Tuesday, January 13, 2009

Bila boss EL..

Hari ni Mr. KK emergency leave since makcik dia tenat (harap dia tak apa2).. Dia terus shoot ke KB pagi tadi.. Ambil cuti 2 hari.. so, aku mengambil kesempatan yang ada untuk mengasah bakat mengedit gambar.. Ni guna Picnik since skill Adobe makin kabur. Sukalah features yang ada kat Picnik.. Tak perlu download software.. kira online editing.. Ni 1st attempt.. nanti explore lagi.. Zella, kau polish bakat jadi photogs.. aku mengedit eh.. Adee.. kau tukang publish kan kerja2 kitaorang nanti..

Kalau Amat senyum..

Elene gumuks (lawa).. Elene gumuks (lawa)... Elene gumuks (lawa)..

Cengginilah rupa Amat kalau dia senyum.. This foto dedicated for those yang pertama kali tengok muka Amat masam.. garang.. haks.. Kalau nampak Epul garang sangat.. tolong jangan londehkan kain pelekat dia.. Plis.. Urat senyum dia keras siket.. Aku punya pun kengkadang liat jugak.. Tapi cuba2 bawak senyum..

Monday, January 12, 2009

Kids Journal from Adinang

Here are some photos taken from Photoshoot Kids Journal on last November.. The album was so pretty.. but for the time being.. takde instant kamera untuk ambil gambar album tu. Dalam album, gambar telah diedit menjadi lebih cantik.. So, aku just ambil directly apa yang Adi shoot..

Arnab diimport khas dari member Amat.. kebanyakan props idaman tak dapat.. Nak pakaikan diaorang dgn Tinker Bell Costume.. Tapi masa sangat suntuk.. Nak cari angel wings pun takde yang sesuai.. Kalau adapun terlalu mahal.. so, memang mengharapkan daya kreatif si photographerlah untuk mendapatkan shoot yang menarik..

Tak sangka port yang dipilih banyak sangat kerengga.. Tersepet mata Neesa.. Arnab pun terkena gigitan kerengga tuh.. Kelakar sungguh..

Syifa tak banyak sangat gambar yang cun masa ni since dia memang alegik sangat dengan kerengga atau binatang merayap.. tapi turnout dalam album sungguh cantik.. nanti eh..

Itulah kali pertama dan terakhir diaorang dapat makan lolipop tuh.. tersangatlah manis.. Aku suka benda yang colourful..

Ni bukan aku suruh eh.. Adi tau..


Cumil..

Ni gambar kitaorang.. tapi dalam album Adi zoom jadi lagi dekat.. Venue: Alamanda. Gumuks tak saya?

Di swiming pool precint 9. Tidak digalakkan untuk datang ke sini. Since pool pilihan under renovation.. terpaksa lah pergi sini. Balik jer anak2 terus demam2 dan muntah.. Air dia dah bau macam air akuarium.. Public pool lah katakan..

Auntie Zella.. terbang macam saya ye..

Otromen Kids
Untuk keterangan lanjut promosi Jurnal Kids from Adinang. Click here. Tapi promosi ini bukan untuk album yang macam aku buat.. Kalau nak macam aku punya.. sedikit mahal lah harganya.. Photoshoot lebih kurang 4 jam. Venue kita boleh pilih.. Apa2 contact lah photographernyer.. Sekarang dia sibuk nak kawin.. ;)

p/s: Nanti aku cuba ambil gambar albumnya.. Cantik sangat!

Friday, January 9, 2009

Aku Mau Ini!

This is the best hand cream everrrrrrrrrrrrr... I want this!! Tapi L'Occitaine di Alamanda sudah ditutup.. Crabtree pun dah tutup.. Bosan betul!! Hari tu beli RM90 for 150ml.. tak taulah sekarang harga dia berapa.. I bought it early last year.. What's your fav hand cream? Lets share info! :)

Thursday, January 8, 2009

Entri Terpendam

Ini bukan Yusmi.. tapi orang Indon jugak.. Si ibu Nabila. Cara terbaik untuk bersangka baik dengan orang Indon.. teknik psikik diri sendiri..

Muhasabbah Diri

Sejak kes maid lari minggu lepas.. aku makin insaf (rasanyalah).. bila-bila jer nikmat Allah boleh tarik kan.. Itu kira musibah ringan jer berbanding yang kena bawak lari anak.. anak tercedera ke.. So, kepada si Yusmi.. semoga Allah jer yang membalas apa yang kau dah buat. So far.. rasa serik untuk berurusan dengan Indon.. RM terbang.. jangan cerita.. tapi balik kepada qada dan qadarnya la.. Maybe aku takde rezeki (this specefic to duit Amat yang terbang).. Ya Allah.. berilah ketabahan dan kesabaran kepada ku.. Aku nak jer tepek muka si Yusmi kat blog.. tapi aku batalkan niat.. takut aku menyampah nak update kalau ada muka dia kat blog..

Baby Dalam Perut :)
Minggu ni dah masuk 29 minggu.. kalau ikut kalendar orang beranak.. lagi 11 minggu.. itupun kalau tepat2 40 minggu.. Klinik bagi tarikh 24 March.. Kalau ikut scan baby 27 March.. Kebetulan tarikh tu dekat dengan birthday Amat 23 Mach dan birthday Neesa 31 March. Boleh la sambut ramai2 nanti.. Jimat cake :) Kandungan kali ni rasa 'berat' siket.. Dari awal mengandung, dengan alahan bau, makanan.. jadi tak larat lah.. kalau dulu aku memang hantu durian tapi bila rasa mual tuh, aku suruh diaorang makan kat laundry room. Kesian kalau teringatkan si Neesa dan Syifa tercangkung-cangkung makan durian.. The best part, diaorang dapat makan portion aku!.. Bau perfume langsung aku tak boleh cium.. bau deodorant ker.. Itu cerita dulu.. sekarang dah ok :). Sekarang berat 82 kgs.. Hu..hu.. memang kali ini aku tak tahan lapar sangat.. mesti nak kena makan nasik at least twice a day.. Dah kena warning dgn doc untuk kawal pengambilan karbo tapi tak boleh lah.. nanti mesti tak boleh tido kalau lapar.. So, semalam dah buat test diabetic since my late father ada diabetic.. Kena la minum air gula tuh.. Alhamdulillah.. I'm negative with diabetic.. Bila malam, susah siket nak tido.. kena mengiring belah kanan jer.. so, si panda aku (Syifa) peluk dari belakang jer lah.. Harap2 dengan bantuan HL.. aku kembali rampingggggggggggggggggggg... Oh ye.. adik aku yang kat Sabah tu dah selamat bersalin 2.1.09 hari tu.. Baby boy.. Nama Fahri lagi.. Sukanya dia dapat sepasang dah..

Mana mau cari kucing sebegini cantik? Tengok kat e-bay RM500!


Neesa

Neesa ni lately ni asyik menangis bila pergi taska.. Dia rindukan kawan2 lama dia kat Taska KLN.. Pagi2 mesti nangis.. Dia asyik nak pergi sekolah macam Barney.. alahai.. mana nak cari.. Tunggu ibu posting jer.. kita gi Internation School.. Bila lah tu yer.. Satu lagi, sekarang ni dah janji dengan Neesa nak belikan dia kitten. sesiapa yang ada anak kucing lebih (sihat) pas2 kat aku yer.. Sibuk nak anak kucing putih.. saper nak jaga tuh? Oh.. Neesa dah pandai baca siket2.. Cuma aku kena rajin jer luang masa practise dengan dia.


Gambar kat Jusco - sebelum aku dengan relanya membeli spek itu.. tapi pilih caler lain lah..Kalau keluar, mesti kena beli c olouring book.. benda wajib!!

JLo kah?


Syifa
Syifa dah pandai buat lawak. Sifat comediannya terserlah.. Dah pandai tolong aku kemas rumah. Mesti ayat dia.. Adik tolong ibu yer.. nanti ibu pening kepala kalau sepah2.. Maybe hari tu masa maid lari, aku kemas rumah sambil menangis.. padahal masa tu aku blur sangat kenapa orang buat anak aku macam tuh.. Tapi bagus jugak.. sifat2 responsibility tu dah ada. Aku memang disiplinkan anak aku skg nih.. Kalau mandi jangan sepahkan bilik air.. letak tootbrush kat tempat yang sepatutnya. Towel kena sidai. Kasut letak dalam almari kasut. Beg sekolah letak dalam bilik.. Harap2 melekatlah tabiat tuh.

Diaorang nak sangat beli Piano.. mana nak cari 20K nak oii.. Ni kat cumah cousin diaorang..


Father n daughter moment.. Harap kusyu' lah solat Amat..

Amat
Amat sungguh boring di Kementerian baru. Katanya sume yang kerja kat situ warga makcik2.. Oo.. tak boleh nak cuci mata yer.. Sibuk suruh aku tanya Bahagian Perkhidmatan untuk tarikh posting.. Since musibah yang menimpa, aku ngan Amat makin close.. maybe kita dah kenal lagi dalam hati budi pasangan bila dalam masalah. Dia makin rajin tolong apa yang patut. Tapi kan.. dia dah malas masak.. padahal baru jer ada maid 2 minggu dah lupa skill masak.. Tipu tau.. Sekarang aku rajin buat breakfast since dia kata takde geng nak makan. So, aku bangun awal untuk prepare heavy breakfast untuk dia.. Amat.. thanks ye.. (Thanks apa? tatau) Kepada kengkawan yang dah kawin, korang pernah rasa tak macam aku rasa? Maknaya.. kita makin rapat dengan pasangan.. kita dah kenal dia masa ups dan down.. Tahu sampai mana limit dia.. limit sabar dia.. limit sense dia..

Kerja
Encik KK (Kelamkabut) memang melampau tau.. Dah jadi tak indipendent langsung.. Aku ibu mengandung tau.. Kena biasakan diri bila aku dah takde nanti. Kengkadang jadi macam budak kecik.. tanya name tag mana.. tie mana.. padahal sume dah depan mata. Sekarang office sibuk dengan Seminar Plan Strategik for 2009. Nak rancang itu ini.. Tapi at last mesti banyak ad-hoc dari SKT. Betul tak pekerja gomen sekalian.. Paling aku malas ialah buat filing.. bosan seh.. asal aku tau mana nak cari.. itu kira filing lah.. (boleh tak ;)


Korang bayangkan si maid aku tinggalkan anak2 masa time diaorang masih tido.. Kesian..

Merah tak bibir saya?

Thursday, December 18, 2008

Entri 3 babak

Bonus- Yeay..
Alhamulillah.. hari ni semua kakitangan kerajaan dapat 2nd half of their bonuses.. Aku dah siap2 simpan dalam bank lain.. Planning nak gi jenjalan tahun depan kena jadi jugak.. Maybe Hanoi ker.. Brussels ke.. tengok lah dulu.. Hiks.. Rezeki lebih, kena buat amal lebih.. bagi siap-siap duit poket umi yang akan ke Bandung.. (Jalan jer tau Hajah ni..).. Beli baju kemeja untuk Amat dan planning nak belikan Barbie Mariposa untuk Neesa.. Syifa nak beli beg Almo.. aku? Macam nak jengah kedai jam.. hiks..

Terima Kasih.. untuk kamu!
Aku sebenarnya jadi nerves bila nak jumpa kamu.. Since dah lama tak driving.. tetiba kamu plan nak jumpa.. Ingat nak belikan apam balik dan popia yang kamu missed dulu.. tapi since boss sudah tahan kat office.. kena la settle dulu benda urgent.. Rasa macam nak pergi date pun ada.. so plan awal ialah untuk tengok movie.. dulu kalau date mesti plan tengok movie.. save masa kan.. Since kamu nak borak-borak dan GSC pun takde citer meletops.. kita makan jer lah.. Kamu! Saya tak pernah tau dah masuk restoren keluar balik.. Tapi bila berdepan dengan aktivis macam kamu, rasa macam nak jadi pengguna bijak pun ada. Tapi Noodles kat Alamanda memang tak segempak tempatnya.. Rasanya macam makan Mee Sedap pun ada.. So, to play safe, pergi Secret Receipe.. Sorry kalau kamu tak faham cerita karat saya.. I try to make it short.. Kalau nak citer persejarahan dari awal.. mesti orang kat SC tu datang betubi-tubi tanya nak order apa lagi.. terima kasih teman cari handphone untuk Neesa.. tapi takde rezeki Neesa malam semalam. So, aku pun membiarkan Neesa menepek-nepek sticker Barbie kat badan aku yang dah lalok.. Kamu selamat pulang.. Alhamdulillah.. Semalam aku tak cukup tidur sebab syifa merengek.. Pagi tadi nyaris kena langgar sebab blind spot.. Syukur pada Allah kerana saat ini aku masih lagi boleh curi masa office update blog! :)

Penat seh..
Hari ni sangat busy.. Biasalah at the end of the year.. mesti sibuk ngan Laporan Penilaian Prestasi, SKT Tahun Depan.. So akulah yang sibuk menyediakan sumer laporan untuk sektor aku.. LNPT sekarang dah guna HRMIS.. no more taip kat borang-borang tuh.. Tapi biasalah sistem yang baru kan.. mesti ada slack sana sini. Yang aku dah siap.. yang boss jer belum.. Boss aku belum habis meeting.. aku dah nak chow.. tak laratlah..

Monday, December 15, 2008

Bibik Baru

Hari Sabtu lepas, maid baru dah sampai.. punya lama Amat tunggu kat Klang.. dari pukul 5.. pukul 10 baru selesai.. So far, maid ok.. soft spoken.. Hak..hak.. Tak macam yang dulu. Tapi yang kelakarnya Neesa n Syifa panggil maid tu 'Bibik Baru'.. memula dia nampak bibik tuh, dia kata.. Ni bukan Bibik Adik.. Pas tu aku cakap.. ni bibik baru.. Oooo.. diaorang jawab.. Pas tu aku dengar diaorang panggil bibik tu.. 'Bibik Baru'.. Bibik Baru.. nak susu.. Haiyoh... salah didikan kah aku..

Apa2 pun aku harap Kak Yusmi boleh bekerja dengan baik.. Dia dari Medan.. Ikut pasport umonya 32 tahun.. tapi aku rasa she's older than that.. Cuma semalam aku nampak dia menangis.. homesick agaknya.. bila aku tanya.. dia kata dia rindukan anaknya yang baru berumur 1 tahun setengah tuh.. Ceritanya, dia orang susah.. suami takde kerja tetap.. tu yang dia merantau cari rejeki.. Aku harap dia tak homesick sampai tak boleh kerja.. Aku dah kopak nih..

p/s Tetiba rasa rindu nak makan Urap Kak Milah!!

Thursday, December 4, 2008

Pukul berapa Dato' harimau?

Aku teringin nak beli jam strap hitam.. saper nak sponsor? Kalau yang ada diamond kat tepi2 rim tu lagi lawa kan.. Encik Kaya yang baik hati.. sponsor saya boleh? Last time beli jam ialah 2 tahun lepas.. Jam Guess.. masa tu rasanya pakai strap putih rasa IN sangat.. tapi sekarang ni dah melambak yang tiru Guess.. bosanlah..
Memandangkan kan tangan aku tak kurus.. rasanya muka jam yang berbentuk panjang lagi sesuai kan..

p/s Bila bukak buku bank.. wow.. dah banyak saving aku rupanya.. (tapi tak sebanyak Kak Sal dan Zell).. Rasa macam nak belanja jer.. Mula lah fikir yang bukan2.. Elene.. tutup balik buku bank tuh!! Simpan..simpan..

Wednesday, December 3, 2008

Stop Crying.. PMS kah?


Aku tau sure betul ker kalau orang pregnant tu senang beremosi.. Maybe orang kata sebab hormon.. bla..bla.. Tapi sekarang aku sangat cembeng.. Kalau anak dara atau wanita biasa.. boleh salahkan pms.. tapi aku?

Aku baru lepas menangis tanpa sebab musabab yang jelas.. boleh? Aku menangis pasal kau lah.. Aku tak tau kenapa.. Tetiba kau buat aku menangis.. Memula nak ketawa jer.. tetiba boleh jadi sedih.. Kau pun cembeng jugak tau!!

Saya Rindu Kamu II


Inilah insan yang paling aku rindu saat ini.. arwah Wan aku.. my best friend.. Zawiyah Awang..


Kisahnya.. semasa mengemas hari tu, aku terjumpa kain batik peninggalan arwah.. sampai sekarang pun tak pernah basuh.. bau kain batik lama.. (horror ker) Arwah meninggal selepas 3 minggu aku jadi isteri Amat.. syahdu sangat..it was 5 years back.


Masa belajar di ITM Jengka, dari rumah mesti lalu rumah Wan aku.. kalau balik dari Jengka pun, aku akan singgah rumah wan aku dulu baru aku balik Beserah.. Seingat aku, Ujen dan Faz pernah stay kat rumah wan aku sebab nak makan durian.. Kalau musim buah, wan aku akan pesan suruh tinggalkan buah untuk aku... specially untuk aku.. sampai dia siap tanam pokok manggis khas untuk aku tau.. tapi dah lama aku tak balik rumah wan.. tak tau apa jadi ngan pokok tu pun..


Masa cuti sekolah pun, aku akan naik bas balik rumah wan dan lepak sambil tolong dia kutip buah untuk di jual di tepi jalan.. (Zell.. semangat keusahawanan aku ni dah lama tau).. Wan aku ni masa dia sihat.. selambe je dia panjat pokok rambutan, manggis, mata kucing.. aku lah yang jadi tukang kutip.. bukan takde cucu lelaki.. tapi sebab aku yang rajin ikut dia ke sana ke mari.. Petang-petang.. mesti dia ajak aku menumbuk emping.. (padi muda).. so, kira aku ni glamer la di kalangan member2 wan aku..

Kalau wan lepak rumah aku kat beserah.. macam2 aku suruh dia masak.. buat kuih bahulu la.. masak ikan patin la.. masak rendang la.. sebab masa tu umi aku kerja.. dan aku akan tunjuk skill aku masak secara kreatif.. contohnya.. aku buat roti bakar kat dia guna iron!! Yes.. Iron.. masa tu iron baru beli.. aku belajar skill ni masa duduk asrama.. aku letak iron tu kat atas roti.. ha..ha.. jadi lah roti bakar.. (kenapa aku tak letak jer kat kuali non stick?)

Aku selalu teman dia mengayam tikar.. mengayam tudung saji.. yang guna daun mengkuang tuh.. aku pun selalu tolong dia bersihkan biji kekabu untuk buat bantal dan tilam.. habis hidung aku tersumbat dengan kekabu.. nostalgia sungguh.. Aku rasa, mana ada cucu lain yang rapat ngan dia sangat selain aku.. maybe sebab dia garang.. Yes.. Wan aku garang.. pernah aku tengok dia sebab abang aku ngan penyapu lidi sebab buat sepah..

Aku selalu jugak buat surprise kat dia.. kalau dari jengka.. aku singgah rumah dia.. aku akan terus ambil penyapu dan sapu semua daun pokok rambutan.. aku longgok.. aku bakar.. maybe asap tu buat dia suspen.. terus dia keluar rumah ngan satu baldi air.. pas tu tengok aku selamber jer main api.. dia jirus jer kepala aku sebab buat dia panik.. what a nostalgia.. hu..hu.. aku dah nangis nih..

So, faedah menjadi cucu otai dia ialah.. apa yang kau nak sumer akan dapat.. aku nak makan tebu.. taraaaa.. aku turun jer kat tangga.. tengok dah terbentang tebu manis.. sebut jer nak bahulu.. aku dah dengar dia punggah pasu nak pukul telur.. malam raya.. aku akan borak ngan dia sambil masak rendang dan bakar lemang.. aku pun korek la citer2 dia masa muda.. dia cerita yang dia kejar arwah tok aku masa dapat tahu dia kawin dua.. (Tok aku penghulu.. memang biasa kot.. penghulu kawin 2... tapi aku tak sure Penghulu kat Pekan.. jgn marah Zuey..) Dia kerat rambut madu dia.. Kira ada la adegan brutal lagi.. Tapi as she grow old.. sumer bengkeng dia jadi slow down lah..


Hm... rumah arwah wan tersangatlah sejuk.. aku tak tidor dalam bilik.. aku tidor ngan wan aku atas tikar.. Kengkadang kalau aku jahat kan.. aku sajer nak test tengok dia sayang ke tak kat aku.. aku buat2 sakit perut gastrik.. terus dia buat susu dan paksa aku minum.. ambil ubat dah sapu kat perut aku.. masa tu rasa best sangat.. best sangat dapat bermanja ngan dia..


Wan.. orang rindu wan lah...


p/s.. lately ni aku selalu mimpi arwah wan.. susah ek kalau kita rindu orang yang dah takde.. Rindu nak peluk.. rindu nak borak.. sumer tak dapat.. kalau aku dah takde.. ada ker orang rindu kat aku? Korang rindu sebab aper ye..