*).. Pas tu aku nampak sorang pegawai JP* yang memang aku jaki.. Adalah sebab2 aku kalau boleh.. sangat-sangat kalau boleh tak na diinterview oleh dia.. So, aku dah pelan strategi ngan Kake Zuey.. can u do me a favor.. kalau aku dapat dia.. kita tukar).. Zuey demi semangat setia kawan.. kata OK.. Pas tu aku tengok si dia masuk bilik R.. so, aku kalau boleh cuba nak elakkan dapat bilik dia.. sebelum tu aku dah buat social contact dengan En. Darul yang jada urusan Steno untuk ker oversea.. biar dia perasan aku.. Bila dia nak bagi nombor giliran.. Cepat-cepat aku ambik bilik C... (Lepas satu bala).. So, kebetulan si Zuey dan Asmah pun dapat bilik C.. dari 10.30 tunggu depan bilik C.. lepas sorang-sorang keluar.. Menangis! Yang mengutuk panel pun ada.. Katanya panel tanya soalan merapu2.. tak buat research dan provoking berbagai.. Aku dah mula cuak.. aku tak prepare langsung.. tanya orang yang dah lepas-lepas semua kata tak de apa-apa.. Bila sorang-sorang dah keluar.. mengadu yang diaorang di tanya pasal buku Vot (apa kejadahnye tu).. tanya pasal Obama (ni aku boleh la jawab).. tanya pasal High Commisioner lah.. ambasedor lah.. pasal senarai Pejabat Latihan lah.. habis semua orang aku call nak dapatkan jawapan.. Thanks kepada pencatit maklumat.. si kake zuey.. 11.30... 12.30.. 1.00.. penat weh.. Tetiba announcement.. kepada kumpulan 3.. sessi interview disambung lepas lunch.. Perghhhhhhhh.. penat lagi nak tunggu... Takpelah.. solat zuhur.. aku doa supaya panel lembut hati siket..
Pukul 3.10 nombor aku naik.. Masuk- Assalamualaikum.. Pengerusi panel officer dari Jabatan aku.. yang sorang lagi tu from MITI.. Biasalah.. introduce yourself.. Aku pun bla..bla.. apa yang aku hafal.. Fuh.. macam pemberita.. awak hafal skrip ker? Aku jawab: I've prepared for 3 days.. (aku tipu).. Bagus.. well prepared.. terus lah.. cerita pasal kerja.. Dia tanya kenapa aku tak apply jadi pegawai.. aku jawablah.. bla..bla..bla.. Pas tu.. alhamdulillah.. semua jalan smooth.. So, moral of the story.. aku tanam dalam hati.. based on my experience.. diaorang tu manusia.. diaorang ada kuasa time tuh.. kau nak hentam ker nak marah-maran calon ker.. paling lama pun 30 minit kan.. aku dah kerja nearly 6 years (deduct waktu belajar 3 tahun).. ada pegawai yang seharian mabuk mengamuk.. Cuma kelebihan panel interview.. dia ada kuasa untuk buat decision untuk masa depan kita.. cuma.. CUMA.. ada lagi yang berkuasa.. Tu jer aku ingat!..Yang maha berkuasa pada orang-orang yang ingat dia berkuasa.. Haks..
So, aku harap-harap aku lepaslah.. Amat pun dah lepas jadi pegawai... so, dah takde masalah sangat kalau aku nak pergi posting.. Nak juga merasa pakai trench coat ala-ala JLo kan.. (Tetiba kena posting kat Chenai.. pakai trench coat waktu tido) jer lah.. :) Based on the interviewer.. i did impressed them.. tapi based on ujian psiko pulak.. tetiba result split personality..tapi, apa2 pun.. Aku masih yakin.. Allah dah plan apa yang terbaik untuk aku..
Aku harap Zuey, As, Maizatul, Kak Molly, Kak Linda dan beberapa junior kita pun dapat lah pergi posting seperti yang di impi-impikan..
Posting kali ni panjang.. aku balik office.. banyak benda urgent nak kena buat.. tapi aku masih lagi dalam mood interview.. semalam tak boleh tido.. macam wayang jer.. rewind apa yang berlaku sebelum interiew.. masa interview.. Siket jer lagi aku nak telan ubat selsema supaya aku boleh lelap.. Bila perut rasa berdenyut.. aku tak jadi ambik ubat yang tak tentu pasal.. Kali ni baby denyut aka gerak cepat.. Maybe sebab this is my third time aku pregnant.. This week dah masuk 21 week.. another 19 weeks to go.. Harap2 aku baby sihat.. Aku doa.. aku nak baby boy.. Boleh ya Allah..

Thursday, November 6, 2008

Photo Raya 2008

Ambik kau... aku update lagi gambar-gambar basi..

Ni gambar dua beradik di malam raya.. aku sibuk mengemas beg dan mengiron baju raya.. diaorang sibuk nak pakai tudung.. Al maklum lah.. raya di rumah mertua.. baik aku iron baju cepat2.. kalau tak.. mau Amat pakai baju berkedut di pagi raya.. Gambar di diambil sebelum empat minit diaorang bertarik tudung nak brooch lawa. Haks..


Gambar di pagi raya.. Sebenarnya baju raya aku sedondon dengan baju anak2.. since manik aku belum siap.. aku pakai jer lah baju lain yang seakan2 diaorang.. Tudung yang aku pakai tu tudung aku kena tipu di Warta Bangi.. RM80.. kat kelantan RM40 sahaja.. Shoping last minute, so aku rasa cantik.. terus beli.. keluar kedai baru rasa mahalnyerrrrrrrr..

Sebahagian dari sepupu Syifa n Neesa sebelah Amat.. Sorry.. muka Puan Maimon tak berapa clear untuk tatapan korang..


Gambar Raya di rumah mak aku.. (setelah aku berjaya memujuk Amat untuk balik!).. Kat rumah aku diaorang bebas siket untuk bergasak.. Dengan baju gaun.. diaorang mengkarate sepupu2 lelaki... Gasak!!

Neesa di tempat persembunyian untuk minum susu dalam botol.. Kat Taska dia dah segan untuk minum dalam botol.. kena ejek!!.. Balik rumah la lepas gian.. Aksi lentok puas minum dalam botol!!

Syifa!! My favourite girl!!!

Sorrylah..

Rupa-rupanya ramai jugak peminat kipas susah mati (aku perasan) blog ni.. Sorry lah kengkawan.. Aku benar2 kebutuhan masa untuk berlibur.. Sebab2 kenapa aku tak update blog:

1. Aku sibuk (menyibuk) sangat sekarang.. Bos aku tak indipendent sgt.. Sumer kena aku yang buat..
2. Aku sibuk dengan Majalah Bahagian.. Ketua Grafik merangkap Ketua Editor merangkap Pengarang.. Senang citer majalah aku punya..
3. Adapter aku terhilang.. susah aku nak transfer gambar2 hangat aku.. bila aku rasa citer tu dah basi.. so, keghairahan untuk mengupdate jadi pudar..
4. Aku takut orang bosan baca blog aku.. asyik2 citer anak, kerja dan diri sendiri.. haks..
5. Biar orang rasa siket upset bila buka blog aku... takde citer terkini.. (boleh tak?)
6. Aku sibuk ikuti perkembangan kempen Obama.. Macam ada effect kat aku kalau dia menang kan.. Sampai Amat siap warning..awak tu mengandung!! Jangan obses sangat.. Tapi Obama memang a great speaker!!
8. Aku tak banyak shoping lately dan tak banyak orang ajak aku untuk jemputan hari raya macam Adee
9. Kat rumah aku dah lama takde internet bagai.. so aku tak boleh upload apa yang terpendam di hati macam Zella.. Lagipun aku tidur cepat.. pukul 9 atau 10 aku dah blackout..
10. Tak banyak tempat aku boleh jenjalan atau aku masih belum pindah rumah lagi.. So, takde citer jiran baru atau barang-barang aku yang mover rosakkan macam Luke..
11. Angan-angan aku untuk menceburi bidang perniagaan internet belum tercapai.. masih lagi di takuk bukuk nota kecik aku.. Nota angan-angan tu pun dah terconteng dengan lukisan abstrak syifa.. So, takde tempahan untuk aku layan macam Effa..
12. Anak-anak aku belum lagi bersekolah.. so far aku belum ada masalah dengan anak2 meragam nak pergi sekolah macam Kak Sal.. Kak.. tabah kak.. Cuma kengkadang Neesa buat perangai liat nak mandi sebelum pergi Taska.. Aku terus lumur mandian kat badan dia.. nak tak nak dia kena jugak pergi mandi.. Brutal kan ibu dia ni..
13. Aku malas.. alasan yang paling logik dan benar...


Sekian, terima kasih!

Thursday, September 18, 2008

Ketupat Angkasa Gaban..

Kad hari raya ni direka setelah hadir ke Kursus Adobe Photoshop Asas hari Isnin lepas.. The class was too boring actually.. Dah la pc slow.. internet connection pun ala-ala siput.. Tenaga pengajar pun ala2 blur..dah la tension nak upload gambar sbb asyik2 hang.. So, aku buat donno jer.. sampailah 'cikgu' kata.. pukul 3 kita present kad hari raya memasing.. Hah... kaget gue.. Berbekalkan semangat tipis yang ada.. disokong dengan teman seperjuangan di YM, aku berjaya menyiapkan kad ni dalam masa-masa kecemasan. Guna teknik outer glowing siket.. tukar kaler siket.. upload tulisan lawa siket.. recolouring masjid siket.. guna background stardust.. ni lah hasilnya.. bagi aku ketupat tu tak sesuai duduk situ tapi aku tak nak membazir gambar ketupat yang aku dah edit.. bantai jer letak kat situ.. ingat nak buat melingkat kat hujung 'H'.. tapi dah tak sempat.. takpelah.. jadilah ketupat angkasa.. Apa2 pun.. kalau dah pandai guna tools Adobe.. mesti lagi lawa hasilnya..

Kepada kawan2 diperantauan.. Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri dengan gigihnya..Selamat mencuba buat lauk raya sendiri, selamat bersalaman dengan kawan dan taulan.. Aku tau syahdu.. tapi tu sumer pengalaman kan.. Skg ni kan ada 3G.. buatlah ucapan online dengan family memasing yer..

Kepada kawan2 yang tak jemu2 duduk di tanah air kita, marilah kita berdoa semoga hari raya ni di sambut dengan penuh keinsafan.. Semoga tanah air tercinta ni terus aman dan damai di bawah RahmatNya..

Projek Bubur Lambuk

Ha..ha.. actually this is the first time I do it on my own.. Selalunya tolong Umi jer masak.. Last week my old friend :Julia minta resepi ni.. Aku bagi jer lah.. Tapi aku rasa kaget takut salah kasi.. so aku pun cuba sendiri resepi yang aku kasi sbb kebetulan adik aku mengidam nak makan bubur lambuk.. anak perantauan lah katakan.. Kat sini susah nak cari pucuk paku warna merah.. Kalau dulu masa kecik-kecik, aku kutip kat paya tepi rumah jer.. Bubur lambuk jadi menu kewajipan kitaorang.. Arwah Abah yang selalu buat.. Selalunya letak isi ikan bakar.. Tapi aku malas.. Letak daging yang dipotong kecik-kecik.. Menjadi.. Alhamdulillah..

Syifa dengan bubur lambuk yang baru siap dimasak.. Panas tuh..

Aku pakai pucuk paku yang biasa orang buat goreng tu jer.. Ok lah.. tapi kala pucuk paku merah lagi real.. Rasanya sedikit berbeza.. Pucuk paku letak last sekali takut lembik sangat..

Harap Julia tak jemu buat lepas ni.. Selamat mencuba kepada yang lelain.. Zella, cuba lah makan.. ni bukan bubur orang demam tau...

Tuesday, September 9, 2008

Projek Kuih Muih Puasa Vol.2

Memandangkan kerajaan menyarankan perbelanjaan berjimat cermat.. dan Amat pun liat nak pergi pasar Ramadhan dan kalau tersinggah pun, belum ada kuih yang memuaskan hati.. aku pun belajar-belajarlah mencuba resepi kat internet.. Selepas cubaan membuat karipap Sabtu lepas.. aku makin seronok nak buat kuih lagi.. Aku penggemar kuih pedas dan Amat suka kuih2 manis.. Selalunya kalau beli tauhu mesti buat tauhu sumbat.. Semalam aku tengok resepi tauhu sumbat dengan ayam.. aku pun cubalah.. Menjadi jugak.. Tapi one thing for sure kita kena ada tauhu yang baru.. means yang lembut lagi senak nak korek isi tauhu tuh..kalau tauhu keras mesti tendency untuk tauhu pecah tu ada.. Pas tu, kalau goreng mesti minyak yang banyak.. Aku ala-ala tak nak deep fry kan.. So, berteraburlah isi ayam aku tuh.. Next time aku nak cuba letak crab stick.. Semalam makan ngan cili sos jer.. aku rasa kalau makan dengan kuah kacang pedas lagi syok..

Ni gambar sebelum digoreng.. mcm colourful jer kan.. Isi ayam dicincang, campur bawang dan capsicum dicincang.. letak lada sulah sikit.. daun sup sikit.. dan perasa kalau suka.. boleh dicampur dengan isi tauhu yang dikorek juga.. Sumbat bagi padat..


Ni gambar tauhu sumbat yang lepas digoreng.. Gambar tak attracive sangat sebab aku cepat2 snap.. takut Amat nampak.. mesti dia kata.. buat kuih sikit nak ambil gambar..hak..hak.. Dia tak tau pun aku berblog.. Hiks

Oleh kerana Amat berchoti semalam.. balik dari kerja aku tengok sumer lauk dah ready.. siap ada LEPAT PISANG.. Yes.. lepat pisang idaman aku tuh.. Tapi yang sedihnya.. Amat buat 8 bijik jer.. Ada ker patut.. Aku dapatlah makan 1.. Syifa 3.. (ambik kau.. dia pun dan jadi macam Amat suka kuih manis).. Neesa 1 dan Amat makan 3.. Tapi takpe.. Kepada mereka yang sangat baik hati nak buat lepat untuk aku tuh.. (u know who u r).. jangan susah hati.. aku tak kempunan dah.. so, takyah susah2 tau.. Terima kasih daun keladi..

Nak puji jugak.. Amat buat lepat lebih sedap dari aku aku punya hari tuh... Dah la lepat dia tak kedut.. lembut je.. Buat lagi boleh? ;)

p/s Sehari dua ni, sibuk budak2 ExITM bertukar2 resepi.. Harap diaorang gigih membuatnya.. Good Luck everybody!!

Monday, September 8, 2008

They grow too fast!!

This is the latest pic of my daughter.. Mcm sedar tak sedar yang aku dah nak masuk 3 orang anak.. One thing for sure, they really need my attention and sometimes aku jadi orang giller melayan karenah mereka.. Maybe sebab pregnancy kali ini sedikit mencabar.. Jadi kesabaran aku pun semakin pudar.. Ish..
Neesa dengan jam terbarunya. Nak sangat dia pakai jam.. Ni jam yang ke 5 dibeli.. Sekejap jer dah hilang atau rosak.. Tapi this time aku dah ajar dia tengok jam.. Pukul berapa kena bangun, pukul berapa kena mandi dan pukul berapa dia kena tidur.. Jam Barbie.. RM15 jer..

Budak paling bertuah di dunia.. Penguji kesabaran paling ulung.. Karenahnya buat aku 'cepat panas'.. Semalam aku tersepak dia sampai terguling hanya kerana dia celup tangan dalam air kelapa aku.. Aku pun tak dapat imagine mcm mana perkara tu boleh berlaku.. Maybe dia sedikit berlakon jatuh berguling-guling.. Doll kesayangan 'si baby'.. rambut dah kusut masai.. baju dah hilang sebab dia suka baby 'natural' gittuew.. Banyak kali juga dia suruh aku ikat rambut baby dia dan banyak kali juga dia suruh aku buka balik.. Malam2 mesti kena peluk dia tidur.. Tangan jangan lupa kena tepuk punggung dia.. Aku paling tak dapat tidur dengan nyenyak sejak dia lahir.. Aku selalu tak cukup tidur.. Tapi dia juga paling manja dan pandai ambil hati aku.. Kelakar pun ada si Syifa' ni.. Harap besar nanti tak notty sangat..


Oleh kerana Si Adee n Luke sibuk promote epok2 masing-masing.. (Aku tak panggil epok-epok.. aku panggil karipap).. Aku pun teringin jugak lah nak buat.. Tapi one thing for sure karipap paling sedap ialah karipap MIL aku.. Puan Maimon.. So, aku ikutlah resepi dia.. Masa tumis bawang tu, campur sekali udang kering.. Pastry letak minyak masak yang telah dipanaskan.. Aku tak pandai nak kelim.. sumpah.. so, jadilah karipap yang berbagai saiz.. Kalau tengok MIL aku buat.. cukup expart.. dia canai panjang-panjang pastry tu.. letak inti sampai 5 ketul.. tekup.. kelim.. kejap jer dah siap.. Kagum aku.. Petang karang teringin nak buat tepung pelita.. Harap2 menjadi.. Kalau jadi.. (aku bilang kalau).. aku akan postkan hasilnya..

p/s Takziah kat kake zuey.. dia keguguran minggu lepas.. Aku harap rezeki dia lebih murah akan datang.. Terus double.. mana tau kan.. Kun Fayakun..Amin..






Thursday, August 28, 2008

Nostalgia Busuk..

Lately ni dah tak de idea nak tulis blog.. Gambar ni dah lama aku simpan.. So, hari ni terkeluarlah.. Aku agak time ni aku umur 5 tahun kot.. Sebenarnya nak tunjuk skirt yang aku pakai ituew.. Pada zaman tu, kalau budak perempuan takde skirt tu.. kira tak best lah.. Siap kalau main petang-petang, hampir semua budak perempuan akan pakai skirt tuh.. Skirt berplet dan ada rantai.. hak..hak.. Trend betul time tu. Korang ada tak? Ni lah rumah yang aku duduk sampai hari ni.. Belakang aku tu pokok delima.. manis bersari... tapi takdelah biji dia macam yang selalu aku jumpa hari ni.. merah menyala.. Kalau adik2 sakit perut, Umi aku rebus kulit buah delima tu, bagi minum.. Masa ni mak aku dah pakai tudung.. besar ek cermin mata dia..Kurus betul dia masa tuh.. Oklah.. nanti aku gambar lagi..

P/s hobi mak aku terhadap orkid tak pernah padam.. Kalau korang nak benih orkid, datanglah ke rumah aku kat Beserah ni..

Monday, August 18, 2008

Sambungan.. Racist?


Aku nak sambung lagi rasa ketidakpuasan hati terhadap apa yang berlaku dalam negara aku sekarang... Naik meluat dengar berita.. Aku rasa kalau orang luar baca berita negara kita pun ketawa berdekah..dekah.. time ni kalau orang nak serang orang Melayu.. mesti sure diaorang menang.. Meh sini kita nyanyi lagi.. Patriotik seh..

Warisan...

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama kita
Cita lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutup hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di Nusantara