Semalam pergi pasar ingat nak buat sup ikan merah.. tapi tengok yang tinggal hanya ekor dan beberapa potong ikan merah yang sudah bertukar coklat.. Mungkin ada yang makan sup ikan merah semalam.. Hiks.. Sejak dua menjak ni.. Jarang sangat dinner.. Almaklumlah.. produk HL kan.. (Eh.. tadi ada lagi orang tegur aku dah k***S.. suka..suka)..
So, tetiba rasa nak makan lepat, sincer Effa pengusaha lepat sudah beralih arah menjadi pengusaha kek.. Aku pun buat la sendiri kan.. Beli daun pisang dua keping.. 40 sen.. Lepas makan malam.. terus jerang periuk kukus kat dapur.. Amat kata.. nak terus buat ker.. Aku jawab.. tengah ada mood ni.. teruskan jer lah. kang.. pisang entah ke mana.. daun entah ke mana..
So, inilah hasilnya.. Aku letak inti kelapa sikit dalam lepat tuh.. Amat suruh letak inti kelapa manis. Tapi aku malas nak buat, so, kelapa aku letak garam jer sikit. Tapi aku tak pandai lipat lepat.. Aku main bungkus jer.. Kalau jual mesti orang tak nak beli.. Pas tu Amat tanya...kenapa lepat ni kedut bila dah masak.. Aku cakap... NI LEPAT SEDIH (kebetulan aku memang tengah sedih pun time tu).. Bila aku bawak ofis ada akak tu cakap.. daun pisang ni daun pisang muda.. sebab tu dia jadi kedut.. Hak..hak..
Pandangan atas.. Aku saja letak kitchen towel yang seakan-akan warna lepat.. presentation kan.. Mangkuk tu beli kat Ikea.. RM3 jer.. Kitchen towel 6.40 sepuluh helai.. (Erk..kenapa aku mention ni~ Saje)Korang mesti tanya kenapa sehari dua ni aku rajin mengentri.. sebabnya.. sila lihat gambar di bawah..
Dah 3 hari lampu kat atas aku ni tak menyala.. GFM kata bulb takde stock.. Ada ke patut.. So, jadi suram jer.. Jadi kerja pun slow sikit.. Pas tu addicted terbaru ialah menengok web ini.. Saifulnang.. rasa nak jer belajar jadi fotografer. Dulu ada sorang kawan aku macam.. (macam la).. nak berjinak2 dalam dunia fotografi.. Belajar teknik angle.. teknik itu.. tapi sekarang.. senyap la pulak..
Web Saifulnag.. Ada 6 fotographer.. The team called CandidSyndrome..Gambar yang diaorang ambik.. lawa2 betul.. Sapa ada RM2-3K.. nak pinjam. nak beli camera DXR/DSR! ;)Tadi pergi perhimpunan Bulanan J*A.. Tagline baru diperkenalkan. J*A Meneraju Perkhidmatan Awam! So.. start working!!

4 comments:
Apsal kita sama jer pemikiran nak makan sup ikan merah...
Aku tengah belajar nak buat doh karipap.. Gi posting makan karipap sedap tuh..
Tekak amat sakit.. makan sup2 jer lah..
Doh karipap resepi cik maimon ialah.. tuangkan minyak panas dalam tepung.. pas tu kaup sikit2.. letak planta.. rangup kau. Satu aku puji la.. Maimon pandai masak
Hey..ngata aku tak hengat naaa...
Sedap nampak lepat kau tu. Aku kerja2 membungkus kuih ngan daun pisang nih dah lama tak buat. Ada lah dekat 10 tahun gamaknya..hihi..
Sejak dok town nih, beli jelah..mudah...kalu stakat aku sorang makan...hmmm...beli jer RM1 untuk 3 biji..hihi..
Kau memang.. lupa daratan eh..
Post a Comment