Lately ni banyak dengar masalah orang.. termasuk masalah sendiri. Semua masalah mematangkan kita.. kita ada dua pilihan.. sama ada masalah itu akan buat kita lemah atau buat kita makin kuat.. Kalau ada masalah sangat.. mengadulah pada yang Esa.. confirm tenteram lepas tu plus kita ada kawan-kawan yang kita rasa percaya untuk meluahkan perasaan.. Thanks sesangat kerana korang wujud di dunia ini..
Hari tu masa tengah melipat kain yang dah macam bukit Uhud tu, tengok satu movie kat TV1.. Cerita pasal keikhlasan isteri kedua dan pengorbanan isteri pertama dan adilnya Si Suami. Nak citer yang lagu dalam cerita tu buat aku terbuai-buai.. Lagu Shiela Majid - Ku Mohon.. So, kepada kawan-kawan yang tengah ada masalah.. berdoalah.. bersabarlah.. Be Strong Eh..
Ku Mohon - Shiela Majid
Setiap hari kumohon
Agar Kau sentiasa
Memberiku ketenangan dalam hati... kekuatan
Menempuh segala dugaan yang mencabar ini
Pasti punya ertinya
Engkau beriku harapan
Menjawab segala persoalan
Hadapi semua dengan tenang
Dengan merasa kesyukuran
Ku doa Kau selalu
Mengawasai gerak-geriku
Berkatilah ku penuh rahmat dari Mu
Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadamu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu selalu
Ada kalanya ku merasa hidup ini seperti kaca
Jikalau tidak bersabar
Hancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatiku
Melalui semua itu... Ooh...
Kuatkanlah
Cekalkanlah diriku
Curahkanlah nikmat Mu pada hidupku
p/s (1)Lagu ni bukan untuk tengah bermasalah jer.. orang tengah happy pun boleh juga.. Semoga niat baik Allah akan mudahkan.. Ehem..
(2) Kak Sal.. entri kali ni kurang 'Aku'.. (saya sangat lemah dalam mengarang lately..saya perasan ayat2 saya tak sedap dibaca..)













