Friday, September 4, 2009

Bencinta?

Bila dengar cerita cinta orang, rasa nak bercinta jugak. Babe, I envy you in a good way.. I'm happy for you. Itu petanda Allah dengar doa aku!. YEAY!!

Saturday, August 29, 2009

Boss dah balik

Haha.. macam wartawan pencen aku mereport pelbagai isu ngan boss yang baru sampai semalam. He's so detail. So, aku dah siap2 draf apa yang aku nak cakap :-) Maklumlah kan.. dia ex pegawai khas Menteri dulu.
Semalam kitaorang cuba beli hati dia ngan buat jamuan berbuka puasa kat rumah my 2nd boss. Tau dia hot banyak perkara kan. So hari ni dia mcm cool siket. Aku pakai lawa2 masa brief dia tadi. Boleh tak guna 'kelebihan' itu untuk tidak bagi dia marah? ;-P
Hari ke hari aku tengok Neesa dah macam budah besar. Dah boleh harap, Kengkadang macam kesian pulak masa suruh dia jaga adik. Senang jer aku suruh " Neesa, jaga Umariah". Terus dia berlari2 dapatkan adik dia. Dodoikan adik dia. Kengkadang aku terharu sbb it suppose tu be my job kan. Memang kacip lah nama dia Neesa- Perempuan. Kalau suruh anak kau Zell, si Syifa - sekejap jer.. Ibu dah, baby tak nak Syifa.. dia nangis jer. Asam gelugur tau si Syifa nih. Aku rasa Neesa senang handle, Syifa? Macam jaga 10 budak. Ada jer kerja dia. Menyelongkar lah, mengisai baju lah, nak naik basikal lah, colouring lah. Sabar lagi. Datang inspektor Sahab Shaiful ditinggikan suara terus buat muka merajuk duduk tepi sudut tapi hanya mampu bertahan buat 1 minit jer. Lepas tu. back to 0 balik. Memang orang kata 2nd child memang penuh karakter. Aku harap dia jadi genius.. tu jer.
Kat sini tak rasa macam ramadhan sangat. Takde pasar ramadhan, tak dengar orang azan, tak dengar lagu raya. Semua kena buat sendiri. Nak berbuka tengok jam jer lah kan. Kalau nasib baik ada jamuan berbuka puasa kat rumah HBS, rasa lah meriah siket.
Wabak H1N1 di sini agak kronik. Dianggarkan 90 ribu pesakit menjelang Oktober disebabkan time tu winter. Harap2 takde apa2 yang buruk berlaku. Doakan aku. Jaga kebersihan jer lah kan. Harap kat Malaysia pun mcm tu jugak.
Idea dah habis. Rasa nak minum cincau!

Friday, August 28, 2009

I miss my blog

Yup.. it true.. I really miss my blog. Boss bercuti sebulan tapi aku tetap kerja keras. I have no time for myself. Adee, aku jeles ngan kau. You are HAPENNING!!

Alhamdulillah, kereta dah dapat. Toyota Sienna. Cukuplah untuk 3 tahun pakai kan. Aku rasa FB dah tak private sangat since kau orang baru dan everyone is looking at you dan nak tak nak kau kena bergaul dengan semua orang. Ramai yang request nak kawan tapi aku hold dulu..

Ingat lagi tahun lepas post lepat kedut. Semalam Epul masak pengat ubi sekawah. Aku cakap kenapa banyak sangat. Dia excited nak bawak ke solat terawikh. Kami di sini akan bergilir2 buat terawikh di rumah. So far, dia boleh mixed around. Lega aku.

Nanti sambung..

Thursday, August 6, 2009

Sambil taip entri ni aku dengar lagu Shiela Majid- Ku Mohon. Tak boleh pulak nak share VC dia kat sini. Tapi at this time memang aku mohon untuk jadi lebih Tabah. Its not easy to adapt everything at one time. Yeah.. its all about sacrifies to make my dream come true! :-) I'm not sure with Adee n Luke whether they r facing the same issues with me or not but more or less banyak jugak pancaroba di tempat orang kan. Pandai handle atau tidak jer.

Gambar tak ikur sequence: Syifa masa birthday 3 years old. As usual, aku selalu tak sempat nak celebrate grand untuk Syifa. I owed her alot. Nanti bila kita dah settledown, kita buat birthday party yer sayang. Photo taken kat rumah uncle faizal yang buat surprise belikan kek aiskrim untuk dia. Termalu-malu bila orang nyanyikan Happy Birthday!


Ni masa pergi camping kat Watermellon pack. Semua orang tak percaya she's 4 months old! Hahaha..

Lates pic of Baby Q..

Barang senang dapat kat Asian Market. Nak ngan tak nak buat jer. Kalau kat Malaysia main beli jer kan. Apam jenama Pondan. Kelakar!

Neesa dah jadi BIG GURL! Banyak tolong aku jaga adik dan kemas rumah! Haha.. Untung ramai anak perempuan kan.

Kurus ker? :-P
Pst.. Epul kata dia tak nak potong rambut setahun sebab kat sini barber service mahal.
Dia ingat lawa ker dia rambut panjang? Hahaha..


Dah lama tak update blog.. Hampir sebulan. Erk.. Dah sebulan lebih aku kat bumi Mr. Obama tapi masih belum selesai settle down. Perkara yang berkaitan dengan office KL sometimes took so long.

Mari Update:
Rumah insyaallah dapat masuk sabtu ni, sama jugak dengan perabot sewa dan barang dari Malaysia. Serentak semua! So, tak payah nak penat banyak kali kan. :-) Rumah mcm entri yang terdahulu. Landloard Mr. Mico nd Denise Mico sangat baik. Alhamdulillah.

Kereta:
Masih dalam pencarian. Mcm orang ramai pesan, kena survey dulu sebab ini adalah antara pelaburan kita since aku tak berhasrat untuk bawak balik kereta. Since orang kata (orang kata, bukan aku) kereta kat sini murah dan since rule kat sini mewajibkan kids under age 6 kena pakai carseat, kereta sedan dah tak termasuk dalam senarai. Kenalah ambil minivan dan orang juga advise jgn ambil American Car sebab takde market value bila nak jual nanti. Option yang ada dalam kepala ialah Oddesey, Nissan Quest dan Toyota Sienna. Aku beli yang 2nd hand jer. Lagipun kereta besar sesuai untuk jalan jauh. (Bila nak berjalan tuh?) Budget aku tak besar tapi Insyaallah aku bayar cash kereta tu nanti dan aku tak nak fikir serabut untuk bayar bulan2. Kalaulah aku boleh naik metro macam Luke atau sewa cab mcm Adee kan senang. Tapi nak tak nak kena jugak beli kereta sbb Epul dah selalu buat lawak kaki dia kejang sebab dah lama tak rasa pedal minyak! Kengkadang dia buat reverse psikologi dengan menapak ke kedai2 yang agak jauh. Alasan dia dah kurus!! Mengada!

Kerja aka People
Hmmm.. New environment, new people, new boss! What do you expect? Yang ni tak berani nak komen banyak lagi since aku masih baru. So, the right word is PLAY SAFE dan ADJUSTABLE but I'm not good at pretending. Kalau orang tu dah buat slack dan he or she memang ada intention nak sakitkan hati aku. Aku akan layan biasa2 saja dan dia dengan sendirinye dah masukkan diri dia dalam LIST BOLAYAN aku. Hahaha.. But most of the people are very nice to me. Ramai KAT orang kita jugak. Oh ye.. Adee, adik 'AMAT' ada di sini. Dia dan wife dia gamble merantau kat sini. Adik dia kecik jer tak mcm abang dia. Dia dan wife dia Fuzy very nice. Bagi aku pinjam minivan untuk keperluan aku (epul sebenarnya) nak bergerak ke sana sini.

Makan
Kat sini senang dapat makanan halal cuma lalu tak lalu jer lah. Choice yang ada ialah seafood. Daging ngan ayam boleh dapat dari kedai pakistan. Kedai Kebab pun banyak tapi aku dah tak lalu nak makan kebab.. So, lebih senang masak tapi since aku belum masuk rumah, nak memasak agak terhad. Ada la 3 kali alarm hotel berbunyi sebab smoke detector dia terlalu sensitif. Orang melayu kalau tak mengoreng, asap tak sampai ke langit tak sah kan. Hahaha.. Nice memory.

Neesa, Syifa n Umairah
They are bored to death duduk dalam hotel. That is why I'm quite upset bila kelulusan rumah lambat sampai. Errr.. Common lah.. Ni dah tahun 2009.. banyak teknologi yang menjimatkan masa kan. Pakailah scanner dan email surat kelulusan. Neesa cant wait to go to school but she has to wait until Sept next year. Masih mencari art school untuk dia atau music class yang tak mahal. Teringin one of my kids pandai main gitar.. Zell, budak perempuan pandai main gitar lagi rowk kan.. Neesa main gitar, Syifa piano dan Q main drum.. Pergh.. lengkap dah kugiran aku.. Itu cuma angan2.. kalau jadi lagi bagus.


Y.Bhg. Datuk Shaiful Annur
He's getting slimmer.. Maybe sbb penat jaga anak2 dan aku lawan saper kurus ngan dia. Tapi aku kena jaga jugak jangan terlalu kurus nanti spekulasi tak menarik akan timbul dari pihak Puan Maimon. Errr.. takott..


Tu jer dulu.. Boss balik Malaysia tapi kerja tetap ada kan. Miss you all.. Kak Salwa, M, Zella, Adee, Hajah, Zuey, Luke, Kak Izan, Adik beradik dan semualah.. (Pergh.. Macam nak buat salam perantau jer.. hahaha..)

Saturday, July 11, 2009

I still alive. Heck!

Dari hari ke sehari nak update blog tapi since waktu siang sangat panjang, jadi mcm penat sangat. Kejap jer tidur, pukul 4.30 Subuh dan terus kemas hotel serba sedikit dan ready for work. Hmm.. where to start?

Sehingga hari ni masih kelam kabut settlekan rumah dan perabot. Now I know what is the meaning of Office Politics. Believe me.. Its really sucks. Sambil taip entry sambil dengar lagu late MJ. Orang kat sini sunggu fanatik dengan MJ. People did asked samaada aku sempat pergi memorial ke tak? Hello! aku dah tak tengok berita dunia since sampai sini. Hahaha.. Cuma sempat baca headline USA Today kat depan pintu hotel tiap2 pagi. So, since ada gambar dari Agent Nita Nerri, I would like to show you my house for the next 3 years. (Read: Wonderful Homes aka Heaven in Earth)
Pilih rumah bukan senang, banyak aspek yang kena ambil kira. Rumah lama ker, the logistik, sape yang duduk kat situ, saper Malaysia yang duduk nearby, facilities dan macam2 lagi. For me, I just need a place to rest and a place that will bring my family together. Rumah tak cukup besar untuk buat kenduri ke, rumah jauh dari orang ke, is not in my top priority. Bukan nak cakap besar, tapi I know I will survive. Sampai bila kita nak harapkan orang hantar dan ambil kita di office. So, leaving quite far from others should'nt be an issue. Setakat mana lah sangat kita nak buat kenduri. Sekali sekala kan. So, sekali sekala apa salahnye orang akan squeeze in untuk beramah sambil bergossip rumah aku tu nanti. Yang penting, Epul suka dan budak2 happy.
Selepas memikirkan aspek2 yang berpatutan, rumah di Lafora Court will sangat 'cantik' buat kami. Our landloard sangat baik hati. Mr. and Mrs. Mico. The husband work for America Embassy. He will be posted to Uzbek after this. Ini adalah satu kelebihan since diaorang faham "Diplomatic Clause" di mana landloard tidak akan menuntuk sebarang gantirugi if we have to breech the contract which means bila2 masa kita akan dipanggil balik ke malaysia walau tak cukup tempoh 3 tahun. Selalunya landloard tak nak clause tu.
Diaorang pun nak sangat aku jadi penghuni rumah mereka. Maybe ada chemistry antara kami so we try very hard to convince the AJK that it is a good house. The issues is the house is 38 years old. Since diaorang beli rumah tu tahun lepas, condition rumah sangat baik. Sangat bersih dan diaorang pun ada 2 boys yang hampir sebaya ngan anak aku. Means kondisi rumah ini sesuai untuk yang ada anak kecil. So, ini gambar serba sedikit tentang rumah Lafora. Mari berimaginasi...

Ini kawasan backyard. Buka pagar belakang, aku dah bayangkan Si Syifa main kejar2 dengan Umairah. Neesa? Takut main panas.. Dia duduk dalam rumah dan mengadap PC! :)
Ini akan jadi Dining Hall kami since di sebelah kiri entrance ke arah dapur. Mana nak cari karpet sebersih itu dengan dua anak lelaki yang lasak? So, I have to be extra carefull not to stain the carpet! Hu..hu

Place where Epul will spend most of his time. Nasi Goreng kunyit satu! Lepat pisang satu pinggan.. Haha. Nampak tak view di luar tingkap? Harmoni kan (what a word!)


This will be our recrational room. Ada satu sliding door menghala ke luar dan terus ke yard. Tengok mainan anak Mico. Harap2 diaorang tinggalkan untuk jadi mainan anak aku!! So, tempat ni lah nanti akan jadi tempat bergomol anak atau tempat orang nak datan semayang terawikh nanti. Uishh.. tu penting tuh.


Dengan harga syiling aku, selalunya orang akan pilih townhouse. Ada yang tiga tingkat, ada yang dua tingkat. Kira satu kelebihan kalau dapat yang ada garage. Merasalah nak buang snow atas kereta kalau takde garage nanti. So, ini ialah entrance rumah aku nanti. Kiri kanan neighbour yang ada anak2 kecil jugak. Harap boleh lah berkawan dengan 3 series aku nanti.

Itu lah sahaja entri kali ini. Sorry takde gambar lebih. Kalau gambar masa ka KLIA, ramai dah posted kat FB.

Sorry takde masa nak bukak and reply email. So, harap semua jangan berkecil hati.

Notes:

Warga BPO - Baru dua minggu di sini, I miss u guys. Alot!

Kak Sawa - Akak sihat? Semoga bahagia sentiasa

Zell - I know.. I owed u big time.. Miss talking to you. Dah lama tak mengumpat pasal Aome.

Adee- Mesti kau kata aku kekwat ek. Saya buat cempedak di luar pagar tau!

Luke - Jangan serik jawab pertanyaan aku.

Zuey- Aku sihat. Kau rajin2 lah update FB! Send my regards to your sister.

Hajah - Exam ok? Kau kan pandai..

M- Bila kau due? Harap slim balik lepas bersalin nanti. :-P

Atie - U know me.. always be a 'gengster' all the time kan.. Survivor eh?

Wednesday, July 1, 2009

Posting: KLIA

Pasti yang ramai tertunggu-tunggu post dari DC kan. Aku sangat tidak berkempatan tambahan dengan masih mereng mengadjustkan diri dengan masa di sini. Masa kat sini lebih kurang -12 dari waktu Malaysia. Anak2 ok. Suami? Ok lah kot.

So, aku postkan satu cerita untuk satu entri. Aku harap aku banyak masa lagi untuk update kehidupan aku kat sini. Aku rasa for the time being, entri aku macam novel sebab aku tak sempat nak ambil gambar. So, happy reading.

Entri KLIA
Pada hari terakhir aku masih sibuk terkejar ke sana ke sini untuk settlekan few things. Betul kata orang, selagi tak berlepas, ade jer yang rasa tak selesai atau tak cukup. So, dari Rumah Pupanita Precint 10 aku ngan gerombolan keluarga bertolak ke KLIA. Hp iMobile (baca Blackberry Storm), tak henti2 dengan incoming messages. Aku tak sempat nak balas, aku sempat call beberapa orang. Dalam kepala dah start syahdu selepas kakak aku call. Kata2 dia buat aku sebak. Thanks pada Agee dan M yang call. Thanks kepada Kak Sawa pada message yang cukup mendalam tuh. Adee, sorry tak cam suara kau. Seharian ramai kawan2 lama yang dah terputus hubungan call. Mcm mana diaorang dapat nombor aku? Wallah hu a'lam. So, bila diaorang suruh aku teka, aku failed. Same goes with you Adee. Sorry tak perasan. (Love u)

Sampai KLIA, masa Umi aku pegang erat tangan aku, aku dah sebak. Masa Syifa kata Tok Mi, ikut Syifa ye, nak cerita anak kambing. Dalam hati, aku dah (siot Syifa.. buat lakonan kat sini pulak). So, aku terus rush ke rest room KLIA. Zella called. (Sorry buat kau terdrag sampai KLIA). Aku cuba maintain lagi (ye ke?)FIL pun ada tapi tak memberi impak sangat pada aku. (Jahat!!) So, minit2 terakhir aku habiskan masa dengan family. Sorry pada Zuey + Epul, Kak Ina Raden yang datang. And for Nonoks, thanks too. Kau jaga Zella bebaik yer. Bila masa kecemasan dah sampai, aku berpeluk2 arab lah ngan family semua. Masa mak aku cakap.. Elene, ingat pesan umi ye,aku terus..waaaaaa.... then my sister sambung lagi.. dan masa mek aku pesan.. maafkan mek yer.. aku pun waaa.. masa abang aku peluk aku.. sekali lagi..waaaa.. masa adik aku.. senang citer.. aku menangis tanpa hentilah.. So.. berjalanlah kami lima beranak ke golden lounge.. Mr. Kekeh called saying good luck. Thanks. Dalam flight aku baca ayat2 yang aku ingat. Dan pertama kali aku rasa aku sayang sangat Malaysia.

Tuesday, June 16, 2009

Sacrifies

Bubby WJJ 4227. Kereta luv aku. Kalau tak kerana kereta itu, aku maybe tak kawin dengan Epul. Aku tak akan naik RXZ dia. Dengan kereta itu juga aku merempit tengah malam balik kelas dari Serdang. Kereta tu jugak aku selalu bawak anak2 gi taman. Dik, nanti lepas 3 tahun jual balik kak akak yer. Sedang Epul mengira duit, aku mengalir air mata. Berbaloikah? Kalau korang jumpa si putih itu di area UM, kau tepuk siket bontot dia. Tanda aku kirim salam ;(

WPD juga akan dijual dalam minggu ni.. Epul, thanks for your sacrifies.

Monday, June 15, 2009

;-)

Same name. Same attitude. Same attire. You made me remind of someone. 8 years back. Hmmm..

Friday, June 12, 2009

Jumaat Datang Lagi

Tudung sekarang murs..murs sangat. Kalau yang trend terbaru mahal lah siket. Tapi kalau kau pergi sana (DC).. dia orang update ker trend tudung kat sini?


Tinggal satu kali Jumaat sahaja lagi sebelum aku meninggalkan Malaysia.. sob...sob. Tapi projek merempit di Jalan TAR hari ni mesti diteruskan jugak. Membeli tudung2 terakhir untuk dibawa ke sana.


Lately ni banyak dugaan melanda. Aku hanya mampu berdoa semoga diberi kekuatan dalam menempuhi cabaran. Dunia ialah pentas cabaran. Kalau tak kuat akan tewas. Terima kasih di atas segala sokongan dari keluarga dan teman2. I OWED you guys..



Adee, laici dah melambak kat sini, tapi masam lah..

Zue, kau sangat kiyut bila mengandung. Selamat minum air gula. Sorry tak sempat tengok baby kau, tapi aku harap jari kaki dia tak panjang sangat!

Agee, Kirim salam kat abang bomba (walau aku tak kenal). Aku ingat nak jumpa kau dulu tapi aku tau kau dan aku sibuk memadam kebakaran. Ta kira lah.. kebakaran rumah atau kebakaran hati..

Zella, selamat berchoti. Come back in one peace..

Luke, semoga doa kita dimakbulkan. :-)
Kak Sawaaa, minta maaf terlupa. Saya ingat akak x jenguk dah blog nih ;-(. I wish u all the best and be strong demi anak2. Doakan yang terbaik untuk kak sawa terchinta. Selamat maju jaya dalam pelajaran, semoga tabah sampai grad.

Friday, June 5, 2009

Counting days..


Huhu.. I need rest.. Seminggu dua ini tersangat penat okeh. Semalam packers dah hangkut barang2 yang hendak di bawa ke DC. Diaorang sungguh pro tau. First time tengok movers buat kerja. Abang Mustafar dan krew sungguh dedicated buat kerja dari pukul 9 hingga 6 petang!. I just want to sleep like a baby right now.. Oh ye.. Aku tak kawan dengan Epul dah dua hari. Dia notty!! Hari ni ada trip ke Cameron Highlands with my family. Dapatlah berhibur sikit dan maybe akan berbaik2 dengan Epul sambil makan strawberry!!
p/s Since aku tak ambil pendahuluan diri untuk posting.. banyak jugak duit terbang.. Harap2 claim cepat dapat nanti..