Tuesday, March 4, 2008

My Dearest [Syifa Version]

Hari ni penat sungguh kerana mengumpul semula semua carta dan ringkasan perjawatan bagi semua agensi yang telah disusun semula bagi tahun lepas.. Masak aku!!

This is my favourite@precious picture of all. Bukan senang nak dapat gambar Syifa senyum. Sepet sungguh.. Maybe terkenan ngan minah Beijing! Ramai orang kata Syifa was Amat Jr... Ye ke?

Gambar tengah mamai..

Masa ni, Syifa tengah demam.. sampai kering-kering bibir tuh..

Aku memang suka ambik gambar anak tidur[atas cadar baru] Lately, aku dah teraddicted beli cadar kat Aussino since outletnya baru di bukak di Alamanda! ;0)

Gambar sebelum kena marah ngan ibu dia.. Comot sungguh.. Macam poyo pun ada gambar Syifa ni..

[Kepada orang itu, aku pun ada aktiviti ok.. cuma aktiviti kita berbeza dong!]

Friday, February 29, 2008

Fakta Berkenaan Tidur!


Jumlah masa tidur binatang:
Kelawar: 20 jam
Armadilo: 18 jam
Tupai: 16 jam
Kucing: 13 jam
Anjing: 12 jam
Ikan gupi: 6 jam
Kuda: 3 jam
Kura-kura: kurang 1 jam


Menurut Yayasan Tidur Kebangsaan, sebaik-baiknya manusia tidur selama lapan sehingga sembilan jam bagi mengekalkan keupayaan berfikir dan kebaikan kesihatan. Namun menurut Dr. Ray Meddis, tidur yang terbaik adalah tiga sehingga empat jam sahaja.Sebagai Muslim, baki masa tidur itu sebaik-baiknya dihabiskan dengan tahajud. Tahajud sebenarnya menjadikan hormon melatonin berada dalam keadaan stabil. Hormon ini membentuk sistem kekebalan dalam tubuh dan mengawal pergerakan hormon estrogen. (Aku nak belajar bertahajjud lah.. saper boleh ajar?)

Artikel ni diplagiat dari blog ini. Kebetulan nama ayah serupa. Lately ni, aku tidur bab ikan gupi.. penat weh.. Lately ni juga (since Amat was not around: I'm addicted to Raja Lawak). For Zella, kau tidur ala-ala kuda atau kura-kura?

We did it again!!


Star perempuan..

Kegumbiraan pasukan lelaki terserlah sebab dapat jadi Juara 2 tahun berturut-turut!! Yang paling best, diaorang mengalahkan pasukan yang selalu jadi Juara..

Aksi meroyan selepas layak ke Final..


Sabtu lepas, ada game valleyball kat INTAN Kiara.. Tahun lepas Bahagian aku dapat 3rd place, tahun ni 2nd place walaupun, kitaorang yakin boleh jadi JUARA tetapi memandangkan lines man tido, bola offside pun kata inn.. angin betul.. tapi, kitaroang ditenangkan oleh ex Pengarah kitaorang.. kata bukan rezeki.. nak sedapkan hati, Dato' bagi bonus kat semua pemain, RM1K untuk belanja beli jersi baru.. Thanks to him sebab support kitaorang dari pagi sampai petang..

Tuesday, February 26, 2008

Thank you so much!


Hari ni upacara serah tugas oleh mantan Pengarah aku. Aku tak dapat nak tahan sedih.. Dalam suasana pentadbiran awam sekarang.. anything can happens.. Dia baru 7 bulan di tempat aku. Donno where went wrong.. Hari Rabu lepas dapat arahan supaya tukar..So, aku dedicate lagu ni untuk dia. (Aku dedicate part chorus jer ; ) Bagi aku, dia seorang Pengarah yang outgoing. Tak segan nak berlaga bahu. Kalau teambuilding couse, dia sempoi jer.. Masa aku game Sabtu lepas dia stay sampai kitaorang habis main.. Mana nak cari JUSA B yang sanggup turun padang? To Dato'.. selamat menjalankan tugas di tempat baru..

Kenangan Terindah-Samson
aku yang lemah tanpamu
aku yang rentan karena
cinta yang hilang darimu
yang mampu menyanjungku

selama mata terbuka
sampai jantung tak berdetak
selama itu pun aku
mampu tuk mengenangmu

darimu….
kutemukan hidupku
bagiku…..
kaulah cinta sejati…

Chorus:
bila yang tertulis untukku
adalah yang terbaik untukmu
kan kujadikan kau kenangan
yang terindah dalam hidupku

namun takkan mudah bagiku
meninggalkan jejak hidupku
yang tlah terukir abadi
sebagai kenangan yang terindah

S'occuper, dear!


Pepagi ni hantar Amat ke ERL.. He's going to Senegal for OIC Summit for 3 weeks. Gulp!Harap anak2 tak meragam... especially Neesa. Dia kan anak ayah. For Amat, take care.. jangan lupa solat.. The rest, serah kepada Yang Berkuasa..

Monday, February 18, 2008

Edisi Tradisi-Manggis


Manggis (Garcinia mangostana) adalah pokok tropika malar hijau dan dipercayai berasal dari Kepulauan Sunda dan Maluku. Pokok manggis boleh tumbuh dari 7 hingga 25 meter dan menghasilkan buah berwarna ungu pekat yang boleh dimakan. Buah manggis dikenali sebagai "ratu segala buah" sementara buah durian (Durio spp.) dikenali sebagai "raja segala buah". Kulit buah manggis agak keras dan dengan garispusat 4-6 cm. Buah manggis terdiri daripada isi warna putih yang berukur garispusat 3-5 cm. Bergantung kepada saiz dan masak, ia mungkin berbiji. Rasa manggis boleh dibandingkan dengan strawberi putik dengan rasa-rasa manis limau. Buah manggis jarang dijual di negara Barat kecuali di kedai runcit Asia. Kulit manggis menghasilkan warna merah, dan amat sukar ditanggalkan. Manggis dibuka dengan mengopek bukannya dipotong. Buah manggis dipegang dengan kedua belah tangan, ditekan perlahan-lahan sehingga kulitnya terbelah. Selepas itu, ianya mudah untuk membuka dan mengambil isinya. (Sumber: Wikipedia)

Lately ni, teringin nak makan manggis.. Manggis antara buah kegemaran aku.. dengan biji(isinya) yang gebu.. manis.. memang tak puas aku makan.. Sampai arwah Wan aku tanam sebatang pokok depan rumahnya khas untuk aku. Bila pokok tu berbuah, dia akan bagitau suruh balik.. Sekarang, aku tak tau apa nasib pokok manggis aku tuh.. Aku kalau bab kutip buah manggis nombor 1, aku tak kisah panjat dahan dia yang halus tu (sila imagine: waktu tu aku masih kecik/kurus/ramping dan darjah 6). Aku panjat, wan aku kutip.. masa tu ada lebih kurang 6 batang pokok, so; kalau musim kitaorang akan jual buah kat tepi jalan.. kejap jer dah habis.. (aku selalu habiskan masa ngan wan aku masa kecik.. bila cuti sekolah jer mesti aku balik sana.. tu yang jadi kesayangan tuh) :)

Ingat lagi, masa baru masuk ITM Jengka, roomate aku; Uyun bawak jem manggis.. ingat jem nenas.. tapi bila tengok berbiji.. baru tau tu jem manggis.. bijinya boleh dimakan.. rasa macam kacang almond jer rasanya.. Sampai hari ni.. tu jerlah sekali aku rasa makan jem manggis..

Dulu, kalau nak bukak (kopek) manggis mesti aku suruh orang bukakkan.. sebab tak suka bila tangan jadi kotor.. Pas tu, ada satu tips kalau nak tau berapa isi kat dalam, kita tengok tanda kat bontot manggis tuh, kalau ada lima kelopak, maknanya ada lima isi..

Entri kali ni aku dedicated untuk arwah Wan.. lately ni aku selalu rindukan dia..

p/s Exam ari tu susah; soalan makin merapek: Siapakah tokoh Forensik Perancis? Apakah pulau ke3 terbesar di dunia? Padankan taman agrotek dengan negara bla..bla.. What the h*ck! Tapi apa-apapun aku dah cuba sedaya upaya.. Masih percaya pada rezeki!

Tuesday, February 12, 2008

Lynette sangatkah aku?

Lynette Scavo was once best known as a savvy career woman. In the work force she was an over-achiever who could accomplish any task, but those days came to an end when she and her husband, Tom, decided to have children. She gave up the working world and within six years had twin boys, a five year old son and a baby girl. Soon, she gained a new reputation as the mother of quite possibly the most unruly children ever born.

In her efforts to tame her children and keep up with her domestic responsibilities, Lynette developed an addiction to her children's ADD medication that she eventually overcame with the help from the women of Wisteria Lane.

While Lynette's intentions are usually genuine, her actions often are not. Her need to actively meddle in the lives of others for the greater good led her to tank her own husband's promotion in order to preserve his time with their family. Unfortunately for Lynette, Tom found out about her subterfuge, but decided that she was right. He needed more time with the children. With that he quit his job and resolved to become a stay-at-home dad sending his wife back out into the professional arena with a seven year gap in her resume.

Aku rasa bab career woman, penat menjaga anak and doing the best for the family jer yang sama.. and a helpful husband.. tu jer tau..(plus part nak tambah children tuh).. Aiyoh!! (One thing for sure.. I'm not ready to give up my career unless aku bukak nursery yang jaga bebudak.. tu aku rasa aku boleh!)

Neesa's First Day



This picture was taken last week.. At last I've succeed uploading this precious picture.. ngeh!! She's so excited this time.. wearing her first uniform.. Mcm sailormoon punya stail jer aku rasa.. Kat Jabatan aku budak2nya bertudung.. Maybe Neesa pergi nursery KLN.. so, faham2 lah..Bukan senang nak gosok uniform nih.. banyak lipatan tang skirt tuh.. Nasib aku beli sepasang jer..

Lately.. (today).. Neesa menangis pergi nursery.. I'm not sure why.. Mulalah rasa tak sedap hati.. Puas jugak memujuknya tadi.. Syifa ok jer.. bagi jer dia main kat baby.. lekalah.. Yang tak sedap hati.. ada sorang penjaga tuh.. muka takde sifat keibuan langsung.. masam jer.. Dia jaga Syifa.. Aku takut jer dia tak jaga betul2.. Ye lah what do you expect.. dia jaga 10 budak..mesti banyak ragam.. Aku fikir yang baik-baikjer lah..

Monday, February 11, 2008

Sunyi? Tak lah..

Dari hari ke sehari nak update blog.. baru jer nak taip.. kerja baru sampai.. baru jer nak taip.. internet problem.. dah upload gambar.. error.. Tu sumer membantutkan usaha untuk mengupdate blog walau setiap hari ada je benda nak cerita..
I've sent my maid back to her hometown last week.. and starting last week jugak aku dah start hantar dua beradik tu ke nursery kat office Amat.. So, jadual aku agak kelam kabut siket since dah 1 tahun lebih aku ala-ala lepas tangan pasal kebajikan anak-anak kan.. So far Neesa n Syifa tak de masalah untuk pergi nursery.. Aku sogok ngan beg Barney untuk si kakak dan beg Spongebob untuk si adik bagi dia excited siket. Biasalah first time hantar kat nursery rasa unsecure tu mesti ada kan.. Makan ke anak aku, mandi bersih ker.. etc..etc.. Fikir balik sumer benda pun ada pro n cons.. Dah seminggu aku start bangun 5.30am.. Train anak tidur awal.. Harap2 aku tabah..The good news? Aku dapat balik 'kekuasaan' aku.. My own territory! Dapat privacy balik.. Didik anak sendiri dan takde orang MENJAWAB!! For the time being.. aku serik ambik maid..
This week aku ambik balik peksa PTD for the 4th time.. Rasa nervous.. Maybe sebab dah tau pattern soalan dia.. so, banyak benda nak kena baca... Hope this time would be the last time aku mentelaah!! The last exam I took is for LHDN. I passed but not being shortlisted for the interview.. Aku masih percaya dengan Qada'.. Masih percaya pada konsep rezeki.. masih percaya bahawa Allah tahu apa yang terbaik buat aku..
Planning for further study pun kena hold on dulu since kewangan masih belum mengizinkan dan tau kalau study pun lagi kelam kabut.. Kerja, keluarga dan pelajaran.. Tapi bila tengok dah ada kawan seangkatan dah finished their masters.. hasrat nak sambung tu membuak-buak balik.. Rasa nak jer buat loan.. tapi aku rasa aku tak boleh cope semua benda dalam satu masa.. Maybe bila dah settle down pasal kerjaya.. I'll think about it since dalam government, as a officer, you will be considered to further your study.. dan semuanya ditanggung!!
Nanti sambung.. kalau cerita semua takut habis idea.. Harap jadi pengubat kepada yang rindu nukilan aku.. *Yeah.. I'm talking about you..

Monday, January 14, 2008

Ha..ha..

For those yang kata anak aku takde muka aku.. this will change your mind.. Kah..kah.. Aku jadi giller buat benda ni seharian.. Since minggu lepas aku kerja 7 hari seminggu, bos aku kasi aku rehat.. tapi still lagi kena datang office..

MyHeritage: Family trees - Genealogy - Celebrities - Collage - Morph