Friday, April 3, 2009

Thanks..

Dua minggu ni, rumah aku tak putus2 terima tetamu. Peminat Baby Q!.. Kesian pulak tengok kepenatan Umi memasak. Aku cakap, tak payah masak.. tapi dia kata tak kan tak jamu tetamu. Kira kenyang jugak lah tetamu yang datang.. ada hari mak aku masak laksam, buat roti jala, bakar kek.. Kesian Zell.. aku jamu ngan popiah jer.. Time tu mak aku merempit ke Bangi.. Tapi popiah tu special Zell.. Popiah anak dara kau.. Sorang tukang letak inti, sorang nak susun dalam pinggan.. Thanks for the visit n the gift.. Mewah baby Q.. Ada feeding set, baju baby, baju gaun, girls shoes. tunggu stroller McLarren jer nih. ;-). Mr Kekeh.. I'm waiting..hak..hak..
Ha kau.. sekali datang kalau ramai cenggini.. meriah kan.. Habis dikeleknya baby.. So, dua orang tu jeleslah.. Tapi that day, Syifa jadi center of attention.. Selalunya Neesa yang sapu bersih anugerah pelakon popular.. ;-)

Riba jangan tak riba.. Ambil berkat rambut lebat baby tuh..

Aksi kucing pelakon popular dan pelakon pembantu bersama staff Sektor Dasar!


Duduk rumah bagi orang berpantang, amatlah boring.. dapat tidur lagak orang kaya pun best jugak! Anak korang tidur mcm ni jugak ker? Ni tabiat baru Syifa.. sejak aku mengandung, dia tidur hisap jari dan gentel kain selimut. Puas aku marah.. mcm mana dia dapat tabiat mcm ni ek. Seingat aku, masa ITM dulu, ada satu kakak (Kak Ina Raden) yang suka gentel hujung colar baju.. Korang pun ada tabiat waktu tidur ker? Mr. Psiko.. apa makna personaliti anak yang tidur cenggini? ;-O

p/s Balik2 baby jer dapat hadiah.. Untuk ibunya ngak ada ya? :-(

Sunday, March 29, 2009

More Pictures..

Kalau kita ada skill ambil gambar mesti gambar lebih hidup kan.. Aku cuba la jugak.. tapi ilmu aku zero lagi.

Gambar ni sebenarnya aku nak tunjuk betapa littlenya baby Q. Sumer soft toys tu memang collection aku.... Sanggup beratur panjang nak kumpul tuh.. Tapi aku pilih selected items saja. Mc D memang best!!

Dengan Tok Minya..

Kejap aku rasa baby ni cerah.. kejap gelap.. Ikut suasana bilik ker ikut cuaca?

Auntie Zella, kulit baby newborn memang mengelupas.. banyak tak bulu belakang badan dia tuh.. gen orang sana ; )

Lagi bereksperimentasi dengan gambar. Nak tunjuk saiz tapak kaki baby yang masih kecil. Kalau pandai main dengan angel mesti lagi gempak kan..

Baby dengan Kak Ngahnya

Baby ada slightly jaundice. Harap tak melarat. Ikut petua orang.. mandi air daun kucai, air daun inai, bagi minum air kurma, ubat senseh, minum formular.. sumer aku pernah cuba. Takde sebab yang jelas kenapa jaundice. Pemakanankah? Tapi, one of the reason yg Dr. kasi : Jaundice caused by incompatible blood type with your spouse. Kesemua anak aku pernah kena jaundice.

Baby Q yang Q sungguh mukanya.

Friday, March 27, 2009

My New Angel - Nur Qadija Umairah

Entri yang dinanti-nantikan.. Taraaa.. Welcome to the world ~ Nur Qadija Umairah.. Finally, dapat jugak namakan baby Q dengan nama yang indah, walla, vogue dan begitu bermakna itu. Projek untuk Muhammad Jibrail lagi 4 tahun ye.. Memang Allah tahu apa yang terbaik untuk aku kan. Thanks for you guys yang berkongsi sejarah dengan aku nanti. Nanti besok-besok anak aku dah besar, mesti kalau jumpa korang ada benda yang nak diceritakan.. Macam mana ibu dia berperang sabil nak bagi nama anak dia..Hak..hak..

So, here are the picture from Amat's iPhone.. So, qualiti gambar tak sehebat kamera transformer.. kira kamera Voltron jer lah nih.. Harap semua berpuas hati..

First picture taken.. 3 minutes after she was born. Masa ni Amat asyik klik2 dan aku masih lagi dalam kesakitan untuk mengeluarkan uri.. Sampai kena warning dengan doktor.. no camera allowed yer..
She was crying for the 2nd time. 1st time biasalah.. masa baru keluar kan.. Huyaii.. nyaring sungguh dia nangis..
Ni masa dah siap mandi. Lebat sungguh rambut.. Montel.. Rupanya si montel ini yang duduk dalam bunglow aku.. No wonder lah.. 3.38kgs.. 2.59pm 22nd March 2009. Memang on the dot baby ni lahir.

Picture taken the day after. Sebelum boleh keluar.. Neesa dan Amat datang melawat. First thing yang keluar dari mulut Neesa.. Baby Kakak!! Gemuks!! Ha..ha.. terus nak posing ambil gambar..

Gambar 26.3.09. Baru lepas mandi.. Since baju2 banyak yang ala2 boyish.. aku pakaikan aja.. Bila kawan-kawan datang, ramai yang kata macam baby boy.. Hahahaha.. Semua kata macam baby dah umur 1 bulan.. Semangat!! Tengok lengan baby!!


Baby Q.. say thanks to Aunty Zella, Aunty Adee, Aunty Zuey, Aunty Sawaa and others.. They loves you so much!!

Syifa panggil baby dengan baby O'merra.. macam Ed Osmera lah pulak..

Friday, March 20, 2009

Choose one!

Last night Amat pop up this question.. Kenapa kita tak pernah bincang nama baby baru kita?. Aku terdiam. Aku cakap. Kalau lelaki dah tau apa nama dia nanti. Amat memang nak sangat nama ni since our first baby yang dikata-katakan boy itu. MUHAMMAD JIBRAIL. Muhammad sebab Penghulu Umat/Terpuji..and Jibrail Penghulu Malaikat. Dia nak anak dia jadi contoh untuk serba serbi. Tapi bila aku tanya my brother in law (ustadz.ehem..ehem assalamualaikum siket). Nama malaikat khas untuk malaikat sahaja begitu juga nama surah dalam Al-Quran. So, aku harap yang baik2 aje lah. So, nama untuk baby girl.. Aku tetiba tersuka nama ni. Aku belum survey apa makna dia tapi aku tau nama tu bermaksud baik. Korang suggest la jugak..

Boy : Muhammad Jibrail
Girl : Qadeeja/Qadija Umayrah/Umaira (nama nak eja vogue.. konon!)

p/s Merasa entry banyak kali hari ni. Lepas geram!!

Earth Hour


'Harian metro, 18 Mac 2008'

Sempena program 'Earth Hour' yang dijangka disambut 1,234 bandar seluruh dunia membabitkan satu bilion penduduk, Kementerian Wilayah Persekutuan menganjurkan langkah memadamkan lampu di ibu kota, Putrajaya dan Labuan pada 28 Mac ini .

Ketua Setiausaha kementeriannya, Datuk Ahmad Phesal Talib, berkata pada hari berkenaan warga ketiga-tiga Wilayah Persekutuan itu digalakkan memadamkan lampu premis, bangunan dan kediaman mereka selama sejam bermula jam 8.30 malam.

Menurutnya, program inisiatif Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) itu bertujuan menunjukkan kerjasama dan kesepakatan dalam menangani isu perubahan iklim global. “Program ini diharap dapat memberi gambaran kepada dunia bahawa rakyat Malaysia mengambil berat mengenai bumi walaupun dengan cara mudah (padam lampu),” katanya.

I'll support this campaign. Aku ada satu idea.. aku akan main torchlight ngan anak2.. Mesti best kan main torchligt dalam gelap gelita. Tapi aku juga risau kalau orang ambil kesempatan di waktu 'earth hour' itu. Takut kecurian dan takut pasangan merendek di KL Sentral!! Hak..hak.. Antara tempat2 lain yang support this campaign:

Lagi petikan
: Landmarks in Malaysia that will go in dark and turn off their non-essential lights for one hour in support of Earth Hour 2009!

The entire Sunway Intergrate Resort
KL Sentral, Malaysia’s largest transit hub
KL Tower
One of the longest bridges in the world and in Malaysia, Penang Bridge~

p/s Korang nak buat apa dalam gelap nanti?

Doakan aku yer..

Today would be my last day before my maternity leave. Every morning Mr Kekeh will call me to make sure whether I still going to office or not.. (What a Jantanman!!)

So, I will miss all of you since I dont have internet access at home. I miss reading all your writings.. I miss all the emails.. Miss all the merapu things that will brigthen up my hectic day.. Hu..hu..unless aku berpantang di Kuantan.. Umi ada internet kat rumah!!

Adee.. I cant wait to see you.. Zella.. Jangan lupa skill photogs kau.. Kak Sal.. Doakan saya ye.. Zuey.. nanti turn kau pulak.. ingat pesan aku.. Agee.. Amat dah order baby nombor 4.. Dia kata tu kira 2nd badge.. after I'm 35.. heh :)

Aku dah buat checklist untuk pengganti aku nanti. Tak la dia rasa sakit hati jadi PA Mr Kekeh nanti.. Panjang betul list.. Mr Kekeh suruh masukkan kriteria pertama. Ready untuk buat air untuk dia bila2 masa.. Ngade!! D
ia tanya nak hadiah apa? Aku jawab.. Stroller Mc Larren!! Sesuai dengan 'penderaan' dia kat aku kan. Dia ketawa jer..

Uish.. tadi dalam kereta macam banyak jer idea nak tulis.. ni blur pulak.. Tapi one thing for sure aku memang tak sabar nak bersalin kali ni. Macam excited melampau.. Neesa dan Syifa hari2 belek perut aku kata tak sabar nak main dengan baby sebab aku cakap baby keluar bulan 3.. sama dengan birthday Ayah dan Neesa. Syifa ada patung Tiger the Pooh untuk baby.. Neesa belikan botol 4 oz untuk baby dia.. Kiyut sungguh.. Oh ye.. Syifa dah tidur kat tilam sendiri.. Dia dah pandai faham yang baby baru akan ganti tempat dia. Aku ajak tidur aku pun dia dah tak nak.. Hu..hu..

Ok.. aku curi masa untuk taip entry pagi-pagi hari ni sebelum Mr Kekeh sampai. So.. doakan aku ye semua.. Love ya..

Wednesday, March 11, 2009

Mind? Brain? Perception?


Dulu aku tak kan sentuh vitagen perasa LB. Sebab bagi aku rasa dia mesti macam susu. Oleh kerana aku tak suka susu, aku assume benda ni pun macam susu sehinggalah moment of truth bila jumpa dengan kake zuey mempelawa aku minum. Aku memula tak nak.. Dia convinced kata benda ni sedap.. Aku cuba.. So, selepas umur aku 30 tahun, aku rasa sangat menyesal tak beratur depan van vitagen masa tahun 1985-1990 semata-mata untuk beli Vitagen perasa LB. Sungguh!! Kake.. kenapa kau tak bagi aku minum masa kita satu bilik kat ITM? Kenapa.. kenapa?
p/s Ibu mengandung dilarang mencarut dan berkata2 kesat! Ingat tuh.. Ikat siket mulut tu yer. Kau nak aku buatkan poster larangan?

Cepatlah..

Aku nak jadi macam Zella.. taip entri pendek-pendek.. So entri kali ni ialah.. Ya Allah, aku nak beranak cepat.. dah tak larat dah plis :)

Friday, February 27, 2009

Entri Kemanusiaan- Babak 1

Jeng..jeng.. Mari aku perkenalkan mangsa pertama entri aku: Mr. KK! Aku kerja dengan dia since 2002. Masa tu dia Ketua Penolong Pengarah Sektor T. Aku steno pool kat sektor tu. Memula dia masuk.. macam takut jer nak usha since dia baru habis Master jer time tuh. Duduk terperok kat hujung wing. Mamat kelantan. Masa tu dia blur lagi tentang perjawatan since dia buat HR di Kementerian Pelancongan but he's one of the fast learner aku rasa. Masa buat naziran dengan dia di Langkawi dia jenjalan sensorang since semua orang menyerbu ke tempat beli Corell. Aku tanya.. beli apa? Beli kain batik untuk isteri.. Aku mcm nak ketawa sebab dia beli sehelai jer. Saya tak tau membeli.. Aku ngan Cik Aida (masa tu dua2 Cik lagi).. Cuma jawab ooooooooo.. Dia cuma pandang dari jauh kumpulan kitaorang dengan berbondong2 barang shopingan. Banyak kali juga outstation dengan dia. Baru tau yang dia ni sangat penakut kalau duduk hotel sensorang. Banyak kali call aku sbb tak boleh tidor.. Last2 aku cakap.. Ambik jer Yasin letak atas muka.. pas tu tido.. Terus dia tak call aku dah. 2003 aku sambung 1st Degree dan terus lost contact dgn dia.



Berdiri di sebelah kanan. Kalau tengok dekat2 mesti nampak senyum senget dia. Bila tengok gambar anak lelaki dia.. Senyum senget jugak.. Memang keturunan kot..


Ni gambar tahun lepas masa terima hadiah sukan. Masa ni nampak agak gumuks maybe sebab botak. Masa ni dia Ketua Penolong Pengarah Kanan. Dah tukar sektor pun. Tegur dia masa bertembung jer. Aku ada dengar2 pegawai di bawah dia merungut sebab dia kerja nak cepat jer. Maybe masa tu dia jaga data, so sumer nak on the spot. So, sekarang aku jadi PA dia. Memang betul.. dia agak kelam kabut. Semua nak cepat. Tak gentleman (jantanman ada la). Tapi baik hati. Tak kedekut. Selalu jugak aku rembat kereta dia kalau nak pergi Alamanda kalau aku tau hari tu dia bawak kelisa. Hak..hak.. Kengkadang bila time alim, selalu jugak kena tarbiah.. Tapi bila time gile2.. boleh tahan jugak dia nih. So far.. tensi jugak kerja bawah dia.. tapi bila terkenangkan dia lagi tensi dengan orang atasan, jadi kesian.. Itulah Mr KK kalau nak kenal!!
p/s Since aku invite certain person jer untuk baca blog aku, aku trust korang untuk tidak menyalahgunakan entri aku ye. Peace!

Wednesday, February 25, 2009

A good restart..


Life is not measured by the minutes, but by the moments.
The Curious Case of Benjamin Button

This morning I saw a rainbow.. Big one! I cant remember when was the last time I saw a beautiful rainbow..

Esok ambik cuti since mak aku sampai hari ni. Boleh lah bermanjaan ngan dia. Aku nak makan laksam, singgang, sotong sumbat, bubur kacang.. etc..etc.. boleh Umi? :)