Thursday, October 8, 2009

:-)

At last! This is what so many fans yearn to see. I'm happy for those who are falling in love NOW!!!

Tuesday, October 6, 2009

Gambar curi!

Aku memang tiada gambar family raya tahun ni. Memula sebab terkochoh2 nak ke Embassy pagi raya. Aku terlewat bangun dan terus siapkan sarapan pagi. Sarapan Mee Hoon Goreng. Kuah nasi impit x sempat buat. Rindunya kalau pagi raya di Beserah. Dari hujung meja sampai meja kat dapur, penuh dengan makanan. Aku try to cool demi anak2. Dalam hati Allah jer tau sayunyer. Tanpa dengar takbir raya. Aku pun bukak lah radio era malam raya tuh, tapi tak lama sangat since malam tu ada takbir raya di rumah Afdah. Bila dengar takbir, sayuuuuuuuuuu.. tapi masih buat ceria sbb tengok orang lain releks jer kan. Hahaha.. Sejujurnya, aku tak banyak ambil gambar raya sbb terpaksa dukung baby. Orang lain snap sana sini. That's why aku curi kat FB orang kot2 ada terselit gambar aku anak beranak. Hahaha..

Neesa n Syifa with their new toys. Syifa ngan kamera dan Neesa dengan handphone. Beli kat Yard Sale. 10 cent each. :-)

Khutbah raya dibacakan oleh Haji Musa. PA di JPM. Merangkap chef Embassy. Selalu orang mintak dia masakkan kalau ada kenduri kendara. Haji Musa ni serba serbi boleh. Tak lama lagi nak pencen. Ni 4th posting dia.

Gambar yang ditunggu2 oleh Adee. Yes, he's our new Ambasaddor. Kebetulan time ni KSN pun datang visit. So, jadi tetamu kehormatlah. Again, gambar ni bukan aku yang ambik. Thanks Taufik.

Tatau peristiwa time ni. Aku ambik jer. Haha.. Haji Musa check kuku jemaah sebelum solat Hari Raya kot?

Anak PM. The one in Maroon Baju Melayu. He studied in George Washington Univ. Ada lagi seorang. His daughter. Tapi aku tak perasan yang mana satu. Aku sibuk dukung baby kehulu hilir nak cari tempat tenteram. Umairah tak suka bising :-(

Gambar staf Embassy ngan isteri2. Tengok semua tayang beg! Aku kat sebelah Nasreen tau tapi dalam gambar ni aku tak terselit :-(

Balik dari Embassy, banyak rumah terbuka. Ni kat rumah 1st boss aku. Rendang dia tak boleh lawan rendang mak aku! Aku mcm tak lalu sangat makan jamuan tak kira di Embassy atau di rumah orang. Ntahlah.. takde yang menarik perhatian. Aku jamah sikit2 jer.

Ni lah satu2 gambar hari raya yang aku ada. Tu pun pegang Umairah! Sebelah aku ialah PA MOA. Azah. Baik orangnyer. Yang kepala botak kat belakang tu ialah Najib. Ex student kat sini skg bermastautin mencari rezeki sbg LRS. Aku mcm kagum dengan mereka2 yang gamble mencari rezeki sejauh ni. Alasan yang diaorang bagi ialah Education kat sini superb.
Ni antara orang lama di US. Dia ikut suami dia yang bekerja sebagai professor. She used to work. Sekarang part time ajar BM di Univ. suami dia. Kak Yam nama diberi. Jadi tumpuan sbb dia rajin layan budak pakai inai.

Saturday, October 3, 2009

:-)

Aku gembira bila kamu, kamu dan kamu sedang gembira. Aku doakan kegembiraan itu berpanjangan. Aku harap Allah dengar doa seorang kawan. ;-)

Thursday, September 17, 2009

Entri Gedik

Yeay.. aku berjaya masak nasik tomato untuk 30 orang makan. A good training untuk buat makan2 lepas ni. Kau tau lah, bila orang jenguk, kata dia masak mcam ni, dan bila orang lain jenguk kata di masak macam tu pulak. Aku masak jer cara aku. Nasib baik my second boss walaupun group lain menolong sedaya upaya projek aku. Bayangkan pukul 5.30 baru nak setat masak, baru nak cari periuk kat pantry Perwakilan. Kelam kabut siket lah kan. But I managed to cook it and make everyone impressed for my 1st attempt masak nasik tomato. Datin Seri pun tanya siapa masak. Kira hebat lah kan masak dalam masa 40minit jer sebab pukul 6.30 dah start meeting sebelum berbuka. Adee, Kak Sawaa, Luke memang terror masak. Zella, iron chef sagil akan kata masak ni enteng kan.. Hahaha. Kak Izan pun dah expert. Tapi takpe, wait for the new Elene after I came back 3 years from now. I want to be a cook! Hahaha.. See betapa gediknyer ai bila nasik ai menjadi. Ni baru beberapa picture sbb tak bawak camera. Tunggu orang lain punya gambar. :-)

Antara menu berbuka hari tu. Kak Saimun masak mee soto. Sedap sangat. Tapi kalau ada orang masak ayam masak merah lagi marvelous kan.


Walau tak merah macam tomato, rasa sedap tau (puji dengan hidung kembang setaman) Hahaha.

Presenting the cook! Me and Nasreen (Second Secretary (Economics). Dia pun havoc, so boleh la geng ngan dia ni. Orang lain pun masak jugak tapi takde lah bergambar depan makanan diaorang kan! Hahaha.. pedulik lah..

Me and Kak Tim. The Iron Chef merangkap tukang jenguk to make sure nasik ni menjadi. Thanks Kak Tim!

Monday, September 14, 2009

Erk!


Kak Saimun: Kumpulan B kena masak esok untuk sambut Datin Seri bla..bla..bla.. Elene kena masak nasi tomato untuk 30 orang makan.


Elene: Err.. Nasi tomato? Okeh. Saya masak esok.



Pergh konfident: Dalam hati (Nasi putih boleh? Umi.. tolong anakmu!!!!)


Resepi.net

MyResepi.net


p/s Kak Saimun akan menjadi karakter tambahan untuk entri2 akan datang. She's so nice! PA Otai Wisma Putra kan Dee.



Saturday, September 12, 2009

Isteri yang baik?

Orang kata kalau nak tambat hati suami, kena jaga makan minumnya. Ikhlas aku cakap, masa bujang aku tak pandai masak. Aku pernah buat bubur kacang letak pewarna hijau untuk impress epul. Aku pernah 8 kali belek resepi masak cilipadi ikan tenggiri. Aku memang fail bila bab masak lauk. Aku pernah masa kecik letak kicap dan tambah air panas bila abang aku suruh masak kicap ikan. Tapi sekarang, setelah 6 tahun kawin, aku belajar masak yang berat2. Dulu aku sangat jeles bila Effa main campak2 jer masak kari. Masa aku berjiran dengan dia kat Cheras, aku selalu order dia bila nak makan something. Bila aku kawin, aku belajar ngan Epul masak. Masakan pertama aku ialah sup sayur. Aku nangis bila tengok dia makan. (Eh, aku dah citer eh).. Aku nak citer yang hari tu aku masak rendang. Dan aku rasa best. Mesti Cik Maimun lompat bintang aku pandai masak rendang. Rendang epul ngan aku tak sama. Kalau aku punya, mesti ada daun kunyit dan kerisik banyak. Epul punya letak pucuk ubi dan minyak masak (ganti kerisik), so aku cuba masak stail Cik Maimon dan bila Epul cakap best, berbunga siket.

Aku letak santan 2 kotak jer, dah lemak.. tapi kalau ikutkan arwah Wan aku, mau lagi banyak santan diletak. Huhu.. alangkan bestnyer kalau ada daun kunyit..

Ini rendang sebelum mengering. Daging lembu kat sini keras lah. Memang tak sesuai buat sup atau goreng. Rasa mcm daging kerbau. Tapi tak sedap sangat. So, raya nanti nak buat rendang ayam jer lah. Aku masak dalam periuk jer since non stick. Lagipun, aku takde kuali yang macam kawah tuh..

Hari tu teringin nak makan lobster. Epul beli dua ekor 10 dollar. Orang kata rebus jer, aku cubalah. Maybe aku tak pandai.. the taste is erkhh.. Eh, orang buang tak kepala dia sbb 'otak' dia bila dah masak hanyir lah. Maybe lepas ni aku na buat masak lomak cili api. Tunggu ingatan aku pada lobster yang aku masak ilang dulu.. Haha..
p/s Ambik kau.. sekali upload entri..Haha.. Kak Saimon ialah PA kepada Ambassador, dia lambat balik hari nih. Huhu, kena lah tunggu kan.

IFTAR bersama JJ

Ramai yang tanya gambar terbaru aku. Honestly, aku takde gambar. Cuma ini sahaja ihsan kawan di Facebook. Picture taken from last week punya Iftar di Resident. Masa ni our new Ambassador baru sampai. Yes, Mr Loba2 Jejeh.. Wife dia (Tudung krim dan baju hitam) sangat humble. So, this is new me in kebaya okeh.. Hahaha.. Beside the red one is my Second Secretary (Economics) Pn. Nasreen.

Gigih tak aku posting 2 hari nih.. (It means aku muak buat kerja!) Haha..

Entri untuk Adee

Adee, aku diberitahu oleh kak Saimun (lagi) yang dia selalu makan taufu fah kat sini. Aku tanya mcm mana? Dia kata, dia beli tauhu silky dan letak dalam microwave sekejap dan letak gula merah. Rasa? Hampir sama.. (Tapi still aku nak cakap: sedap lagi makcik Bangi 1.20sen yang buat). Kira terubatlah rindu aku pada taufu fah. Kat sini ada pelbagai taufu, ada yang semi hard, silken, soft.. Semua boleh di dapati di kedai Vietnam dan Piliphines (Ha, dari Vietnam!) Cari cepat!
Sori lupa ambil gambar lepas masuk oven, tak menyempat-nyempat nak makan. Neesa n Syifa loves it!

Friday, September 11, 2009

Sama kan!

Umairah 5 month old

Syifa 11 month (kot) old!


Gambar bersuka ria di bilik air!

Kesian Baby Q, hari tu kena jap 4 sekaligus sbb vaccination kat sini tak sama. Alhamdulillah tak demam. Nurse tu terus bagi Tylenol. Memang power ubat tu Zell. FYI, ubat kat sini sangat mahal sebab diaorang senang jer kena saman kalau ubat tu ada side effect yang tak baik kepada public. Kat sini saman menyaman memang boleh cari makan punya. Tapi at the same time, terfikir jugak betapa kuatnyer drug kat sini. p/s Kiyut tak bathrobe tuh. Walau tak praktikal sangat untuk baby, tapi aku sukaaaaaaaaaaaaaa...


Three princess in a bubble bath. Neesa memang anak yang boleh diharap untuk menjaga adik. Kengkadang dia dukung adik turun naik tangga. Seriau aku.

Syifa: Biasalah, tengok jer. Alasan: Syifa kecik lagi. Syifa pendek lagi. Mengada tau.


Bila ibu nak bubble bath pulak nih? :-(