Tuesday, September 11, 2007

Selamat Menyambut Ramadhan Semua!


Alhamdulillah, ahad baru ni diberi kesempatan oleh Allah untuk memperbaiki amalan utama yang ditanya di dalam kubur kelak.. SOLAT!

Memula dah lupa yang pernah apply kursus ni, hari khamis terima panggilan dari Al-Tibyan bertanyakan sama ada masih berminat. Bila fikir balik.. hari Ahad.. hari cuti sedunia.. tapi bila tengok amalan balik, baik ambil peluang walaupun kena bayar sendiri. Amat pun setuju nak ikut. So, jadi motivasi lah sikit walaupun tahu he's not a good listener.. Ceramah type lah.. mesti dia cepat bosan..

Kursus Penghayatan Solat dan Muhasabah diri.. em.. dah lama tak muhasabah diri.. Sombong tak? Start at 8.45.. Penceramah memang sharp.. Aku tabik dia.. Kuliah dimulakan dengan pertunjukan video tentang ancaman meteor.. Rasa takut dah mula.. He started the kuliah with this sentence.. Bersediakan anda pada hari ini?

So, memula tayangan video tentang cara ambil wudhu' dengan betul.. Video taken from Saba Islamic punya product.. Ok.. Pas tu mulalah dengan rukun solat yang 13 perkara tuh.. Dia sentuh tiap satu-satu rukun.. Sedar tak sedar banyak yang pakai mahzah sendiri sebab orang mcm aku belajar solat masa kecik2 dulu dan belek-belek siket buku panduan solat.. Itu aja buat bekal sehingga umo 29 tahun.. Nasib mahzab aku tak sampai mencacatkan solat.. Eh.. dia selit sikit dengan ayat yang pedas.. Bagi kaum perempuan, jangan double standardkan aurat semasa solat dengan di luar solat.. HABIS..
Terus terang aku cakap, kursus ni best sangat sebab dia direct to the point.. Takde meleret-leret. At the same time dia bandingkan mahzab ni.. mahzab tu and honestly aku tak tau pasal semua nama-nama tuh.. Konon pegang mahzab Imam Shafie tapi buku panduan dalam mahzab ni pun aku tak tau..Hu..hu.. Harap insaf aku bukan insaf 3 minit.. Aku ngan Amat akan cuba baiki diri..

So, kursus terus bersambung sampai 13 rukun dan amalan2 yang sebenarnya bukan dari amalan Rasullullah sendiri.. Eh.. Tajuk Video tu, Pray as U See Me Pray.. So, kita kena tengok balik solat kita.. Sebagai contoh, cara kita angkat takbir, tangan mestilah diluruskan dan betul-betul menghadap kiblat. Itu cara angkat takbir yang betul.. sama juga cara duduk antara dua sujud, cara bangun selepas sujud kedua.. jangan terus bangun.. duduk sebentar dan bangun sambil tolak badan dengan tangan dulu.. Cara angkat jari ketika Tasyahhud.. Masa bila patut angkat.. Kalau yang sebetulnya ada dua pilihan.. Semasa mula ayat At Tahiya tu atau masa La illahaillalah tuh.. Em.. banyak lagi lah..

Last sekali macam mana nak khusyu'kan solat.. Banyak perkara yang buatkan kita tak kusyuk.. Antaranya apa yang berada dalam hati kita.. Hasil rezeki kita.. Jauhi riba.. Dosa riba ini ibarat berperang dengan Allah dan Nabi.. So, di mana tempat kita.. Boleh link untuk analisis diri tentang keberkatan harta ok.. Masing-masing dah besar kan.. hiks.. Maybe selama ni aku lalai dalam menjaga bab harta aku.. Sibuk kejar duit.. Tapi berkatkah? Mengalir air mata aku bila ustadz tu dengan tegasnya cakap terang-terang apa yang berlaku kepada dosa pemberi dan penerima Riba ni.. Baca ini. Kursus habis pukul 7.00 tapi tak terasa lama pun.. Dalam kereta, Amat pegang tangan aku.. Kita berubah ye Yang!! Air mata terus laju..

Ok.. kengkawan.. I love you all..

No comments: