Tuesday, September 9, 2008

Projek Kuih Muih Puasa Vol.2

Memandangkan kerajaan menyarankan perbelanjaan berjimat cermat.. dan Amat pun liat nak pergi pasar Ramadhan dan kalau tersinggah pun, belum ada kuih yang memuaskan hati.. aku pun belajar-belajarlah mencuba resepi kat internet.. Selepas cubaan membuat karipap Sabtu lepas.. aku makin seronok nak buat kuih lagi.. Aku penggemar kuih pedas dan Amat suka kuih2 manis.. Selalunya kalau beli tauhu mesti buat tauhu sumbat.. Semalam aku tengok resepi tauhu sumbat dengan ayam.. aku pun cubalah.. Menjadi jugak.. Tapi one thing for sure kita kena ada tauhu yang baru.. means yang lembut lagi senak nak korek isi tauhu tuh..kalau tauhu keras mesti tendency untuk tauhu pecah tu ada.. Pas tu, kalau goreng mesti minyak yang banyak.. Aku ala-ala tak nak deep fry kan.. So, berteraburlah isi ayam aku tuh.. Next time aku nak cuba letak crab stick.. Semalam makan ngan cili sos jer.. aku rasa kalau makan dengan kuah kacang pedas lagi syok..

Ni gambar sebelum digoreng.. mcm colourful jer kan.. Isi ayam dicincang, campur bawang dan capsicum dicincang.. letak lada sulah sikit.. daun sup sikit.. dan perasa kalau suka.. boleh dicampur dengan isi tauhu yang dikorek juga.. Sumbat bagi padat..


Ni gambar tauhu sumbat yang lepas digoreng.. Gambar tak attracive sangat sebab aku cepat2 snap.. takut Amat nampak.. mesti dia kata.. buat kuih sikit nak ambil gambar..hak..hak.. Dia tak tau pun aku berblog.. Hiks

Oleh kerana Amat berchoti semalam.. balik dari kerja aku tengok sumer lauk dah ready.. siap ada LEPAT PISANG.. Yes.. lepat pisang idaman aku tuh.. Tapi yang sedihnya.. Amat buat 8 bijik jer.. Ada ker patut.. Aku dapatlah makan 1.. Syifa 3.. (ambik kau.. dia pun dan jadi macam Amat suka kuih manis).. Neesa 1 dan Amat makan 3.. Tapi takpe.. Kepada mereka yang sangat baik hati nak buat lepat untuk aku tuh.. (u know who u r).. jangan susah hati.. aku tak kempunan dah.. so, takyah susah2 tau.. Terima kasih daun keladi..

Nak puji jugak.. Amat buat lepat lebih sedap dari aku aku punya hari tuh... Dah la lepat dia tak kedut.. lembut je.. Buat lagi boleh? ;)

p/s Sehari dua ni, sibuk budak2 ExITM bertukar2 resepi.. Harap diaorang gigih membuatnya.. Good Luck everybody!!

Monday, September 8, 2008

They grow too fast!!

This is the latest pic of my daughter.. Mcm sedar tak sedar yang aku dah nak masuk 3 orang anak.. One thing for sure, they really need my attention and sometimes aku jadi orang giller melayan karenah mereka.. Maybe sebab pregnancy kali ini sedikit mencabar.. Jadi kesabaran aku pun semakin pudar.. Ish..
Neesa dengan jam terbarunya. Nak sangat dia pakai jam.. Ni jam yang ke 5 dibeli.. Sekejap jer dah hilang atau rosak.. Tapi this time aku dah ajar dia tengok jam.. Pukul berapa kena bangun, pukul berapa kena mandi dan pukul berapa dia kena tidur.. Jam Barbie.. RM15 jer..

Budak paling bertuah di dunia.. Penguji kesabaran paling ulung.. Karenahnya buat aku 'cepat panas'.. Semalam aku tersepak dia sampai terguling hanya kerana dia celup tangan dalam air kelapa aku.. Aku pun tak dapat imagine mcm mana perkara tu boleh berlaku.. Maybe dia sedikit berlakon jatuh berguling-guling.. Doll kesayangan 'si baby'.. rambut dah kusut masai.. baju dah hilang sebab dia suka baby 'natural' gittuew.. Banyak kali juga dia suruh aku ikat rambut baby dia dan banyak kali juga dia suruh aku buka balik.. Malam2 mesti kena peluk dia tidur.. Tangan jangan lupa kena tepuk punggung dia.. Aku paling tak dapat tidur dengan nyenyak sejak dia lahir.. Aku selalu tak cukup tidur.. Tapi dia juga paling manja dan pandai ambil hati aku.. Kelakar pun ada si Syifa' ni.. Harap besar nanti tak notty sangat..


Oleh kerana Si Adee n Luke sibuk promote epok2 masing-masing.. (Aku tak panggil epok-epok.. aku panggil karipap).. Aku pun teringin jugak lah nak buat.. Tapi one thing for sure karipap paling sedap ialah karipap MIL aku.. Puan Maimon.. So, aku ikutlah resepi dia.. Masa tumis bawang tu, campur sekali udang kering.. Pastry letak minyak masak yang telah dipanaskan.. Aku tak pandai nak kelim.. sumpah.. so, jadilah karipap yang berbagai saiz.. Kalau tengok MIL aku buat.. cukup expart.. dia canai panjang-panjang pastry tu.. letak inti sampai 5 ketul.. tekup.. kelim.. kejap jer dah siap.. Kagum aku.. Petang karang teringin nak buat tepung pelita.. Harap2 menjadi.. Kalau jadi.. (aku bilang kalau).. aku akan postkan hasilnya..

p/s Takziah kat kake zuey.. dia keguguran minggu lepas.. Aku harap rezeki dia lebih murah akan datang.. Terus double.. mana tau kan.. Kun Fayakun..Amin..






Thursday, August 28, 2008

Nostalgia Busuk..

Lately ni dah tak de idea nak tulis blog.. Gambar ni dah lama aku simpan.. So, hari ni terkeluarlah.. Aku agak time ni aku umur 5 tahun kot.. Sebenarnya nak tunjuk skirt yang aku pakai ituew.. Pada zaman tu, kalau budak perempuan takde skirt tu.. kira tak best lah.. Siap kalau main petang-petang, hampir semua budak perempuan akan pakai skirt tuh.. Skirt berplet dan ada rantai.. hak..hak.. Trend betul time tu. Korang ada tak? Ni lah rumah yang aku duduk sampai hari ni.. Belakang aku tu pokok delima.. manis bersari... tapi takdelah biji dia macam yang selalu aku jumpa hari ni.. merah menyala.. Kalau adik2 sakit perut, Umi aku rebus kulit buah delima tu, bagi minum.. Masa ni mak aku dah pakai tudung.. besar ek cermin mata dia..Kurus betul dia masa tuh.. Oklah.. nanti aku gambar lagi..

P/s hobi mak aku terhadap orkid tak pernah padam.. Kalau korang nak benih orkid, datanglah ke rumah aku kat Beserah ni..

Monday, August 18, 2008

Sambungan.. Racist?


Aku nak sambung lagi rasa ketidakpuasan hati terhadap apa yang berlaku dalam negara aku sekarang... Naik meluat dengar berita.. Aku rasa kalau orang luar baca berita negara kita pun ketawa berdekah..dekah.. time ni kalau orang nak serang orang Melayu.. mesti sure diaorang menang.. Meh sini kita nyanyi lagi.. Patriotik seh..

Warisan...

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama kita
Cita lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutup hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di Nusantara

Thursday, August 14, 2008

Racist?

Aku rasa ada banyak cari lain untuk mewujudkan daya saing anak melayu. Aku rasa UiTM banyak membentuk anak melayu. Kat Malaysia ada banyak U, mana-mana boleh pilih.. tapi kenapa bumiputera pilih ITM (aku tak tetapi suka ITM rather than UiTM).
Kenapa private sector prefer pilih student grad from ITM.. Sebab mereka lebih berkualiti... English lagi power orang kata compared to other graduate students.. So, Khalid? What r u thinking?

Setiap kali aku dengar lagu ni.. bulu roma aku mesti ternaik.. Rasa bangga sangat... Dan aku rasa semua exITM akan rasa yang sama.. Jom nyanyi!!

UiTM Dihatiku.
Wujudmu Di Sini Di Tanah Anak Merdeka
Bagai Obor Ilmu Memayungi Putera Puterinya
Pelopor Hidup, Budaya Bangsa, Agama.... Negara
Pembentuk Akhlak Manusia,
Agar Jadi Sempurna
Ku Yang Melangkah Ke Sini Ingin Mempelajari
Rahsia Di Muka Bumi Dengan Cara Hakiki
Tunjukkan Aku Jalan Ilmumu
Untuk Ku Menuju
Destinasi Cita-cita
Negara Dan Bangsaku
Majulah Bangsa,
Maju Negara
Berkat Usaha Jaya Mara
Kami Berikrar Akan Berjasa
Hingga Kita Berjaya….Demi Bangsa
Watikah Yang Ku Miliki
Kan KuSemat Di Hati
Janjiku Pada Pertiwi
UntukMenabur Bakti
Ku Sempurnakan Seikhlas Hati
Membela Negara
Doa Restu Ayah Bonda
KuUntuk Mu Semua
UiTM Usaha Takwa Mulia

Tuesday, August 5, 2008

Neesa's Drawing

Neesa dah rajin melukis sekarang ni.. Pagi tadi dia letak lukisan ni dalam beg aku.. Aku sempat la tengok dalam kereta.. Ha..ha.. aku rasa lukisan aku macam nak sama dengan lukisan muka orang yang jadi trademark aku masa belajar dulu..

Ni gambar deretan orang menyanyi.. Sekarang bila balik sekolah jer.. mesti ada lagu baru.. Amboi.. nursery KLN ni.. tak mau kalah..



Aku fokus kat gambar ni.. Aku tanya kenapa mulut 'Si Pink' besar... Dia kata.. dia pandai nyanyi.. Nampak tak kaki 'Si Pink' mcm tendang 'Si Hijau'.. Neesa kata.. suruh 'Si Hijau' nyanyi kuat-kuat..Oooo...

Tuesday, July 22, 2008

Congrats 2 you!!



Zuey.. tahniah di atas kebuntingan pelamin itu.. Boleh la kita together-gether bercheckup nanti.. Rambut anak pertama selalunya kerinting.. Mentelaah, kau lagi lama duduk ngan orang itu :)
p/s Zuey yang bertudung kelabu.. Yang tudung hitam tu dah jadi usahawan tersohor..

Monday, July 21, 2008

Two lines..

:-)

Tuesday, July 15, 2008

"2"


Syifa dah masuk 2 tahun minggu lepas. Tapi aku ngan Amat tak jumpa masa untuk birthday party... cuma last week jer Amat beli kek untuk celebrate. Celebrate kami berempat. Yang kelakarnya Syifa cukup marah bila patung Ultraman dia diletakkan di atas kek.. Opss.. jiwa-jiwa boyish macam dah nampak siket kat Syifa.. Sampai merajuk tak nak ambik gambar.. Seperti biasa.. stand up actress ialah Neesa.. Siap ajar adik dia potong kek macam mana.. Patung Teletubbies dia ter'penggal' sebab berebut ngan si adik..Tu yang nampak macam 2 jer tuh..
Nak tak nak terpaksa jugak cabut Ultraman Syifa tuh.. Meleleh air mata.. Hik.. nampak macam Ultraman tu 'hidup' kan.. Cam menyala jer..

Si bertuah Neesa dengan aksi melampaunya.. Aku gi dapur untuk ambik piring, Amat ke dalam bilik ambik kamera.. Tengok dah jadi cenggitu.. Patutlah aku dengar diaorang gelak-gelak kat meja..

Neesa ajar Syifa cara potong kek dengan betul.. Tengok kek tuh.. Pa.. kalau kau nak pembantu dapur aku ada 2 orang yang nak kerja ngan kau nih..

p/s Kejap jer Syifa dah 2 tahun. Semoga jadi anak yang baik. Dunia dan akhirat. Nak adik tak? Opps..

Wednesday, July 2, 2008


Sepi : Song by Yuni Sahara

Sepi hati terjadi lagi
Mungkin sampai mati

Aku sepi

Biar senyum hadir dihariku
Namun ini hanya ada dibibir
Dibibir saja

Aku ini
Yang bisa mengerti
Walaupun yang lain
Mau mengerti
Namun berat beban dihidupku

Biarkan saja.. biar saja
Hanya ku yang tahu

Sejarah cinta dan hidupku
Penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh
Untuk tetap ku berdiri

Ada saatnya ku bicara
Bila hatiku telah pulang
Sepanjang kubisa atasi semua
Aku tetap diam..


p/s Aku masih terkesan tengok citer Sepi.. Hu..hu..Lagu ni sedihlah.. Aku sajer kutip gambar yang relevan dengan lagu ni.. Which one is your fav? Kalau gambar kat Flickr memang tersangatlah cantik tapi tak banyak yang boleh nak Ctrl C n Ctrl V lah.. Kemut!!

Ha..ha. gambar aku tak edit..

Kalau kita dah tua nanti mesti Sepi ek..

Aku suka tengok teknik diaorang ambik gambar...Ni mesti dah diedit..

Ala.. kesiannya budak ni.. Mesti mak dia cari.