Wednesday, May 6, 2009

Lawa ek..

Berapa lah harga suit ni.. Nak kira USD ker RM? Heh!



Aku suka design yang ni jugak..


Aku stay up nih.. Perkara yang dah lama aku tak buat since habis belajar. Masa anak2 dah tido lah baru boleh buat 'assignment'.. So, from now, aku kena biasakan diri dengan buat akaun lah nampaknya.. Aku baca jugak apa2 yang berkaitan dengan office baru aku nanti. Adee, Luke.. mesti korang kata aku lorat kan.. Dulu mesti korang relax jer.. Aku berdebar since dah ada orang warning supaya jgn sia2kan effort yang dia dah buat selama ini.. Takut jugak aku!!


Zella.. aku dah ngantuk.. aku doakan team kau menang.. tak pun diaorang ada luck malam nih. :-)

Saturday, May 2, 2009

The decision is yours..

Ada orang berkahwin sebab nak meneruskan kelangsungan hidup,
ada orang berkahwin sebab nak menghalalkan apa yang haram,
ada orang berkahwin sebab dah bosan dengar bebelan mak bapak,
ada orang berkahwin sebab nak kongsi kebahagian dunia,
ada orang berkahwin kerana dia rasa dia dah jumpa 'the other half',
ada orang berkahwin kerana pasangan yang paksa,
ada orang berkahwin sebab nak kongsi harta,
ada orang berkahwin sebab nak kongsi bahagia,
ada orang berkahwin kerana nak ikut sunnah, dan
beribu-ribu lagi alasan yang boleh diterima..

apa-apapun alasan seseorang itu berkahwin, mesti dia akan menjurus kepada yang baik atau sebaliknya. Jika dia berkahwin sebab nak kongsi bahagia, insyaallah akan bahagia.. dan kalau orang berkahwin sebab nak menghalalkan apa yang haram, pasti 'sebab' itu tidak menjamin berkekalan sesuatu hubungan itu.. dan kalau berkahwin kerana nak ikut sunnah, insyaallah.. baiklah penyudahnya.. apa2 pun alasan kita, kita yang berhak menentukan apa yang kita mahu. betul tak?

Wednesday, April 15, 2009

Habis Madu..

Sejak berjinak-jinak dalam FB.. dah lupa Blogger.. Lagipun tak tau nak update citer apa? Ada ker orang nak dengar citer orang berpantang, betapa bosannya rutin bertungku.. Kepala masih belum fokus dengan apa yang patut dibuat dulu. Kat mana kedai runcit Karim.. nak beli kicap manis..

Tuesday, April 7, 2009

Practice make perfect dear!!

Cuti panjang aku ni kalau boleh nak dimanfaatkan segala yang boleh. No. 1: Nak make sure Neesa will improve her writing and reading skills. Based on Neesa's writing, I'm wondering: does lefthanded will think differently from others. Huruf Neesa selalunya terbalik.

Huruf yang menghala ke kanan selalunya ditulis ke kiri.. Ha..ha
Biasalah.. bila aku tegur tulis tak betul, mulalah nak nangis.. aku guna psikologi, kalau pandai tulis baru boleh tengok kartun, pandai sekejap.. 5 minit lepas tu, terbalik semula tulisannya.
Ni baru belajar writing.. belum lagi reading.. kalau ajar Math.. mcm mana la pulak yer.. Apa2 pun, kita kena pandai pujuk dia untuk tidak serik belajar kan..
Anak sulung memang besar tanggungjawabnyer kan. Neesa memang boleh diharap untuk jaga adik dia :-)

My 3 princess at Tok Mi's hse... (Neesa buat hidung kembang ;-P)

Friday, April 3, 2009

Thanks..

Dua minggu ni, rumah aku tak putus2 terima tetamu. Peminat Baby Q!.. Kesian pulak tengok kepenatan Umi memasak. Aku cakap, tak payah masak.. tapi dia kata tak kan tak jamu tetamu. Kira kenyang jugak lah tetamu yang datang.. ada hari mak aku masak laksam, buat roti jala, bakar kek.. Kesian Zell.. aku jamu ngan popiah jer.. Time tu mak aku merempit ke Bangi.. Tapi popiah tu special Zell.. Popiah anak dara kau.. Sorang tukang letak inti, sorang nak susun dalam pinggan.. Thanks for the visit n the gift.. Mewah baby Q.. Ada feeding set, baju baby, baju gaun, girls shoes. tunggu stroller McLarren jer nih. ;-). Mr Kekeh.. I'm waiting..hak..hak..
Ha kau.. sekali datang kalau ramai cenggini.. meriah kan.. Habis dikeleknya baby.. So, dua orang tu jeleslah.. Tapi that day, Syifa jadi center of attention.. Selalunya Neesa yang sapu bersih anugerah pelakon popular.. ;-)

Riba jangan tak riba.. Ambil berkat rambut lebat baby tuh..

Aksi kucing pelakon popular dan pelakon pembantu bersama staff Sektor Dasar!


Duduk rumah bagi orang berpantang, amatlah boring.. dapat tidur lagak orang kaya pun best jugak! Anak korang tidur mcm ni jugak ker? Ni tabiat baru Syifa.. sejak aku mengandung, dia tidur hisap jari dan gentel kain selimut. Puas aku marah.. mcm mana dia dapat tabiat mcm ni ek. Seingat aku, masa ITM dulu, ada satu kakak (Kak Ina Raden) yang suka gentel hujung colar baju.. Korang pun ada tabiat waktu tidur ker? Mr. Psiko.. apa makna personaliti anak yang tidur cenggini? ;-O

p/s Balik2 baby jer dapat hadiah.. Untuk ibunya ngak ada ya? :-(

Sunday, March 29, 2009

More Pictures..

Kalau kita ada skill ambil gambar mesti gambar lebih hidup kan.. Aku cuba la jugak.. tapi ilmu aku zero lagi.

Gambar ni sebenarnya aku nak tunjuk betapa littlenya baby Q. Sumer soft toys tu memang collection aku.... Sanggup beratur panjang nak kumpul tuh.. Tapi aku pilih selected items saja. Mc D memang best!!

Dengan Tok Minya..

Kejap aku rasa baby ni cerah.. kejap gelap.. Ikut suasana bilik ker ikut cuaca?

Auntie Zella, kulit baby newborn memang mengelupas.. banyak tak bulu belakang badan dia tuh.. gen orang sana ; )

Lagi bereksperimentasi dengan gambar. Nak tunjuk saiz tapak kaki baby yang masih kecil. Kalau pandai main dengan angel mesti lagi gempak kan..

Baby dengan Kak Ngahnya

Baby ada slightly jaundice. Harap tak melarat. Ikut petua orang.. mandi air daun kucai, air daun inai, bagi minum air kurma, ubat senseh, minum formular.. sumer aku pernah cuba. Takde sebab yang jelas kenapa jaundice. Pemakanankah? Tapi, one of the reason yg Dr. kasi : Jaundice caused by incompatible blood type with your spouse. Kesemua anak aku pernah kena jaundice.

Baby Q yang Q sungguh mukanya.

Friday, March 27, 2009

My New Angel - Nur Qadija Umairah

Entri yang dinanti-nantikan.. Taraaa.. Welcome to the world ~ Nur Qadija Umairah.. Finally, dapat jugak namakan baby Q dengan nama yang indah, walla, vogue dan begitu bermakna itu. Projek untuk Muhammad Jibrail lagi 4 tahun ye.. Memang Allah tahu apa yang terbaik untuk aku kan. Thanks for you guys yang berkongsi sejarah dengan aku nanti. Nanti besok-besok anak aku dah besar, mesti kalau jumpa korang ada benda yang nak diceritakan.. Macam mana ibu dia berperang sabil nak bagi nama anak dia..Hak..hak..

So, here are the picture from Amat's iPhone.. So, qualiti gambar tak sehebat kamera transformer.. kira kamera Voltron jer lah nih.. Harap semua berpuas hati..

First picture taken.. 3 minutes after she was born. Masa ni Amat asyik klik2 dan aku masih lagi dalam kesakitan untuk mengeluarkan uri.. Sampai kena warning dengan doktor.. no camera allowed yer..
She was crying for the 2nd time. 1st time biasalah.. masa baru keluar kan.. Huyaii.. nyaring sungguh dia nangis..
Ni masa dah siap mandi. Lebat sungguh rambut.. Montel.. Rupanya si montel ini yang duduk dalam bunglow aku.. No wonder lah.. 3.38kgs.. 2.59pm 22nd March 2009. Memang on the dot baby ni lahir.

Picture taken the day after. Sebelum boleh keluar.. Neesa dan Amat datang melawat. First thing yang keluar dari mulut Neesa.. Baby Kakak!! Gemuks!! Ha..ha.. terus nak posing ambil gambar..

Gambar 26.3.09. Baru lepas mandi.. Since baju2 banyak yang ala2 boyish.. aku pakaikan aja.. Bila kawan-kawan datang, ramai yang kata macam baby boy.. Hahahaha.. Semua kata macam baby dah umur 1 bulan.. Semangat!! Tengok lengan baby!!


Baby Q.. say thanks to Aunty Zella, Aunty Adee, Aunty Zuey, Aunty Sawaa and others.. They loves you so much!!

Syifa panggil baby dengan baby O'merra.. macam Ed Osmera lah pulak..

Friday, March 20, 2009

Choose one!

Last night Amat pop up this question.. Kenapa kita tak pernah bincang nama baby baru kita?. Aku terdiam. Aku cakap. Kalau lelaki dah tau apa nama dia nanti. Amat memang nak sangat nama ni since our first baby yang dikata-katakan boy itu. MUHAMMAD JIBRAIL. Muhammad sebab Penghulu Umat/Terpuji..and Jibrail Penghulu Malaikat. Dia nak anak dia jadi contoh untuk serba serbi. Tapi bila aku tanya my brother in law (ustadz.ehem..ehem assalamualaikum siket). Nama malaikat khas untuk malaikat sahaja begitu juga nama surah dalam Al-Quran. So, aku harap yang baik2 aje lah. So, nama untuk baby girl.. Aku tetiba tersuka nama ni. Aku belum survey apa makna dia tapi aku tau nama tu bermaksud baik. Korang suggest la jugak..

Boy : Muhammad Jibrail
Girl : Qadeeja/Qadija Umayrah/Umaira (nama nak eja vogue.. konon!)

p/s Merasa entry banyak kali hari ni. Lepas geram!!

Earth Hour


'Harian metro, 18 Mac 2008'

Sempena program 'Earth Hour' yang dijangka disambut 1,234 bandar seluruh dunia membabitkan satu bilion penduduk, Kementerian Wilayah Persekutuan menganjurkan langkah memadamkan lampu di ibu kota, Putrajaya dan Labuan pada 28 Mac ini .

Ketua Setiausaha kementeriannya, Datuk Ahmad Phesal Talib, berkata pada hari berkenaan warga ketiga-tiga Wilayah Persekutuan itu digalakkan memadamkan lampu premis, bangunan dan kediaman mereka selama sejam bermula jam 8.30 malam.

Menurutnya, program inisiatif Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) itu bertujuan menunjukkan kerjasama dan kesepakatan dalam menangani isu perubahan iklim global. “Program ini diharap dapat memberi gambaran kepada dunia bahawa rakyat Malaysia mengambil berat mengenai bumi walaupun dengan cara mudah (padam lampu),” katanya.

I'll support this campaign. Aku ada satu idea.. aku akan main torchlight ngan anak2.. Mesti best kan main torchligt dalam gelap gelita. Tapi aku juga risau kalau orang ambil kesempatan di waktu 'earth hour' itu. Takut kecurian dan takut pasangan merendek di KL Sentral!! Hak..hak.. Antara tempat2 lain yang support this campaign:

Lagi petikan
: Landmarks in Malaysia that will go in dark and turn off their non-essential lights for one hour in support of Earth Hour 2009!

The entire Sunway Intergrate Resort
KL Sentral, Malaysia’s largest transit hub
KL Tower
One of the longest bridges in the world and in Malaysia, Penang Bridge~

p/s Korang nak buat apa dalam gelap nanti?

Doakan aku yer..

Today would be my last day before my maternity leave. Every morning Mr Kekeh will call me to make sure whether I still going to office or not.. (What a Jantanman!!)

So, I will miss all of you since I dont have internet access at home. I miss reading all your writings.. I miss all the emails.. Miss all the merapu things that will brigthen up my hectic day.. Hu..hu..unless aku berpantang di Kuantan.. Umi ada internet kat rumah!!

Adee.. I cant wait to see you.. Zella.. Jangan lupa skill photogs kau.. Kak Sal.. Doakan saya ye.. Zuey.. nanti turn kau pulak.. ingat pesan aku.. Agee.. Amat dah order baby nombor 4.. Dia kata tu kira 2nd badge.. after I'm 35.. heh :)

Aku dah buat checklist untuk pengganti aku nanti. Tak la dia rasa sakit hati jadi PA Mr Kekeh nanti.. Panjang betul list.. Mr Kekeh suruh masukkan kriteria pertama. Ready untuk buat air untuk dia bila2 masa.. Ngade!! D
ia tanya nak hadiah apa? Aku jawab.. Stroller Mc Larren!! Sesuai dengan 'penderaan' dia kat aku kan. Dia ketawa jer..

Uish.. tadi dalam kereta macam banyak jer idea nak tulis.. ni blur pulak.. Tapi one thing for sure aku memang tak sabar nak bersalin kali ni. Macam excited melampau.. Neesa dan Syifa hari2 belek perut aku kata tak sabar nak main dengan baby sebab aku cakap baby keluar bulan 3.. sama dengan birthday Ayah dan Neesa. Syifa ada patung Tiger the Pooh untuk baby.. Neesa belikan botol 4 oz untuk baby dia.. Kiyut sungguh.. Oh ye.. Syifa dah tidur kat tilam sendiri.. Dia dah pandai faham yang baby baru akan ganti tempat dia. Aku ajak tidur aku pun dia dah tak nak.. Hu..hu..

Ok.. aku curi masa untuk taip entry pagi-pagi hari ni sebelum Mr Kekeh sampai. So.. doakan aku ye semua.. Love ya..