Banyak layout yang cantik2 kat sini. Tapi kena bayar kalau nak ambik gambar dia.. So, itu yang aku edit guna photoshop.. D.. Birthday Card kau pun aku edit sendiri tau.. Aku suka gambar tuh..
Monday, October 8, 2007
Jom makan!
Friday, October 5, 2007
Nostalgia Raya
Friday, September 28, 2007
Aku pun pernah!
Jawapan: Aku pernah
2. Pernah rasa makan hati dengan perangai orang lain yang selama ini ada sanjung, anda hormat dan tetiba dia ambik kesempatan sebab selama ni kita baik. Selama ni kita tak kisah (buat-buat tak kisah) walau dalam hati.. parah giller.. Rasa nak langgar dia dengan lori bila dapat tahu dia ambik kesempatan atas 'kebodohan' kita?
Jawapan: Aku pernah
3. Pernah rasa nak rewind balik sumer peristiwa dan baiki balik apa yang telah berlaku, cuba elak dari berlaku dan harap2 dapat ubah sejarah walau tahu itu bermakna lawan takdir, tak percaya qada dan qadar Allah?
Jawapan: Aku pernah
4. Pernah menjadi hampir gila memikirkan apa yang patut kita buat untuk make things right or at least seems right walau tahu hati ni meronta2 tak puas hati dengan tindakan kita?
Jawapan: Aku pernah
5. Pernah rasa rendah diri sebab orang lain lebih 'hebat' dari kita dan dapat apa yang diaorang hajat dan kita rasa jeles sebab kita rasa kita lagi bagus tapi kenapa pulak tak dapat?
Jawapan: Aku pernah
6. Pernah rasa nak lari dari dunia sebenar dan pergi ke pulau dan duduk situ sambil minum air kelapa, pas tu kalau bosan, gi pantai, pas tu kalau dah hitam balik hotel mewah, ada kawan2 yang boleh kongsi gelak.. Tak nak ingat langsung masalah yang sedang melanda?
Jawapan: Aku pernah
7. Pernah nangis tanpa sebab dan rasa benci dengan orang sekeliling dan benci apa yang berlaku di sekitarnya?
Jawapan: Aku pernah
8. Pernah rasa nak mengadu sumer rasa hati kat somebody tanpa rasa bersalah dari dituduh orang yang tak pandai handle masalah?
Jawapan: Aku pernah
9. Pernah rasa semua perasaan mengarut di atas adalah petanda yang anda stress, you need time out, bawak beristighrafar, kau kena dekatkan diri dengan Allah, Dia yang maha tahu hati hambanya..
Jawapan: Aku pernah
10. Pernah rasa semua di atas adalah berdosa dan seperti tidak percaya dengan ketentuan Allah dan setiap kejadian merupakan ujian untuk menentukan tahap keimanan dan sejauh mana ketakwaan kita kepadaNya?
Jawapan: Aku pernah
;(
Friday, September 21, 2007
Pesta Bueh di Penang Village
Aktivis Akok - Zella
Wok Lawa - Adee
Baby - Ina Mak Jah
Darling - Arthur Control
Kake - Zuey (jgn tinggal hp lagi)
Umi - Kak Ina Raden (maafkan kami kak)
Photographer - Intan (Aku reka jer nama dia)
Awe Tomyam (ada aye dan mushrong jah dale tomye ni)
Lokasi : Meja nombor 31, Penang Village, Alamanda..
Acara dimulakan dengan bacaan Fatihan untuk arwah Nurin dan doa makan oleh Zella. Pas tu sumer tak ingat dunia makan. Lapar sgt. Kesian Zella ngan Arthur sesat jalan.. Anyway thanks again sebab sudi datang ke Putrajaya.. Makan.. gelak..makan..gelak..makan..Malu tak ingat dah.. Lantaklah apa orang nak cakap... Tak kisah lah Sahadat dan Awe Tomyam jeling2..Mamat group depan yang tak gi Magrib nak mengumpat, Group belakang yang pandang-pandang.. Tak kisah.. Semua jadi meroyan.. Hilang imej protokol Mak Jah, hilang watak maintain contol Arthur.. Gelak.. gelak.. gelak.. Isu Yusuf Tayoob, kurma Tamar Jalis.. Aku nak bagi gelaran baru kat Mak Jah.. Mak Jah Detail!. Blur pun ada.. nasib bulan puasa.. nak jugak humban dalam tasik kat depan.. Anyway.. you rock!! Kak Ina jer tetap maintain ayu.. Sorry kak.. kami memang cenggini.. gila2 cenggini.. Jangan serik kak..
Menu biasa jer.. tapi jadi sedap sebab makan beramai-ramai.. Ni la cara nak melepaskan tension kerja.. sakit accident.. terlalu protokol.. isteri bosan.. bla..bla..bla.. It really works babe..
Zella, kereta Hilux tu macam mana, mcm mana kena curik.. Kenapa kau kenal Kak Ijat.. kenapa..kenapa..kenapa..Zella: Aku tepuk budak ni kang..Makan..makan.
Ahli Pesta Bueh: Adee, Zuey, Aku, Arthur, Mak Jah dan Kak Ina.. Shoot by: Zella
p/s Kengkawan.. aku harap kita akan terus cenggini.. Walau sumer dah umur 60 tahun nanti ok! Pada Zella~ teruskan perjuangan mu.. Mak Jah~ Tolonglah baca paper.. Adee~ Esok kau gi oversea.. mesti kau rindu kitaroang..
Thursday, September 20, 2007
Al Fatihah buat Nurin Jazlin

Story 1
Mayat budak perempuan itu adalah Nurin
PETALING JAYA: Polis hari ini mengesahkan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas mayat kanak-kanak perempuan yang ditemui dalam sebuah beg sukan di Petaling Jaya Utama Isnin lepas adalah Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang hilang sejak sebulan lepas.Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata ujian darah ke atas mayat dan juga ibu bapa Nurin Jazlin mengesahkan hubungan antara kedua-dua pihak.Katanya, ibu bapa Nurin Jazlin telah dimaklumkan tengah hari ini mengenai keputusan DNA itu.Nurin Jazlin, pelajar tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak dilaporkan hilang pada 20 Ogos setelah keluar bersendirian untuk ke pasar malam yang berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju di sini.Mayat budak perempuan yang tidak berbaju yang dipercayai menjadi mangsa deraan seks ditemui oleh pemilik lot kedai di Jalan PJS 1 pada pagi Isnin lepas - BERNAMA
Aku: Al Fatihan untuk arwah. Kepada keluarga.. Semoga bersabar..
Story 2
Killer enjoys inflicting pain on others, says expert
PETALING JAYA: The person, who sexually assaulted and killed the girl found in a sports bag, enjoys inflicting pain on others.
Crime analyst Kamal Affandi Hashim said the perpetrator derived satisfaction from seeing his victim's being helpless.
“The use of force may be to compensate his inadequacy or a sense of wanting to be superior. He shows that he wants to be in control by abusing the victim before killing her.
“The insertion of an object into the victim’s private parts was meant to produce delayed sexual satisfaction for him,” he said.
“It’s a ritual of a serial offender in progress. I believe that he has done the same before based on the sophistication of the crime.”
Kamal Affandi said the person also dumped the bag with the girl's body in a place where it could be easily discovered to show he was in control of things.
“He’s telling the world that he’s smart. He wants to be in control,” he said, adding that the perpetrator could have disposed the body in a place where it could never be found.
Kamal Affandi said he did not believe the killer was abused physically or sexually as a child.
“The killer is anger-driven and may not need anything to trigger his violent action.
“But I wouldn't say that he is mentally disturbed or insane,” he added.
Kamal Affandi, who is a member of the Malaysian Crime Prevention Foundation and a former police officer, said parents must take steps to ensure the safety of their children.
“Parents should explain to their children that they should go to the nearest 24-hour convenience store, a clinic or a place of prayer to get help if they got lost.
“Children should also have notes in their clothing that has the child’s name, the telephone numbers of parents to enable the public or the police to contact them,” he added.
Aku: Kepada sesiapa pun pesalahnya.. dia memang kejam.. Kalau pesakit mental pun tak kan buat mcm ni.. binatang pun tak buat mcm ni.. Mcm ayah badak sumbu.. dia terus makan jer.. Takde nak rodok2 bagai..
Story 3
Polis dapat petunjuk kes mayat dalam beg
KUALA LUMPUR: Penemuan beberapa helaian rambut pada mayat kanak-kanak perempuan yang disumbat dalam beg pakaian (gambar) di Taman Petaling Utama di sini, kelmarin, dijangka dapat membantu polis mengenal pasti identiti pembunuhnya. Helaian rambut itu serta sampel darah mangsa dikatakan dihantar ke Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Cheras untuk ujian asid deoksiribonukleik (DNA). Menurut sumber, kanak-kanak itu dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya yang disumbat dalam beg pakaian dengan kaki mangsa dilipat ke dada, ditinggalkan berhampiran pejabat sebuah syarikat penerbitan di Taman Petaling Utama.
"Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh dalam tempoh kurang 24 jam sebelum mayatnya ditemui," katanya kepada Berita Harian. Bedah siasat ke atas mayat mangsa mendapati ususnya pecah dan mengalami pendarahan teruk di bahagian dalam perut akibat disumbat benda keras, yang dipercayai timun dan terung. Laporan bedah siasat yang dikeluarkan Jabatan Forensik HKL turut mengesahkan terdapat banyak kesan lebam di badan mangsa, dipercayai dipukul. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamad, berkata polis tidak menolak kemungkinan mangsa adalah warga asing kerana tiada kesan suntikan BCG ditemui pada lengannya. "Berdasarkan keadaan fizikalnya, mangsa dipercayai berusia lapan hingga 10 tahun, dengan ketinggian 150 sentimeter dan berat kira-kira 18 kilogram serta mempunyai tanda lahir pada paha kiri. "Mangsa bertubuh kurus, kulit cerah dan berambut kerinting paras telinga," katanya kepada pemberita di sini. Polis semalam turut mengedarkan gambar mangsa dalam usaha mengesan waris kanak-kanak itu kerana mayatnya ditemui tanpa dokumen pengenalan diri.
Aku: Semoga Allah merahmati keluarga dan memberi kekuatan kepada mereka. Sudah tersurat rezeki Nurin begitu. Sah2 masuk syurga.. Tunggu mak bapak di depan pintu syurga..
Tuesday, September 18, 2007
Jom ar..
Nampak kek ni memang best.. tapi sebelum makan.. baik kau tengok cermin dulu..
Pipi saya tembam tak? Kalau tak.. saya nak makan semua nih.. Bagi Cyn satu jer.. lagi 15 saya nak makan sorang? Sila jawab di ruangan komen.. (Matilah aku)
Ps.. Kau nak 'naked2' eh.. nanti aku carikan.
Friday, September 14, 2007
Bangunlah..
2. "Dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya)." ~Surah Al-Furqan :20
Tuesday, September 11, 2007
Selamat Menyambut Ramadhan Semua!

Alhamdulillah, ahad baru ni diberi kesempatan oleh Allah untuk memperbaiki amalan utama yang ditanya di dalam kubur kelak.. SOLAT!
Memula dah lupa yang pernah apply kursus ni, hari khamis terima panggilan dari Al-Tibyan bertanyakan sama ada masih berminat. Bila fikir balik.. hari Ahad.. hari cuti sedunia.. tapi bila tengok amalan balik, baik ambil peluang walaupun kena bayar sendiri. Amat pun setuju nak ikut. So, jadi motivasi lah sikit walaupun tahu he's not a good listener.. Ceramah type lah.. mesti dia cepat bosan..
Kursus Penghayatan Solat dan Muhasabah diri.. em.. dah lama tak muhasabah diri.. Sombong tak? Start at 8.45.. Penceramah memang sharp.. Aku tabik dia.. Kuliah dimulakan dengan pertunjukan video tentang ancaman meteor.. Rasa takut dah mula.. He started the kuliah with this sentence.. Bersediakan anda pada hari ini?
So, memula tayangan video tentang cara ambil wudhu' dengan betul.. Video taken from Saba Islamic punya product.. Ok.. Pas tu mulalah dengan rukun solat yang 13 perkara tuh.. Dia sentuh tiap satu-satu rukun.. Sedar tak sedar banyak yang pakai mahzah sendiri sebab orang mcm aku belajar solat masa kecik2 dulu dan belek-belek siket buku panduan solat.. Itu aja buat bekal sehingga umo 29 tahun.. Nasib mahzab aku tak sampai mencacatkan solat.. Eh.. dia selit sikit dengan ayat yang pedas.. Bagi kaum perempuan, jangan double standardkan aurat semasa solat dengan di luar solat.. HABIS..
So, kursus terus bersambung sampai 13 rukun dan amalan2 yang sebenarnya bukan dari amalan Rasullullah sendiri.. Eh.. Tajuk Video tu, Pray as U See Me Pray.. So, kita kena tengok balik solat kita.. Sebagai contoh, cara kita angkat takbir, tangan mestilah diluruskan dan betul-betul menghadap kiblat. Itu cara angkat takbir yang betul.. sama juga cara duduk antara dua sujud, cara bangun selepas sujud kedua.. jangan terus bangun.. duduk sebentar dan bangun sambil tolak badan dengan tangan dulu.. Cara angkat jari ketika Tasyahhud.. Masa bila patut angkat.. Kalau yang sebetulnya ada dua pilihan.. Semasa mula ayat At Tahiya tu atau masa La illahaillalah tuh.. Em.. banyak lagi lah..
Last sekali macam mana nak khusyu'kan solat.. Banyak perkara yang buatkan kita tak kusyuk.. Antaranya apa yang berada dalam hati kita.. Hasil rezeki kita.. Jauhi riba.. Dosa riba ini ibarat berperang dengan Allah dan Nabi.. So, di mana tempat kita.. Boleh link untuk analisis diri tentang keberkatan harta ok.. Masing-masing dah besar kan.. hiks.. Maybe selama ni aku lalai dalam menjaga bab harta aku.. Sibuk kejar duit.. Tapi berkatkah? Mengalir air mata aku bila ustadz tu dengan tegasnya cakap terang-terang apa yang berlaku kepada dosa pemberi dan penerima Riba ni.. Baca ini. Kursus habis pukul 7.00 tapi tak terasa lama pun.. Dalam kereta, Amat pegang tangan aku.. Kita berubah ye Yang!! Air mata terus laju..
Ok.. kengkawan.. I love you all..
Wednesday, September 5, 2007
Sengal!!

The first caller to give the correct answer would get a prize from the sponsor.
"Can anyone out there tell me the household name of Sodium Chloride"
Not knowing the answer to the question, she asked the DJ for a clue.
Sengal tak?
Tuesday, September 4, 2007
Balik la kampung oi!!
Cuti di Beserah best sgt.. Maybe sebab dah lama tak balik.. Jenguk umi dan tolong adik2 ngan persiapan diaorang nak kawin.. Maklumlah, tahun ni mak aku terima menantu double sekaligus.. so, sesaper yang nak datang, aku boleh bookingkan bilek.. pas tu kita boleh makan rojak ayam kat tempat makcik sedap.. recommended by Zella.. Makan sambil tengok ayam berkeliaran.. Syok!
1st day, aku pergi mengurut dengan Kak Farah.. Best giller dia urut.. 2 jam setengah.. RM35 tapi aku bagi extra sebab mcm kesian tengok dia penat urut aku.. Kali ni confirm takde unsur tambahan.. ha..ha.. Urut sahaja.. Thanks Kak Farah.. saper yang duduk Kuantan, boleh urut ngan dia.. Memang puas hati..
Hari Jumaat petang kitaroang pergi Pantai Bukit Pelindung.. memang jauh siket nak jalan tapi view memang cantik.. tempat pun bersih.. sesuai untuk merendek.. sebab tak ramai pergi situ.. This is the first time Neesa n Syifa mandi pantai.. Excited giller si dua beradik tuh.. Bila ombak datang... sampai serak-serak diaorang jerit.. Main pasir pantai.. Pasukan dewasa sibuk mencari kupang sampai luka-luka tangan.. Abang aku siap pergi memukat.. dapatlah ikan Taktaunama 5 ekor. Balik Aisyah masak kupang sweet sour.. Ni first time aku (orang putrajaya konon) makan kupang.. sila lihat photo untuk imiginasi yang lebih clear.. So, lepas ni, Jom ke Pantai Bukit Pelindung!!
Balik kampung memang seronok.. Aku buat benda2 nostaliga masa kecik-kecik.. Pergi makan Calong (sejenis mee sup tapi fishball dibuat sendiri.. kuah dia lain sikit dari sup biasa) kat gerai Mak Long.. Mak Long ni berniaga since aku darjah dua.. Dah gemuk dah orang tua tuh.. Pergi naik bukit Satelit.. Aku bawak Neesa pergi tengok Satelit Telekom tuh.. Dia siap jerit.. Wow.. besarnya!!tapi, rugilah.. aku lupa bawak kamera.. Dulu tempat ni lah aku ngan kawan-kawan rehat lepas habis sekolah mengaji.. Makan keropok kat situ.. Buat homework kat situ.. Bila ingat balik mcm kelakar jer.. Dulu takde cyber cafe bagai.. Jadi ada satu pot yang buat kitaorang berkumpul.. Pas tu aku ajak abang aku main rounders.. (guna bola tenis dan selipar jepun untuk main.. ala2 beseball siket2..main ngan anak saudara.. mcm budak kecik.. We really have fun!
Aktiviti waktu petang.. makan angin dengan beca buatan sendiri.Basikal adik aku yang telah dimodified..Tu adik2 aku yang bakal bergelar Puan hujung tahun ni.. Aksi relaks melampau sambil tunggu ombak datang..
Neesa's cousin, Alya yang ajar stunt ni.. Neesa takut-takut!Ok jugak pakai wet suit.. Tak seksi sangat ek..
Neesa's cousin.. Mia! diaorang lahir bulan yang sama. Rapatnye peluk!!
Tapi hajat aku nak pergi sekolah lama tak kesampaian.. Nak sangat pergi Sekolah Tadika Assunta Convent, Sekolah Rendah Assunta Convent dan Sekolah Menengah Alor Akar, Kuantan.. Balik raya ni harap dapat pergi.. Nostalgia..
P/S.. Korang yang ada kampung tu, balik la.. Go back to your old times.. It's worth it.. Anak2 kita esok mungkin dah takde kampung dah kan.. bagi diaorang rasa apa yang kita rasa.. Cheewah..