Monday, January 14, 2008

Ha..ha..

For those yang kata anak aku takde muka aku.. this will change your mind.. Kah..kah.. Aku jadi giller buat benda ni seharian.. Since minggu lepas aku kerja 7 hari seminggu, bos aku kasi aku rehat.. tapi still lagi kena datang office..

MyHeritage: Family trees - Genealogy - Celebrities - Collage - Morph

U Should Try This!!

Friends, I found this is so exciting.. I'm not sure who is the celebrity.. Lets try and share.. manalah tau kalau ada di antara kita yang jadi muka Kimora or Rita Dominic or even Anuar Zain.. I found Amat is similar like to P.Ramlee.. no wonder why he's so into P.Ramlee's movie.. Naik muak aku.. Nanti aku uploadkan gambar dia.. Ngeh!

Lots of love..

%1

Monday, January 7, 2008

Is it?


; ) [smirk]

Guna banyak pewangi tanda murung
(Courtesy from Berita Harian)

LONDON: Penyelidik yang menjalankan kajian mengenai pewangi memberi amaran kepada wanita yang meminati pewangi kerana penggunaan terlalu banyak bahan itu adalah antara tanda mereka sedang mengalami kemurungan. Penyelidik berkenaan mendapati wanita yang memakai pewangi berbau kuat adalah mereka yang secara klinikal, sedang menghadapi kemurungan berikutan semakin tidak sensitif terhadap bau, kata akhbar The Daily Telegraph, kelmarin. “Penemuan saintifik kami juga mendapati wanita yang murung juga menghadapi masalah kurang daya bau dan cuba mengatasinya dengan menggunakan lebih banyak pewangi,” kata ketua penyelidik itu Profesor Yehuda Shoenfeld.

Beliau berkata, sesetengah penyakit menyebabkan tubuh menyerang sistem olfaktori dan mengakibatkan ia gagal mengesan bau. “Keadaan ini bermakna kekurangan deria bau mungkin menjadi isyarat kepada penyakit lain yang lebih serius,” katanya. Shoenfeld berkata, kemurungan mungkin berpunca daripada masalah biologi berbanding psikologi.

“Kami juga percaya kemurungan mempunyai sebab biologi dan mungkin juga tindak balas sistem imunisasi terhadap tubuh,” katanya. - Agensi

So, is it true? Aku suka bau wangi.. mcm rasa confident.. mcm rasa best.. i'm not sure its related with distraught..Any comment?

Monday, December 31, 2007

Selamat Datang 2008

Seems today will be the last day of 2007, everybody will talk about New Year Resolution.. Yup! Sekejap jer kan.. This year will the last time to celeberate as 20s.. Welcome to 30s friends.. (except those who reach 30's before us.. ngeh..ngeh). Ni antara kenangan for this year!!

My wonderful friends.. love you guys..You ROWK!!

Hope this year I'll be more wiser in decision making, managing my financial and emotions, love the loves one, closer to my family and get new friends.

My sweetheart Neesa.. gambar Syifa nanti upload.. susah nak cari yang fotogenik tau sorang tuh..

Ala.. Amat dah call.. insyaallah malam nanti aku sambung bernostalgia..

Thursday, December 27, 2007

Update! (Not in mode lah)


Aku nak update blog tapi tak tau nak update apa.. Pasal azam tahun baru~ BOSAN, pasal family~AS USUAL, pasal kerja~NOTHING NEW(except dalam proses menghantar Kak Milah kau balik- I cant stand it anymore, pasal menyambut menantu kat Penang ari tu, AMAT BELUM TRANSFER. Sesungguhnya aku pun dah menganggap kamera tu kamera funfair.. secanggih manapun Samsung i70 itu tak bermakna kalau tak user friendly (atau aku tak pandai).

Nak citer pasal Herbalife.. erk.. ari tu dah naik balik tapi still lagi considerable sebab membelasah gulai orang Penang. So, tunggu perkembangan positif baru boleh bukak topik..

Pasal habit(at) bershopping.. I passed it to Adee.. She's more expert in this..

La..la..la..

Happy New Year Everyone!

Friday, December 14, 2007

Entri Petang Jumaat

Ngantuk pun ada, bosan pun ada. Amat went for BTN course di Johor until Sunday. Ingat nak cuci mata di KL tapi since my boss start alarming everyone not going anywhere on Sunday sebab maybe ada Perhimpunan Haram (kalau berhimpun di sogo, klcc, itu perhimpunan halal ok). Maybe aku lepak dan kemas rumah jer lah.


Quote: Ni gambar buai nostalgia aku. My late dad gave it for my 7th birthday. Sekarang telah dimodified oleh abang aku. Jadi tempat budak2 dan mak2 budak berkumpul. Picture taken from last hari Raya.

A Bad Start!!

I lost my shoes this morning.. Yang lebih angin.. dia ambih sebelah jer.. Semua tiga belah yang ilang.. Silap aku tak simpan kasut dalam rumah. Sumer yang dia ambik kasut Primavera aku..At last, aku pakai kasut lama. What this suppose to mean? ; )

Tuesday, December 11, 2007

Minggu Lelaki Hensem

Fuh.. minggu ni penat giller.. Starting hari Sabtu lepas (8 Dec) kena wakil Jabatan untuk ke LIMA~Langkawi. This is my 2nd time. Naik pesawat TUDM tuh.. tak berapa best sangat. Dah la kena bangun pukul 4.30 pagi untuk menyempatkan ke TUDM Subang jam 5.30 pagi. Memang mengantuk sgt.. Sampai ke Mahsuri Hall, tengok pameram Maritim. Semua pelawat kebanyakkannya pergi ke booth untuk ambik souvenir.. Aku mcm kagum jer tengok sub marine diaorang. Macam canggih giller tapi yang tak best not all of them can speak English.

Ni la mamat Russian yang tak pandai cakap omputih.. Aku tanya, What is so special about your sub marine? Oh.. so special.. so special.. Aku tanya lagi.. dia asyik ulang so special.. so special.. dengan rasa tak bersalahnya.. Pas tu dia mintak ambik gambar.. Ambik jer lah..
Quote: Seperti biasa, teknik menyorok badan ketika mengambil gambar menunjukkan ketidak konfidenan dengan body image. Teruk kan.. (Aku rasa sebab aku tinggi.. dah terbiasa ambik gambar duduk belakang.. )

Pas tu kitaorang diberi peluang untuk menyoping kat Pekan Kuah. He..he.. since Amat was not around, aku pun sambar lah set sudu yang gold plated dan Corning Ware. Teringin nak beli pinggan dia, biar cukup satu set tapi rega sebijik pinggan jer RM33 hinggit.. Aku lupakan dululah.. Lagipun berat nak bawak..

Pas tu kitaorang di bawak pergi ke Aerospace punya exhibition pulak. Mcm yang dilaporkan dlm media, booth angkasawan memang paling ramai orang. Aku tengok orang beratur mau dalam 2 km. Aku tanya kat orang depan, dah berapa lama diaorang beratur, 1 jam.. So, aku lupakan hasrat untuk mengambil gambar ngan Pak Sheikh.. aku sempat snap dari depan jer.. Hensem!!

Aku kalau jadi dia pun mesti penat giller.. Tapi dia sporting lah.. Aku tengok dia berpeluh giller, maybe sebab ramai orang kerumun. Aku baru tau yang dia ni model dulu.. Patut la masa bila air milo kotak besar ada muka dia.. (Aku rasa dia lagi hensem dari Anuar Zainlah)

Dia lagi hensem kalau tengok live.. Tengah2 sain autograf pun sempat pandang ke depan public.. Orang lambai2 ke pekik nama dia ker.. dia senyum jer.. Berapa la diaorang bayar dia ni ek..
Aku rasa kat belakang tu skyhawk.. Ni gambar masa pepagi buta time sampai kat airport Mahsuri.. Masa ni mata mengantuk sangat.. dan lapar sgt..

Honestly.. aku rasa kebanyakan pengunjung datang tengok airshow, tengok pameran kat booth, mintak souvenir jer.. Tak banyak yang nak sharing knowledge ngan diaorang. Maybe yang datang tu takde background dalam bidang tu sumer ek!

On the way balik dari Subang (around 9pm~betapa penatnya aku).. kitaorang terserempak ngan Zul Yahya.. aku biasa jer.. Tapi mamat ni bolehla dikategorikan hensem jugak. Sempat lagi aku tanya, Bila nak kawin? Dia jawab, akhir bulan ni.. Tak tau la betul ke tidak.. sempat lagi pesan kat kitaorang, bawak kereta baik-baik ye.. So, mamat ni tak sombong la..

Semalam pulak, kena pergi kursus Pasukan Keselamatan Kebarakan kat Balai Bomba Putrajaya. Abang bomba yang bagi taklimat tu hensem jugak. Kenapa la dia jadi Pegawai Bomba... kenapa tak jadi model.. Harus ramai yang berlakon perlukan pertolongan kalau tengok bomba hensem cenggini.. Sorry takde gambar.. Lagipun aku malas nak ambik.. hanya cuci mata sahaja.. ngeh..ngeh..

Masa latihan mengangkat mangsa.. aku tak sangka rupanya dengan teknik yang betul kita mampu mengangkat orang yang 'agak-agak' berat tanpa rasa 'terseksa'. Masa taklimat, baru aku sedar, kita berhabis wang ringgit untuk beli sistem alarm kereta, perabut mewah, pasang bodyguard bagi yang mampu tapi tak ramai yang ada fire extinguisher kat rumah. Dalam simulation test tu, untuk membakar rumah dengan hangusnya hanya mengambil masa 4 minit. So, dalam masa 3 minit terawal tu, langkah pengawalan api mampu menyelamatkan nyawa dan harta benda. Aku dah survey kat market.. harganya hanta RM130. Maybe lepas ni aku beli. Simpan satu kat rumah. Nak jadi bencana bila-bila ek..

Tu jer lah dulu sesi sharing knowledge aku. Moral of the story: A nice/sweet/hansome guys can brighten your day!!

P/S Pendedahan panas terpaksa dilupakan memandangkan ada ugutan dari luar. Ngeh..ngeh.. Tapi aku tetap simpan gambar itu! Manalah tau kan..One day.. one day..

Friday, December 7, 2007

Panas! Panas!

Ni bukan kes kena air panas ker hapa.. Tapi aku ada gambar dan berita panas. Terbaru dari Malam JPA.. Korang nantikan kemunculannya.. Tunggu bila Amat bawak balik kabel kamera tuh eh.. Tunggu.. tunggu..

Malam JPA 2007

Akhirnya.. dapat jugak aku jumpa Anuar Zain secara life. 'Bang Nuar' aku tak ikut. Aku ajak my partner in crime aku.. Ramai orang tanya kenapa aku tak bawak 'my other half'. I have my own reason. Selain aku tau Amat tak minat nak tengok 'hiburan' nak-nak Anuar Zain, I have another good reason why I bring Adee this time. For me, maybe this is the last chance aku dapat 'hiburkan' dia sebelum dia posting. Aku harap dia suka.. Tapi aku tau dia suka since dia sama naik bila nampak kelibat Bang Nuar, dia yang tepuk lagi kuat dari aku bila Bang Nuar habis nyanyi. Dia yang jerit lebih.. Anuar Zain! Anuar Zain! dari aku. Tepuk dia tak sekuat tepuk masa David Alleycat atau Azlina Aziz nyanyi.. Dialah orangnya yang telah menjeleskan Epul kerana tak terpilih untuk turus serta menyaksikan ke'overan' isteri dia bila nampak Anuar Zain... D, aku harap kau happy.. Lepas ni kita gi minum Frappe for the last time sebelum kau pergi eh..
Anuar Zain kecik jer orangnya secara live, kurus n tanned.. As usual, dia pakai cenggitu mcm show-shownya yang lain. Bawak tiga lagu jer.. Mungkin, Perpisahan dan today's hit.. Lelaki Ini.. Aku sanggup datang awal nak duduk tepi karpet merah agar dapat tengok dia lebih dekat kalau dia jadi special guest dan duduk ngan VIP lain..At last.. dia takde pun duduk ngan VIP dan dia naik pentas ikut pintu belakang stage.. Hampeh :(

Susah jugak nak ambik gambar Anuar Zain since bukan aku sahaja yang 'terkinja'. Mesti nampak kepala orang punya.

Sekian, terima kasih. Tak puas hati aku.. dia nyanyi kejap jer.. takdepun berborak ngan audience. Maybe sebab PM ada, KSN ada, Timbalan di JPM ada and former KPPA pun ada. Semua gambar ehsan kamera kak izan since aku masih terkial-kial nak guna kamera canggih Amat. Nyesal aku bawak yang tu. Sampai dicop kamera funfair. Most of the picture gambar tak sharp. Mcm orang Parkinson jer.. gambar gegar.. maybe sebab tak percaya impian jadi kenyataan.. Ceeewaaaaaaaaaahh. Ada masa aku upload gambar dari kamera Samsung Amat tuh.

Aku sempat salam Pak Lah.. aku bukan nak salam dia.. aku nak ukur..dia ke aku yang lebih tinggi.. Dia dah hulur tangan.. aku sambut jer lah.. Tapi honestly, aura dia tak sekuat our former PM. Tak tau kenapa... Dulu JPA pernah jemput our former PM.. Bila tengok dia.. rasa kagum..Tapi bila ngan Pak Lah.. biasa jer.. Ek..eh.. tangan dia lembut tau.. malu aku.. Tapi diaorang cakap, tangan Jane kasar..maybe sebab dia rajin berkebun kot.. She's preety..

Guys, aku tak sure korang boleh tengok tak video ni. This is my first time upload video. Harap nanti ada yang sudi membantu. Adios..
;)