Thursday, December 27, 2007

Update! (Not in mode lah)


Aku nak update blog tapi tak tau nak update apa.. Pasal azam tahun baru~ BOSAN, pasal family~AS USUAL, pasal kerja~NOTHING NEW(except dalam proses menghantar Kak Milah kau balik- I cant stand it anymore, pasal menyambut menantu kat Penang ari tu, AMAT BELUM TRANSFER. Sesungguhnya aku pun dah menganggap kamera tu kamera funfair.. secanggih manapun Samsung i70 itu tak bermakna kalau tak user friendly (atau aku tak pandai).

Nak citer pasal Herbalife.. erk.. ari tu dah naik balik tapi still lagi considerable sebab membelasah gulai orang Penang. So, tunggu perkembangan positif baru boleh bukak topik..

Pasal habit(at) bershopping.. I passed it to Adee.. She's more expert in this..

La..la..la..

Happy New Year Everyone!

Friday, December 14, 2007

Entri Petang Jumaat

Ngantuk pun ada, bosan pun ada. Amat went for BTN course di Johor until Sunday. Ingat nak cuci mata di KL tapi since my boss start alarming everyone not going anywhere on Sunday sebab maybe ada Perhimpunan Haram (kalau berhimpun di sogo, klcc, itu perhimpunan halal ok). Maybe aku lepak dan kemas rumah jer lah.


Quote: Ni gambar buai nostalgia aku. My late dad gave it for my 7th birthday. Sekarang telah dimodified oleh abang aku. Jadi tempat budak2 dan mak2 budak berkumpul. Picture taken from last hari Raya.

A Bad Start!!

I lost my shoes this morning.. Yang lebih angin.. dia ambih sebelah jer.. Semua tiga belah yang ilang.. Silap aku tak simpan kasut dalam rumah. Sumer yang dia ambik kasut Primavera aku..At last, aku pakai kasut lama. What this suppose to mean? ; )

Tuesday, December 11, 2007

Minggu Lelaki Hensem

Fuh.. minggu ni penat giller.. Starting hari Sabtu lepas (8 Dec) kena wakil Jabatan untuk ke LIMA~Langkawi. This is my 2nd time. Naik pesawat TUDM tuh.. tak berapa best sangat. Dah la kena bangun pukul 4.30 pagi untuk menyempatkan ke TUDM Subang jam 5.30 pagi. Memang mengantuk sgt.. Sampai ke Mahsuri Hall, tengok pameram Maritim. Semua pelawat kebanyakkannya pergi ke booth untuk ambik souvenir.. Aku mcm kagum jer tengok sub marine diaorang. Macam canggih giller tapi yang tak best not all of them can speak English.

Ni la mamat Russian yang tak pandai cakap omputih.. Aku tanya, What is so special about your sub marine? Oh.. so special.. so special.. Aku tanya lagi.. dia asyik ulang so special.. so special.. dengan rasa tak bersalahnya.. Pas tu dia mintak ambik gambar.. Ambik jer lah..
Quote: Seperti biasa, teknik menyorok badan ketika mengambil gambar menunjukkan ketidak konfidenan dengan body image. Teruk kan.. (Aku rasa sebab aku tinggi.. dah terbiasa ambik gambar duduk belakang.. )

Pas tu kitaorang diberi peluang untuk menyoping kat Pekan Kuah. He..he.. since Amat was not around, aku pun sambar lah set sudu yang gold plated dan Corning Ware. Teringin nak beli pinggan dia, biar cukup satu set tapi rega sebijik pinggan jer RM33 hinggit.. Aku lupakan dululah.. Lagipun berat nak bawak..

Pas tu kitaorang di bawak pergi ke Aerospace punya exhibition pulak. Mcm yang dilaporkan dlm media, booth angkasawan memang paling ramai orang. Aku tengok orang beratur mau dalam 2 km. Aku tanya kat orang depan, dah berapa lama diaorang beratur, 1 jam.. So, aku lupakan hasrat untuk mengambil gambar ngan Pak Sheikh.. aku sempat snap dari depan jer.. Hensem!!

Aku kalau jadi dia pun mesti penat giller.. Tapi dia sporting lah.. Aku tengok dia berpeluh giller, maybe sebab ramai orang kerumun. Aku baru tau yang dia ni model dulu.. Patut la masa bila air milo kotak besar ada muka dia.. (Aku rasa dia lagi hensem dari Anuar Zainlah)

Dia lagi hensem kalau tengok live.. Tengah2 sain autograf pun sempat pandang ke depan public.. Orang lambai2 ke pekik nama dia ker.. dia senyum jer.. Berapa la diaorang bayar dia ni ek..
Aku rasa kat belakang tu skyhawk.. Ni gambar masa pepagi buta time sampai kat airport Mahsuri.. Masa ni mata mengantuk sangat.. dan lapar sgt..

Honestly.. aku rasa kebanyakan pengunjung datang tengok airshow, tengok pameran kat booth, mintak souvenir jer.. Tak banyak yang nak sharing knowledge ngan diaorang. Maybe yang datang tu takde background dalam bidang tu sumer ek!

On the way balik dari Subang (around 9pm~betapa penatnya aku).. kitaorang terserempak ngan Zul Yahya.. aku biasa jer.. Tapi mamat ni bolehla dikategorikan hensem jugak. Sempat lagi aku tanya, Bila nak kawin? Dia jawab, akhir bulan ni.. Tak tau la betul ke tidak.. sempat lagi pesan kat kitaorang, bawak kereta baik-baik ye.. So, mamat ni tak sombong la..

Semalam pulak, kena pergi kursus Pasukan Keselamatan Kebarakan kat Balai Bomba Putrajaya. Abang bomba yang bagi taklimat tu hensem jugak. Kenapa la dia jadi Pegawai Bomba... kenapa tak jadi model.. Harus ramai yang berlakon perlukan pertolongan kalau tengok bomba hensem cenggini.. Sorry takde gambar.. Lagipun aku malas nak ambik.. hanya cuci mata sahaja.. ngeh..ngeh..

Masa latihan mengangkat mangsa.. aku tak sangka rupanya dengan teknik yang betul kita mampu mengangkat orang yang 'agak-agak' berat tanpa rasa 'terseksa'. Masa taklimat, baru aku sedar, kita berhabis wang ringgit untuk beli sistem alarm kereta, perabut mewah, pasang bodyguard bagi yang mampu tapi tak ramai yang ada fire extinguisher kat rumah. Dalam simulation test tu, untuk membakar rumah dengan hangusnya hanya mengambil masa 4 minit. So, dalam masa 3 minit terawal tu, langkah pengawalan api mampu menyelamatkan nyawa dan harta benda. Aku dah survey kat market.. harganya hanta RM130. Maybe lepas ni aku beli. Simpan satu kat rumah. Nak jadi bencana bila-bila ek..

Tu jer lah dulu sesi sharing knowledge aku. Moral of the story: A nice/sweet/hansome guys can brighten your day!!

P/S Pendedahan panas terpaksa dilupakan memandangkan ada ugutan dari luar. Ngeh..ngeh.. Tapi aku tetap simpan gambar itu! Manalah tau kan..One day.. one day..

Friday, December 7, 2007

Panas! Panas!

Ni bukan kes kena air panas ker hapa.. Tapi aku ada gambar dan berita panas. Terbaru dari Malam JPA.. Korang nantikan kemunculannya.. Tunggu bila Amat bawak balik kabel kamera tuh eh.. Tunggu.. tunggu..

Malam JPA 2007

Akhirnya.. dapat jugak aku jumpa Anuar Zain secara life. 'Bang Nuar' aku tak ikut. Aku ajak my partner in crime aku.. Ramai orang tanya kenapa aku tak bawak 'my other half'. I have my own reason. Selain aku tau Amat tak minat nak tengok 'hiburan' nak-nak Anuar Zain, I have another good reason why I bring Adee this time. For me, maybe this is the last chance aku dapat 'hiburkan' dia sebelum dia posting. Aku harap dia suka.. Tapi aku tau dia suka since dia sama naik bila nampak kelibat Bang Nuar, dia yang tepuk lagi kuat dari aku bila Bang Nuar habis nyanyi. Dia yang jerit lebih.. Anuar Zain! Anuar Zain! dari aku. Tepuk dia tak sekuat tepuk masa David Alleycat atau Azlina Aziz nyanyi.. Dialah orangnya yang telah menjeleskan Epul kerana tak terpilih untuk turus serta menyaksikan ke'overan' isteri dia bila nampak Anuar Zain... D, aku harap kau happy.. Lepas ni kita gi minum Frappe for the last time sebelum kau pergi eh..
Anuar Zain kecik jer orangnya secara live, kurus n tanned.. As usual, dia pakai cenggitu mcm show-shownya yang lain. Bawak tiga lagu jer.. Mungkin, Perpisahan dan today's hit.. Lelaki Ini.. Aku sanggup datang awal nak duduk tepi karpet merah agar dapat tengok dia lebih dekat kalau dia jadi special guest dan duduk ngan VIP lain..At last.. dia takde pun duduk ngan VIP dan dia naik pentas ikut pintu belakang stage.. Hampeh :(

Susah jugak nak ambik gambar Anuar Zain since bukan aku sahaja yang 'terkinja'. Mesti nampak kepala orang punya.

Sekian, terima kasih. Tak puas hati aku.. dia nyanyi kejap jer.. takdepun berborak ngan audience. Maybe sebab PM ada, KSN ada, Timbalan di JPM ada and former KPPA pun ada. Semua gambar ehsan kamera kak izan since aku masih terkial-kial nak guna kamera canggih Amat. Nyesal aku bawak yang tu. Sampai dicop kamera funfair. Most of the picture gambar tak sharp. Mcm orang Parkinson jer.. gambar gegar.. maybe sebab tak percaya impian jadi kenyataan.. Ceeewaaaaaaaaaahh. Ada masa aku upload gambar dari kamera Samsung Amat tuh.

Aku sempat salam Pak Lah.. aku bukan nak salam dia.. aku nak ukur..dia ke aku yang lebih tinggi.. Dia dah hulur tangan.. aku sambut jer lah.. Tapi honestly, aura dia tak sekuat our former PM. Tak tau kenapa... Dulu JPA pernah jemput our former PM.. Bila tengok dia.. rasa kagum..Tapi bila ngan Pak Lah.. biasa jer.. Ek..eh.. tangan dia lembut tau.. malu aku.. Tapi diaorang cakap, tangan Jane kasar..maybe sebab dia rajin berkebun kot.. She's preety..

Guys, aku tak sure korang boleh tengok tak video ni. This is my first time upload video. Harap nanti ada yang sudi membantu. Adios..
;)

Monday, December 3, 2007

Saya bukan mangsa dera..

Astagfirullah.. Nak marah pun ada.. nak ketawa pun ada.. Inilah dia anak2 dara aku berekperimentasi ngan alat make up ibu dia.. Nasib ini bukan lisptik mahal. Lisptik tersalah beli. Aku ingat seperti biasa dia calit kat bibir jer.. Tapi.. siap ngan satu muka, rambut, dinding rumah ngan sofa lagi. Satu kerja aku nak kena basuh dinding. Yang kakak pandai.. dia kat bibir jer.. tapi aku tak pasti sama ada Syifa atau Neesa yang make upkan muka syifa.. siap sampai ke belakang rambut tuh..

Konon, buat muka tak bersalah lah tuh.. FYI Syifa ni pandai berlakon.. dia takut kena marah, n then dia buat muka poyo.. Dia lebih aktif dari kakak dia.. dan dialah yang berani masuk lif sensorang sampai aku naik gila meroyan takut... Kakak dia tekan butang lif, dan aku berpaling sekejap jer.. tengok2 anak aku tinggal sorang. Menjeritlah.. Sampai kat G.. Kak Milah kau dah lari turun tangga.. aku mampu jerit jer.. Syifa..syifa.. tup-tup ada orang baik hati hantarkan kat rumah.. Aku rasa menyesal sangat.. mcm careless sangat.. Tengok muka Syifa, nangis pun tidak, muka poyo jer..

Tengok kat belakang, hasil lukisan abstrak dua beradik. Lately ni lepas masuk toilet, mesti diaorang lap tangan kat dinding.. Aku heran, dulu selalu dengar officemate mengadu yang dinding rumah diaorang penuh ngan cap tangan, skg ni anak aku pulak ada perangan cenggini. Memang habit ker?

Ibu, saya guna tangan jer ibu! Tengoklah baju diaorang..Nasib pakai Breeze, semua cucian bersih berseri.

Korang rasa saper yang conteng muka Syifa? Clue: Tangan Syifa penuh dengan lisptik; Neesa suka makeupkan adik dia. Kebanyakan anak patungpun kena makeup.

Pesalah sebenar (Amat) sebab dia terlalu asyik tengok tv, anak2 buat projek lukisan kat luar sikit pun dia tak sedar.. Aku dalam bilik, tengah melipat baju tau.. So, aku tak bersalah. I rest my case!!

Friday, November 30, 2007

Fuh..fuh..

Harap-harap impian nak bertemu Anuar Zain akan kesampaian. Inilah padahnya memandang rendah Malam JPA.. Dulu bila orang ajak pergi.. malaslah.. sebab selalunya artis mesti yang sememeh jer.. Kombo Tentera Malaysia, Nasir Wahab, Salleh Yaakob.. and lately ni mesti Farah AF tuh.. Mentang-mentanglah mak dia warga sini.. Asyik muka dia jer..

Tup-tup masa orang edar kad.. ada tulis artis.. ANUAR ZAIN n ALLEYCATS.. Terkejut babas aku.. ingat budak-budak kat sini mainkan aku sebab jual mahal.. Pas tu aku tengok sendiri kad tuh.. Iyaaaaaaalah.. Aku sure mesti Alleycats akan menyanyi sepanjang malam dan nak last-last baru Bang Nuar masuk.. So, aku yang semakin gelabah menggunakan kabel untuk tetap menyelit.. Aku mintak Dato' dapatkan aku tiket.. dia dah bayarkan.. apa yang paling nak pengsan ialah.. BANG NUAR AKU PUN NAK IKUT....

Tuesday, November 13, 2007

I'll always remember you..

This is one of the song that will make me stood up for a minutes.. Suddenly all the memory starting to refresh one by one. I got a call from my mother just now saying that my cousin just died. He just 27. Gosh.. Cuma sakit dada. He used to be one of my favourite cousin when we were child. Main kejar-kejar.. pergi beli goreng pisang Mok Nik.. beli ais krim batang tuh.. Pergi main banjir.. Erk.. Sedih la.. Aku tau mak dia lagi sedih. I've call his mom. Sobbing.. Nanti aku call balik.. His mom is so closed to my family. My mother rush back to Kelantan with my elder brother.. Aku ingat aku nak ikut.. tapi esok aku ada important exam. Jehan.. May Allah forgive you and accept all your doing.. Rest in peace ok..

This used to be my playground
Vocal by Madonna

This used to be my playground
This used to be my childhood dream
This used to be the place I ran to
Whenever I was in need of a friend
Why did it have to end
And why do they always say

Don't look back
Keep your head held high
Don't ask them why
Because life is short
And before you know
You're feeling old
And your heart is breaking
Don't hold on to the past
Well that's too much to ask

Live and learn
Well the years they flew
And we never knew
We were foolish then
We would never tire
And that little fire
Is still alive in me
It will never go away
Can't say goodbye to yesterday

No regrets
But I wish that you
Were here with me
Well then there's hope yet
I can see your face
In our secret place
You're not just a memory
Say goodbye to yesterday
Those are words I'll never say

This used to be my playground
This used to be our pride and joy
This used to be the place we ran to
That no one in the world could dare destroy

This used to be our playground
This used to be our childhood dream
This used to be the place we ran to
I wish you were standing here with me

This used to be our playground
This used to be our great escape
This used to be the place we ran to
This used to be our secret hiding place

This used to be our playground
This used to be our childhood dream
This used to be the place we ran to
The best things in life are always free
Wishing you were here with me



Bye Jehan.. I'm gonna miss you..

Friday, November 9, 2007

Kenangan dulu..dulu...

Tetiba teringat kenangan masa kecik.. Bila main ngan kawan-kawan waktu petang.. permainan wajib mesti lah 'rounders', main getah, main ting-ting aka zero point, nak mencabar sikit pergi tangkap ikan kat paya, pas tu main polis sentri.. one two jaga.. polis mati pencuri jaga.. Ingat tak? Tapi tu sumer permainan tempat aku la.. Kitaorang pun kalau main masak-masak tak main la pakai daun.. Semua pakat selongkar peti ais masing-masing.. sorang balik ambik ikan bilis, sorang ambik tepung, sorang ambil keropok kering.. pas tu ada yang tukang bawak kuali hitam tu, pas tu kita orang buat dapur sendiri.. pas tu goreng la.. jadi la kuih tak de nama. Memang seronok giller waktu bebudak time tuh.. Makcik-makcik kat kawasan perumahan tu memang kenal sangat kat kita, anak saper.. tapi sekarang ni jiran sebelah rumah yang dah duduk 3 tahun pun tak pernah bertegur sapa. Percaya tak? Tanya aku kalau tak percaya..
Ingat tak dulu-dulu masa kita kecik cinonet.. kalau nak tau kawan cakap betul ker tak mesti buat kat dada dia alif lam lam ha.. Kalau tipu dosa..siap tulis nama Allah kat dahi.. time tu memang tak berani nak tipu.. Kelakar betul..
Pas tu, kalau ada pelangi tak berani nak tunjuk ngan jari sebab orang cakap kudung tangan.. Selalu berhajat nak jumpa orang kenit.. ada satu masa dulu aku ngan kawan aku selalu duduk tepi padang lepas hujan nak tengok kalau ada cendawan tumbuh sebab orang kata orang kenit berteduh kat situ.. Fantasi sungguh..
Kitaorang akan main getah kalau ramai budak pompuan join korum.. dulu ada getah warna warni.. siap kutip sorang seposen untuk beli getah warna warni. Pas tu sorang akan simpan sehari.. Kira tu aset kitaorang la.. esok sape yang pegang getah wajib hadir..
Pernah makan buah senduduk, ceri, kemunting? Buah senduduk tu rasanya manis, ada bijik2 kecik kat dalam.. kalau makan sure lidah jadi purple.. Kemunting selalu tumpuh kat pasir pantai.. pun manis-manis.. Takde orang jual buah tu.. tapi tu lah buah yang selalu kitaorang kutip..
Sorry geng.. tak boleh upload gambar.. server lembab jer..