Monday, February 18, 2008

Edisi Tradisi-Manggis


Manggis (Garcinia mangostana) adalah pokok tropika malar hijau dan dipercayai berasal dari Kepulauan Sunda dan Maluku. Pokok manggis boleh tumbuh dari 7 hingga 25 meter dan menghasilkan buah berwarna ungu pekat yang boleh dimakan. Buah manggis dikenali sebagai "ratu segala buah" sementara buah durian (Durio spp.) dikenali sebagai "raja segala buah". Kulit buah manggis agak keras dan dengan garispusat 4-6 cm. Buah manggis terdiri daripada isi warna putih yang berukur garispusat 3-5 cm. Bergantung kepada saiz dan masak, ia mungkin berbiji. Rasa manggis boleh dibandingkan dengan strawberi putik dengan rasa-rasa manis limau. Buah manggis jarang dijual di negara Barat kecuali di kedai runcit Asia. Kulit manggis menghasilkan warna merah, dan amat sukar ditanggalkan. Manggis dibuka dengan mengopek bukannya dipotong. Buah manggis dipegang dengan kedua belah tangan, ditekan perlahan-lahan sehingga kulitnya terbelah. Selepas itu, ianya mudah untuk membuka dan mengambil isinya. (Sumber: Wikipedia)

Lately ni, teringin nak makan manggis.. Manggis antara buah kegemaran aku.. dengan biji(isinya) yang gebu.. manis.. memang tak puas aku makan.. Sampai arwah Wan aku tanam sebatang pokok depan rumahnya khas untuk aku. Bila pokok tu berbuah, dia akan bagitau suruh balik.. Sekarang, aku tak tau apa nasib pokok manggis aku tuh.. Aku kalau bab kutip buah manggis nombor 1, aku tak kisah panjat dahan dia yang halus tu (sila imagine: waktu tu aku masih kecik/kurus/ramping dan darjah 6). Aku panjat, wan aku kutip.. masa tu ada lebih kurang 6 batang pokok, so; kalau musim kitaorang akan jual buah kat tepi jalan.. kejap jer dah habis.. (aku selalu habiskan masa ngan wan aku masa kecik.. bila cuti sekolah jer mesti aku balik sana.. tu yang jadi kesayangan tuh) :)

Ingat lagi, masa baru masuk ITM Jengka, roomate aku; Uyun bawak jem manggis.. ingat jem nenas.. tapi bila tengok berbiji.. baru tau tu jem manggis.. bijinya boleh dimakan.. rasa macam kacang almond jer rasanya.. Sampai hari ni.. tu jerlah sekali aku rasa makan jem manggis..

Dulu, kalau nak bukak (kopek) manggis mesti aku suruh orang bukakkan.. sebab tak suka bila tangan jadi kotor.. Pas tu, ada satu tips kalau nak tau berapa isi kat dalam, kita tengok tanda kat bontot manggis tuh, kalau ada lima kelopak, maknanya ada lima isi..

Entri kali ni aku dedicated untuk arwah Wan.. lately ni aku selalu rindukan dia..

p/s Exam ari tu susah; soalan makin merapek: Siapakah tokoh Forensik Perancis? Apakah pulau ke3 terbesar di dunia? Padankan taman agrotek dengan negara bla..bla.. What the h*ck! Tapi apa-apapun aku dah cuba sedaya upaya.. Masih percaya pada rezeki!

1 comment:

amn said...

Darling,

Kalau tamau pakai inai dari pokok inai boleh pakai inai dari getah manggis.. Kau kan suka purple..

Masih tetap dengan plan nak pakai inai untuk Anniversary nanti? Baik baik nanti terbuat simbol 'kamasutra'.. NGIDAM MANGGIS SEMBILAN BULAN nanti.. Ops

Laaaaaaaariiii