Fuh.. minggu ni penat giller.. Starting hari Sabtu lepas (8 Dec) kena wakil Jabatan untuk ke LIMA~Langkawi. This is my 2nd time. Naik pesawat TUDM tuh.. tak berapa best sangat. Dah la kena bangun pukul 4.30 pagi untuk menyempatkan ke TUDM Subang jam 5.30 pagi. Memang mengantuk sgt.. Sampai ke Mahsuri Hall, tengok pameram Maritim. Semua pelawat kebanyakkannya pergi ke booth untuk ambik souvenir.. Aku mcm kagum jer tengok sub marine diaorang. Macam canggih giller tapi yang tak best not all of them can speak English.
Ni la mamat Russian yang tak pandai cakap omputih.. Aku tanya, What is so special about your sub marine? Oh.. so special.. so special.. Aku tanya lagi.. dia asyik ulang so special.. so special.. dengan rasa tak bersalahnya.. Pas tu dia mintak ambik gambar.. Ambik jer lah..Quote: Seperti biasa, teknik menyorok badan ketika mengambil gambar menunjukkan ketidak konfidenan dengan body image. Teruk kan.. (Aku rasa sebab aku tinggi.. dah terbiasa ambik gambar duduk belakang.. )
Pas tu kitaorang diberi peluang untuk menyoping kat Pekan Kuah. He..he.. since Amat was not around, aku pun sambar lah set sudu yang gold plated dan Corning Ware. Teringin nak beli pinggan dia, biar cukup satu set tapi rega sebijik pinggan jer RM33 hinggit.. Aku lupakan dululah.. Lagipun berat nak bawak..
Pas tu kitaorang di bawak pergi ke Aerospace punya exhibition pulak. Mcm yang dilaporkan dlm media, booth angkasawan memang paling ramai orang. Aku tengok orang beratur mau dalam 2 km. Aku tanya kat orang depan, dah berapa lama diaorang beratur, 1 jam.. So, aku lupakan hasrat untuk mengambil gambar ngan Pak Sheikh.. aku sempat snap dari depan jer.. Hensem!!
Honestly.. aku rasa kebanyakan pengunjung datang tengok airshow, tengok pameran kat booth, mintak souvenir jer.. Tak banyak yang nak sharing knowledge ngan diaorang. Maybe yang datang tu takde background dalam bidang tu sumer ek!
On the way balik dari Subang (around 9pm~betapa penatnya aku).. kitaorang terserempak ngan Zul Yahya.. aku biasa jer.. Tapi mamat ni bolehla dikategorikan hensem jugak. Sempat lagi aku tanya, Bila nak kawin? Dia jawab, akhir bulan ni.. Tak tau la betul ke tidak.. sempat lagi pesan kat kitaorang, bawak kereta baik-baik ye.. So, mamat ni tak sombong la..
Semalam pulak, kena pergi kursus Pasukan Keselamatan Kebarakan kat Balai Bomba Putrajaya. Abang bomba yang bagi taklimat tu hensem jugak. Kenapa la dia jadi Pegawai Bomba... kenapa tak jadi model.. Harus ramai yang berlakon perlukan pertolongan kalau tengok bomba hensem cenggini.. Sorry takde gambar.. Lagipun aku malas nak ambik.. hanya cuci mata sahaja.. ngeh..ngeh..
Masa latihan mengangkat mangsa.. aku tak sangka rupanya dengan teknik yang betul kita mampu mengangkat orang yang 'agak-agak' berat tanpa rasa 'terseksa'. Masa taklimat, baru aku sedar, kita berhabis wang ringgit untuk beli sistem alarm kereta, perabut mewah, pasang bodyguard bagi yang mampu tapi tak ramai yang ada fire extinguisher kat rumah. Dalam simulation test tu, untuk membakar rumah dengan hangusnya hanya mengambil masa 4 minit. So, dalam masa 3 minit terawal tu, langkah pengawalan api mampu menyelamatkan nyawa dan harta benda. Aku dah survey kat market.. harganya hanta RM130. Maybe lepas ni aku beli. Simpan satu kat rumah. Nak jadi bencana bila-bila ek..
Tu jer lah dulu sesi sharing knowledge aku. Moral of the story: A nice/sweet/hansome guys can brighten your day!!
P/S Pendedahan panas terpaksa dilupakan memandangkan ada ugutan dari luar. Ngeh..ngeh.. Tapi aku tetap simpan gambar itu! Manalah tau kan..One day.. one day..
12 comments:
Good looking guys can brighten your days.. IT'S TRUE!!!
Sianlah sape yang tak handsome... HARI MURUNG DAN MENDUNG DAN TERASA NAK BANJIR jer bila tengok muka dia kan... Ops..
Matilaaa.. LOOKS (GOOD-LOOKING-GUY) CAN BE DECEIVING!!!
Tak caya tanya KAKAK...
Lariiiiiiiiiiiiiiiiiiii
Love Laugh Live
amn
Siot jer kau nih..Dosa tau!! Kang aku baca hadis kang! Ops..
Ittiew yang aku kata..
LOOK CAN BE DECEIVING...
Cop.. aku tak kira.. AKU CURIK GAMBAR SMS!
oiii mane yang panassss nienh!!! menchi tauuu elene!
Adee,
Gambar yang mana?
Zell,
Nanti aku bagi kau eh.. Syh!!
aku yg menggelegak nak bace biter panas tetiba cam dijirus hujan lebat.. kuyup aku.. kau kene bgtau aku gak lene.. zell.. kalu dia dah bgtau kau.. kau bgtau aku plak kay..
Korang ni memang tau.. Nampak sangat suka GOSIP!.. Aku citer bagai nak rak pasal Teknik Menyelamatkan Diri, pasal abang bomba.. pasal LIMA sumer korang tak heran.. Pasal 'panas' jer korang nak tau ek!!
~Wartawan Terbiar~
Wartawan Terbiar..
Harus dapat 'surat penghargaan' dari Coco Chanel, Madame Mosseille nieh.. Tahniah kerana menjaga kredibiliti dan integriti anda sebagai wartawan.
Zell and Kak Sal.. seems that 'grapevine' doesn't works here.. Hehehe...
Wartawan Terbiar... bak komen saya dalam entry anda bertarikh 7.12.2007.. API NERAKA LAGI PANAS...
Lariiiiiiiiiiiii
amn
AMN,
Larilah selagi boleh lari.. Bak kata pepatah.. Sepandai-pandai Watson Nyambek berlari, di Olympic dia berlari 'ke belakang'.. Ngeh..ngeh.
Api neraka memang panas!Aku takut, so, aku tak nak simpan rahsia orang lama-lama. Takut hajat tak kesampaian..
EMM
EMM
Cut all the hints and stuff... You will make ppl wonder ever more.
How about end it here. Benda yang tak betul buat apa dicakap cakap.. Ahaks!
AMM,
Boleh.. satu lawan satu kat Alamanda.. amacam? Semalam aku balik pukul 8.. hu..hu..
Guys..
Yang panas itu hanya usikan aku kat Adee.. Ada mamat nak berkenalan, so aku snap gambar dia.. Itu aja..
Post a Comment