Semua orang ada ibu kan.. Aku ada gak.. Makin tua, makin rapat hubungan aku ngan Umi. Kalau aku sedih mesti aku ngadu kat dia. Macam hari tu, masa aku rasa putus asa.. dia bagi la surat dan selawat untuk diamalkan. Till now, semua surat, cards Umi masih aku simpan. Aku rasa, masa kecik sampai la masuk ITM aku anak yang baik sebabnya ialah, aku tak suka dengar dia membebel.. so aku kalau boleh tak nak cari pasal dengan dia dan pada masa yang sama, akulah anak yang paling rajin.. Tak caya cuba tanya Puan Saniah.. Akulah yang selalu tolong belikan breakfast untuk adik beradik, aku yang selalu kemas rumah dan aku yang selalu tolong kat dapur.. (sila baca: potong2 bawang dan tumbuk lada.. bukan memasak!) Masa ITM selalu dapat surat dari Umi bagi nasihat, mengadu pasal adik-adik yang notty (since masa tu ayah aku dah takde)..
Pengorbanan? Terlalu banyak.. Kalau aku taip aku akan nangis.. Aku cuma boleh cakap.. patutlah Syurga di bawah tapak kaki ibu!! Selamat Hari Ibu, Umi!!
Surat Umi aku baru-baru ni.. Suruh aku sabar dengan ketentuan Allah, suruh amalkan Selawat Syifa', Selawat Tajriah untuk memohon hajat kepada Allah. Tulisan mak aku lawa, tak macam tulisan aku.. buruk!!
Puan Saniah binti Zakaria. I lap you sampai bila-bila.. semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik. Amin.p/s Selamat Hari Ibu buat ibu-ibu di luar sana. Korang memang rowk!!
No comments:
Post a Comment