Friday, May 16, 2008

Have a Good Laugh

Deadlock..

Boss said to secretary: For a week we will go abroad, so make arrangement.

Secretary make call to Husband: For a week my boss and I will be going abroad, you look after yourself.

Husband make call to secret lover: My wife is going abroad for a week, so lets spend the week together.

Secret lover make call to small boy whom she is giving private tuition: I have work for a week, so you need not come for class.

Small boy make call to his grandfather: Grandpa, for a week I don't have class 'coz my teacher is busy. Lets spend the week together.

Grandpa(the 1st boss ;) ) make call to his secretary: This week I am spending my time with my grandson. We cannot attend that meeting.

Secretary make call to her husband: This week my boss has some work, we cancelled our trip.
Husband make call to secret lover: We cannot spend this week together, my wife has cancelled her trip.

Secret lover make call to small boy whom she is giving private tuition: This week we will have class as usual.

Small boy make call to his grandfather: Grandpa, my teacher said this week I have to attend class. Sorry I can't give you company.

Grandpa make call to his secretary: Don't worry this week we will attend that meeting, so make arrangement .

;)

Wednesday, May 14, 2008

Bali vs Kids..

Hujung minggu ni kalau ikutkan pergi honeymoon di Bali.. Anniversary ke 5.. Alhamdullillah dah 5 tahun kawin.. Harap jodoh ini berkekalan..


Gambar aku curik kat Adinang.. Ni kechak Dance tak silap.. Berkechak la aku kat sana nanti..

Gambar from Adinang lagi.. Ramayana pijak api..Yang pasti kamera aku tak kan mampu ambik gambar sebegini cantik.. Zella punya mesti boleh :)
Actually I have no right words to express my feelings.. Risau sangat... Preparation ke Bali pun belum siap sepenuhnya.. Syifa demam since Ahad. Demam panas sampai keluar darah kat idung.. Erk.. Aku tak tau nak buat apa.. Isnin masuk wad tapi result darah so far ok.. Semalam dah ada bintik2 merah kat kaki. Hope its not Dengue.. please God.. Hari ni cek darah lagi. Harap negative for dengue or whatever parasit, virus or whatever.. Harap demam biasa.. Huk..huk..
Kepada korang- korang..
Nanti aku cuba cari kasut manik, baju T Hard Rock Cafe, kebaya putih dan patung gajah itu..

First time Syifa masuk hospital.. Sayu hati tengok anak kena ambik darah dan masuk air..



Kalau anak demam, kejap jer susut badan ek.. Dah kecik mukanya..

p/s Aku n Amat akan ke Bali from 18-21 Mei.. Aku sambung percutian Zella..

Friday, May 9, 2008

Terima Kasih

Terima kasih kepada Allah kerana meminjamkan jasad ini sehingga aku umur 30 tahun. Semoga aku jadi lebih dekat padaMu.

Terima kasih Umi kerana 30 tahun lepas telah berhempas pulas melahirkan aku.Membesarkan aku dengan penuh kasih sayang.

Terima kasih kawan-kawan kerana mewarnai dunia aku dan teman aku dalam perjalanan yang jauh ini.

Terima kasih cikgu2 kerana mendidik aku menjadi manusia.

Terima kasih Amat kerana hadiahkan aku cincin idaman aku :) (erk.. cincin tu besar sikit la..mesti ukur saiz jari aku yang lama kan..)


Model cincin HJ tahun 2025 :)

Thursday, May 8, 2008

Kasihnya Ibu..

Semua orang ada ibu kan.. Aku ada gak.. Makin tua, makin rapat hubungan aku ngan Umi. Kalau aku sedih mesti aku ngadu kat dia. Macam hari tu, masa aku rasa putus asa.. dia bagi la surat dan selawat untuk diamalkan. Till now, semua surat, cards Umi masih aku simpan. Aku rasa, masa kecik sampai la masuk ITM aku anak yang baik sebabnya ialah, aku tak suka dengar dia membebel.. so aku kalau boleh tak nak cari pasal dengan dia dan pada masa yang sama, akulah anak yang paling rajin.. Tak caya cuba tanya Puan Saniah.. Akulah yang selalu tolong belikan breakfast untuk adik beradik, aku yang selalu kemas rumah dan aku yang selalu tolong kat dapur.. (sila baca: potong2 bawang dan tumbuk lada.. bukan memasak!) Masa ITM selalu dapat surat dari Umi bagi nasihat, mengadu pasal adik-adik yang notty (since masa tu ayah aku dah takde)..

Pengorbanan? Terlalu banyak.. Kalau aku taip aku akan nangis.. Aku cuma boleh cakap.. patutlah Syurga di bawah tapak kaki ibu!! Selamat Hari Ibu, Umi!!

Surat Umi aku baru-baru ni.. Suruh aku sabar dengan ketentuan Allah, suruh amalkan Selawat Syifa', Selawat Tajriah untuk memohon hajat kepada Allah. Tulisan mak aku lawa, tak macam tulisan aku.. buruk!!


Puan Saniah binti Zakaria. I lap you sampai bila-bila.. semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik. Amin.
p/s Selamat Hari Ibu buat ibu-ibu di luar sana. Korang memang rowk!!

Tuesday, May 6, 2008

Reverse Roles


Actually, aku ada kerja yang nak kena siap pagi ni.. buat minit mesyuarat.. tapi karang punya karang.. aku jadi blur.. so aku selit kejap baca buku memandangkan kat rumah memang payah siket nak luang masa untuk baca buku..

Taken from Chicken Soup for the Couple's Soul

pg 154


Marry was married to a male chauvinist. They both worked full time, but he never did anything around the house and certainly not any housework. That, he declared, was woman's work.


But one evening, Marry arrived home from work to find the children bathed, a load of wash in the washing machine and another in the dryer, dinner on the stove and a veautifully set table, complete with flowers.


She was astonished, and she immediately wanted to know what was going on. It turned out that Charley, her husband, had read a magazine article that suggested working wives would be more romantically inclined if they weren't so tired from having to do all the housework in addition to holding down a full time job.

The next day, she could'nt wait to tell her friends int the office. "How did it work out?" they asked.

"Well, it was a great dinner," Marry said. Charly even cleaned up, helped the kids with their homework, folded the laundry and put everything away."

"But what about afterward? her friends wanted to know.

"It didn't work out," Marry said. "Charley was too tired".


Since takde maid.. aku memang penat tahap melampau.. (walaupun masa ada Kak Milah, aku still lagi do half of the housework).. Balik kerja, solat kalau belum sempat solat kat office, letak kain dalam washing machine, keluarkan apa yang nak dimasak, angkat kain yang dah dijemur pagi tadi, mandikan anak, prepare dinner.. fuhhh.. Itu belum lagi sapu/vacuum, mop lantai dan cuci toilet yang aku akan buat bila dah kotor sangat. Amat akan tolong tapi bila tolong satu, yang itu jer lah.. Aku rasa aku lagi ligat kalah tuhan keling yang banyak tangan tuh.. penat memang penat.. Amat still lagi boleh tolong aku mandikan anak.. tapi ayat dia kan.. Jangan buat sepah.. nanti ibu marah ayah.. (Siot jer.. nampak sangat aku ibu yang garang).. Aku rasa kaum lelaki tak sehebat wanita dalam doing the housework. Tak caya tanya ibu-ibu yang lain... Aku bernasib baik lagi.. Amat still consider ringan tangan tolong aku.. ada suami tu.. makan pun tinggal pinggan atas meja. Basuh berak anak? Sorry..

Tapi semalam Amat tolong jemur baju, basuh pinggan dan mandikan anak.. Aku dah dengar ada high tones masa dia pakaikan baju anak.. Tau jer lah budak2 kan.. nak main jer lebih.. Aku dah macam kesian tengok dia buat kejar-kejar budak.. sampai dia membebel kat Neesa.. ayah penat tau.. ayah penat tau.. pas tu Neesa jawab.. Ibu tak penat pun!! (Bertuah punya anak!) Baru nak relax.. Bagi aku.. suami isteri yang dua-dua kerja.. dua2 penat.. so, bantu-bantu lah isteri.. Sebenarnya kalau ikut Nabi.. kerja rumah tu kerja suami.. Isteri layan suami jer kan!!

Wish List

Hak..hak.. korang pernah ada wish list tak? Ni birthday wish list aku.. Tahun ni nak masuk 30's.. Dulu masa nak masuk 20's rasa macam dah dewasa sangat.. Umur 20 aku setat masuk kerja.. Start duduk KL.. Duduk kongsi rumah ngan budak2 ITM kat Cheras.. Belajar berdating. Sekarang ni.. umur nak masuk 30.. masih lagi kerja yang sama :) , anak dua, laki satu.. hak..hak.. Aku ingat nak manjakan diri aku sendiri untuk birthday aku akan datang.. Berikut merupakan antara senarai yang bermain di kepala..



1. Kamera (Jangan tengok brand.. aku masih survey ikut ilmu (tersangat amatur) yang aku ada)

2. Cincin baru..



3. Pergi SPA mewah


4. Pergi tengok teater kat Istana Budaya/Art Gallery


6. Pegi shoping sorang diri/window shopping ngan kengkawan


7. Baju baru (sebab aku dah kurus siket..hak..hak..)

8. Bawak mak aku pergi main snow (Nota: aku rasa mak aku tak kan segirang gambar di atas)


9. Amat's Jr.

Bagi aku, umur 30 merupakan satu titik penting dalam kehidupan sorang wanita. Kebanyakannya dah stabil la kan.. Dah ada family, career, dah banyak pengalaman, dah mencapai satu titik kemuncak dalam hidup.. (study, family, excitment etc..etc..). Dulu aku azam by 30 aku dah ada kerjaya yang baik, keluarga dan melancong.. Setengah azam tercapai dan setengah masih dalam proses.. ehem!!

Thursday, April 24, 2008

Sesekali teringin..

Last 2 weeks dapat phone call dari Umi kata Mek dah tak boleh bangun. Umi kata kalau nak balik.. balik lah.. Erk.. Balik Beserah on Sunday till Monday.. Masa sampai ramai makcik2 dah ada.. Suspens seh.. Tengok mek terbaring kat ruang tamu dengan cucu penuh keliling.. Harap mek tak sakit berat.. Setelah diexplain oleh cousin aku yang terdiri dari doctor n pharmacist.. Baru aku faham.. She's having 3 stage of osteoporosis.. Tulang tengah menghakis tapi at the same time takde tulang yang direbuilt balik.. (Sila baca n drink your milk or other alternative)... Those yang kecik agak petite sangat lagi tinggi risiko nak dapat penyakit ni.. Sebab tulang mereka kecik. As a normal people.. our bone tend to erosive tapi akan membentuk balik but not for them..


Aku teringin makan benda ini sekarang.. Foto diambil masa balik emergency ke Beserah last 2 weeks. Ketupat daun palas yang lemak berkrim.. Kat KL selalunya ketupat keras dan tengik..


Ini gambar mek baru lepas mandi.. Neesa n Syifa pun baru lepas mandi.. nampak tak kesan Neesa main bedak kat kolar baju dia.. Syifa so cute with that smile.. Macam boyish pun ada.. tapi lately ni rambut dia dah boleh ikat.. Neesa panggil nenek aku Nye.. (panggilan untuk moyang bagi orang kelantan) Rupanya bila orang tu sakit.. lagi berat kita nak angkat.. Mau sengal jugak pinggang aku angkat Mek. Nampak jer kecik..
Nanti aku update lagi.. Gi Asar dulu..
p/s kepada BFF aku itu.. jangan terasa.. aku ikhlas.. Shopping jom.. Sabtu ni..

Wednesday, April 9, 2008

Aku yang rajin.. (Rajin ke)

Semalam pergi pasar ingat nak buat sup ikan merah.. tapi tengok yang tinggal hanya ekor dan beberapa potong ikan merah yang sudah bertukar coklat.. Mungkin ada yang makan sup ikan merah semalam.. Hiks.. Sejak dua menjak ni.. Jarang sangat dinner.. Almaklumlah.. produk HL kan.. (Eh.. tadi ada lagi orang tegur aku dah k***S.. suka..suka)..

So, tetiba rasa nak makan lepat, sincer Effa pengusaha lepat sudah beralih arah menjadi pengusaha kek.. Aku pun buat la sendiri kan.. Beli daun pisang dua keping.. 40 sen.. Lepas makan malam.. terus jerang periuk kukus kat dapur.. Amat kata.. nak terus buat ker.. Aku jawab.. tengah ada mood ni.. teruskan jer lah. kang.. pisang entah ke mana.. daun entah ke mana..

So, inilah hasilnya.. Aku letak inti kelapa sikit dalam lepat tuh.. Amat suruh letak inti kelapa manis. Tapi aku malas nak buat, so, kelapa aku letak garam jer sikit. Tapi aku tak pandai lipat lepat.. Aku main bungkus jer.. Kalau jual mesti orang tak nak beli.. Pas tu Amat tanya...kenapa lepat ni kedut bila dah masak.. Aku cakap... NI LEPAT SEDIH (kebetulan aku memang tengah sedih pun time tu).. Bila aku bawak ofis ada akak tu cakap.. daun pisang ni daun pisang muda.. sebab tu dia jadi kedut.. Hak..hak..


Pandangan sisi lepat sedih.. :)

Pandangan atas.. Aku saja letak kitchen towel yang seakan-akan warna lepat.. presentation kan.. Mangkuk tu beli kat Ikea.. RM3 jer.. Kitchen towel 6.40 sepuluh helai.. (Erk..kenapa aku mention ni~ Saje)

Korang mesti tanya kenapa sehari dua ni aku rajin mengentri.. sebabnya.. sila lihat gambar di bawah..

Dah 3 hari lampu kat atas aku ni tak menyala.. GFM kata bulb takde stock.. Ada ke patut.. So, jadi suram jer.. Jadi kerja pun slow sikit.. Pas tu addicted terbaru ialah menengok web ini.. Saifulnang.. rasa nak jer belajar jadi fotografer. Dulu ada sorang kawan aku macam.. (macam la).. nak berjinak2 dalam dunia fotografi.. Belajar teknik angle.. teknik itu.. tapi sekarang.. senyap la pulak..

Web Saifulnag.. Ada 6 fotographer.. The team called CandidSyndrome..Gambar yang diaorang ambik.. lawa2 betul.. Sapa ada RM2-3K.. nak pinjam. nak beli camera DXR/DSR! ;)

Tadi pergi perhimpunan Bulanan J*A.. Tagline baru diperkenalkan. J*A Meneraju Perkhidmatan Awam! So.. start working!!

Tuesday, April 8, 2008

Books! Anyone?

Aku suka sangat baca buku kaunseling, inspirational stories.. buku ala2 learn more about people nih. First tu buku Psikologi Asuhan Keluarga.. more about how to deal with your partner.. why this.. why that.. sebenarnya dari cover ingatkan buku asuhan kanak2.. aku tengah mencari cara terbaik untuk deal ngan budak2 sekarang especially with my two kids.. rupanya buku tentang wanita dan suaminya dong.. takpelah.. best jugak.. Author Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. Buku 2 tu writer yang sama.. aku belum baca tapi since buku 1 best..hope this one pun best.. Buku 3 dan 4 tu takyah diperkenalkan lagi.. Chicken Soup series memang best.. banyak real story about real people kat situ. Touching la kekadang.. Buku 4 tu aku pinjam sebab aku nak mengupgrade kan rem otak aku nih.. Sejak dua menjak tak jadi student ni, rasa macam aliran kat otak tu dah slow sikit..

For those yang suka baca mags.. apa salahnya baca buku cenggini.. best hape.. Buku cenggini memang takde surveys bachelor yang hensem2 tapi it worth it to spend your time reading this kind of book.. Try la..

Ada borang terselit kat situ kan.. Borang nak mohon pasport.. Melayang la RM300 aku.. CD tu aku dengar sambil buat kerja.. Anuar Zain and JLo.. (lagu dulu2) aku suka tengok step JLo.. smart move yet sexyyyyyyyyyyyy!!

Aduih..

Semalam Syifa jatuh kat nursery. Masa Amat nak ambik dia.. dia berlari2 pas tu terjatuh, terus terhantuk kat bucu pintu.. Uish.. ngeri aku tengok bengkak dia.. Tapi pagi ni dah surut.. So far anak2 aku takde yang luka2.. This is the first time. I'll make sure the scar's gone.. Mana cream Mederma aku nih..

P/S Amat upah Cadbury nak suruh anak berhenti nangis.. Tapi kuasa seorang Ibu kan.. aku peluk dia terus dia diam.. Kesian syifa.. mesti sakit giller..