Monday, February 16, 2009

Why people get married?


We need a witness to our lives. There's a billion people on the planet... I mean, what does any one life really mean? But in a marriage, you're promising to care about everything. The good things, the bad things, the terrible things, the mundane things... all of it, all of the time, every day. You're saying 'Your life will not go unnoticed because I will notice it. Your life will not go un-witnessed because I will be your witness'."
Beverly Clark - Shall We Dance

I've cried when Susan Sarandon read the dialogue. At the same time Amat went out with his friends till 2am. Deep in my heart I think Amat really have fun with his friends.. His night will be totally different compared what he has to faced everyday.. Sometimes, I can't help myself questining myself why I still can deal with the routines/responsibilites/tasks after 5 years. Wondering how people can survive for the next 30 years. Ha..ha.

The movie is about how Richard Gere find 19 years of his marriges become dull and try to find something new by joining dancing class. Read the summy here. I've to admit that people still need their own space/time to be the real him/her. Forget all the responsibility for once.. Enjoy to the fullest.. But for me, I'll feel quite guilty leaving Amat with the kids.. Keluar ngan kengkawan pun aku akan call banyak kali how he's doing. Dah makan ke belum.. Amat? He will use the time to the fullest.. Geram aku tau!! So that night, after waiting to 12pm, I called. Tak berangkat. Last sekali aku bg msg: Please do say thanks to your friends coz giving your night become more happier and alive tonight!.. Pas tu dia call banyak kali.. Aku pulak takde hati nak angkat! Still geram!.


p/s Happy Anniversary Kak Sal.. semoga bahagia sehingga akhir hayat. U gave me an idea how to turn my Anniversary quite different from the past. Giving hand made card with scanned surat nikah on it with tajam2 words.. :)

Apa moral of the story entry kali ni? Aku pun konfius! ;0

Tuesday, February 10, 2009

Istikharah?

"Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dialah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yan g ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakan esok (sama ada baik ataupun jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya."
Surah Lukman: Ayat 34

Saper yang pernah buat solat istikharah? Ayat ni begitu mendalam maksudnya. Aku pernah cakap tak yang Mr. KK ni alim2 siket. Hari tu aku mintak opinion dia tentang kerjaya aku. Aku kata nak buat solat istikharah.. Pas tu dia pesan, kalau kita dah buat solat tuh, then Allah dah bagi petunjuk tapi kita tak ikut, kita akan kena kifarah (thanks Zell). Maknanya, kita akan mendapat 'bala' la kira kalau kita tetap pilih pilihan kita. So, aku tak berani nak buat solat ni, cuma selepas solat aku doakan supaya di permudahankan urusan aku posting nanti. Kalau itu yang terbaik buat aku lah kan.

Dalam government, setiap dasar sentiasa direview. So, in my case, diaorang tengah buat kajian kepada kakitangan sokongan yang suceed buat first degree dgn CGPA yang baik. Pegawai berkenaan akan diletakkan sebagai Pegawai Kontrak dan kalau perform boleh terus serap sebab banyak komplen fresh grad tak perform walau dah 1 tahun kerja. Tapi kan, itu semua rezeki masing2. Tak dinafikan, for those yang ada kabel besar, dapat jawatan kontrak, terus dapat serap tanpa perlu melalui prosedur yang sepatutnya. (Itu ayat dengkikah?) Dan banyak silent policy lain. Sorry tak boleh reveal semua. So, kalau ikutkan kata hati, memang aku nak pergi posting. Kan aku nak tanam strawberry belakang rumah :) For the time being, aku tak nak fikir telalu jauh untuk masa depan. Mcm tafsiran surah tadi. Aku berpegang, hanya Allah tahu apa rezeki aku esok. So, kalau aku jadi posting, by the time aku balik nanti, umur aku 34, masih boleh apply untuk jadi pegawai. Full stop.

Sekarang ni kan, nampak sangat perut aku macam dah turun siket. Sumer orang kata macam mengandungkan baby boy. (Dalam hati, aku suka kalau dapat baby boy). Tapi selalu jugak aku pesan, itu semua kerja Allah. Aku doa jer lah supaya dapat baby boy, kalau itu yang terbaik untuk aku. Setiap kali scan baby, bila doc tanya dah tau jantina ke belum, aku mcm nak tanya tapi cepat2 Epul kata, takpe doktor, asal baby sihat jer. Dia pesan, itu rahsia Allah. Aku tak sabar nak bersalin. Dah tak larat dah nak kendong baby nih. Tak sabar nak tengok Neesa n Syifa main ngan baby baru. Tak sabar nak susukan baby. Tak sabar nak slim balik. Tak sabar nak potong kuku kaki sendiri balik :)

Moral of the story: Hanya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita kan. Allah juga yang tentukan aku dapat kawan2 mcm korang ni. Dapat kehidupan mcm yang aku lalui sekarang ni. Yang penting aku jangan putus2 berdoa pada Dia.
p/s Mcm Adee cakap, we can't have it all. Cuma, adakah itu yang terbaik?

Friday, February 6, 2009

Saya Mohon Derhaka!

Aku mula cuba buat blog ni jadi private. Since kisah aku nak gi posting jadi havoc di office, aku jadi takut. Takut kalau tak jadi sebab PO pun belum dapat kan. Semalam ada orang dari EPU dah call tanya kesahihan cerita dan tanya aku kenapa aku dapat tahu awal sebab PO selalunya diberi 2 bulan sebelum fly. Aku tak tahu nak jawab apa. Tak tau lah pulak bab2 posting ni memang hangit di mata PA2 gomen sekalian. Aku cuma jawab aku dapat official phone call. Cerita tu semua, aku tak tau macam mana boleh tersebar. Kalau diaorang nak pergi sangat D.C tuh pegilah. Aku mana peduli. Aku nak gi Brussels lah.. Luke, cepat balik sini!

Nak kongsi cerita nih:

Aku terjatuh dalam bilik air 2 hari lepas. Sibuk menyental dinding lah katakan. Lantai licin, so, aku terjatuh duduk. Nasib bukan tengah berdiri kan, so graviti tak tinggi sangat. The next day aku MC lah. Gi klinik gomen, dia marah kenapa tak pergi lagi awal. Aku cakap.. sebab tak dapat pergi awallah. Aku takde transport since Amat ada meeting urgent pagi tuh. Dia pun letak dalam que emergency. Emergency ke haper.. 1 jam 45 minit aku tunggu. Sabar!! Bila nombor naik. Doktor kerek itu cuma tanya. Ada bleeding tak? Ada discharge tak? Baby gerak tak? Baring kejap.. Sentuh perut aku. Pas tu dia kata. Ok.. saya bagi MC satu hari.. What the F*c*.. Tu jer ke.. Aku tanya kenapa tak scan baby.. Dia kata, kalau ada simptom di atas baru kita scan. Abis tu aku cakap, kat bawah perut aku sakit. Jalan pun tak boleh. Itu normal sebab terjatuh. What the F*c*! Aku tunggu 1 jam lebih tapi layanan cenggitu jer. Memang aku taubat tak akan dealing lagi dengan Hospital Putrajaya. Emergency bagi diaorang bila leher dah tinggal sekerat nak putus baru diaorang layan agaknya. Pas tu si suami yang prihatin pun ajak lah pergi private.. Aku pergi dalam pukul 5.30. Klinik yang terdekat area Putrajaya. Aku cakap lah masalah aku, aku terjatuh dan nak scan baby sama ada ok ke tak. Pas tu nurse tu cakap. Sorry kak, doktor nak balik awal hari ni. Dia suruh pergi Emergency. What the F*c*******!!! Hoi.. bukan aku sengaja berdangdut nak datang klinik la.. Aku terus blah.. Amat macam dah hot.. Aku dah nangis dalam kereta. So, aku cuma doa supaya baby tak apa2. Itu saje.

Aku nak tanya.. boleh ke doktor tolak pesakit?


Aku rasa, ramai doktor di gomen tak de ilmu diagnosis mcm citer House. Setakat check tekanan darah, heart beat gitu jer.. Baik aku beli stateskop sendiri kalau gitu. Saper tau kat mana aku nak beli? Aku serius nih.

Wednesday, January 28, 2009

Entri Simpanan

Ni sumer gambar lama. Aku takde masa untuk upload sumer gambar. Ni gambar masa aku balik Kuantan masa raya Aidil Adha lepas. Dah banyak kali nak pergi melawat sekolah lama. Saja je nak mengimbau kenangan lama. So, aku berpakat lah dengan adik2 aku yang sumer exAssunta jugak. Nama pun sekolah Assunta kan. Mesti ada unsur2 Kristian siket. Dulu kat luar bangunan terpampang salib besar. Tapi masa aku pergi hari tu dah takde. Meh sini nak citer siket tentang sekolah Rendah aku ni.. :)
Ni mural kat Dewan Besar. Aku antara penyumbang tenaga lukis model kereta Proton Saga tuh. Aku rasa masa ni masa aku darjah 2. 1986. Aku kaler bunga raya tuh. Tak sangka masih ada lukisan tu kat situ. Dewan besar adalah tempat rasmi perhimpunan Hari Guru, Hari Penyampaian hadiah, atau Hari Perhimpunan Isnin. Kat sinilah pentas serba serbi. Masih tak berubah dari dulu. Takde duit ker atau memang nak kekalkan konsep?

Dewan nostalgia. Ingat lagi aku kena buat persembahan menari kat sini masa darjah satu. Kat dewan ni jugak aku terima hadiah masa Darjah 6.


Time aku, Guru Besar En. See Toh Tuck. Sangat baik orangnya. Kalau tengok list, kebanyakan Guru besar ialah Cina dan aku rasa sumer Katholik.


Benda alah ni kat bangunan bawah. Still lagi utuh. Dulu itulah tempat bergayut aku ngan kengkawan. Aku ingat lah ada kawan aku kakinya tersalah masuk kat tangga tuh, terus terpeleot. So, aku suruh Neesa jadi model macam mana dulu aku suka sangat bergayut untuk cepat tinggi.. Mitos sungguh.

Ni kantin sekolah. Masa aku sekolah pagi (Darjah 4-6) selalu tolong makcik kantin jual makanan kat budak2 petang rehat. Rasa macam seronok sangat. Time tu mee kari, mee goreng dan nasik lemak hanya 30sen sepinggan. Hari Jumaat ada Nasi Ayam. RM1. Masa tu duit belanja aku cuma 50 sen. Nak makan nasi ayam, kenalah kumpul duit. Masih terasa sedapnya makcik kantin tu masak. Mana dia sekarang ye? p.s Sarat tak adik aku tuh?

Ini pili belakang bangunan. Tempat kitaorang kena gosok gigi sebelum masuk kelas. Aku macam sedikit terperanjat sebab landskap kat sini tak berubah langsung. Ingat lagi sebelum gosok gigi kena kumur2 dengan sejenis cecair warna biru dan kita akan gosok gigi sampai warna biru tu hilang. Nurse kata, kalau belum hilang biru, maknanya gigi belum bersih. :) p.s Syifa suka buat muka senget.

Podium (eh?) tempat guru dan wakil murid berucap. Ni kat depan bilik guru.

Dulu semua budak sekolah yang tunggu bas akan berkumpul kat sini. Dulu kawasan ni lapang sampailah ke belakang. Macam kawasan hutan. Sekarang dah jadi kawasan rumah elit.

Lepas melawat sekolah ni, sibuk Neesa dan Syifa nak sekolah kat sini. Sebenarnya gambar banyak lagi. Tapi for the time, aku share yang ni dulu yer. Seronok ek sekolah rendah!!

Friday, January 23, 2009

Finally..

Korang.. finally aku ada kekuatan untuk sampaikan berita baik ni kat semua. Actually aku tak nak bising2 sebab surat belum dapat.. Just official phone call. Kalau ikut Encik itu, aku akan fly ke Washington D.C on 1st July.. I donno how to react.. Thats why aku tak tau nak citer dengan orang. Aku pergi under MITI. To cut it short, lepas habis pantang (belum habis sepenuhnya pun) Mei aku dapat surat dan terus kena pergi kursus di Jalan Duta, July aku fly.. Orang kata kerja bawah MITI preassure.. Tapi kalau aku tolak peluang ni, nama aku akan terus menjunam ke list bawah. Aku cuma fikir, cukup ker gaji + elaun aku untuk sara 4 mulut.. Takut dengan exectation orang MITI lagi satu.. Hm.. mak aku pun maybe tak dapat ikut lama sebab dia ada agendanya sendiri. Amat belum confirm dalam jawatan dia sekarang.. So, aku sedikit blur.. Aku fikir.. nanti kalau aku jauh dengan keluarga.. kalau apa2 hal, nak mengadu ngan saper? Tetiba aku jadi pengecut siak.. Tapi dari buat orang tertunggu-tunggu.. aku share jugak this feeling with you people who really close to my heart.. The one who reading this ;)


p/s Dah ada 3 draf untuk aku sampaikan berita ni kat korang.. Aku blur nak susun ayat..
Adee, nak list barang yang kena angkut ke sana boleh?
Luke, advise lah aku siket
Zell, penyimpan mohor besar!! Big C ya.. Nakal kau eh..
Kak Sal, nanti saya nak makan satar macam mana?
Kaka Zuey, harap2 kau dapat tempat yang dekat2 dengan aku.. boleh lah kita merempit..
Hajah, tak dapat lah aku nak pergi Hanoi dalam waktu terdekat ni.. kena saving $$

Friday, January 16, 2009

Entri Klasik 1978

Me n my sister.. again.. Old pics.. aku sajer upload gambar lelama yang telah diedit.. Bila tengok album lama.. tak banyak gambar aku ngan abang aku.. apasal ek? Kakak aku memang koko dari kecik.. aku masa kecik lite koko jugak.. masa sekolah still lagi lite koko, tapi masa Itm..jadi cerah.. sumer kawan sekolah terkejut tengok muka aku yang dah jadi cerah.. aku cuma cakap aku pakai krim Safi..Diaorang cumer tuduh aku pakai Fair n Lovely (benci tau.. aku tak suka bau F&L sebab bau mcm Kel.. siket) Sumer sedara mara pun tegur aku jadi cerah.. suka jugak.. Masa ITM, mana orang kenal krim Safi. Masa tu aku barangan nak pakai krim mahal macam diaorang tapi duit belanja umi aku kasi cukup untuk makan kat gerai Mak Ngah Carut jer..Budak-budak lain pakai Citra Ayu lah, Sabun Betik la.. Nouvelis Visage la.. BML la.. yang harga ratus-ratus.. Krim aku RM7 jer.. Tapi maybe sesuai dengan muka aku kot.. aku pakai Safi sampai lah sekarang walaupun ada foundation Maybelline bagai.. Bila balik JB hari tu, jumpa dengan Izan (jano), aku tengok muka dia dah cantik.. aku cakap.. kau bakai BML lagi ker? Dia ketawa besar.. aku pakai Safi Leen, terima kasih kat kau.. (aku ketawa dalam hati jer)..

Aku terpaksa edit gambar Umi aku, ni zaman dia seksi.. Mak aku kurus kering jer dulu.. Sekarang jer dah gumuks siket.. Senang hati kot..

Aku rasa Syifa got my eyes.. SEPET.. Syifa more fairer than me when I was a little kid.. Mesti mak aku kurang minum soya masa dia mengandung.. My late father pun lite-lite mocha jer.. ha..ha.. Pregnant kali ni aku jadi addicted dengan nescafe.. bila rasa bersalah.. cepat2 minum soya.. Tak tau lah resultnya mcm mana nanti.. Masa mengandungkan Neesa,memang banyak sangat aku minum soya, makan orange dan raw tomatoes.. banyak sangat.. kicap, kopi, sumer aku tak minum.. sampaikan air cincau kegemaran aku pun aku tak sentuh selama 9 bulan.. Aku bukan nak anak cerah.. tapi kalau boleh, cerah siket dari aku.. Result.. Neesa cerah.. tapi kulit tak tahan sangat.. kalau gigit nyamuk senang dapat parut.. pas tu elejik makan seafood.. bila makan, habis mulut merah.. tapi sekejap jer lah..

Masa mengandungkan Syifa, banyak sangat makan supliment, omega, kalsium, dari start mengandung sampai Syifa berhenti menyusu aku still lagi consume Omega-3 dari HPA tuh..Result~ kulit dia bersih, gigi cepat tumbuh dan cepat jalan.. 10 bulan dah boleh start jalan.. Tulang kuat kot.

Mengandung kali ni, suppliment pun kurang, soya pun kurang, orange pun kurang.. bila nampak tomato, baru makan (kalau dulu, aku akan mengadap 5 biji sekali gus) cuma kismissssss jer banyak.. Kismis pun, kismis yang kuning tuh.. Betul ker pemakanan boleh effect baby dalam kandungan? Lain la kes drug addict, alkoholic.. Kak Sal, masa mengandung, akak pun macam saya ker?

1. Pagi ni Mr KK pergi INTAN, ada taklimat khas dari KPPA.. aku free sampailah dia muncul kat sebelah aku ni dan start jadi KK..haks..
2. Kawan kat department lain dah dapat PO.. dapat pergi The Hague.. Pergi 1 March.. Bila turn aku? Berdebar la pulak.. Exam pegawai bulan depan.. nak ambik tak?
3. Aku copy tajuk entri Yapong.. kelakar giler entri dia kali nih..

Thursday, January 15, 2009

Mari Berdoa

"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah, turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Palestin, hancurkanlah rejim zionis.. Amin..


p/s: Masa ni aku umur 6 tahun.. kiyut kan.. tapi sekarang lagi kiyut.. :)

Tuesday, January 13, 2009

Bila boss EL..

Hari ni Mr. KK emergency leave since makcik dia tenat (harap dia tak apa2).. Dia terus shoot ke KB pagi tadi.. Ambil cuti 2 hari.. so, aku mengambil kesempatan yang ada untuk mengasah bakat mengedit gambar.. Ni guna Picnik since skill Adobe makin kabur. Sukalah features yang ada kat Picnik.. Tak perlu download software.. kira online editing.. Ni 1st attempt.. nanti explore lagi.. Zella, kau polish bakat jadi photogs.. aku mengedit eh.. Adee.. kau tukang publish kan kerja2 kitaorang nanti..

Kalau Amat senyum..

Elene gumuks (lawa).. Elene gumuks (lawa)... Elene gumuks (lawa)..

Cengginilah rupa Amat kalau dia senyum.. This foto dedicated for those yang pertama kali tengok muka Amat masam.. garang.. haks.. Kalau nampak Epul garang sangat.. tolong jangan londehkan kain pelekat dia.. Plis.. Urat senyum dia keras siket.. Aku punya pun kengkadang liat jugak.. Tapi cuba2 bawak senyum..

Monday, January 12, 2009

Kids Journal from Adinang

Here are some photos taken from Photoshoot Kids Journal on last November.. The album was so pretty.. but for the time being.. takde instant kamera untuk ambil gambar album tu. Dalam album, gambar telah diedit menjadi lebih cantik.. So, aku just ambil directly apa yang Adi shoot..

Arnab diimport khas dari member Amat.. kebanyakan props idaman tak dapat.. Nak pakaikan diaorang dgn Tinker Bell Costume.. Tapi masa sangat suntuk.. Nak cari angel wings pun takde yang sesuai.. Kalau adapun terlalu mahal.. so, memang mengharapkan daya kreatif si photographerlah untuk mendapatkan shoot yang menarik..

Tak sangka port yang dipilih banyak sangat kerengga.. Tersepet mata Neesa.. Arnab pun terkena gigitan kerengga tuh.. Kelakar sungguh..

Syifa tak banyak sangat gambar yang cun masa ni since dia memang alegik sangat dengan kerengga atau binatang merayap.. tapi turnout dalam album sungguh cantik.. nanti eh..

Itulah kali pertama dan terakhir diaorang dapat makan lolipop tuh.. tersangatlah manis.. Aku suka benda yang colourful..

Ni bukan aku suruh eh.. Adi tau..


Cumil..

Ni gambar kitaorang.. tapi dalam album Adi zoom jadi lagi dekat.. Venue: Alamanda. Gumuks tak saya?

Di swiming pool precint 9. Tidak digalakkan untuk datang ke sini. Since pool pilihan under renovation.. terpaksa lah pergi sini. Balik jer anak2 terus demam2 dan muntah.. Air dia dah bau macam air akuarium.. Public pool lah katakan..

Auntie Zella.. terbang macam saya ye..

Otromen Kids
Untuk keterangan lanjut promosi Jurnal Kids from Adinang. Click here. Tapi promosi ini bukan untuk album yang macam aku buat.. Kalau nak macam aku punya.. sedikit mahal lah harganya.. Photoshoot lebih kurang 4 jam. Venue kita boleh pilih.. Apa2 contact lah photographernyer.. Sekarang dia sibuk nak kawin.. ;)

p/s: Nanti aku cuba ambil gambar albumnya.. Cantik sangat!